Ketika diawal kempen Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilakukan, ramai yang tidak ambil peduli. Malah ada dilihat merayau keluar tanpa arah tujuan.
Dan apabila kerajaan dengan kerjasama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) keadaan jadi lebih terkawal.
Ramai pula ambil peduli PKP ini apatah lagi melihat kes kematian yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Tenyata semua pihak perlu memberi kerjasama bagi menamatkan rantaian jaringan penyebaran wabak koronavirus ini.
Dan salah satu contoh baik yang di muat naik di laman sosial ialah keadaan di sekitar bandar Melaka. Dalam satu twitter, lelaki ini mendedahkan keadaan di kebanyakan lokasi tumpuan pelancong di bandar bersejarah berkenaan.
Ads
Gambar yang dimuat naik oleh Muhammad Hazim di laman twitternya yang mahu orang ramai mencontohi sikap masyarakat Melaka memilih untuk duduk di rumah seperti yang disarankan kerajaan.
Namun sebenarnya gambar ini dirakamkan oleh seorang doktor menyaksikan bandar yang sering jadi tumpuan pelancong ini kosong dan ia kelihatan seperti ‘bandar zombie’.
Ads
Tiada lagi kenderaan beca-beca bermuzik atau orang ramai menyusuri bandar Melaka untuk melihat keindahaan bandar Melaka.
Dan seperti biasa, warganet turut memberi komen yang memuji penduduk di Melaka patut pada saranan kerajaan.
Ads
Ada juga turut menunjukkan bukti yang sama bandar Melaka sunyi dan lengang dari keriuhan ramai orang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam rumah tangga jika tiada gurau senda tentulah membosankan. Hubungan suami isteri jadi hambar dan kaku. Maka sebab itulah perlunya gurau senda serta rajuk dan pujuk dalam sesebuah rumah tangga. Baharulah sesebuah rumah tangga itu aman dan bahagia.
Dengan bergurau senda dan ketawa, ia sekali gus dapat melahirkan suasana bahagia dalam rumah tangga. Gurau senda merupakan sunnah yang dituntut dalam Islam. Tidak wajar sesebuah rumah tangga itu dilayari dengan suasana serius.
Kemanisan gurau senda antara suami isteri melahirkan suasana harmoni dalam rumah tangga. Ikuti perkongsian Muhammad Yusof tentang betapa perlunya gurau senda dalam rumah tangga serta kuasa memujuk isteri yang ada pada seorang suami.
Malam hari tu masa aku kat Vietnam, dekat-dekat pukul 10 malam aku turun temankan bini aku ke pasar malam kat bawah hotel tempat aku menginap.
Masa bini aku masuk sebuah kedai nak pilih tudung, aku pi beli kopi vietnam kat depan kedai tudung tu. Dah 12 cawan rasanya aku minum kopi Vietnam ni sejak aku menjejakkan kaki kat negara syurga tudung ni. Sedap betul aku rasa. Lepas tu aku lepak kat depan kedai sementara tunggu bini aku pilih tudung dia.
GELAGAT ISTERI MERAJUK
Then aku perasan ada seorang mak cik tengah pilih telekung sembahyang kat depan kedai tu. Tokey kedai ni ada bentang tikar depan kedai jual telekung dan tudung. Sebelah dia ada suami dia. Mak cik tu dok try pakai telekung, lepas tu dia tanya suami dia. Suami dia geleng kepala, tak berkenan. Then mak cik tu tukar warna lain. Suami dia geleng lagi. Mak cik tu tukar pulak warna lain. Suami dia geleng lagi. Last-last bini dia sarung telekung tu kat kepala suami dia. Nampak suami dia senyum tengok keletah bini dia yang seolah-olah merajuk sebab semua telekung asyik tak kena pada mata suami dia.
Lepas tu mak cik yang merajuk tadi pergi ke kedai sebelah.
