‘Pernah tular dibaham kera.’ Berjaya genggam ijazah perubatan Al-Azhar, kini bergelar doktor al-hafizah. Siapa sangka bayi yang pernah tular suatu ketika dahulu kini sudah bergelar doktor al-hafizah.
Ternyata tragedi yang berlaku 25 tahun yang lalu itu tidak menjadi halangan buat ‘bayi’ berkenaan membesar dan melakar kejayaan. Si kecil itu berkenaan pernah menggemparkan Malaysia dan menjadi tajuk muka depan apabila dibaham kera ketika berusia lapan bulan.
Beberapa hari lalu, kisah ini dikongsikan semula pengguna Facebook, Annie SK yang menghadiri acara konvokesyen ‘bayi’ berkenaan, Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin.
Malahan hantaran ucapan tahniah yang dimuatnaiknya mendapat perhatian pengguna laman sosial Facebook.
“Alhamdulillah finally. Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin.
The youngest of bin/binti Kamarudins. Bongsu nombor sembilan,” titipnya yang merupakan seorang guru.
Ads
Wanita Ini Berjaya
Dr Fatin Nabihah pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia pada tahun 1998 apabila menjadi mangsa monyet liar. Pada tahun 1998 ketika masih bayi, wanita hebat itu diserang ketika tidur dalam buaian di ruang tamu rumah.
Sebenarnya ketika kejadian, abang dan kakaknya berada berhampiran buaian dan mereka berada dalam jagaan pembantu rumah kerana ibu bapa mereka keluar bekerja.
Difahamkan monyet setinggi hampir setengah meter masuk ke rumah melalui lubang kecil pada tingkap bilik. Susulan serangan, Dr Fatin Nabihah mengalami kecederaan serius pada betis kanan manakala beberapa jari kaki kirinya hampir putus.
Akibat serangan itu juga beliau mengalami luka yang dalam sehingga menampakkan tulang betis! Namun trauma masa lampau tidak melemahkan semangat wanita itu mengukir kejayaan dalam akademik.
Menerusi catatan kakaknya, Dr Fatin Nabihah terdahulu adalah pelajar terbaik Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), meraih keputusan Mumtaz dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Sekarang Bergelar Doktor Al-Hafizah
Tidak terhenti di situ, Dr Fatin Nabihah menyambung pelajaran di Darul Quran Jakim dan menamatkan pengajian dengan hafazan 30 juzuk sekali gus meraih gelaran al-hafizah.
Ads
Pada tahun 2016, ‘bayi’ yang pernah menjadi perhatian negara itu melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Al-Azhar dan selamat bergraduasi pada tahun 2023.
“Antara Malaysian medic students Al-Azhar yang dapat program pertukaran belajar ke Mexico. Syukur selesai semua. Tahniah beribu tahniah!!
“Inilah baby girl yang menggemparkan Malaysia in 1998 di muka depan surat khabar, masuk semua newspaper dan berita TV dengan tajuk ‘bayi parah dibaham kera’” kongsi kakaknya, Annie.’
Kashoorga: Tahniah Dr Fatin Nabihah! Semoga terus melakar kejayaan.
Siapa di sini sebelum kahwin, pasang azam nak jadi bidadari syurga suami yang tak pernah si dia gambarkan? Pastinya akhlak para isteri Rasulullah ada dalam senarai. Kalau tak banyak pun sekurang-kurangnya majoritinya ada dari 14 senarai cara para isteri Rasulullah SAW muncul sebagai bidadari pujaan hati nabi kesayangan kita semua.
Sesungguhnya akhlak baik yang dimiliki para isteri Rasulullah SAW ini wajib ditiru kerana sudah tentu ia dibentuk, diajar serta direstui Baginda. Kalau nak tahu apakah caranya itu, kita lihat satu demi satu.
Bukan semua cekap urus hal ehwal rumahtangga. Tapi janji rajin belajar. Contoh terbaik ialah kerajinan Aisyah r.a apabila, ketika di rumah, Aisyah selalunya melaksanakan pekerjaan rumah tangga setiap paginya. Tanpa ada rasa mengeluh kepada Rasulullah SAW, Aisyah selalu berusaha menguruskan hal ehwal di rumah dengan baik dan tekun.
Aisyah istri Rasulullah juga ada sifat keras kepala, kuat cemburu dan susah mengalah tetapi beliau sangat adil. Sifat ini hanya dimiliki oleh orang-orang yang berakhlak tinggi dan perilaku baik. Salah satu peristiwa yang menunjukkan sifat keras kepala beliau adalah saat Aisyah berpegang teguh dengan pendirian beliau ketika difitnah dan kemudian Allah menurunkan ayat yang membebaskan beliau dari tuduhan fitnah tersebut.
