Sepanjang negara berdepan dengan masalah COVID-19 ini ramai pihak tampil membantu terutama kepada barisan frontliner.
Setiap hari ada saja sumbangan yang dihulurkan orang perseorangan atau syarikat korporat, terutama dalam menyediakan kelengkapan seperti pakaian kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang dikatakan tidak mencukupi.
Menyedari tanggungjawab sosial ini, gadis yang juga Orang Kelainan Upaya, Norfarrah Syahirah Shaari yang turut berganding bahu menyiapkan pakaian PPE untuk frontliner kita.
Lincah sahaja jari jemari kaki kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan ini menjahit baju PPE tanpa rasa kekok.
Muat naik video berdurasi 1 minit 59 saat ini di laman sosial nyata menarik perhatian ramai apatah lagi ramai terpegun dengan kapsyen bersahaja melihat keupyaaan gadis luar biasa ini.
Ads
“Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki. Ok, saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri. Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner ni.
“Ni je yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan yang semangat nak membantu. Semoga urusan kami dipermudahkan, amin,” kongsinya dalam media sosial.
Ads
Projek amal dan tanggungjawab sosial (CSR) #DariKomunitiUntukKomuniti itu melibatkan 10 sukarelawan yang juga kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan termasuk Norfarrah Syahirah.
Aktiviti menjahit PPE untuk frontliner Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan oleh team sukarelawan itu bersama 30 tukang jahit komuniti yang tinggal di sekitar 10 kilometer dari kolej terbabit.
Ads
Sebanyak 400 meter kain PPE yang dipotong di kolej dan di rumah beberapa tukang jahit dikumpulkan sebelum diagihkan kepada sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing.
Dengan tanda pagar #darikomunitiuntukkomuniti, video yang tular dalam media sosial meraih hampir 5,000 tontonan selepas dikongsikan di media sosial.
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama. Program ini bersiaran di TV AlHijrah pada jam 12 hingga 1 tengah hari secara langsung setiap hari bermula 8 Jun 2020.
Pada permulaannya, program ini adalah kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV AlHijrah dengan tujuan memberi pengisian rohani bagi rakyat Malaysia yang terkurung (Perintah Kawalan Pergerakan) di rumah bagi pencegahan penularan wabak Covid-19.
Al-Quran menjadi penawar duka kepada rakyat, pemimpin dan negara yang kemurungan akibat pandemik Covid-19, tekanan politik, ekonomi dan bencana alam dalam tempoh musim PKP selama dua tahun tersebut bermula 18 Mac 2020.
Pada waktu itu, Malaysia #QuranTime mentadabburi ayat-ayat dan surah pilihan yang dilihat telah menjadi satu fenomena luar biasa di Malaysia di mana orang ramai mula tertarik dengan pengisiannya serta sentiasa ternanti-nantikan program ini bersiaran ke udara.
Hasil sokongan dan permintaan tinggi daripada kalangan rakyat Malaysia kini yang semakin ketagih untuk mempelajari al-Quran, maka pihak WUIF dan TV AlHijrah meneruskan kerjasama untuk menerbitkan program My #QuranTime.
Program tersebut memberi pendekatan bertadabbur serta baca, faham dan amal seluruh isi kandungan al-Quran bermula dari muka surat 1 hingga muka surat 604.
My #QuranTime dijayakan dengan penglibatan asatizah daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Ia bersiaran langsung dari studio TV AlHijrah, bahkan orang ramai juga boleh mengikuti secara atas talian di platform Facebook My #Qurantime dan YouTube My #QuranTime Official.
Sehingga kini, lebih 15 juta penonton dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand mengikuti My #QuranTime di TV AlHijrah dan media sosial.
My #QuranTime merupakan program tadabbur al-Quran tahap asas agar mudah difahami oleh masyarakat umum. Selain itu, ia menjadi pemangkin masyarakat untuk mendekati al-Quran pada tahap tahap lebih tinggi.
Program sejam bersama al-Quran (Baca, Faham & Amal) setiap hari amat penting dalam memupuk kerangka fikir dan sistem operasi diri berlandaskan al-Quran dan Hadis. Ini selari dengan misi WUIF, “MengQurankan bangsa mengikhlaskan ummah” pada 1500H.
Selain itu, program ini dilihat satu kejayaan besar hingga wujudnya budaya ketagih al-Quran: baca, faham & amal al-Quran. Uniknya, ia dilakukan di Malaysia dan bukan dari negara-negara Arab.
