Ads

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat! Selepas 8 Kali Gagal, Kembar Tiga Kini Bergelar Tentera

Kembar Tiga

Rezeki tak pernah salah alamat. Siapa sangka, di sebalik lapan kali air mata kekecewaan, kesabaran kembar tiga beradik ini akhirnya terbalas dengan satu kebanggaan.

Semangat Waja Warisan Sang Atuk Pemangkin Semangat Kembar Tiga

Bagi kebanyakan remaja, penolakan sekali dua sudah cukup membuatkan semangat rebah terkulai. Namun, tidak bagi tiga beradik kembar seiras, Muhammad Nuriman, Muhammad Nuramin, dan Muhammad Nurnaim yang berusia 21 tahun. 

BACA JUGA: “Al-Fatihah Buat Arwah Abah”, Hampir Batal Ke ASA 2026, Azhan Rani Dedikasi Trofi Buat Ibu & Arwah Bapa

Impian kembar tiga ini untuk menyarung seragam celoreng dan bergelar perajurit negara bukanlah satu angan-angan kosong. 

Minat mendalam itu bercambah sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering mendengar kisah serta melihat gambar lama datuk kesayangan mereka, Ismail Ujang (80).

Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berkhidmat selama 25 tahun itu sering menjadi sumber inspirasi mereka. Cerita-cerita mendebarkan ketika pertempuran dengan lanun di perairan Sabah membakar jiwa tiga beradik ini untuk meneruskan tradisi keluarga berbakti kepada tanah air.

Ads

Lapan Kali Rebah, Percubaan Kesembilan Membawa Tuah

Sebaik tamat persekolahan pada 2023, ketiga-tiga anak muda ini mencuba nasib menyertai pasukan keselamatan. Namun, takdir menentukan mereka diuji dengan lapan kali kegagalan.

Tujuh percubaan menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan sekali bersama TLDM.

Halangan utamanya adalah faktor ketinggian, dengan ketinggian 158 sentimeter (cm), mereka sedikit terpesong daripada syarat asal (162 cm).

Ads

Namun, kegagalan itu langsung tidak mematahkan semangat mereka. Sambil meneruskan pengajian kemahiran di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, mereka terus mengasah disiplin dengan menyertai Askar Wataniah serta menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

Keajaiban berlaku apabila pengambilan tahun ini menyelaraskan syarat ketinggian minimum Tentera Darat kepada 157 cm. Berbekalkan doa yang tidak putus-putus daripada ibu bapa, Yusnizah Mohd Yusof dan Mohd Irwan Ismail yang sentiasa setia menemani ke pelbagai lokasi pemilihan, rezeki akhirnya memihak kepada mereka.

Dari Latihan Asas Hingga Berpisah Negeri

Setelah melalui latihan asas ketenteraan selama enam bulan yang penuh cabaran fizikal dan mental di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, mereka akhirnya diiktiraf sebagai perajurit muda pada 17 Oktober lepas.

Ads

Walaupun kini diuji dengan fasa baharu iaitu berjauhan antara satu sama lain di mana Nuriman ditempatkan di Ipoh (Perak), Nuramin di Kuching (Sarawak), dan Nurnaim di Johor Bahru (Johor), mereka tetap bersemangat melangkah ke depan demi mempertahankan kedaulatan negara.

Kisah kembar tiga ini mengajar kita erti sebenar istiqomah dan ketahanan mental. Apabila kita ikhlas berusaha, diiringi doa ibu bapa dan tidak mudah putus asa, pintu kejayaan pasti akan terbuka luas pada waktu yang tepat.

Usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Syabas buat tiga beradik. Semoga terus istiqamah mencurah bakti buat Malaysia tercinta.

Sumber: BERNAMA

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Bacaan Solat Aliff Syukri Jadi Peringatan Penting, Sudah Betulkah Al-Fatihah Kita?

Isu bacaan solat Aliff Syukri jadi peringatan, sudah betulkah al-Fatihah kita? Persoalan ini wajar direnungkan setiap Muslim apabila rakaman solat berjemaah usahawan terkenal, Datuk...