Diam tak diam kita sudahpun memasuki bulan Februari dan tinggal 10 bulan lagi sebelum penutup tahun 2020.
Dan pastinya kita mahukan sesuatu yang manis untuk dikenang sepanjang tahun ini. salah satunya apabila berjaya merealisasikan misi menyimpan wang.
Tidak dinafikan agak sukar untuk menyempurnakan misi ini tetapi bak kata pepatah hendak serib daya, tak henak seribu dalih. jadi masih belum terlambat untuk membuat tabungan
Pekongsian seorang gadis ini menggunakan akaun nama @mimierhmn di laman sosial Twitter memberitahu caranya membuat RM20Challenge dan hasilnya dia mendapat pulangan yang sangat berbaloi. menurutunya cabaran ini agak sudah tetapi dia akhirnya berjaya menyelesaikan misinya.
Honestly, challenge ni sangat lah susah. To deny the existence of rm20 in my pocket was so hard, banyak benda yang berlaku tahun lepas.
I dah guna separuh daripada ini untuk all the emergencies and unwanted things that happened last year.
Here’s what I found dalam #RM20Challenge ; memang RM20 atau RM5 je kita boleh deny existence sebab jarang dapat berbanding RM1, RM10. Occasionally I minta tukar 20 keping RM1 kepada sekeping RM20 dengan member, dorang pun jarang ada note RM20
RM50, RM100 pulak terlalu besar.
Will I do this again? Yes.
Ads
How to do it? Every RM20 you have – ignore its existence. Keep it somewhere else, where you can slide the money in easily. Takperlu gulung , nanti rosak duit. Avoid ATM yang boleh keluarkan RM20.
Kalau perlu guna duit ni, set jenis emergency yang rare untuk kita guna duit ni. Contoh – Phone hilang, sambung study,
I didn’t use this as duit emergency untuk makan no matter how sengkek that month. Why? Sebab ianya akan jadi benda repetitive.
To be fair, i did use this as emergency for meal. That’s when I found it to be repetitive. So I lost couple of hundreds there.
To avoid this from happening again, I do mealprep instead this year.
Plus point , I did not record this as money in/money out dalam Money Manager App (Yes I use this app).
Ads
Kenapa? I totally IGNORE RM20 existence. Kalau ada money short dalam Money Manager tu, short la ia. Kena topup balik guna duit freelance.
Tips:
The Wife’s version of this #RM20Challenge is saving all of the cash above RM10 from my wallet and pockets. I’m going with e-wallets now. https://twitter.com Being a B40, challenge ni memang susah. Ini pun collective effort of two person.
Sad to say this, I am approaching 30 and I do not own investment accounts. Planning too but not now.
Let all of us pray I can find scholarship for my studies so that I can pay all my hutang heheh.
Janji Allah itu pasti tentang usia. Tidak lambat atau tercepat walau seminit. Al-Fatihah buat pemilik Burger Boy atau nama sebenarnya Mohd Kosim yang diberitakan meninggal dunia semalam dalam usia muda.
Berita pemergiannya dikongsikan oleh Group Warga Kota Damansara tempat arwah meniaga.Bahkan setiap bait katanya yang mengajak rider-rider makan burger secara percuma terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut diingati kerana memahami keperitan orang ramai mencari rezeki.
Katanya, “Allah dah bayarkan” cukup diingati ramai.
“Tak ada duit nak makan burger time PKP ni, jangan malu jangan segan mari kedai saya Burger Boy. Makan la sampai kenyang. Anda adalah saham akhirat saya. Saya ikhlas saya tak sembang kosong.. Mai kedai bagitahu saya atau staff² saya kalau tak ada duit, makan je.. Allah dah bayar..”
Dalam satu perkongsian Twitter @itsbelleunicorn, pemergiannya diiringi doa asbab kebaikan dilakukan semasa hidup iaitu suka bersedekah kepada orang ramai.
Hari ini group penduduk agak ‘aktif’ tentang kematian pemuda yang dikenali dalam kalangan warga Kota Damansara (KD). Brader ni meniaga truck burger je. Tapi sepanjang aku perhati, perniagaan beliau memang laris.
Semasa awal PKP, beliau antara anak muda yang banyak berjasa dalam KD. Aku ingat lagi beliau pernah tular tentang pemberian burger secara percuma kepada orang yang memerlukan.
Siapa saja yang lapar, boleh saja ambil burger percuma. Yang penting, betul-betul dalam kesusahan. Lepas pada itu, aku perhati yang beliau bukan saja meniaga burger, malah beliau beri peluang kepada penduduk yang hendak produk makanan mereka dan letak di truck burger beliau.
Dalam berniaga, beliau bantu penduduk keliling meniaga juga. Sebab itu aku perhati, truck burgernya selalu penuh dengan pelanggan. Walaupun seawal 7pagi. Ya, sangat jarang kita dengar peniaga burger berniaga waktu sarapan
Ada waktu, aku juga perhati yang beliau gemar promosi kedai-kedai makan sekitar KD. Yang kadang, aku sendiri pun tak sedar kewujudan kedai-kedai tersebut. Aku banyak perhati cara beliau ni. Seronok sebenarnya tengok anak muda begini.
