Setiap dari kita pastinya mahu rumahtangga dibina akan kekal hingga ke akhir hayat. Lebih-lebih lagi jika ia adalah cinta pertama. Namun kita hanya merancang tapi Tuhan jua yang menentukan.
Setelah bertahun menyulam cinta dan dikurniakan seorang anak, siapa sangka rumahtangga dibina mengalami berantakan.
Begitulah yang terjadi pasangan pelakon Sharnaaz Ahmad, 34 tahun dan isterinya Noor Nabila Mohd Noor, 34 tahun, mengalami masalah rumahtangga hingga memaksa Noor Nabila menuntut untuk dilepaskan secara baik.
Noor Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.
Namun bagi Sharnaz dia belum bersedia untuk menceraikan isteri dan ibu kepada anak tunggal mereka, Jebat Jaydan Ahmad yang kini berusia setahun.
Ads
Terdahulu dalam prosiding itu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab ” Ya” namun tidak bersetuju dengan tuntutan cerai berkenaan.
Namun begitu, dalam kes ini bagaimana penyelesaian kepada masalah ini. Jika isteri mahu bercerai tetapi tidak dipersetujui oleh lelaki.
Apakah jalan terbaik untuk menyelamatkan rumahtangga dibina daripada terus runtuh.
Ads
Menurut Pendakwah Bebas Ustaz Riza Kamaruddin, bagi kes seperti ini jalan terbaik kedua-dua pihak adalah dengan mengadakanMajlis Thuluh atau Majlis Tahkim.
“Kedua-dua pihak perlu lantik wakil untuk berbincang bagi pihak mereka dalam mencari jalan untuk perdamaian.
Ads
“Biasanya hal ini akan dijalankan oleh pihak pejabat agama atau pihak-pihak lain, pihak pejabat agama atau mahkamah boleh mengaturkan Majlis Thuluh ini,” ujarnya ketika ditanya mengenai persoalan itu.
Ustaz Riza Kamaruddin
Tambahnya lagi tiada jalan lain boleh dibuat jika salah seorang sudah mengambil keputusan untuk berpisah.
“Tidak ada caranya (untuk berdamai) melainkan kedua-dua pihak ikhlas mencari jalan penyelesaiannya. Kalau masih boleh berbaik-baik berbincanglah demi masa depan anak yang masih kecik,” tambahnya lagi ketika dihubungi.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NOOR NABILA & SHARNAAZ
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pandemik wabak koronavirus ini memang sangat menakutkan kita. Hari ini saja kes kematian meningkat menjadi 15 orang daripada 1,624 kes yang terkini (sehingga artikel ditulis).
Dan pastinya barisan hadapan atau kita panggil team forntliner yang menjadi sayap kanan atau kita panggil hero dalam usaha merawat dan membantu pesakit yang dijangkiti wabak merbahaya ini.
Mereka dikatakan bekerja tanpa rehat berbelas jam sehari dan hanya pulang ke rumah waktu tengah malam saja.
Dalam satu posting di laman Facebook wanita ini yang juga merupakan frontliner sangat terharu apabila diberi penghomatan oleh pihak polis.
Menurutnya dia yang baru balik kerja ditahan polis dan dengan tenaga yang ada dia berusaha menunjukkan kad pengenalan.
Namun apa yang sangat menyentuh hatinya apabila semua skuad polis yang menahannya bangun lalu mengucapkan ‘Terima Kasih Doktor’.
Ternyata perbuatan mereka itu sangat membuatkan wanita ini yang juga doktor perubatan rasa terharu.
Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang mrmbantu dalam Perintah Kawalan Pergerakan dalam memastikan kempen ini berjalan lancar.
Inilah masanya kita berjuang bersama-sama dalam menangani wabak penyakit ini.
Posting ini turut mendapat respon dan rata-rata mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan KKM dalam menangani wabak COVID-19 ini.
Faiza YusniSemoga sentiasa tabah dan terus berusaha. Saya doakan agar puan dan seluruh warga KKM sentiasa dlm lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan.. Aamiin
Afif NasirTerima kasih doktor…jasa dan pengorbanan puan tidak terbalas. Kepada semua barisan hadapan sememangnya anda semua layak menerima tabik hormat dari rakyat malaysia Stay strong doktor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Adik 14 tahun jadi wali nikahkan kakak.’ Masih muda tapi berani tunaikan tanggungjawab sebagai seorang wali kepada kakaknya. Keberanian remaja ini mengundang rasa sebak warganet.
Tidak semua remaja seusianya mampu dan berani menjalankan tanggungjawab sebegini besar.
Adik berusia 14 tahun menjadi wali nikahkan kakak, ramai sebak dan puji berani. Biarpun masih muda, remaja lelaki itu tetap menunaikan tanggungjawabnya dengan berani dan lancar.
