Mahar adalah pemberian yang wajib diberikan kepada isteri apabila akad nikah sudah termeterai. Hukum mahar atau dipanggil al-Saddaq adalah wajib sebaik sahaja sempurna akad nikah sama ada mas kahwin itu disebut dengan kadar tertentu ataupun tidak semasa akad tersebut.
Akad nikah yang tidak dinyatakan mahar adalah sah, dan mahar tetap wajib diserahkan kemudiannya. Mahar boleh diberikan secara tunai ataupun berbentuk hutang.
Perkara ini juga disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bersabda, Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin.
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”
Ads
Hadis di atas menunjukkan bahawa mahar yang paling bagus dan menjadi mahar terbaik adalah mahar yang paling mudah untuk dipenuhi. Inilah yang dipersiapkan oleh calon suami, hendaklah pihak wanita mudah menerima hal ini. Jika maharnya tinggi dan ‘memberatkan’ pihak suami maka ia tidak mengikut apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.
Lihat sahaja mahar yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW. Mahar yang beliau berikan pada isterinya hanyalah 12,5 uqiyah, ia itu sekitar 500 dirham. Ini mahar di masa silam yang tidak terlalu mahal.
Ads
Ada hadis pula dari ‘Urwah, dari ‘Aisyah, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Ads
“Termasuk berkahnya seorang wanita, yang mudah khitbahnya (melamarnya), yang mudah maharnya, dan yang mudah memiliki keturunan.” (HR. Ahmad, 6: 77.
Mudahnya mahar memiliki manfaat yang begitu besar: *Mengikuti sunnah (ajaran) Nabi Muhammad SAW. *Memudahkan para pemuda untuk berkahwin. *Mudahnya mahar akan menyebabkan cinta dan kasih sayang makin utuh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai yang tahu disebabkan wabak pandemik COVID-19 menyebabkan majlis keramaian tidak dibenarkan, termasuklah majlis perkahwinan.
Ketika ini kebanyakan pasangan memilih untuk berkahwin secara online dan hanya menjalankan perkara yang wajib iaitu majlis ijab dan kabul.
Walaupun tidak boleh mengadakan majlis perkahwinan bagi meraikan sanak saudara atau sahabat handai, tetapi tidak salah jika kita memikirkan untuk mengadakan majlis perkahwinan bajet selepas segalanya berakhir nanti.
Seperti perkongsian seorang wanita ini di laman sosial twitter yang memberitahu bagaimana dia hanya menghabiskan kurang daripada RM3 ribu untuk majlis perkahwinan yang berkonsepkan Hi-Tea.
Dia yang menggelarkan dirinya sebagai Sis Nad yang bekerja sebagai jurufoto perkahwinan hanya menjemput 200 orang sahaja yang terdiri daripada ahli keluarga serta teman rapat untuk memeriahkan majlisnya itu.
Kashoorga: Majlis perkahwinan menjadi lebih bermakna & menarik, jika segala yang kita impikan ada depan mata. Tak perlu keluar membelinya, hanya klik di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Selain busana indah digayakan Raja Sehari yang menjadi bualan, majlis memotong kek perkahwinan juga jadi salah satu momen manis untuk dikenang.
Ada pelbagai rekaan yang cuba dihasilkan untuk kek di majlis perkahwinan dan paling mendapat perhatian adalah kek tergantung atau Chandelier Cake di majlis resepsi pasangan Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim Redza.
Kek yang dipotong oleh pasangan ini nyata jadi bualan sebab julung-julung kali melihat rekaan sebegini terutama di majlis perkahwinan.
Kek gantung atau chandelier cake ini direka oleh Lily Lola Cakes dan pemiliknya Lily Osman 28 tahun, berkata dia selama tiga tahun menyimpan idea untuk membuat kek seperti ini sebelum merealisasikan idea berkenaan.
Menurutnya, proses pembuatan kek tersebut tidaklah terlalu sukar namun apa yang mencabar ialah proses untuk menggantung kek setinggi lapan tingkat itu.