Aku tengok pak cik tadi terus amek telekung yang bini dia berkenan tadi dan bayar duit pada tokey tu. Terus dia kejar dan bagi bini yang dah ada kat kedai sebelah tu. Senyum bini dia aku tengok.
Alangkah indahnya kebahagiaan hidup pak cik dan mak cik ni, aku kata dalam hati. Terkesan dengan apa yang baru aku tengok depan mata ni, aku terus masuk pi cari bini aku dalam kedai tu. Alhamdulillah, bini aku masih tenang memilih tudung pilihan hatinya. Betullah pepatah pujangga ada mengatakan, perempuan dan shoping tidak boleh dipisahkan.
PELENGKAP ISTERI
Penat shoping bini kata dia haus, so aku pun ajak dia pi kedai makan yang ada kat depan deret-deret kedai tudung tadi.
Masuk-masuk aku terperasan pak cik tadi ada dalam kedai tu. Kali ini ini dia tengah urut kaki bini dia sambil gurau-gurau dengan bini dia. Entah apa yang diguraukan agaknya, sampai mengekek-ngekek bini dia ketawa.
Aku belajar sesuatu malam ni.
Suami adalah pelengkap bagi isteri dan isteri adalah pelengkap bagi suami.
FASA BAHAGIA
Kadang kadang kita rasa isteri kita banyak sangat karenah, ataupun suami kita pulak cerewet sangat tapi yakinlah itu semua adalah kitaran untuk melengkapkan fasa kebahagiaan sebagai suami dan isteri.
Suami nak bergurau, berguraulah. Isteri kalau suami bergurau tu ketawalah walaupun lawaknya hambar. Kadang-kadang ada suami sanggup tahan kentut semata-mata nak kentut kat bini dia. Ini kategori lawak kuangajo.
Isteri nak merajuk, merajuklah, sebab nanti confirm suami akan pujuk. Kadang-kadang dorang bukan pujuk kosong. Untung-untung dorang beli rantai emas atau beg LV sebab nak pujuk bini.
Sebab Tuhan memang anugerahkan seni memujuk ni pada suami.
Betul tak?
Sumber kredit: FB: Muhammad Yusof
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Guna kain kapan dan kapas lebihan pengurusan jenazah arwah isteri.’ Dua minggu isteri meninggal, suami pula menyusul mengadap Ilahi.
Berat mata memandang, lagi berat bahu lima anak arwah menelan takdir yang cukup pahit ini. Kehilangan ibu dan ayah dalam masa dua minggu berturut-turut sudah tentu cukup menguji emosi.
“Kalau hampa (awak) pi (pergi), aku nak pi sekali, tak mau (tidak mahu) jauh nak duduk dekat-dekat. Kalau hampa tak ada, tiada makna (hidup ini),” itu ungkapan Ab Rani Arshad yang masih diingati anaknya sehingga kini.
Ab Rani, 65, meluahkan rasa itu ketika membalas ungkapan isteri, Azizah Hamid, 65, yang meminta lelaki itu tinggal bersama anak mereka jika dia meninggal dunia dahulu.
Takdir tertulis apabila permintaan lelaki warga emas berkenaan termakbul apabila dia menyusul isteri kesayangan ke negeri abadi selepas dua minggu wanita itu meninggal dunia.
Lebih menghibakan apabila jenazah Ab Rani dikafankan menggunakan lebihan kain kapan dan kapas yang ditinggalkan Azizah ketika urusan pengurusan jenazahnya dilakukan.
Kisah pasangan yang hidup bersama selama 47 tahun itu mendapat perhatian di TikTok apabila anak keempat mereka, Izzati, 33, memuat naik video mengenainya yang meraih 1.1 juta tontonan.
Berkongsi kisah itu, Izzati berkata, hasrat bapanya yang sentiasa mahu berada disamping ibu juga tercapai apabila jenazahnya disemadikan bersebelahan pusara wanita itu meskipun tidak dalam satu liang lahad.