Menerusi rakaman berdurasi satu minit 23 saat yang tular pada laman sosial TikTok, seorang remaja lelaki bernama Irfan melafazkan akad pernikahan kakaknya di sebuah masjid sambil diperhatikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
“Pernikahan kakak diwalikan oleh adiknya yang berumur 14 tahun. Suasana menjadi sayu dan pilu dengan tangisan si adik.”
Video yang dikongsikan pengguna TikTok @lizabakar72 itu memperlihatkan ramai jemputan sebak dan sayu berpelukan, malah tangisan kedengaran menyelubungi suasana.
Malah Irfan sendiri tidak dapat menahan pilu menitiskan air mata usai menjalankan tugasnya sebagai wali.
Biarpun masih muda, lafaz ijab remaja itu begitu lancar. Menerusi ruangan komen, seorang pengguna TikTok Shim Al Ganu memberitahu telah membantu Irfan bagi mempermudahkan Irfan menunaikan tanggungjawabnya di dalam majlis berkenaan.
“Saya Penolong Pendaftar pada akad nikah ini. Pada mula adik Irfan tidak mahu menikahkan kakaknya. Beliau malu. Namun selepas saya pujuk dan memberikan semangat, dia okay. Saya siapkan teks sahaja,” titipnya.
Warga maya rata-rata sebak dan mengakui turut menitiskan air mata melihat remaja itu menjalankan tanggungjawabnya sebagai wali.
– “14 tahun dengan tanggungjawab besar seorang ketua keluarga. Mahram kakaknya. Sayu hati saya melihatnya tetapi bangga, moga adik Irfan sentiasa di dalam barakah-NYA.”
– “Kecil lagi adik ini memikul tanggungjawab menjadi wali kakaknya, moga rumah tangga yang dibina kekal ke syurga.”
-“Alhamdulillah, pastinya si adik akan membesar menjadi insan yang sangat bertanggungjawab dan bakal imam untuk keluarganya nanti.”
-“Alhamdulilkah lancar, smooth sahaja. Siapa tengok banyak kali kite geng. Tahniah adik, sangat bertanggungjawab dan berani.”
SIAPA LAYAK MENJADI WALI?
Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Ia juga merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan dan salah satu syarat sah nikah.
Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:
– Islam
– Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun)
– Berakal (Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali).
– Lelaki
– Adil
– Merdeka
Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan memenuhi syarat sah menjadi wali.
SUSUNAN WALI MENGIKUT TERTIB
Menurut urutan tertib wali, orang yang bertanggungjawab menjadi wali menikahkan pengantin perempuan ialah bapa kandung, datuk sebelah bapa ke atas kemudian ketiga ialah saudara lelaki seibu sebapa dan seterusnya seperti berikut:
1. Bapa kandung
2. Datuk sebelah bapa ke atas
3. Saudara lelaki seibu-sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa
6. Anak saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
11. Bapa saudara seibu-sebapa
12. Bapa saudara bapa sebapa
13. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
15. Bapa saudara datuk seibu-sebapa
16. Bapa saudara datuk sebapa
17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
19. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan)
20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq
21. Raja atau sultan
“Sekiranya wali pertama tiada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika wali kedua tiada, hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya mengikut tertib.”
Bagaimanapun, permohonan perkahwinan menggunakan wali hakim adalah dibolehkan atas beberapa sebab iaitu :
1. Tiada wali yang sah daripada nasab
2. Wali ghaib
3. Anak tidak sah taraf
4. Wali enggan
5. Wali dalam ihram atau umrah
6. Wali tidak cukup syarat
Kashoorga : Semoga anak ini membesar menjadi seorang anak, suami dan ayah yang soleh. Insyallah.
Agungnya kasih seorang ayah. ‘Saya berkebun sebelah kubur kerana mahu dekat dengan arwah anak.’ Begitulah betapa kasihnya seorang ayah kepada anak bongsu yang telah pergi sebelumnya.
Biarpun sedih dengan pemergian dengan anak tercinta, namun apa yang dilakukan lelaki ini memberi impak dan manfaat kepada orang sekeliling.
“Saya berkebun setiap hari dari pagi hingga ke petang sejak enam tahun lalu kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan anak yang kuburnya hanya di sebelah kebun ini saja.
Setakat ini, saya menanam 450 pokok buah-buahan yang hasilnya diberi kepada orang ramai khasnya sukarelawan yang membantu saya,” kata warga emas, Yen Maseri Idris, 67.