Sudah lah rajin buat live marketing dan rajin promote food trucknya. Kadang orang datang beli burger, beli juga kuih muih lain. Bagus betul beliau Al Fatihah buat Mohd Kasim, Founder Burger Boy KD.
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hidup berumahtangga ada pelbagai ujiannya. Ia dipenuhi rasa bahagia, cemburu, usik mengusik, suka mahupun duka. Tak terkecuali rasa lara apabila pasangan main kayu tiga di belakang perkahwinan.
Tindakan seorang isteri mendedahkan kecurangan suami di media sosial menjadi parah apabila menemui ajal selepas dibelasah suami sehari sebelum hari raya Ahad lalu.
Memetik laporan Berita Harian, pihak polis sudah menahan suspek yang juga suami mangsa selepas menghantar isterinya ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum ajal.
Difahamkan, suspek telah membelasah dan memukul isterinya dengan senjata tumpul selepas tindakan mangsa yang menghebahkan situasi rumah tangga mereka di media sosial.
“Motif pembunuhan ialah suspek marah dengan mangsa disebabkan mangsa memuat naik di media sosial suspek mempunyai hubungan sulit.
“Siasatan juga menemukan bukti dan keterangan jelas mengaitkan suspek terbabit dalam kes itu,” kata pihak polis.
Dalam pada itu, bagi mereka yang mendirikan rumahtangga, perlu memahami tidak semua hubungan dalam rumahtangga perlu dihebohkan dalam media sosial kerana hukumnya haram.
Menurut pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki yang berkongsi di instagramnya memaklumkan, “memberitahu dan menyebarkan keaiban berkeluarga di khalayak sosial adalah haram dalam beragama.
“Dalam berkeluarga ada ketuanya. Suami mestilah memimpin keluarganya ke syurga. Manakala isteri mestilah taat kepada suami selagi tidak kepada perkara maksiat.
“Tindakan suami tidaklah sehingga membunuh isterinya, memadailah menasihat dan menegur secara berakhlak. Mukmin mestilah taat kepada Allah,” katanya dalam memberi nasihat buat suami isteri yang dilanda ujian kecurangan dan bagaimana ia harus diselesaikan dengan baik, bukan melalui media sosial.
Dalam pada itu, kesedihan melanda ahli keluarga arwah Siti Nadirah Mohd Nazul dengan ujian hebat ini apatah lagi anak-anaknya masih kecil.
Dikongsi dari fb Lily Nawi, dirinya menulis:-
Di saat semua insan meraikan Aidilfitti. Kami hanya mampu meratapi jasadmu. Pergilah dengan tenang wahai anak. Habislah sudah segala deritamu. Anak-anak kakak yang masih kecil akan kami jaga sebaiknya menjadi anak yang soleh & solehah. Maklang sayang kamu Siti Nadirah. Al Fatihah (dibaca).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Umum mengetahui pelakon Ashraf Muslim memang menjalinkan hubungan baik dengen kedua-dua orang isterinya.
Dilihat sentasa bersikap adil dan memberi kasih sayang sama rata kepada kedua-dua orang isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi hingga digelar Ikon Poligami.
Justeru bagi menghargai segala pengorbanan dan tanggung awab sebagai suami, kedua-dua isteri Ashraf, telah membuat kejutan sempena sambutan hari lahirnya ketika mereka bercuti di sebuah pantai peranginan.
“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku.. love both of you mama and ibu.
“Menjadi sungguh surprisenya.. malu kejap tgh2 pantai tuh.. anyway tq soo much! @ashrafslegacy
Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman, di Makkah pada 30 Ogos 2011, sebelum menikahi Wan Sakinah Ahmad Saburi, selaku isteri keduanya di selatan Thailand pada 7 Julai 2013.
Hasil perkongsian hidup dengan dua wanita itu, pelakon berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.
Perkongsian ini turut mendapat reaksi daripada warganet. Masing-masing memuji ke akraban keluarga tersebut dan turut menitipkan ucapan hari lahir buat Ashraf.
asmanadia berkah usia Ashraf, semoga selalu Allah jaga di jalan surga…
asiahmuhd Melalui pengkisahan anda Allah SWT tunjukkan Kami antara jalanNya yg lurus. Betapa manusia adalah kerdil dan lemah. Cinta kasih sayang adalah kurnia Allah SWT kpd hambaNya.. semoga rumahtangga AM yg terbina menjadi asbab utk menuju SyurgaNya.
daddyzam Agar dirahmati Allah selalu..berbahagia berbagi kasih syng
ashaharith Happy birthday acap semoga dipermudahkan segala urusan dipanjangkan usia diperluaskan rezeki dan diberikan kesihatan selalu
shera_ma83 Hepi besday AM… Semoga bertambah keberkatan dalam hidup.. Bahagia hingga syurga Allah bersama bidadari² AM..
Salah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah walaupun mereka tidak memahami setiap apa yang dibaca daripada al-Quran...