Alhamdulillah! Dalam diam Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman sudah pun membina apps islamik yang diberi nama Qalby. Walau tidak banyak lagi umum mengetahui tentang app dibinanya ini tetapi nama-nama berpengaruh seperti Prof Dr Muhaya, Lisa Surihani dan beberapa nama lain sudah mulai mengikut di app ini.
Qalby (barangkali ejaan Qalbi dalam bahasa Melayu membawa maksud HATI adalah salah satu rukun dalam solat yang membawa maksud niat dan tertib, wallahualam).
Dalam apps ini ada waktu solat, dipenuhi kata-kata hikmah malah perkongsian dari Mufti Menk turut dimasukkan. Malah ia turut mengandungi perkongsian ilmu diberi nama “Did You Know” yang mana di dalamnya mengandungi banyak persoalan yang kita boleh jadikan panduan bersama. Bagi yang ingin memuat turun app nie boleh di dapati di dalam AppStore dan Play Store bagi pengguna Andriod.
Ads
Ads
Bahkan ia juga ada soal jawab secara langsung dengan beberapa individu yang menerima hidayah Allah untuk mengucap dua kalimah syahadah antaranya Aliza Kim selain mempelajari surah Al -Fatihah beserta tajwid yang betul bersama Ustadza Zainab Talha.
Ads
Sebelum ini umat islam digemparkan dengan app Muslim Pro yang didakwa data pengguna dibeli oleh tentera Amerika sehingga ramai menyah penggunaan apps ini. Namun hal itu dinafikan oleh pihak pengurusan Muslim Pro yang memaklumkan setiap data seramai 98 juta orang adalah selamat. Bukan setakat Mizz Nina, malah Neelofa juga dikatakan sudah mempunyai app islamik untuk kegunaan umat islam. Alhamdulillah, semoga lebih ramai selebriti yang diberi hidayah oleh Allah untuk sama-sama membangunkan app sebegini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Semalam, negara dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid akibat sakit tua pada usia 98 tahun. Berita pemergiannya agak mengejutkan ramai pihak dari semua peringkat tertinggi hinggalah rakyat biasa.
Jasa dan pengorbanan Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid tiada tolok bandingnya dan akan sentiasa dikenang di minda dan hati setiap rakyat Malaysia seperti kata kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hantaran di fbnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham sebagai seorang tokoh akademik dan ekonomi yang unggul dan amat disegani.
"Penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), institusi yang dekat di hati orang Melayu merupakan antara jasa besar yang ditinggalkan Allahyarham.
"Negara cukup merasa kehilangan atas pemergian Allahyarham. Bagi pihak kerajaan, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan besar Allahyarham dalam memperjuangkan dan memperkasakan bidang pendidikan, ekonomi dan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam," katanya malam tadi.
Perdana menteri berkata Allahyarham juga merupakan seorang pakar ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada pembangunan agama, bangsa dan negara termasuk dalam menangani isu kemiskinan di luar bandar.
Allahyarham adalah anak watan pertama dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Malaya dan memegang jawatan itu paling lama iaitu selama 20 tahun sejak 1968. Di bawah kepimpinan beliau (Allahyarham), Pusat Asasi Sains ditubuhkan yang menyaksikan kelahiran ramai doktor, jurutera dan profesional dalam kalangan anak tempatan, kata Muhyiddin.
"Saya dan keluarga berkongsi kesedihan seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian orang tersayang. Saya berharap mereka semua tabah menghadapi dugaan ini," kata perdana menteri.
Ungku Abdul Aziz, tokoh akademik berusia 98 tahun, meninggal dunia pada kira-kira 4 petang tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, pada 9.30 malam ini.
Sekadar perkongsian, gelaran Prof Diraja diberikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kepada individu yang layak. Dan Prof Diraja Ungku Aziz adalah satu-satunya anak Melayu yang diberikan gelaran ini oleh Agong.
Allahyarham dilahirkan pada 28 Januari 1922 di Hampstead, England dan kemudian mendapat pendidikan di English College di Johor Bharu, Malay School di Batu Pahat serta pendidikan tinggi di Raffles College di Singapura.