Memetik laporan Harian Metro, kebun bandar yang letaknya berdekatan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini diusahakannya selepas setahun pemergian anak bongsu Yen Maseri, yang meninggal dunia di United Kingdom (UK) dan dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Sebenarnya, mungkin disebabkan kepesatan kawasan itu, tiada siapa yang perasan kewujudan kebun bandar di atas tanah rizab terbiar milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 600 meter itu, melainkan ia kelihatan seperti kawasan hutan kecil seperti kawasan lain di sekitar ibu kota.
Jelas Yen Maseri, kematian anaknya pada 2016 yang ketika itu pelajar di London, memberi kesan sangat mendalam sehingga beliau berhenti kerja selepas 32 tahun berkhidmat di Unit Sumber Manusia sebuah syarikat dengan menghabiskan masa melawat kubur anaknya.
“Semua rasa kegembiraan hilang selepas anak meninggal dunia. Setiap hari saya berkunjung ke kuburnya dan sanggup berkhidmat sebagai penggali kubur selama setahun di situ semata-mata mahu sentiasa dekat dengannya.
“Selepas setahun, saya melihat ada kawasan tanah rizab terbiar di belakang tanah perkuburan itu yang penuh semak samun dan menjadi kawasan pembiakan nyamuk.
“Jadi timbul idea untuk membersihkan kawasan itu dan menanam pokok yang dapat memberi manfaat kepada setiap orang kerana saya faham ini tanah rizab, cuma saya ingin mentransformasi serta menjadikan kawasan itu tidak terbazir begitu saja.
“Pada masa sama, kegiatan saya ini masih membolehkan saya ‘dekat’ dengan arwah anak kerana setiap hari tetap datang melawat kuburnya,” katanya yang berulang alik sejauh 10 kilometer dari rumahnya di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Betul Ke Haram Bunuh Semut:
Di samping itu, jelas Yen Maseri, dia tidak pernah terfikir menjadi seorang pekebun dan sejak mengusahakan kebun bandar itu selama enam tahun, hampir 450 batang pokok daripada 30 jenis pokok buah-buahan ditanamnya termasuk ciku hibrid, avacado, nangka, mangga harum manis, durian musang king dan rambutan.
“Banyak hasil sudah diperoleh dan ia tidak pernah dijual, sebaliknya berkongsi dengan kira-kira 150 ahli sukarela yang terbabit dalam projek kebun ini bagi memastikan usaha menghijaukan kawasan terbiar dengan sesuatu yang bermanfaat dapat diteruskan.
“Malah saya juga menjaga dan memberi makan ikan talapia bunga yang ada dalam longkang di sini yang dibersihkan sehingga jernih hingga boleh dilihat ikan berenang.
“Ikan talapia bunga ini sangat banyak dan seekor ikan dewasa dianggarkan seberat satu kilogram. Saya mengutip lebihan makanan di medan selera berdekatan dan memberikan daun pandan yang ditanam di sini kepada peniaga terbabit,” katanya yang setiap hari berada di kebun itu bermula 7.30 pagi hingga 7 petang.
Tambah Yen Maseri, tidak dinafikan sejak mengusahakan tanah ini daripada semak samun kepada satu ‘permata’ bernilai yang boleh dinikmati orang ramai secara terbuka, banyak cabaran dihadapinya termasuk sering diadu mengenai aktiviti perkebunannya kepada pihak berkuasa, selain dicerobohi orang luar.
“Saya faham ini tanah rizab dan mengalu-alukan sukarelawan berganding bahu menjadikan kawasan terbiar ini satu lokasi bermanfaat dan berkongsi ilmu kerana saya tiada pengalaman bertani sebelum ini.
“Malah saya juga berhubung dan memaklumkan aktiviti perkebunan di tanah milik JPS ini melakukan tindakan susulan lain untuk memastikan ia sentiasa dikemaskini kepada pihak berwajib.
“Bagi saya, setiap tumbuhan ditanam ini, jika hasilnya dikongsi bersama, buahnya juga akan sentiasa lebat dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya yang turut membaja pokok ini tiga bulan sekali dengan modal sendiri sekurang-kurangnya RM400.
Malah menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, anaknya turut memberi sokongan terhadap usahanya, malah anak perempuannya turut membantu menyiapkan kandungan media sosial perkembangan terkini kebun bandar untuk tatapan orang ramai.
“Kebun bandar menerima sumbangan, contohnya jika memerlukan sesuatu seperti memasang pagar dan sebagainya. Jadi saya perlu sentiasa mengemaskini perkembangannya supaya penyumbang tahu walaupun mereka tidak turun padang.
“Saya berharap usaha ini memberikan satu nilai positif, malah saya sedang mengusahakan satu laluan khas sepanjang 250 meter untuk dijadikan denai bagi memudahkan orang ramai datang ke sini untuk menikmati suasana kebun dalam bandar,” katanya.