“Idea nak buat kek gantung ini sudah difikirkan sejak tiga tahun lalu, cuma kami mencari majlis yang sesuai. Rezeki saya dan Zahirah apabila kebetulan semua konsep ini kena dengan majlis mereka, jadi kira realisasikan idea itu.
“Kek itu dihasilkan dalam masa seminggu tapi nak menggantung agak sukar dan mengambil masa lebih sejam.
“Kek ini perlu dipastikan benar-benar kukuh supaya tak jatuh kerana graviti dan memerlukan beberapa orang untuk menggantungnya.
“Macam mana teknik buat suaya kek kukuh dan tidak jatih itu ada caranya. Apa pun mujurlan pihak perancang perkahwinan Mahligai Creative banyak membantu dan memudahkan proses persiapan di dewan tersebut.
“Apabila kek ini viral secara tidak langsung dapat membuka mata orang ramai mengenai bakat orang malaysia,” ujarnya kepada Mstar Online yang memberitahu setiap kek memiliki harga berbeza mengikut kepada bajet dan permintaan pelanggan.
Ternyata persembahan kek bertingkat atau Chandelier Cake ini memukau bukan sahaja mereka yang hadir di majlis resepsi berkenaan tetapi juga warganet. Masing-masing terpukau dengan keindahan ciptaan kek berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hari perkahwinan adalah hari paling bahagia yang dinanti-nanti oleh bakal pasangan mempelai untuk mengikat hubungan cinta ke peringkat yang lebih rasmi. Kenduri kahwin pula diadakan bagi meraikan tetamu yang datang ke memeriahkan hari bahagia pasangan mempelai.
Menurut kitab Al-Feqh al-Manhaji, Al-Walimah diambil dari perkataan الولْم yang membawa erti berhimpun atau berkumpul. Dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).
Kemudian disebutkan, al walimah merupakan makanan perkahwinan, atau kesemua makanan yang dibuat untuk dijemput (orang ramai) dan selainnya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Abd al-Rahman bin ‘Auf telah berkahwin. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya:
أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ
Maksudnya: Hendaklah kamu melakukan majlis perkahwinan sekalipun dengan seekor kambing. Riwayat Muslim (1427)
Secara zahir dari hadis di atas, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas perkahwinan dilangsungkan. Meskipun begitu, para ulama berbeza pendapat kepada implikasi tuntutan tersebut, sama ada ia membawa kepada hukum wajibnya majlis walimah ataupun hukumnya adalah sunat sahaja.
Manakala pendapat yang kedua merupakan pandangan para fuqaha’ iaitu hukum mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Oleh kerana itu, Imam Abu Dawud dalam menukilkan hadis-hadis walimah ini beliau letakkan di bawah tajuk:
باب فِي اسْتِحْبَابِ الْوَلِيمَةِ عِنْدَ النِّكَاحِ
Iaitu “Bab Pada Menyatakan Sunatnya Walimah ketika Perkahwinan’’.
Demikian juga dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji menyebut: “Hukum walimah adalah sunat muakkad’’.
Mereka juga berpendapat bahawa majlis perkahwinan ini adalah sama sahaja dengan majlis-majlis jamuan yang lain dari sudut hukum asal mengadakan majlis jamuan makan adalah sunat sahaja.
Demikian juga pada pandangan mereka, tidak tepat untuk dikatakan bahawa hukum mengadakan walimah adalah wajib disebabkan hukum menghadiri walimah adalah wajib. Ini kerana, dalam isu memberi salam ia juga dituntut dalam agama. Namun, memberi salam hukumnya sunat dan ini berbeza dengan hukum menjawab salam iaitu wajib.
MAJLIS PERKAHWINAN TANGGUNGJAWAB SIAPA
Berkenaan isu siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan majlis perkahwinan, terdapat dua pandangan utama dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Sebahagian berpendapat bahawa majlis perkahwinan merupakan tanggungjawab suami iaitu pengantin lelaki. Manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa urusan majlis perkahwinan adalah merupakan tanggungjawab keluarga mertua.
Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syathiri menimbulkan persoalan sama ada walimah disunatkan kepada suami atau isteri. Lalu beliau menyatakan: “Para ulama berpendapat bahawa walimah disunatkan kepada suami (pengantin lelaki). Melainkan sebahagian ulama berpendapat bahawa ia disunatkan dengan seruan yang umum (iaitu tanpa dikhususkan kepada sesiapa), bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Beliau turut menukilkan pendapat dari Syeikh Daud al-Zahiri yang menyatakan bahawa walimah itu wajib ke atas suami. Berdasarkan perintah Nabi SAW kepada Abdul Rahman bin ‘Auf.
Manakala para ulama Syafi’eyyah meletakkan arahan tersebut kepada hukum sunat (iaitu sunat bagi suami melakukan walimah). Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis, Muhammad bin Ahmad al-Syathiri (Hlm. 597).
Pandangan yang menyatakan tanggungjawab mendirikan majlis walimah terletak pada bahu pengantin lelaki berhujahkan kepada hadis arahan Nabi SAW kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas. Ini kerana, baginda SAW menyatakan kepada beliau أولم (lakukanlah walimah). Namun dalam masa yang sama, baginda tidak menyatakan kepada pihak mertua Abd al-Rahman bin ‘Auf أولموا (lakukanlah kamu semua majlis perkahwinan). Justeru, majlis walimah itu disyariatkan kepada hak pengantin lelaki.
Selain itu, kenikmatan (perkahwinan) pada hak seorang suami adalah lebih besar berbanding kenikmatannya pada hak seorang isteri. Demikian juga menjadi kebiasaan bahawa orang lelaki yang melamar dan meminta seorang perempuan untuk menjadi isterinya, serta sangat jarang berlaku orang perempuan yang meminta orang lelaki mengahwininya.
Tambahan pula, pernikahan adalah suatu kenikmatan bagi pengantin lelaki dan antara cara menzahirkan syukur adalah dengan melakukan amal soleh. Ini berdasarkan firman Allah SWT
اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا
Maksudnya: Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur. Surah Saba’ (13)
Justeru, antara amalan yang dilakukan untuk menzahirkan kesyukuran dari perkahwinan adalah dengan melangsungkan majlis walimah itu sendiri.
Manakala berkaitan isu majlis walimah yang dilakukan oleh pihak mertua iaitu bapa pengantin perempuan sebagai contohnya, maka kata al-Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Syathiri: ‘’Sekiranya majlis walimah dilakukan oleh selain suami dan wali, seperti bapa kepada isteri (pengantin perempuan), atau walimah dilakukan oleh pengantin perempuan sendiri, maka telah ditunaikan sunnah bagi pihak dirinya (pengantin lelaki).
KESIMPULAN
العادة محكَّمة
Maksudnya: Adat itu menjadi penentu hukum.
Ini bermakna, adat itu boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku. Yang mana permasalahan tersebut tidak terdapat padanya dalil-dalil yang jelas dalam menjelaskan hukumnya.
Kami turut menyatakan, hendaklah majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana mengikut kemampuan dirinya sendiri (pengantin lelaki) tanpa perlu israf dan juga membazir. Inilah hikmah dari arahan Nabi SAW kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas bahawa biarlah diadakan walimah, sekalipun dengan seekor kambing.
Begitu juga kami nasihatkan kepada ibubapa kepada bakal-bakal pengantin supaya sentiasalah mempermudahkan urusan anak-anak dalam mengadakan majlis perkahwinan supaya mereka dapat melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
10 Muharram atau Hari Asyura mempunyai kelebihan yang besar dalam Islam. Ketahui 5 amalan terbaik yang boleh dilakukan untuk meraih keampunan, rahmat dan ganjaran daripada Allah SWT.