Lewat atau cepat jodoh seseorang itu ia bergantung pada ketentuan Allah SAW. Menurut pendakwah bebas, Datok Hassan Mahmood al Hafiz, mereka yang belum diketemukan jodoh tidak bermakna mereka tidak bahagia dan gembira.
Bahagia atau tidak seseorang itu bukan bergantung kepada statusnya. Sebaliknya ia datang daripada diri sendiri.
Tambah beliau lagi, soal kegembiraan seseorang itu bukan ditentukan oleh perkahwinan.
BUKAN PERKARA WAJIB
“Ia (perkahwinan) itu satu daripada naluri, kehendak dan kehidupan. Perkahwinan bukan perkara wajib.
“Ada orang diberi kesempatan untuk berkahwin dan begitu jugalah sebaliknya. Contoh terdekat ialah Nabi Isa, Imam Nawawi Al-Azhar dan alim ulama yang lain. Tetapi mereka tetap hidup bahagia.”
Ads
Ukuran bahagia itu bukan terletak pada jodoh itu cepat atau lambat tetapi ia terletak kepada diri sendiri bagaimana untuk mengawal dan mengendalikan nafsu. Oleh itu janganlah bersedih dan rasa terpencil daripada masyarakat.
“Ingat wanita yang masih bujang sebenarnya Allah beri peluang kepada mereka untuk mencari ilmu dan membuat lebih amalan.
Ads
CARI ILMU DAN TAMBAH AMALAN
“Ketika bujang ini, carilah ilmu dan buatlah sepenuh amal kebaikan sebagai bekalan untuk akhirat kelak. Inilah hikmahnya bila Allah belum menemukan jodoh buat mereka.”
Ads
Tambahnya lagi jika kedudukan kewangan kukuh, boleh ambil anak yatim dan pelihara seperti anak sendiri. Dengan cara itu dapat menghilangkan rasa sunyi dan dapat berkongsi kasih sayang dengan mereka.
Jika ditakdirkan bertemu jodoh tatkala usia sudah bertambah jangan sesekali tolak sebaliknya terima dengan hati yang terbuka.
VIDEO KASHOORGA:
Sumber Kredit: Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘10 tahun duit cukup tunaikan haji.’ Siap surat beranak anak, ibu ini terus buka akaun Tabung Haji dan menabung secara konsisten. Semuanya perlu perancangan kalau hendak tunaikan haji dalam usia yang muda.
Dahulu mungkin kurang kesedaran, sekarang rata-rata ibu bapa mula membuka akaun tabung haji sedari anak masih kecil seterusnya membuat potongan gaji setiap bulan untuk simpanan anak-anak.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Azihan Sulaiman ini, baginya tiada rahsia anaknya dapat pergi haji dalam usia muda, sebaliknya inilah cara dia lakukan selama ini.
Ramai yang tanya saya, rahsia anak-anak dapat menunaikan haji pada usia yang muda. Tidak ada rahsia.
Saya dan Tabung Haji memang tak dapat dipisahkan. Kalau ada award, boleh bagilah dekat saya…
Seawal usia 15 tahun saya sydah buka akaun Tabung Haji (TH). Ketika itu ada pameran di sekolah dan saya singgah buka akaun di booth TH. Dari situlah bermulanya persahabatan saya dengan TH.
Ada duit RM5, saya pos ke TH Gerik. Begitulah yang saya lakukan masa zaman sekolah. Sehinggalah saya keluar mengajar, barulah saya buat potongan gaji secara tetap.
Sebelum berkahwin, sebelum ada anak, saya sudah membantu membuka akaun TH untuk anak-anak murid Tahun 1 saya. Masa tu kaunter TH dibuka pada setiap hari Sabtu di bangunan Arkeb MARA Lenggong.
Saya wujudkan tabung simpanan untuk anak-anak murid. Kalau mereka masih ingat, setiap hari mereka akan menabung duit lebihan belanja sekolah mereka, sekupang dua kupang…
Zaman itu belum ada media sosial macam sekarang. Nak ambil gambar buku catatan tabungan pun tak dapat. Kena guna kamera isi filem Kodak.
Apabila duit mereka cukup RM5 atau lebih, saya akan bawa ke kaunter TH. Sehingga mereka di Tahun 6, saya masih meneruskan usaha tabungan tersebut. Buku akaun TH mereka, saya pulangkan kepada mereka apabila mereka tamat tahun 6.
Jadi, tak ada hairanlah kalau saya membuka akaun TH anak-anak saya seawal usia mereka 2 minggu iaitu sebaik-baik sahaja mereka memperoleh surat beranak dan seterusnya mendaftarkan haji mereka.
Target saya, sebulan RM100, setahun RM1200, sepuluh tahun RM12, 000 simpanan bersih tidak termasuk bonus. Bermakna pada usia 10 tahun, mereka sudah cukup wang untuk mengerjakan haji.
2007, umur abang genap 10 tahun. Dia selalu ikut opahnya pergi kursus haji kerana pada tahun tersebut opahnya dapat tawaran mengerjakan haji. Dia bagitau kawan-kawannya yang dia nak pergi haji.
Suatu hari saya terserempak cikgunya. Cikgu dia beritahu, Syaiful cakap pada semua orang yang dia hendak pergi haji. Cikgunya kata,”Dia ingat senang-senang kot nak pergi haji. Kalau tak ada duit, mana boleh pergi haji. Setakat pergi kursus sajalah.”
Saya senyum saja. Tak jawab apa-apa pun. Tidaklah pula saya beritahu, duit dia memang sudah cukup. Apa yang cakap itu memang betul dia nak pergi haji sebab memang sudah daftar pun haji dia ketika itu.
Alhamdulillah, 6 tahun kemudian, pada usianya 16 tahun, Allah menjemput abang menjadi tetamu agung-Nya.
Anak-anak memang sejak kecil lagi pulun mengaji dan hendak khatam Quran cepat-cepat sebab mama dan ayah janji hendak bawa umrah kalau semua sudah khatam Quran.
Bukan paksa anak-anak tapi asbab itu jugalah mereka bersungguh-sungguh mengaji dan berguru.
Doa mama semoga anak-anak mama terus istiqomah dalam mengerjakan amal ibadat, mencintai rumah Allah dan mencintai agama Allah.
Anak cahayamata yang ditunggu-tunggu ibu ayah. Ada pasangan diuji dengan kehadiran cahayamata selepas bertahun-tahun menanti. Ada direzekikan dapat anak lebih awal. Namun satu perkongsian yang tular di media sosial kala ini wajar dijadikan pengajaran buat para suami untuk lebih menghargai isteri ketika mengandung.
Luahan seorang suami yang rindukan ingin mendengar suara isterinya yang kini sedang koma sejak bersalin 3 Syawal lalu membuatkan ramai sebak. Masa yang sama, dirinya mengakui silap kerana kurang beri perhatian semasa isteri mengandung hingga isteri stress dan koma ketika bersalin. Semoga para suami menghargai isteri.
Doakan isteriku Nurhanim firdaus…
YaAllah aku tak kuat.
Isteriku koma pecah pembuluh darah masa dia bersalin pada 3 Syawal. Mulanya dia sakit teruk masa pembukaan jalan. Dia meneran (push) macam biasa tapi tiba tiba diam, mata naik atas terus tak sedar diri.
Dia hanya berjaya keluarkan kepala anak, lepas tu tak sedar diri. Badan anak dan lain-lain doktor tarik keluarkan. Alhamdulillah anak perempuan kami selamat.
Huru hara dalam dewan bersalin. Aku di saat tu dah hilang arah, seolah aku bakal hilang nyawa. Ya-Allah.
Saat ni aku belum mampu lagi nak tengok anak sulung kami. Aku lebih takut kehilangan isteriku. Doktor kata antara puncanya dia penat dan terlalu stres.
Maafkan abang sayang. Selama sayang mengandung abang tak berapa layan sayang. Abang selalu buat sayang penat dan stres. Hari-hari sayang ngadu penat tapi abang buat buat tak dengar.
Banyak yang sayang nak makan abg tak tunaikan. Sayang bangun nanti abang janji akan jaga sayang, beri perhatian pada sayang. Abang tak keluar mancing lagi.
Abang tak nak lepak dengan kawan lagi. Tolong bangun sayang janji dengan abang, bangun sayang. Abang tak kuat. Mata abang bengkak menangis hari-hari rindu suara sayang. Rindu nak gaduh dengan sayang. kawan, doakan isteriku.
Sumber : KBSM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai yang sangat sayangkan Abam Bocey kerana sewaktu hayatnya dia sangat murah rezeki pada orang sekeliling.
Malah dikatakan ada seorang wanita sanggup datang malam-malam untuk menziarahi kubur arwah kerana menurut wanita ini Abam yang selama ini menyara perbelanjaaan sekolah anak-anaknya.
Memang banyak fadilatnya jika kita bersedekah dengan orang lain, terutama kepada yang memerlukan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter wanita ini @efaperfume memberi tip murah rezeki daripada pakciknya yang juga seorang orang kenamaan popular bergelar Tan Sri serta dianggap sebagai jutawan.
Menurutnya pakcik dia memberi tip murah rezeki, semuanya bermula dengan perkara yang basic.
Katanya setiap hari kena ada ‘charity day’ tidak kisahlah sama ada belanja kawan makan atau apa saja.
Walaupun jumlahnya kecil tetapi pastikan amalan itu berterusan. Dan pastikan amalan itu menadi kebiasaan dalam rutin kehidupan.
Ternyata perkongsian ini juga turut mendapat perhatian warganet yang juga memberi perkongsian menarik tentang rezeki.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?