‘Guna kain kapan dan kapas lebihan pengurusan jenazah arwah isteri.’ Dua minggu isteri meninggal, suami pula menyusul mengadap Ilahi.

Berat mata memandang, lagi berat bahu lima anak arwah menelan takdir yang cukup pahit ini. Kehilangan ibu dan ayah dalam masa dua minggu berturut-turut sudah tentu cukup menguji emosi.

Artikel Berkaitan:

Sehidup Semati, Pasangan Suami Isteri Warga Emas ‘Pergi’ Ketika Tidur

Guna Kain Kapan & Kapas Lebihan

“Kalau hampa (awak) pi (pergi), aku nak pi sekali, tak mau (tidak mahu) jauh nak duduk dekat-dekat. Kalau hampa tak ada, tiada makna (hidup ini),” itu ungkapan Ab Rani Arshad yang masih diingati anaknya sehingga kini.

Ab Rani, 65, meluahkan rasa itu ketika membalas ungkapan isteri, Azizah Hamid, 65, yang meminta lelaki itu tinggal bersama anak mereka jika dia meninggal dunia dahulu.

Takdir tertulis apabila permintaan lelaki warga emas berkenaan termakbul apabila dia menyusul isteri kesayangan ke negeri abadi selepas dua minggu wanita itu meninggal dunia.

Pengurusan Jenazah Arwah Isteri

Lebih menghibakan apabila jenazah Ab Rani dikafankan menggunakan lebihan kain kapan dan kapas yang ditinggalkan Azizah ketika urusan pengurusan jenazahnya dilakukan.

Kisah pasangan yang hidup bersama selama 47 tahun itu mendapat perhatian di TikTok apabila anak keempat mereka, Izzati, 33, memuat naik video mengenainya yang meraih 1.1 juta tontonan.

IKLAN

Berkongsi kisah itu, Izzati berkata, hasrat bapanya yang sentiasa mahu berada disamping ibu juga tercapai apabila jenazahnya disemadikan bersebelahan pusara wanita itu meskipun tidak dalam satu liang lahad.

2 Minggu Isteri Meninggal

Menurutnya, ibunya meninggal dunia pada November tahun lalu kerana komplikasi darah tinggi selepas 29 hari diserang angin ahmar, manakala bapa yang juga pesakit asma dan gaut dijemput Ilahi kerana penyakit asma pada Disember.

“Dua bulan sebelum mak sakit dia cakap yang dia tak tahu sama ada akan beraya dengan kami atau tidak nanti (tahun ini) dan suruh ayah duduk dengan anak tetapi ayah tidak mahu, malah dia cakap mahu ikut mak sekali.

“Perbualan itu saya masih ingat sehingga kini.

“Ayah memang sangat sayangkan mak dan sepanjang saya hidup ayah tak pernah meninggi suara pada mak serta kami, malah ayah selalu cakap mak isteri terbaik dan mereka selalu menghabiskan masa bersama.

IKLAN

“Mak pula selalu mengutamakan ayah, malah dia menjaga ayah yang tidak berdaya berjalan, tangan tidak kuat serta jari membengkok selain ada saraf sudah mati tetapi mak tidak pernah mengeluh penat,” katanya memberitahu ibu bapanya tinggal di Kampung Kuala Ruman, Sik, Kedah.

Suami Pula Menyusul

Cerita Izzati, selepas ibunya meninggal dunia, bapanya mula menunjukkan perubahan apabila kesihatannya kurang baik dan tiada selera makan.

“Ayah bukan saja kehilangan isteri, malah dia hilang sahabat baiknya. Kehilangan mak memberi kesan mendalam pada ayah dan kehilangan mereka dalam tempoh yang dekat juga sangat menghibakan kami lima beradik, kami macam jatuh terduduk.

“Ketika mak meninggal dunia ada orang beritahu yang mak ada tinggalkan lebihan kain kapan dan kapas yang mana kami diberitahu itu antara petanda ada orang dekat nak ikut (meninggal dunia).

“Tak sangka ayah pula menyusul selepas itu dan ketika urusan pengurusan jenazah ayah, kain kapan dan kapas tidak cukup sebelum lebihan yang mak tinggalkan sebelum ini digunakan cukup-cukup untuk ayah,” katanya.

IKLAN

Berhubung video TikToknya, sehingga kini dia masih merindukan ibu bapanya dan video itu adalah luahan rindunya selain mengikut trend video kehilangan seseorang sedang popular di media sosial itu ketika ini.

Baca Di Sini:

‘30 Tahun Kahwin, Tiada Rezeki DiKurniakan Zuriat.’ Isteri Rela Dimadukan, Suami Pilih Setia Hingga Hujung Nyawa

Kashoorga: Cinta sehidup semata, salam takziah buat ahli keluarga dan semoga terus ltabah menjalani kehidupan mendatang.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI