Ramai berimpian mahu menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah. Namun harga pakej bermula dari RM6000 ke atas bersama agensi pengurusan umrah membuatkan ramai yang “menangguhkannya” kerana masih tidak cukup duit.

Masa yang sama, setiap kali melihat rakan-rakan pergi, hati meronta-ronta untuk sampai ke bumi baroqah ini.

Bagi yang ada ada niat menunaikan umrah dan ada hajat untuk pergi, dikongsikan dari tweet @iffatsalleh, dirinya berkongsi bagaimana kita boleh lakukan umrah setiap tahun.

Paling utama kongsinya, kena letak deposit dulu dan bila sudah ada komitmen ini pada agensi umrah, kita pasti akan mencukupkannya selain ada saja rezeki yang datang tanpa diduga.

Baca perkongsiannya :-

“Wey, macam mana mak kau boleh pi umrah tiap tahun?”, aku tanya. Mak dia cikgu. Pak dia kerja kampung. Tiap tahun pi umrah. Aku minta tips apa mak dia buat untuk kumpul duit. Nak tau tips yang dia bagi? Ps: Aku pun berjaya follow tips tu 2 kali.

“Ntah”, jawab member. Aku pun tanya mak dia “Cikgu, macam mana cikgu boleh pi umrah tiap tahun?” “Pasang niat, pi bayar deposit pakej, nanti sampai masa cukup la duit tu”, jawabnya ringkas.

Ermm, ringkas sangat tips dia. Haha Aku pun blur masa tu.

Tahun 2018, awal tahun, aku call agensi umrah. Ambil pakej, booking untuk 2 orang. Aku pasang niat “Ya Allah, tahun ni aku nak hantar mak ayah aku pi umrah. Murahkan rezeki aku, cukupkan kewangan aku” Aku pun start buat laman web untuk client. Mula-mula datang client kecil.

Job kecil RM500 pun aku sebat, sebab Allah dah hantar client tu untuk cukupkan duit umrah. RM18k nak kena kumpul, jenuh gak. Tak pernah aku kumpul duit sebanyak tu. Slow-slow aku buat web client. Lepas 6 bulan, tak cukup lagi. Separuh pun tak cecah.

Aku dah kelam kabut. Kena fokus kepada job web yang besar-besar. Kemudian mula dapat job web bernilai tinggi. RM5000 ke atas. Aku pun tak tahu macam mana client besar boleh percaya & yakin untuk buat web mahal tanpa bersua muka (aku kat pedalaman Sabah) Sampai masa, duit cukup!

Aku bayar baki & mak ayah aku pi umrah tahun tu. Ada juga sumbangan dari adik beradik yang lain. Alhamdulillah, lega. The next year, aku bagitau wife, nak hantar mak & ayah mentua pula pergi umrah. Step sama, pasang niat dan booking deposit pakej.

Tahun 2019, sampai masa, duit cukup untuk bayar pakej sepenuhnya. Mak & ayah mentua pergi umrah. Tahun 2020, mulanya pasang niat untuk kami sendiri yang pergi, tapi dah kena Covid pulak. So tak boleh nak pi lagi sampai sekarang. Next year Insyaallah. Cuma nak bagitau..

Masa tahun 2019, nak hantar dia orang pergi umrah, aku jumpa dua orang budak muda. Dua orang ni tiap tahun pergi umrah. Kerja tak tetap. Tahun ni kerja buat bendang, cukup duit pi umrah. Tahun lepas buat kerja cuci kereta, cukup duit pi umrah. Aku yakin, mereka pun guna tips yang sama.

Pasang niat, bayar deposit pakej. Kalau niat saja, takkan jadi. Kena juga bayar deposit pakej InsyaAllah cukup. Yang jadi masalah, kita tak pernah pasang niat. Cuma rasa nak pi saja, niat tak ada. Kalau korang nak pi umrah tahun depan, pasang niat & bayar deposit siap-siap.

Nanti sampai masa cukup la duit tu. Tapi kena usaha la. Kalau kangkang tidur je memang sampai mati tak cukup duit. Yang seronok, aku berjaya menumpang keberkatan kumpul duit umrah untuk bayar hutang sekali. Duit untung RM5000, RM3000 aku simpan untuk umrah, RM2000 bayar hutang.

Sambil kumpul duit umrah, hutang pun boleh setel sekali. Seronok beb. Haha. Apa pun, tahun depan akan buat sekali lagi tips ni untuk aku & family kecil aku sendiri pergi umrah. Tapi kali ni berlima, so kos lebih tinggi, harap-harap sampai masa, cukup la duitnya.

Kalau korang pun dah pasang niat, semoga korang pun cukup duit untuk pergi umrah. Mana tau boleh jumpa di sana nanti. Jom pasang niat & deposit! Ps: mujur aku bukan agensi umrah, kalau tak, aku dah letak iklan pakej umrah kat sini.

Dalam pada itu, saat ditanya oleh mereka yang melihat tweetnya dan bertanya berapa deposit diperlukan, Iffat menjelaskan dia meletakkan RM300 untuk seorang.

Hi boleh share tak berapa deposit? Apa akan jadi kalau tiba-tibaa tahun yang kita nak pergi tu duit masih tak cukup? Agensi umrah bagi postpone ke next year ke? Dan boleh tahu biasa seorang berapa harga pakej ke umrah?

Pakej antara RM6000-RM9000. Depends pada musim, bulan pergi & tempat nak pergi. Deposit saya buat dulu RM300 per head. Kalau tak cukup, boleh postpone. Tapi kena inform awal kat agensi.

Dalam pada itu, apa yang penting kata Iffat, pasang niat dulu. Kuatkan azam. Geng tabligh kata, kalau kita pasang nizat & azam pun dah dapat pahala ibadah.

Hal meletakkan deposit dan memasang niat ini dipersetujui kerana ia memang benar-benar menjadi.

Jelas @timureality, mak saya pun pesan perkara yang sama. Pasang niat, usahakan ke arah tu. Saya dulu terus join kursus haji kat masjid daerah, duit pun belum ada. Habis kursus haji, rezeki dapat pergi umrah sebelum musim haji, entah mana datang duitnya.

Ia turut diakui oleh @A-stranger di mana katanya, tips sama yang ibu saya ajar. Start kerja dah kena pasang niat nak pergi Haji. Nak beli rumah ke buat rumah ke tunggu dulu, yakin yang lepas Haji banyak yang Allah nak bagi. End yes ibu dan abah mampu buat rumah cash RM70k 16 tahun lepas balik haji.

Jadi bagi yang berhajat tunaikan umrah, bolehlah ikut tips ini. Insya Allah, Allah akan mempermudahkan niat ke sana.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI