‘Doa dijodohkan dengan ahli kumpulan BTS Depan Kaabah.’ Jangan bagi alasan minat, jaga adab di Tanah Suci.
Beberapa hari lalu tular di TikTok dengan sebuah video seorang jemaah umrah yang dikatakan berdoa di Tanah Suci Mekah agar dijodohkan dengan penyanyi K-pop.
Perkongsian ini sekaligus menjadi perdebatan hangat di kalangan yang menyelar tindakan gadis tersebut yang dianggap melampau.
Bukan sekadar berdoa, malahan gadis tersebut turut mengedit fotonya bersama penyanyi K-pop kesayangannya itu sambil berdoa di depan Kaabah.
Tidak dinafikan setiap mempunyai minat dan idol tersendiri, namun jangan dibiarkan perkara ini mempengaruhi hingga terbawa-bawa ke Tanah Suci.
Minat sekalipun pada artis tersebut, simpan sekejap. Fokus pada ibadat dan banyakkan amalan-amalan sunat yang lain ketika tunaikan umrah.
Ads
Dengan Ahli Kumpulan BTS Depan Kaabah
Ikuti perkongsian Iddin Ramli dan hadam baik-baik nasihatnya:
Cuba kita bayangkan ada someone dari agama lain dan dia obses serta minat sangat dekat kita. Dia kumpul semua gambar kita then dia print dan dia buat dekat rumah ibadat dia. Dia record depan patung sembahan dia.
Jangan Bagi Alasan Minat
Then dia viralkan dekat TikTok. Agaknya apa yang kita rasa? Psycho kan? Tolong eh jangan cakap, “Eh, ini cuma minat, ini hobi kami.’ Jangan tolonglah.
Ads
Ini bukan minat. Perkara ini sudah tahap obses sudah ni. Ini berlebih-lebihan namanya. Ada perkara yang lebih layak untuk kita rindukan dan agungkan di Tanah Suci.
Jaga Adab Di Tanah Suci
Jangan cemari keberadaan kita dekat Tanah suci dengan melakukan perkara-perkara yang merosakkan, kemaksiatan dan sebagainya.
Ingat, kita dekat Tanah Suci tempat yang mulia. Jagalah adab dan hargailah waktu kita berada di sana dengan perbanyakkan ketaatan kepada Allah dan mengingati Nabi Muhammad s..a.w.
‘Dapat semua anak perempuan, jangan bersedih.’ Walaupun susah jaga berbanding anak lelaki, ada berkatnya. Ketahuilah setiap anak yang dikurniakan ada rezekinya dan juga ada berkatnya.
Tidak dinafikan, selepas berkahwin, tentulah pasangan suami isteri mengharapkan anak pertama adalah lelaki dan bukan anak perempuan sulung. Bila besar nanti mampu menjaga adik-adiknya dan pewaris keluarga.
Malah, mungkin ada yang kata, jaga anak perempuan sangat susah. Masa kecil bolehlah jadi peneman mak tapi bila besar, taatnya hendaklah pada suami.
Tapi, janganlah sedih, jika rezeki dapat anak perempuan sulung. Itu tanda berkat anak perempuan.
Dalam perkongsian video oleh Ustaz Muhaizad sendiri turut menceritakan perihal anak Rasulullah yang kesemuanya adalah perempuan.
Dalam video itu, ustaz turut mengatakan, Rasullullah bersabda, sesiapa yang bahagiakan 3 hingga 4 orang anak perempuan, syurgalah baginya. Sebab jaga anak perempuan susah dan tak sama dengan jaga anak lelaki.
Antara intipati lain dalam perkongsian ustaz Muhaizad ini turut mengatakan:
Bila anak perempuan berkahwin, ketaatannya pada suami. Sebaliknya, suami atau lelaki ketaatannya pada ibu.
Kita sebagai mak ayah, bila anak perempuan sudah berkahwin, jangan sesekali ganggu sebab dia sudah jadi milik orang. Jangan memaksa sehingga bercanggah dengan suami.
Terima hakikat, perempuan wajib kena taat suami.
Bagi anak lelaki, kena taat pada ibunya.
Syarikat tawar khidmat tanam bangkai haiwan dikecam, mengaku urus kucing mati ikut cara Islam. Begini sekali nak mengaut keuntungan hingga sanggup menunggang agama.
Tidak dinafikan haiwan peliharaan menjadi kesayangan kita semua dan ada di antara kita yang menganggap binatang kesayangan seperti darah daging sendiri, macam anak atau adik beradik.
Tetapi tidaklah sampai mengenepikan hukum agama dalam soal ini. Ketahui penjelasan lanjut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan hukum menanam bangkai haiwan.
Soalan:
Saya ingin mengajukan pertanyaan apakah hukum menanam bangkai haiwan? Adakah hukum pengurusannya sama seperti jenazah manusia atau bagaimana? Mohon penjelasan Datuk Mufti. Terima kasih.
Jawapan:
Pada dasarnya, tiada hukum khas dalam menguruskan bangkai haiwan sebagaimana hal ehwal mengurus jenazah manusia sama ada dalam urusan mandi, pengkafanan mahupun pengkebumian. Tidak terdapat sebarang nas di dalam al-Quran ataupun hadith Rasulullah S.A.W yang menyatakan dengan jelas mengenainya. Akan tetapi, perkara ini boleh dikaitkan dengan sebuah athar Rasulullah S.A.W, Ibn ‘Abbas berkata:
Maksudnya:
“Hamba milik Maimunah R.A pernah diberi sedekah seekor kambing, kemudian kambing tersebut mati. Ketika Rasulullah S.A.W. melintasi dan melihatnya, beliau bersabda: “Kenapa tidak engkau ambil kulitnya kemudian engkau samak sehingga dapat memanfa’atkannya?” Mereka berkata; ‘Ia telah menjadi bangkai.’ Beliau menjawab: “Sesungguhnya yang dilarang adalah memakannya.”
Riwayat al-Bukhari (1492), Muslim (363)
Melalui hadis ini, dapat kita fahami bahawa Baginda S.A.W tidak pula mengarahkan agar ditanam terus bangkai binatang tersebut namun Baginda S.A.W menyuruh dan menyarankan para sahabat agar mengambil faedah atau manfaat dari bangkai binatang tersebut.
Lantas, pengajaran yang boleh diambil dari kisah dan juga athar ini adalah tidak disyariatkan bangkai haiwan tersebut ditanam, kerana jika ia disyariatkan, maka sudah semestinya Baginda S.A.W akan mengarahkan atau menyuruh para sahabat Baginda S.A.W menanam bangkai tersebut dengan segera, kerana sifat seorang Rasul ialah menyampaikan dan tidak akan berdiam diri jika ada kebatilan atau kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya.
Maksudnya: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.
(Surah al-Ma’idah: 67)
Tuntasnya, Islam tidak mensyariatkan kewajipan ke atas perbuatan menanam bangkai haiwan, bahkan ia hanyalah bersifat harus dan boleh dibiarkan begitu sahaja bangkai tersebut tanpa ditanam.
Namun begitu, kepentingan dalam perkara ini turut berbalik kepada manfaat ke atas manusia jua iaitu jika bangkai haiwan tersebut dibiarkan dan tidak ditanam, maka akan mendatangkan kemudharatan terhadap manusia dan juga makhluk-makhluk lain di sekelilingnya.
Seperti sedia maklum, bangkai haiwan yang tidak ditanam akan mereput dan menyebarkan kuman-kuman seperti bakteria ataupun virus yang boleh memberikan pelbagai jenis penyakit kepada manusia, selain ia juga mendatangkan bau dan pemandangan yang kurang menyenangkan, apatah lagi jika ia dibiarkan di kawasan orang ramai seperti di masjid, taman perumahan dan sebagainya.
Maka, perkara-perkara ini adalah kemudharatan yang mestilah diangkat dan dijauhkan dari diri manusia.
Sehubungan dengan itu, hukum menanam bangkai haiwan tersebut jatuh kepada hukum wajib. Maka, perlulah ditanam haiwan tersebut atau dikebumikannya dengan baik.
Perkara ini turut berkait dengan salah satu kaedah usul Fiqh iaitu سد الذرائع (menutup jalan yang membawa kepada kemudharatan atau kerosakan). [Lihat juga: al-Furuq; 2/32]. Maka, disyariatkan agar ditanam bangkai haiwan atas sebab menghilangkan kemudharatan ke atas manusia dan bukannya semata-mata kerana kematiannya.
Menurut Fatawa al-Lajnah al-Da’imah, apabila ditanya berkenaan haiwan yang telah menjadi bangkai, adakah perlu dikebumikan atau dibiarkan sahaja di atas muka bumi. Mereka menjawab:
“الأمر في ذلك واسع؛ لأنه لم يرد في الشرع نص يدل على مشروعية دفنها، ولا على النهي عن ذلك، والأولى دفنها لئلا يتأذى بها أحد”.
Maksudnya: Urusan berkenaan perkara tersebut (menanam bangkai haiwan) adalah luas, kerana tidak terdapat dalam nas sebarang dalil yang menunjukkan pensyariatan mengebumikannya (bangkai haiwan), dan juga tiada sebarang tegahan mahupun larangan terhadapnya, namun yang lebih utama ialah kebumikannya supaya ia tidak memberikan kemudharatan kepada sesiapa”.
Kesimpulannya, hukum menanam binatang adalah wajib sekiranya mengganggu umat manusia atau memberikan kemudharatan terhadap manusia, dan tidak wajib berbuat demikian jika ianya tidak memberikan kemudharatan.
Akan tetapi, yang lebih baik di sini adalah ditanam bangkai haiwan tersebut agar boleh mengangkat segala jenis kemudharatan darinya dan juga menyenangkan pandangan dan juga laluan orang lain yang melalui kawasan bangkai tersebut. Dari Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya:
“Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan-ganguan yang menyakitkan di jalanan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.”
Riwayat al-Bukhari (9), Muslim (35)
‘Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih.’ Sheikh Walid Mahsas, ubah pandangan dunia pada islam. Malah, nama Sheik Walid Mahsas dari Algeria jadi sebutan.
Dalam masa yang sama, ramai yang cair dengan sikap imam tersebut. Lagak imam yang cool dan tenang secara tak langsung memberi imej bahawa umat Islam amat sayang dan cintakan haiwan.
Sebelum ini orang bukan Islam kebanyakannya melabelkan Islam sebagai pengganas, tapi sikap imam ini membuktikan sebaliknya.
Maksudnya:
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah berderai kerana takut kepada Allah.
Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” (Surah al-Hasyr: 21)
Kita dapat melihat imam ini begitu tenang dan tidak terganggu dengan kerenah kucing berkenaan yang memanjat dan menciumnya. Begitulah fitrah kucing, gemar bermanja dengan sesiapa sahaja yang disenanginya.
Maksudnya:
“Sesungguhnya kucing itu tidak najis. Sesungguhnya ia ialah haiwan yang gemar mengelilingi kamu.” Riwayat al-Tirmizi (92); Abu Daud (75); al-Nasa’i (68); Ibn Majah (367).
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.