Bahkan program ini merentasi pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat, termasuk golongan muda, warga emas, pekerja, peniaga, tidak bekerja mahupun pesara.
Tambahan ramai peminat setia My #QuranTime yang berada di luar negara mengikuti program ini secara konsisten bermula halaman pertama sehingga halaman terakhir al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime telah mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
Tanggal 7 Oktober 2022 merupakan hari dan surah terakhir ditadabbur pada My #QuranTime Episod 838 (Malaysia #QuranTime 69 episod & My #Qurantime 769 episod) program ini bersiaran.
Dengan berakhir episod My #QuranTime 1.0, WUIF dan TV AlHijrah menganjurkan program khas bagi menghargai pengikut setia My #QuranTime iaitu Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang julung kali diadakan pada 8 Oktober 2022.
Seramai 5 ribu peserta dijangkakan menyertai acara khatam yang bertemakan “Kerinduan & Kenangan terindah bersama al-Quran”, menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 11.30 pagi hingga 1 tengah hari.
Ia menjadi platform penyatuan para asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
ALLAH SWT berfirman: “Dan telah sempurna firman Tuhanmu (al-Quran) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-An’am: 115)
Ayat al-Quran tersebut sering dibacakan ketika majlis khatam al-Quran. Ia bermaksud al-Quran terpelihara daripada sebarang pengubahsuaian. Jika kita menjaga al-Quran dan bawa al-Quran dalam kehidupan, ALLAH SWT akan menjaga kita.
Khatam berasal daripada perkataan Bahasa Arab ‘khotama’ (ختم) yang bermaksud menutup. Justeru, khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk sama ada secara bacaan atau melalui tadabbur.
Amalan berhimpun ketika majlis khatam al-Quran adalah disunatkan oleh para ulama iaitu dengan menghimpunkan ahli keluarga atau sahabat-handai ketika majlis tersebut. Hal ini berdasarkan kepada amalan para salaf terdahulu.
Antaranya, sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai Anas bin Malik RA, “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.” (Riwayat Al-Darimi, 3517)
Melalui My #Qurantime, orang ramai kini semakin memahami isi kandungan al-Quran dalam bahasa Arab. Ia membawa perubahan kehidupan bagi pencinta al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
Impak program My #QuranTime kepada masyarakat antaranya sebanyak 19,664,240 naskhah al-Quran wakaf telah diagihkan dan lebih 6,000 Quran Corner di pelbagai organisasi seperti hospital, agensi kerajaan, syarikat swasta, balai polis, kolej, universiti, sekolah, rumah ngaji, pusat tahfiz, dan masjid.
Sumbangan sebanyak RM5 ribu daripada dana Tabung Gerakan Al-Quran turut diagihkan kepada Rumah Ngaji di seluruh negeri setiap bulan bagi membantu penggerak menjalankan aktiviti untuk mendekatkan masyarakat kepada al-Quran melalui baca, faham dan amal.
Kashoorga : Semoga majlis ini menjadi platform penyatuan para seluruh umat Islam yang datang dari pelbagai latar belakang.
Sebelum ini keluarga kecil Tomok sudah mempunyai dua anak lelaki. Dan apabila disahkan mengandung, isteri kesayangan Ayu Abas tidak henti berdoa agar dikurniakan bayi perempuan yang comel dan sihat.
Ternyata berkat tidak henti berdoa pada Tuhan, penantikan lima tahun berakhir apabila pasangan ini selamat dikurniakan bayi perempuan di sebuah hospital swasta beberapa hari lalu.
Tidak lokek berkongsi pengalamannya menanti detik menimang cahayamata ketiga, Ayu muat naik statusnya di laman sosial Instagram.
Sangat berinspirasi kisahnya dan boleh dijadikan panduan buat mereka yang masih menanti kehadiran zuriat.
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Allah…rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan….mmg agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah ( I’m feeling it too)…tapi harap ibu-ibu diluar sana jangan putus asa…teruskan berusaha and berdoa…
Finding i’m pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun…gembira, risau and mcm2 perasaan coz it’s a risk of baby & mother health too..but keep going doa and think positif and also jaga diri…
After 40 weeks, rabu malam start mild contraction…dibu tak boleh tido over night…the contraction keep going and continuing untill subuh hari khamis…dibu berkira2 nak ke hospital…bukan apa dibu kesian dekat 2 little boys dibu still sleep…nak bangun subuh dibu tengok ada bleeding…ooo…maybe dah tanda kot..dgn contraction yg berterusan i keep jalan rilek2…siap2kan diri..bag semua dah ready dalam kereta then kejutkan my hubby….
Sampai hospital, checking that dibu dah ada bukaan 3cm…and the contraction keep continuing…i did COVID-19 test too…lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020….and of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikuti….just handling my baby for a while…dibu kene isolate dgn baby sehingga result COVID-19 keluar….
Terima kasih to all my family, friends and follower yang wish and doakan dibu sepanjang tempoh pregnancy sampai deliver….
Thank you to my lovely husband yang sentiasa ada dalam susah & senang….we manage to harungi bersama dengan dugaan, kekangan, halangan & everything together….i love u so much … ayu sayang shah
To Arrian & Andra wait for dibu k…will bring your little princess sister going back home soon
Sepertimana yang dikongsikan oleh lelaki ini, ba gaimana dia begitu teruja bila dia mendapat rezeki yang tak disangka selepas 10 minit bagi kucing makan.
Hebatnya rezeki Allah kurniakan apabila kita bagi kucing makan.
Cerita pagi tadi, aku singgah foodcourt selepas hantar wife pergi kerja. Lepas settle makan, terus ke motor hendak balik. Ternampak kucing ini. Aku cubalah panggil macam hendak bagi makan tu, dia datang.
‘Ha lapar la ni, kau sini”. Aku selalu ready makanan kucing letak dalam bakul macam dekat gambar, incase macam inilah.
Lepas settle tuang, biar dia makan, aku gerak.
Kemudian, singgahlah pam minyak, belum sempat buka seat motor, ada makcik ini panggil,
“Adik, sini ada lebih minyak. Mari sini, tapi tak banyaklah.”
Aku dengan muka malu-malu nangka busuk, “Betul ke ini cik? Susah susah saja, terima kasih ya.”
Sedangkan makcik ini guna aplikasi setel, jadi kalau minyak sudah penuh, balance dia akan return balik.
Then yang balance makcik tadi itulah aku isi minyak, tak penuh tank motor, aku letak balik nozzle. Keluarkan handphone nak guna aplikasi setel jua sebab nak isi minyak bagi penuh tangki.
Makcik ini keluar balik, “Penuh tak tu? Makcik tambah lagi bagi penuh. Berapa berapa RM penuh?”
Aku pun jawab “Allah cik tak apalah, balance saya isi sendiri. Susah-susah saja cik.”
Makcik itu tak layan aku. Dia sambung, “Cik tambah RM4 cukup?” Aku jawab, “Dah nak penuh cik, tadi minyak saya ada separuh lagi, RM2 pun sudah penuh.”
Balas makcik, “RM2 tak boleh adik, minimum RM3”
Aku dengan rasa bersalahnya, “Alamak, okay cik, susah-susah saja Ya Allah. Semoga makcik murah rezeki! Terima kasih banyak.”
Begitulah cerita aku pagi tadi. Yang aku nak tekankan ialah, hebatnya rezeki Allah tu. Aku bagi kucing tepi jalan makan, tak sampai 10 minit pun, Allah return balik rezeki tu. Benda inilah buat aku percaya rezeki Allah.
Md Asri
Saya sudah 30 tahun bagi makanan pada kucing dan anjing jalanan atau gelandangan (sekadar alas perut). Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus. Kesihatan pun alhamdulillah sihat.
Vanessa Khalid
Banyak kali terjadi dekat saya. Setiap kali bagi makan or rescue kucing, alhamdulillah ada saja rezeki Allah bagi. Pernah duit tak ada, tapi dengan kucing memang saya tak pernah rasa hendak berkira walaupun duit sudah sikit, nampak saja kucing memang duit yang ada itu saya beli semua makanan kucing. Tiba-tiba dapat booking makeup minggu itu saja dekat RM1K. Allahuakhbar sampai menangis saya..
Ilyani Omar
Sama macam saya. Pagi-pagi subuh kucing datang rumah, saya buka pintu, kucing datang. Saya belai-belai kejap, minta kucing itu doakan saya banyak rezeki.
Settle bagi makan, saya masuk. Kucing yang kenyang itu tidur dekat kusyen tepi beranda rumah. Tengahari ada kawan call minta buatkan nasi lemak ayam 1200 bungkus. Allahuakbar, benda ini buat saya lagi yakin dengan rezeki yang Allah bagi.
Dalam Islam, hubungan antara seorang anak dan ibu bapanya bukan sekadar ikatan kekeluargaan, tetapi satu amanah besar yang berkait rapat dengan keimanan kepada Allah...