Sikap yang ditujukkan berikutnya kepada Rasulullah SAW sebagai kunci rumah tangga bahagia adalah sifat setia. Ketika itu Nabi SAW memberikan Aisyah sebuah pilihan, apakah beliau ingin tetap bersama Rasulullah dengan kehidupan yang sederhana atau bercerai dan mendapatkan dunia. Maka jawapan Aisyah r.a adalah beliau memilih setia bersama Rasulullah SAW apapun keadaannya.
Saat Rasulullah SAW sedang sakit, Baginda memilih rumah Aisyah r.a untuk menetap hingga wafat. Sebagai seorang isteri, sudah tentu menjaga Rasulullah SAW Dengan Baik Dan Merawatnya Hingga Sembuh.
Aisyah r.a memiliki hati yang lembut, penuh cinta, hangat dan setia kepada suaminya. Selain itu, Aisyah selalu memberikan kedamaian, kasih sayang dan cinta sekalipun saat Aisyah sedang marah kepada Rasulullah SAW. Rasulullah mengatakan kepada Aisyah, “Sungguh aku mengetahui marah dan lapangmu saat kamu tenang”
6. Berkongsi Ilmu Dengan Suami
Selain hatinya yang lembut, Aisyah adalah wanita yang cerdas. Beliau selalu membagikan ilmunya dengan Rasulullah SAW. Bahkan ribuan hadis Rasulullah yang tentang hukum, wahyu, perilaku dan lainnya banyak bersumber dari Aisyah sendiri. Urwah bin Zubair pernah mengatakan, “Aku tidak pernah melihat seseorang pun yang pandai tentang ilmu fekah, kedoktoran melebihi Aisyah.”
Kecerdasan Aisyahadalah bagaikan span yang mampu menyerap ilmu daripada Rasulullah SAW dan para sahabat.
Aisyah merupakan istri yang memiliki sikap quwwah atau keteguhan jiwa yang sangat besar dalam membela kebenaran. Hal ini dapat kita lihat saat masyarakat berani menyakan kesucian Aisyah saat Bgainda pulang dari Perang Bani Musthaliq.
Hal ini menggugat kepercayaan Rasulullah kepada Aisyah, namun sikapAisyah kepada suaminya adalah tetap berpegang teguh dengan kebenaran.
Allah SWT kemudian membenarkan kesucian Aisyah dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 12. Aisyah istri Rasulullah berkata, “Sesungguhnya sesuatu yang menimpaku lebih hina bila sampai Allah SWT berfirman tentangku melalui wahyu yang akan dibaca” (HR. Bukhari 4141)
Sikap keteguhan Aisyah inilah yang kemudian kembali memperkuat kepercayaan Rasulullah SAW terhadap beliau.
Ummul Mu’minin Aisyah r.a mempunyai sifat manja dan rasa cemburu kepada suami. Bukan kerana beliau satu-satunya yang dinikahi Rasulullah SAW ketika masih belia, namun karena Rasulullah SAW juga suka jika isterinya bersikap manja dan suka mencemburui beliau.
Aisyah memiliki sifat keibuan yang tinggi. Maka tidak hairan, walaupun dinikahi Rasulullah SAW di usia muda, namun Aisyah menjadi tempat yang nyaman dan dakapan yang hangat bagi suaminya. Selain sifat keibuan ini, Aisyah juga sering mengasuh, mendidik dan mengajar ilmu Allah kepada anak-anak kecil di sekitarrumah beliau.
Selain kecerdasan Aisyah yang luar biasa, beliau juga memiliki rasa cinta yang tulus dan begitu mendalam kepada Rasulullah SAW. Cinta yang kuat ini kemudian beliau wujudkan dengan selalu mengikuti dan menerapkan sunnah-sunnah yang dikerjakan oleh Nabi dalam kehidupan beliau seperti misalnya penjagaan kesihatan, amalam Rasulullah sebelum tidur dan lain-lain.
Aisyah tidak pernah sekali pun menentang perintah Rasulullah SAW selama sembilan tahun mereka melayari rumah tangga. Seperti halnya ketika ada sesuatu yang menganggu perasaan Rasulullah SAW, maka dengan menggunakan isyarat sahaja, Aisyah akan menghindari dan meyingkirkannya.
Di masa hidupnya Khadijah r.a dikenali sebagai seorang wanita yang begitu jujur (Syidiq). Bahkan daripada kejujuran yang dimilikinya, ia mendapatkan sanjungan yang luar biasa daripada Rasulullah SAW hingga Baginda tidak pernah sedikit pun melupakan apa yang telah diperbuat Khadijah semasa hidupnya. Dan hal ini yang selalu diceritakan Baginda kepada para sahabat-sahabatnya.