Seorang tokong terbilang dalam bidang ekonomi yang diperoleh beliau pada 1951 di UM Singapura sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sama di Universiti Waseda, Tokyo tahu 1964. Allahyarham juga cukup terbilang dalam bidang pentadbiran, ahli akademik serta penulis yang cukup disegani ilmunya.
Allahyarham merupakan Naib Canselor Universiti Malaya yang pertama dan paling lama berkhidmat serta ahli ekonomi Melayu yang cukup disegani.
Allahyarham telah menulis lebih 50 buah buku mengenai masalah sosial dan ekonomi.
Keluarga ini sangat disegani baik allahyarham isterinya, mesra disapa Norazah Abdul Aziz atau Mak Ungku yang diangkat sebagai Tokoh Budayawan Negara selain anaknya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang juga bekas Gebenor Bank Negara.
Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.
“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.
“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.
“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!
Sebaik muat naik status ini, Siti dihujani ucapan tahniah dan semua mendoakan kesejahteraan penyanyi kasatangan ramai ini.
Seperti perkongsian Ustazah Asma’ Harun yang rapat dengan anak sulungnya, anak perempuan.
Hubungan ibu dan anak ini sangat rapat, malah sebagai anak sulung, Atikah sudah terbiasa menolong kedua ibu bapanya (jika ada urusan di luar) dalam menguruskan adik-adik yang lain, termasuk bab solat.
Ikuti perkongsiannya yang boleh dijadikan panduan dalam mendildik anak-anak.
SubhanAllah.. Jalan berdua dengan anak sulung, ada orang belakang jeles (Abinya) snap gambar senyap². Anak pertama, ada orang kata yang paling manja, tapi Atikah seperti tak sempat nak manja lama, berturut adik²nya lahir sorang demi sorang.
Dah biasa daripada kecil tolong Umi Abi dalam menguruskan banyak perkara. Atikah (14tahun) terpaksa cepat matang dan cekap buat banyak perkara. Tinggalkan 6 adik²nya untuk dijaga (bukan tempoh lama) dah jadi biasa.
Atikah juga bantu fahamkan adik² yang belum mengerti kenapa Umi Abi sibuk sangat, bantu pastikan rutin ibadah dan kerja harian tetap berjalan ketika Umi Abi tinggalkan beberapa hari anak² bersama dengan penjaga.
Selalu hati kecil saya bimbang, sungguh saya bimbang bila membaca ramai Ibu Bapa yang meluahkan kesedihan apabila tiba satu saat anak sulung berubah sikap, mula memberontak, mula rasa Ibu Ayah tidak adil dan menzaliminya dengan pelbagai tugasan, bahkan ada yang meluahkan rasa benci pada Ibu Ayah. Allahu Allah.. saya doakan semua Ibu Ayah kuat dalam mendidik anak² di zaman yang sungguh mencabar ini.
Kesabaran, ketenangan dan kelembutan kami juga seringkali roboh saat diuji dengan kerenah dan sikap anak². Jika benar kami dah melampaui batasan, kami akan merendahkan diri memohon maaf daripada anak², ia tidaklah menjatuhkan maruah, bahkan kita sedang memberi kefahaman bahawa meminta maaf itu adalah satu akhlak yang akan memuliakan seseorang.
Saya sebenarnya ibu yang tegas, namun pujian dan teguran cuba diberikan seimbang pada anak². Dalam kesibukan tetap cuba seimbangkan dengan aktiviti santai bersama seperti, masak², main basikal, badminton, karom, tengok rancangan yang bagus, dll.
InsyaAllah ada rezeki, saya nak kongsi tips parenting, kami bukan Ibu Ayah yang terbaik, tapi cuba jadi yang baik untuk Dunia dan Akhirat bersama. Menjadi anak kepada UAH bukan suatu yang mudah untuk anak² kami lalui, ada tekanan dan ujian yang kami perlu bersama dengan anak² hadapinya.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...