Pemakaian tudung atau hijab ketika ini ada pelbagai fesyen. Malah ada juga fesyen tudung ini yang menjadi perdebatan.

Salah satunya adalah pemakaian tudung yang menampakkan bahu, atau tudung atas bahu.

Ada pendapat yang mengatakan tudung yang dipakai mesti menutup bahu barulah dikira menutup aurat sepenuhnya.

Tak kurang pula yang menyatakan tudung menutup kepala dan dilabuhkan hingga menutup dada itu sudah memadai dan cukup syarat menutup aurat.

Menjelaskan tentang persoalan pemakaian tudung atas bahu yang menjadi pertikaian menurut Prof Dato Dr Muhamad Asri Zainul Abidin atau Dr. Maza terlebih dahulu sebaiknya kita memahami tujuan memakai tudung.

“Tujuan pemakaian tudung adalah untuk menutup kepala dan belahan baju agar tidak nampak aurat melainkan tangan dan muka.

Ads

“Maka jika pemakaian tudung itu sudah menutup aurat, menutup kepala, menutup dada, tidak menzahirkan aurat, tidak jarang dan ketat maka ia memenuhi maksud menutup aurat.

“Dalam hal ini tidak kisah apa jenis tudung sama ada tudung bawal, tudung bulat dan sebagai asalkan ia memenuhi tujuan iaitu menutup aurat,” kata.

Wajib lepas bahu jika nampak bentuk badan

Menerangkan persoalan yang sama menurut Ustaz Azhar Idrus sekiranya seseorang itu memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh maka wajiblah dia melabuhkan tudungnya hingga melepasi bahu.

Ads

“Sekiranya wanita itu memakai tudung tapi bajunya agak ketat, maka wajiblah tudung yang dipakai menutupi bahu.

“Jadi wajib kerana jika tudungnya tidak dilabuhkan maka akan nampak auratnya.

“Namun jika Wanita itu memakai pakaian yang longgar dan besar tak nampak bentuk tubuh maka sunat memakai tudung melepasi bahu.

Ads

“Begitu juga jika seseorang itu mengenakan pakaian yang menampakkan bentuk badan maka wajib melabuhkan tudungnya.

“Sekiranya dia memakai pakaian yang besar tidak menampakkan bentuk tubuh maka sunat dia melabuhkan tudung,”ujarnya dalam satu perkongsian video di akaun YouTube miliknya.

Sumber: Prof. Datuk Dr MAZA & Ustaz Azhar Idrus

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI