Siapa yang pernah dan selalu mandi dengan air limau purut atau nipis pasti tahu betapa segarnya aroma sitrus yang melekat pada tubuh sebaik selesai mandi. Yang pasti ia memang menyegarkan. Mengapa agaknya limau yang diguna pakai dan bukan buah nenas atau belimbing buluh?

Mandi limau purut sering dikaitkan dengan mandi bunga dalam adat budaya nusantara. Pengamal perubatan alternatif ramai menggunakan kaedah ini. Limau mengandungi asid-asid tertentu yang diakui memberi bekas dan kesan yang memudaratkan terhadap fizikal jin dalam tubuh pesakit.

Walaupun tiada nas qat’ie daripada Al-Quran dan hadis akan tetapi ianya boleh dikiaskan dengan sebuah hadis yang mana baginda Rasulullah SAW melarang kita menjirus air panas dan kencing dalam lubang kerana kemungkinan ada jin yang mendiami lubang tersebut.

Artikel berkaitan: Guna Bunga Raya Putih, Limau Nipis Bunga Cengkih Turunkan Suhu Badan Tinggi

Artikel berkaitan: Cara Mandi Wajib Setelah Haid, Apa Perkara Wajib  Sunat

Kita bukan melihat daripada sudut larangan menjirus air panas atau kencing, tetapi kita melihat sifat kepada air kencing tersebut adalah panas dan tajam.

Maka dikiaskan dengan limau tersebut dengan air panas. Sifat limau adalah tajam dan mengandungi asid yang tertentu dan bau limau tersebut yang mengharumkan, kerana jin jahat amat benci kepada wangi-wangian.

IKLAN

Apatah lagi jika limau tersebut telah diruqyah dengan doa ayat-ayat Al-Quran. Maka ianya sangat-sangat memberi bekas dan kesan yang memudaratkan jin dalam tubuh pesakit atau persekitaran.

Limau purut dikatakan mempunyai anti oksidan yang tinggi, kaya dengan flavonoid dan polifenol yang dikatakan sangat berkesan untuk membantu penyakit jantung dan kanser.

Limau purut kulitnya menggerutu tetapi harumannya memang menyegarkan.

Limau purut mengandungi pelbagai vitamin dan bahan mineral termasuk vitamin C, B1, B2, Sodium, Kalium dan zat besi. Limau juga mengandungi Tannin, Triterpenouid dan Saponin.

Khasiat limau purut juga berfungsi untuk merawat masalah kulit seperti ekzema dan Proriosis. Kulit limau purut tersebut sangat baik untuk darah dan merawat masalah sistem pencernaan.

Sekarang kita dah faham mengapa limau purut sering dijadikan pilihan dalam rawatan alternatif atau rawatan Islam. Sekarang kita cuba sediakan sendiri bahan-bahan mandian yang boleh digunakan untuk mandian di rumah bagi menghilangakn keletihan badan dan menyegarkannya semula.

IKLAN

Bahan mandian:

10 helai limau purut (Citrus hystrix atau kaffir lime)
5 biji limau purut

Cara penyediaannya sangat mudah:

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus

2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong kepada empat bahagian

IKLAN

3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam

4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi

6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala dan rambut

7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan.
Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Sumber artikel:nur-alhafiz  dan instagram.com