Ribuan cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat di kota suci itu. Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan serangga berkenaan menghurung kawasan masjid dan badan jemaah yang sedang bersolat.

Ia sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dan berbagai andaian tentang fenomena ini. Melalui perkongsian Najmi Farisham di laman Facebooknya, lelaki ini berbicara tentang perkara tersebut. 


Gempar pula video cengkerik penuh duk berlegar di kawasan Masjidilharam. Maka keluarlah ramalan-ramalan daripada mereka yang arif dalam segenap perkara. Tenang semua, kalau tak ada ilmu meramal dalam diri, duduk senyap-senyap sudah. Habis benda kau nak ramal, haih.

Pihak masjid dah buat pembasmian dah. Kerja-kerja pembersihan juga dah dijalankan. Sebenarnya binatang seperti cengkerik dan belalang ini memang selalu ada ja di dataran masjid. Duk melompat sana sini, duk hinggap atas kepala orang. Yang mati kena pijak pun banyak juga. Dah benda kecil, orang kadang-kadang tak perasan duk di lantai.

BANYAK DARI BIASA

Cuma kali ini mungkin sedikit banyak, itu yang orang rasa pelik. Namun kebanyakan orang lama Mekah akan kasi tahu ianya fenomena biasa. Akan ada musim haiwan tersebut datang. Katanya sebelum ini pun sudah pernah berlaku. Tambahan dengan cuaca hujan dan suhu dingin nyaman seperti sekarang.

IKLAN

Aku teringat masa dekat kampung dulu, kebiasaannya ada satu musim itu belalang bawa geng duk melepek di dinding-dinding rumah. Lazimnya mereka datang dari baruh. Memang penuhlah di kaki-kaki lima.

Yang geli tak usah ceritalah, cuma kami ambil peluang ini untuk tangkap. Lalu goreng masak pedas, peh rasanya macam keropok. Kruk, kruk, kruk bunyinya saat mengunyah. Sedapnya ya Tuhan.

Itu cerita belalang. Ada juga musim kelkatu datang ‘menyerang’. Biasanya bila hujan baru reda. Jenuhlah esoknya nak sapu sayap-sayapnya yang gugur jatuh.

IKLAN

DATANG PADA MUSIMNYA

Mesti kalian tak tahu kan yang kelkatu ini anak beranak anai-anai? Ia berjantina betina. Mereka akan gugurkan sayap bila sudah bertemu pasangan masing-masing untuk proses seterusnya.

IKLAN

Ada lagi satu, binatang seakan kumbang kecil berwarna hitam. Peh dia punya bau memang kalah minyak atar. Kalau terkena dekat badan atau baju, habislah melekat bau semerbaknya. Kahkah.

Poin aku di sini, binatang tersebut datang pada musimnya. Bukannya sepanjang tahun pakat keluar buat pesta di perkampungan kita, bukan. Hari-hari biasa, belalang, kelkatu dan lain-lain tetap ada. Cuma tak banyak.

Begitulah juga dengan situasi yang berlaku sekarang.


Fenomena cengkerik banyak ini adalah fenomena biasa yang berlaku setiap tahun apabila masuknya musim sejuk. Sepertimana di Malaysia apabila masuknya musim hujan, akan keluar banyak kelkatu. Sama juga di Makkah bila masuknya musim sejuk, memang akan keluar banyak cengkerik.

Sumber kredit: FB: Najmi Farisham