Nampaknya ketakutan dan rasa trauma masyarakat tentang benarnya virus COVID-19 itu tidak harus dipandang sebelah mata. Jika kita membaca luahan para doktor yang sudah terlalu bekerja keras tanpa lelah menangani corona virus ini, pastinya kita akan lebih berasa simpati terhadap barisan hadapan frontliners ini.
Biar sudah banyak maklumat mengenai SOP penjagaan diri, penjarakan fizikal, basuh tangan dan sebagainya, namun kita bagaikan “terlena”dengan kelonggaran diberi pihak berkuasa termasuk masih bercuti beramai-ramai dan ada yang masih tidak menjaga penjarakan fizikal.
Semalam mencatat berita duka buat negara apabila angka pesakit COVID-19 melepasi ke angka tiga buat pertama kalinya dalam sejarah virus ini dikesan kali pertama di negara kita.
Sebanyak 3,027 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 128,465 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 25,221 kes.
Ads
Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,021 kes. Bagi kes penularan di dalam negara,1,577 kes adalah warganegara Malaysia (52.2 peratus) dan 1,444 kes adalah bukan warganegara.
Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes (36.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,043 kes (94.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 706 kes (23.3 peratus) dan Sabah sebanyak 493 kes (16.3 peratus).
Ads
Hari ini pula tular video menunjukkan ramainya pesakit COVID-19 memasuki Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Ads
Dari gambaran ini jelas ia agak berpusu-pusu seolah-olah sama seperti gambar selautan manusia pergi bercuti ke Langkawi dan sedang beratur menaiki feri untuk ke pulau peranginan popular itu.
Jelas dari rakaman yang tular ini membuktikan virus ini sudah tidak mengenal siapa mangsanya dan hanya diri kita sendiri yang mampu menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan penjarakan fizikal, membasuh tangan dengan kerap selain memakai pelitup muka.
Semoga negara kita selamat dan kembali pulih dari ancaman virus yang sudah mencatat 86 juta kes termasuk hampir dua juta kematian dilaporkan di seluruh dunia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tular ketika ini, usahawan Nur Sajat yang dikatakan sedang melakukan ibadah umrah tanah suci, tetapi memilih untuk berpakaian seperti seorang wanita Muslim.
Bukan saja bijak pandai tetapi netizen juga turutmengecam tindakannya kerana dikatakan tidak menghormati Kota Suci Mekah yang begitu menitik beratkan soal berpakaian ketika mengerjakan ibadah umrah.
Ramai yang menyuarakan pendapat dan salah seorang adalah penyampai TV Al-Hijrah Finaz Yunus yang lantang menyuarakan pendapat mengenai transgender ini. Dalam satu posting di laman Instagramnya Finaz menegur usahawan ini dengan cara tersendiri.
Menurutnya dia bukan alim ulama, ustazah atau pendakwah Muslimah, tetap menentang tindakan usahawan ini yang dikatakan telah menghina serta mempersendakan imej agama Islam itu sendiri.
Sesungguhnya hati bagai direntap apabila melihat ada yang sanggup melakukan perbuatan sebegitu.
Tambah Finaz lagi, sebelum ini ada juga golongan transgender yang datang mengerjakan umrah tetapi kembali ke fitrah asal sewaktu menunaikan umrah atau haji.
Saya tidak pernah ambil tahu tentang perniagaannya,
Tidak pernah mengikuti Akaun Instagram nya.
Yang saya tahu dia sering memprovokasi netizen menerusi online posting nya.
Pun saya tidak ambil tahu.
Namun sebaik tular gambar, video dia & rakan-rakan bertelekung di Madinah & Makkah, di hadapan Baitullah, video duduk dalam saf wanita siap bertelekung, hati ini bagai direntap.
Saya bukan alim ulama. Saya bukan ustazah malah bukan Pendakwah Muslimah,
namun apa yang dia & rakan-rakan lakukan betul-betul telah menghina, mempersendakan imej Agama Islam, imej Tanah Haram & memperkotak-katikkan Hukum hakam ibadah sewaktu Umrah.
Ramai maknyah lain sebelum ini telah ke Tanah Suci namun mereka kembali ke fitrah asal sewaktu menunaikan Umrah atau Haji.
Tiada yang se’BIADAB’ ini.
Saya amat mengharapkan ada tindakan diambil kepadanya baik daripada Kerajaan Saudi mahupun Kerajaan Malaysia.
Individu sebegini perlu diajar.
Dan buat anda rakyat Malaysia, Anda masih mahu mengikuti Akaun IG atau FB nya?
Tepuk dada, tanya Iman!
#betruthfulnotneutral
Perkongsian Finaz ini turut dipersetujui netizen yang menyokong agar tindakan diambil oleh pihak terbabit ke atas usahawan ini
adylilyali sokong…harap pihak yg berwajib ambil tindakan
iamnorzamira Sila bincangkan pd platform analisis.. Kami sgt kecewa dgn issue permainkan hukum hakam begini
wahidajumaat Betul kak finaz. Org ni memang betul2 mencabar hukum Allah.
iduraaziz Sedih. Tak sangka dia seberani itu. Moga Allah berikannya hidayah sepantas kilat! Allahu..
Siapa tidak mengenali penceramah bebas, pengacara televisyen dan pensyarah Don Daniyal Don Biyajid atau lebih terkenal sebagai Ustaz Don yang gemar berkongsi atau menyebarkan dakwah di media sosial.