Daripada para Rasulullah SAW hanya Khadijah dan Maria Al-Qibtiyalah yang memberikan keturunan kepadanya. Namun dari keturunan Khadijah, anak-anak Rasulullah terus tumbuh hingga dewasa. Dan yang berasal dari keturunan Maria Al-Qibtiyah hanya seorang putra yang bernama Ibrahim dan dia wafat sewaktu masih kecil.
Sedangkan dari Khadijah istri Rasulullah, Rasulullah mendapatkan 2 putra dan 4 putri yang mana dua diantara putra Rasulullah dan Khadijah juga meninggal di waktu kecilnya. Dan lainnya adalah Zainab, Ummu Kultsum, Ruqayyah, dan Fatimah dan kesemuanya menjadi pembela agama Allah SWT.
Khadijah adalah seorang wanita yang sabar dalam membantu Rasulullah saat menerima wahyu pertama di Gua Hira. Dia menguatkan dan memberikan ketenangan ketika Rasulullah ketika mendapat mimpi yang memberatkan dan juga solat bersama Rasulullah ketika Islam masih disyariatkan secara sembunyi sembunyi.
Khadijah selalu setia dan menemani Rasulullah dalam menjalani hari-hari sukar Baginda walau pun beliau adalah seorang wanita daripada keluarga berada dan terhormat. Khadijah menerima Rasulullah seadanya dan tidak pernah mengeluh. Di sini keutamaan iman dalam Islam sangat diperlihatkan oleh Khadijah.
Demikian sikap para isteri Rasulullah kepada Baginda yang dipenuhi dengan rasa cinta, kasih sayang dan kesetiaan meskipun saat itu keadaan kewangan mereka sangat sukar. Tetapi keadaan sukar itu menumbuhkan keikhlasan dan rasa saying dan cinta mendalam serta kesetiaan.
Mizz Nina bawa anak tunai umrah. ‘Bagi pendedahan awal, Musa banyak tonton & dengar tentang ibadat haji.’
Menerusi perkongsian Mizz Nina, dirinya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan idadah umrah bersama anaknya iaitu Musa.
Jelas Mizz Nina, dia telah memberi pendedahan awal kepada Musa beberapa bulan sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci Mekah. Kongsinya,
‘Alhamdulillah ya Rabb kerana mengizinkan kami berdua untuk ke sini. Musa banyak menonton dan mendengar tentang ibadah haji sejak beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah dia dapat melihat perkara yang sebenar, katanya.
Dalam masa yan sama, Mizz Nina turut menitipkan doa buat anaknya agar menjadi insan yang baik akhlaknya serta beriman kepada Allah SWT.
‘Ya Allah, jadikanlah Musa sebagai cahaya ummah yang baik akhlaknya, legasi yang kuat dengan keimanan sebagai teras hidup, takwa dan kebenaran.
Kurniakan dia tarbiyyah yang baik dan semoga al-Quran mengajar segala yang dia ingin tahu bagi mengemudi hidup di dunia dan akhirat,’ katanya lagi.
Sebelum itu, Mizz Nina turut menjadi salah seorang antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), beberapa hari lalu.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan berikutan pelbagai sumbangan dan jasanya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara.
Difahamkan Mizz Nina aktif sebagai aktivis kemanusian sejak 2013 dan sudah melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada 2017.
Terdahulu pada 2016, Mizz Nina bersama rakan kongsinya ada mengasaskan saluran gaya hidup Islam iaitu Deen of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang menghasilkan beberapa siri TV dan program bual bicara.
Tidak hanya itu, Mizz Nina juga komited untuk berkongsi dan memberi kembali kepada masyarakat menerusi jalinan kerjasama dibuat dengan pelbagai organisasi seperti Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa dan Into Taqwa Malaysia untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
Pada Mei tahun lalu, menerusi Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai 20 badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan dikhabarkan berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta hasil sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.
Kashoorga : Tahniah buat Mizz Nina. Semoga ibadah umrah Mizz Nina dan anaknya Musa dipermudahkan.
Selain bersolat kita juga digalakkan melakukan pelbagai amalan sunat untuk menambah dan mencari pahala berganda.
Antaranya adalah memperbanyakkan zikir kepada Allah. Dan dengan berzikir ini juga mempunyai manfaat tersendiri.
Salahsatu zikir elok diamalkan adalah Zikir Ya Latiff yang mempunyai kelebihannya. Salah satunya dapat lenturkan hati pasangan dan meredakan ketegangan dalam hubungan suami isteri.
Kelebihan Zikir Ya Latiff
1. Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .
2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..
3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insha Allah mudahan berjaya
4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …
5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni , InshaAllah akan redalah ribut petir…
6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...