Ads

“Al-Fatihah Buat Arwah Abah”, Hampir Batal Ke ASA 2026, Azhan Rani Dedikasi Trofi Buat Ibu & Arwah Bapa

Azhan Rani

Malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 bukan sahaja melakarkan sejarah manis buat pelakon versatil Azhan Rani apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi drama Wok, malah terselit pelbagai cerita di sebalik tabir yang menyentuh hati.

Siapa sangka, di sebalik senyuman kejayaan itu, pelakon berusia 50 tahun ini sebenarnya hampir membatalkan niat untuk hadir ke majlis berprestij tersebut.

BACA JUGA:Tengku Permaisuri Selangor Berangkat Ke Women Summit & Women #QuranHour 2026. Acara Penuh Ilmu Angkat Kekuatan Dan Ketabahan Wanita Sebagai Inspirasi

Azhan Rani Hampir Tak Jadi Pergi, Sifat Rendah Diri Luar Biasa

Menurut Azhan, sibuk menguruskan urusan keluarga dan ibunya membuatkan dia pada mulanya terfikir untuk tidak hadir. 

Malah, ketika sedang bersiap, dia sempat membuka semula blazer yang dipakai dan berfikir, “Tak perlulah pergi, datang sekadar nak tepuk tangan sahaja pun tak apa,”.

Ads

Lebih menampakkan keikhlasan hatinya, Azhan secara jujur menyangka trofi utama itu pasti menjadi milik Allahyarham Jalil Hamid atas jasa besar dan bakat luar biasa seniman otai berkenaan. 

Bagaimanapun, ketentuan Allah menentukan rezeki milik Azhan, yang turut menyelitkan rasa hormat setinggi-tingginya buat Allahyarham Abang Jalil.

“Al-Fatihah Buat Arwah Abah, Tak Mengapa Esok Pagi Sajalah Saya Cerita Padanya”

Paling mengusik emosi tentulah apabila Azhan Rani mendedikasikan kemenangan bermakna itu khas buat dua insan paling berharga dalam hidupnya iaitu ibu tercinta dan arwah bapanya.

Ads

Dengan penuh rasa kesyukuran dan rindu yang tidak bertepi, Azhan meluah setelah memperoleh kemenangannya,

“Kemenangan ini saya hadiahkan buat dua ‘syurga’ saya. Al-Fatihah buat arwah abah yang tidak sempat melihat detik ini. 

Ads

Tak mengapa, esok pagi sajalah saya cerita padanya.”

Ungkapan ringkas tapi penuh makna itu merumuskan tentang engorbanan seorang anak seni yang sentiasa membawa doa ibu dan memori rindunya buat si ayah di sana. Biarpun jasad arwah abahnya sudah lama dijemput Ilahi, ikatan kasih sayang dan kejayaan membanggakan itu tetap dikirimkan lewat doa dan Al-Fatihah.

Inilah erti kejayaan yang sebenar yang mana bukan sekadar kilauan trofi di tangan, tetapi secebis bakti yang dihadiahkan untuk ketenangan dua “syurga” yang sentiasa mendoakan langkahnya.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Ustaz Wadi Annuar Cedera Dada Dan Perut Selepas Kenderaan Bertembung, Perdana...

Ustaz Wadi Annuar cedera di dada dan perut selepas kemalangan di Gerik. Keadaannya dilaporkan stabil, manakala PM Anwar Ibrahim menitipkan doa.