Menurutnya, ibunya meninggal dunia pada November tahun lalu kerana komplikasi darah tinggi selepas 29 hari diserang angin ahmar, manakala bapa yang juga pesakit asma dan gaut dijemput Ilahi kerana penyakit asma pada Disember.
“Dua bulan sebelum mak sakit dia cakap yang dia tak tahu sama ada akan beraya dengan kami atau tidak nanti (tahun ini) dan suruh ayah duduk dengan anak tetapi ayah tidak mahu, malah dia cakap mahu ikut mak sekali.
“Perbualan itu saya masih ingat sehingga kini.
“Ayah memang sangat sayangkan mak dan sepanjang saya hidup ayah tak pernah meninggi suara pada mak serta kami, malah ayah selalu cakap mak isteri terbaik dan mereka selalu menghabiskan masa bersama.
“Mak pula selalu mengutamakan ayah, malah dia menjaga ayah yang tidak berdaya berjalan, tangan tidak kuat serta jari membengkok selain ada saraf sudah mati tetapi mak tidak pernah mengeluh penat,” katanya memberitahu ibu bapanya tinggal di Kampung Kuala Ruman, Sik, Kedah.
Cerita Izzati, selepas ibunya meninggal dunia, bapanya mula menunjukkan perubahan apabila kesihatannya kurang baik dan tiada selera makan.
“Ayah bukan saja kehilangan isteri, malah dia hilang sahabat baiknya. Kehilangan mak memberi kesan mendalam pada ayah dan kehilangan mereka dalam tempoh yang dekat juga sangat menghibakan kami lima beradik, kami macam jatuh terduduk.
“Ketika mak meninggal dunia ada orang beritahu yang mak ada tinggalkan lebihan kain kapan dan kapas yang mana kami diberitahu itu antara petanda ada orang dekat nak ikut (meninggal dunia).
“Tak sangka ayah pula menyusul selepas itu dan ketika urusan pengurusan jenazah ayah, kain kapan dan kapas tidak cukup sebelum lebihan yang mak tinggalkan sebelum ini digunakan cukup-cukup untuk ayah,” katanya.
Berhubung video TikToknya, sehingga kini dia masih merindukan ibu bapanya dan video itu adalah luahan rindunya selain mengikut trend video kehilangan seseorang sedang popular di media sosial itu ketika ini.
Berketurunan cucu Rasulullah SAW, seorang ulama hadith ternama Mesir Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwisempat meluangkan masa bertemu sahabatnya, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di sebalik kesibukan masanya semalam.
Hal gembira ini dikongsikan oleh bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini di fbnya semalam dan meraih lebih 6.2 k tanda suka akan berita gembira ini.
Kongsinya :-
“Tengahari ini saya ke Nasyrul Quran Putrajaya bagi meraikan ketibaan Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwi, sahabat saya yang juga ulama’ besar hadith di Mesir.
Malaysia adalah umpama rumah kedua Syeikh kerana ramai anak muridnya berada di sini. Semoga Allah SWT memanjangkan umur Syeikh untuk terus menyumbang bakti kepada ummah,” tulis Datuk Dr Zulkifli semalam.
Dipetik dari perkongsian Utusan Online, dimaklumkan Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwi atau nama sebenarnya Abdul Karim as-Sayyid al-Badawi Ahmad Sulayman, dilahirkan di perkampungan Sanbakht Aga, wilayah Mansurah, Mesir pada 19 Mei 1955.
Bapa beliau merupakan ulama qiraat dan syeikh tarekat al-Qahwajiah al-Syazuliah dengan nasab keturunan yang bersambung terus kepada Husain Ali, iaitu cucu Nabi Muhammad SAW.
Syeikh Mustafa ialah anak bongsu daripada empat adik-beradik dan beliau pernah memasuki sebuah sekolah sains di Mesir dengan cemerlang dalam fizik, kimia, biologi dan matematik.
Meskipun asalnya mahu menjadi doktor perubatan, namun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) di Darul Nadwah, Mesir.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?