Bukan sahaja berkongsi ilmu berkaitan hukum tetapi juga turut memberitahu beberapa tip yang cukup berguna buat pasangan yang berkahwin terutama golongan suami.
Baru-baru ini sempena menyambut ulang tahun pernikahannya yang kelapan bersama isteri tercinta Husna Zahry Rafie, Ustaz Don menerusi entri di Instagram telah melahirkan kesyukuran dan memberi petua dan amalan yang diterapkan dalam mengemudi mahligai.
Ayuh ikuti perkongsiannya sepanjang 8 tahun mengemudi rumah tangga bersama isteri tersayang Dr Husna.
Menurut Ustaz Don paling penting tip berkesan untuk mengukuhkan hubungan suami isteri adalah dengan mengamalkan solat berjemaah.
“Aku Suami “Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”“ ‘’Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok. “Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.
Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan (P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai… Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa… Sewa pun xpa. Kecik bukaan dia pun xpa. Beli pun xpa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak. Buka Youtube, dengaq. Bukak Pinterest, baca. Bukak Instagram, amik manfaat. Bukak Facebook, baca.
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…
I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…”
Sebelum memuat naik entri tersebut Ustaz Don turut memberikan ucapan yang cukup romantik dan manis buat isteri kesayangannya;
“Dengan nama Allah Taala aku mulai; Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan Wahai Cinta Hati Hinggap mari di pohon duku Duku dekat pohon melati Cintaku puteri belahan jiwaku Hatiku terlekat sampai ke mati
Naik kapal sampai ke Cina Kapal asap berbunga-bunga Wahai Cik Adik, Abang nak tanya Apakah penyakit tidur tak lena
Hutan melarat dimakan api Pokok diranam habis mati Intan manikam mahligai hati Kalau hilang payah berganti
Sayang jembalang bermata tujuh Ditukang oleh tukang emas Jangan digusar jangan digaduh Di dalam tangan digenggam kemas
إنْ شَآء الله
23/08/2020
P/S : Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan buat Ibu & Bapak… kerana Ibu n Bapak punya tarikh ni, kami menumpang amik #barakah .”
Kehadiran seorang isteri itu diibaratkan pelengkap kepada sebuah kehidupan bagi seorang lelaki.
Bukan sahaja ada yang menjaga makan minum serta menyediakan pakaian, tetapi juga menjadi tempat bermanja mencurah kasih sayang.
Justeru jika ada ujian yang menimpa dalam rumah tangga dibina, pasangan suami isteri itu perlulah menjaga hubungan sedia ada agar terus berkekalan hingga ke jannah.
Perkongsian dari pengguna laman sosial Facebook Firdaus Shakiran ini sekali lagi mengingatkan kepada para suami untuk sentiasa menghargai para isteri dan tidak leka dengan tanggungjawab sebenar.
Menurutnya lagi kegembiraan seorang isteri itu membentuk rumah tangga yang bahagia.
Keluarga yg bahagia adalah keluarga yg mempunyai seorang isteri yg gembira…
Isteri merupakan jantung rumahtangga…
Uniknya seorang isteri ini ialah, moodnya mampu mempengaruhi suasana dlm sesebuah rumahtangga…jika moodnya baik, maka tenang dan amanlah rumahtangga tersebut…jika moodnya kurang baik, maka porak peranda dan panaslah rumahtangga tersebut…
Dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari, segala apa yg isteri buat selepas dia bangun dari tidur adalah utk suaminya dan anak-anaknya…dan dia melakukannya seorang diri…
Perasan atau tidak…
Jika isteri sakit atau tiada dirumah, suasana rumah tu rasanya berbeza…seolah-olah tak lengkap, sunyi, hilang seseorang yg selalu melakukan sesuatu, seseorang yg kebiasaannya mundar mandir depan tv, menjerit2 dari dapur, menghidangkan makanan, membersihkan mainan, membuang kekotoran dan sebagainya…
Kuat pengaruh dan aura isteri dlm rumahtangga…oleh itu, jika hari ini rumahtangga kita suram, tak meriah, kurang bermaya, maka tgok balik keadaan isteri kita…adakah dia gembira atau tidak…jika dia tidak gembira, tertekan dgn apa yg perlu dilakukannya setiap hari, maka ubahlah isteri…
Selain itu dia juga turut menitipkan pesanan agar jangan menyiksa perasaan seorang itu dengan banyak janji tetapi satu pun tidak ditunaikan.
Jangan sesekali berikan janji palsu kerana kesannya sangat pahit jika tidak ditunaikan. Menurutnya juga kurangkan membuat janji tetapi banyakkan berusaha membuat perubahan
Sedar tak sedar, kita yg suami ni banyak menaburkan janji kpd isteri, namun tidak pula berusaha utk menunaikannya…
Janji nak berubah, janji nak tinggal rokok, janji nak lupakan kehidupan ketika bujang, janji nak balik awal, janji tak nak melepak, janji nak jadi baik, janji nak tolong buat keje rumah, janji nak letak HP tepi, janji nak selesaikan masalah dia, janji nak jaga hati dia, janji nak tinggal asing, janji tak nak ulang lagi perangai buruk kita, janji nak manfaatkan peluang yg isteri bagi dan sebagainya…
Maka jadilah janji palsu…apa kesannya? Setiap kali berjanji, isteri akan berharap…isteri letak harapan dlm kata2 kita kpdnya…bila xbuat, bila xtunai, bila xusaha utk kotakan, dia akan kecewa…kepercayaan dia akan hilang…
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.