Penjawat awam wanita maut selepas Perodua Kancil dipandunya terbalik lalu terlanggar besi penghadang jalan dalam kemalangan di Kilometer 44 sebelum susur masuk ke pekan Dengkil dari arah Putrajaya, petang Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian 6.10 petang itu menyebabkan wanita terbabit, Shaarini Shari Pinansa, 38, yang juga kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ketika kejadian, kereta mangsa dari arah Putrajaya ke Bandar Baru Salak Tinggi dan secara tiba-tiba, sebuah Perodua Alza hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang Perodua Kancil berkenaan.
IKLAN
“Akibat perlanggaran itu, Perodua Kancil terbalik lalu terlanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri menyebabkan pemandunya tersepit dalam kenderaan kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang beralamat di Salak Tinggi, Sepang parah pada kepala dan dada manakala keseluruhan kenderaan dipandunya remuk teruk.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
IKLAN
Kemalangan ini turut menyentuh hati netizen. Berikut komen-komen netizen:
IKLAN
KASHOORGA: Salam takziah buat keluarga arwah. Moga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.
Kejadian penyiksaan yang dilakukan oleh dua orang lelaki ke atas seekor kucing menimbulkan kemarahan netizen. Ramai yang berasa sedih dengan kejadian itu yang dianggap langsung tidak berperikemanusiaan.
Kejadian yang tular di media sosial ini juga turut mendapart reaksi daripada Adam Corrie seperti yang ‘tertulis’ di laman instagramnya.
Saya dan bidadari sy pencinta kucing, smlm Isteri saya tak boleh tidur malam menangis serta trauma tertengok video kucing bunting kena seksa di letakkan di dlm dryer dobi.
Emosinya sgt terganggu. Kita atas dunia ni, bkn kita manusia sahaja yang tinggal dan hidup.. Ada makhluk lain lagi yang hidup bersama-sama kita. . Semoga kita semua tanamkan sifat kasih sayang sesama kita manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan mahupon yang bukan bernyawa seperti harta benda.
Menerusi rakaman 2 minit 50 saat itu, salah seorang dari dua lelaki yang juga pelanggan kedai dobi di Taman Gombak Ria itu dilihat memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering. Mereka kemudiannya, berlalu pergi namun datang semula setelah beberapa saat kemudian dan bertindak memasukkan duit syiling ke dalam mesin pengering itu.
Kedua-duanya meninggalkan kedai dobi itu sebaik menekan butang ‘mula’ pada mesin pengering yang mengandungi kucing betina berkenaan. Bangkai kucing dikatakan ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada keesokan harinya oleh pelanggan yang mahu menggunakan mesin pengering berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku pada waktu tengah malam itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi berkenaan dan tular di Facebook sehingga mengundang kemarahan netizen.
Difahamkan satu laporan polis telah dibuat susulan aduan yang dibuat oleh pemilik dobi berkenaan kepada salah sebuah pertubuhan haiwan. Moga tindakan segera diambil ke atas si pelaku. Walaupun hanya melibatkan seekor kucing namun ia melibatkan nyawa dan penyiksaan.
Solat berfungsi sebagai asas dalam menegakkan agama, ia juga adalah rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Walau sesempurna mana pun seorang Muslim itu dari segi akhlak dan akidahnya, namun jika tidak melaksanakan solat, ia tetap menjejaskan kesempurnaan yang dimilikinya.
Solat berfungsi sebagai kriteria utama bagi seseorang untuk layak atau tidak dinobatkan sebagai Muslim sejati. Tanggungjawab Muslim dalam menunaikan solat seharusnya tidak dipandang remeh. Sesibuk mana pun dengan kerja, jangan sesekali meninggalkan solat.
Usaha kerajaan Terengganu mendidik rakyatya tentang kepentingan solat fardhu harus dipuji. Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardu di Terengganu bakal dihukum denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, mereka yang tiada alasan munasabah meninggalkan solat fardu boleh didakwa di bawah Seksyen 18, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana kesalahan tidak menunaikan sembahyang fardu.
“Bagi kesalahan itu, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Gambar sekadar hiasan.
BUKAN MENGHUKUM TAPI MENDIDIK
Tegasnya, tindakan yang dikenakan adalah satu pelaksanaan yang relevan, malah masyarakat perlu tahu itu bukan bertujuan menghukum tetapi sebagai pengajaran bagi mendidik umat Islam mematuhi perintah ALLAH menerusi pelaksanaan undang-undang.
“Tindakan itu juga, secara tidak langsung menunjukkan kasih sayang pemimpin yang bertanggungjawab untuk mengelakkan umat Islam daripada terus melakukan dosa dan maksiat.
“Bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pula, peringatan menerusi pelbagai medium termasuk bertulis, secara lisan melalui ceramah selain turun padang mendekati masyarakat terutama golongan remaja hari ini bagi memberi kesedaran dan mengingatkan kepada mereka tentang pentingnya menjaga solat fardu,” katanya.
DIDIK KEPENTINGAN SOLAT BERJEMAAH
Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail berkata, seramai lapan lelaki Islam dicekup kerana didapati ponteng solat Jumaat sepanjang tempoh 2016 hingga November lalu.
Jelasnya, kesemua mereka ini didakwa di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 iaitu mana-mana lelaki akil baligh yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan dibenarkan hukum syarak merupakan satu kesalahan.
“Jika disabitkan kesalahan, individu itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Gambar sekadar hiasan.
Nik Zuhaiza berkata, penguatkuasaan itu juga adalah bagi meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kewajipan melaksanakan solat fardu yang lain bermula dengan penekanan solat Jumaat secara berjemaah.
“Mungkin ada umat Islam yang seumur hidup tidak pernah solat. Menerusi penguatkuasaan ini secara tidak langsung akan membuatkan dia hadir ke masjid walaupun bukan secara sukarela dan siapa tahu hadirnya hidayah dan memberi kesedaran kepadanya,” ujarnya.
Daripada DIA kita datang dan KepadaNya juga kita pergi. Pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo disahkan meninggal dunia jam 1.30 tengah hari tadi di kampung halaman isterinya di Rengit, Batu Pahat. Menurut Siti Hawa Sawal, 52, allahyarham suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya serta beberapa anak yang turut menemani beliau.
“Dia baru selesai mandi masa tu dan tiba-tiba batuk. Tapi, dia sempat takbir tiga kali sebelum rebah,” katanya.
Sebelum ini Zaibo dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kanser esofagus (esophageal cancer). Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, mengakui tidak menyangka menghidap penyakit tersebut kerana sebelum ini hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolesterol.
Sementara Jumaat lalu, Siti Hawa mengakui keadaan suaminya itu semakin pulih dan memerlukan rehat yang cukup selain meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Zaibo. Namun Allah lebih menyayanginya. Zaibo pergi jua menemui penciptanya.