Dalam kehidupan suami isteri, pastinya suami akan mencari isteri untuk berkongsi cerita, tidak kisah yang pahit mahupun yang manis. Isteri adalah amanah yang dianugerahkan oleh Allah kepada seorang suami. Maka sebab itulah seorang suami perlu menyantuni isterinya dengan baik.
Susah, senang dikongsi bersama. Rumah tangga yang dibina dengan kasih sayang pastinya menzahirkan cinta dan kerinduan. Indahnya sebuah perkahwinan tatkala dibungai dengan bunga-bunga bahagia.
Berikut perkongsian Ebit Lew tentang betapa berharganya seorang isteri kepada suami.
Best sangat rasanya bila dapat bergambar berdua dengan bidadari tercinta. Tengok semula gambar bila dalam kereta jalan jauh pergi ceramah. Terus mesej “Allah beri rasa rindu pada bidadari abang, semoga jadi asbab hidayah buat semua..kenapa makin hari makin jatuh cinta sayang? Makin rindu rasanya..
Sejuk hati. Bila dapat duduk dekat dengan isteri bestnya. Gosok-gosok tangan dan genggam masa masuk kereta atau penat. Terus segar. Tengok muka isteri pun rasa sejuk hati. Pegang tangan sentuh jari pun terasa cinta dan kesusahannya. Berdoa ya Allah kaulah sebaik-baik membalas kebaikan bidadariku ini. Ini semua anugerahMu. Terima kaseh Allah…terima kaseh Allah..terima kaseh bidadari abang sudi berdua-duaan dengan abang.
On d way balik, seorang lelaki jumpa saya terlalu sedih sebab umurnya dah dekat 40 tahun. Tapi rezekinya terlalu sempit. Dia bekerja sendiri. Orang kata jika dah 40 tahun masih belum berjaya susah nak berjaya betul ke ustaz? Saya dah cuba macam-macam dalam hidup tapi semuanya gagal. Keluarga pun jadi kelam kabut.
CUBA PEGANG ISTERI
Ads
Abang ada mak ayah lagi tak? Dah takde ustaz. Saya anak yatim piatu dari kecil. Mak ayah abang tak tunggu duit kita. Mereka tunggu doa kita. Abang ada isteri kan?
Ada ustaz. Cuba pegang isteri. Lihat wajah isteri yang setia bersama kita. Setiap kali sedih pegang tangan isteri dan kata sayang terima kaseh masih bersama abang walau abang dalam keadaan susah. Bagi saya isteri ialah harta paling berharga dalam hidup ini. Kata Saidina Ali ra nikmat atau kejayaan dalam dunia ini memiliki isteri solehah.
Nabi Ayub as ketika diuji dalam hidup dia bertuah kerana memiliki isteri yang baik dan solehah.
Ads
Isteri abang masih bersama abang ke?
Alhamdulillah ustaz. Tapi selalu bergaduh juga. Dah tak mesra. Dah tak macam dulu mula-mula kahwin. Semuanya dah rasa lain.
BERTUAH SEBAB ADA ISTERI
Bersyukurlah abang. Bersyukur memiliki isteri. Takperlah tidak punyai harta yang banyak. Kerana ramai orang yang tidak ada harta banyak tapi hati mereka bahagia. Mereka kaya dengan cinta dan kasih sayang. Sebenarnya yang paling kurang dalam hidup ini ialah cinta dan kasih sayang dan kurang menghargai. Ramai orang kaya pun tak bahagia kerana tak hargai isteri. Tak hargai mak ayah. Memiliki semuanya seisi dunia tapi tak memiliki walau secebis bahagia dalam hati.
Ads
Keduanya waktu malam perlahan-lahan senyap-senyap menangis seorang diri depan Allah. Ya Allah..ya Allah…masa susah peluang kita rapat dengan Allah. Sebelum Subuh kejut isteri dengan rasa sayang. Cakap terima kaseh Allah beri aku wanita yang sanggup bersama diriku dalam keadaan susah ini. Terima kaseh Allah.
Pagi-pagi jangan tidur dan buatlah apa-apa kerja dan berusaha kuat. Saidina Abu Bakr ra hari pertama jadi Khalifah tapi masih berusaha cari rezeki. Buatlah apa-apa pun yang penting usaha yang baik. Walau hasilnya sedikit. Solat 2 rakaat dhuha paling kurang. Solat minta pada Allah.
Jaga solat berjemaah di Masjid kerana Allah jamin rezeki orang jaga solat. Allah janji jaga rezeki orang jaga solat berjemaah.
Saya yakin jika abang buat ini pasti Allah mudahkan hidup abang. Allah beri bahagia dan ketenangan sebenarnya-ebit lew
Perkahwinan dan zuriat merupakan urusan Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan. Sebagai hamba Allah kita hanya mampu membuat perancangan namun yang menentukan hanya Allah SWT.
Meskipun jodoh dan zuriat itu ditentukan oleh Allah itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Selain usaha, doa juga penting agar usaha itu berjalan seiring.
Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah. Dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
DOA INI 2 DALAM 1. JODOH DAN ZURIAT
Untuk yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah di bawah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus. Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Bagi membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam terdapat beberapa perkara dan cara yang sepatutnya diketahui.
Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah. Asas utama ialah mencari keredaan Allah. Berikut dikongsikan tip bagaimana untuk membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam.
1. Asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.
2. Adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.
3. Memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.
4. Menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.
5. Mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.
6. Menghiasi rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya.
7. Sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.
Sumber: Info Syariah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tiada siapa yang dapat menidakkan soal ajal dan maut. Sebagai hambanya kita hanya mampu menerima ketentuan daripada Allah dengan hati yang reda. Yang pergi tetap pergi manakala yang tinggal harus meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.
Apabila berlaku kematian sama ada suami atau isteri antara perkara yang sering menjadi persoalan ialah tentang pembahagian harta.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira kerana bimbang termakan harta yang bukan sepatutnya menjadi hak.
Berikut dua situasi apabila berlaku kematian.
Tahukah anda bahawa hak suami terhadap harta yang ditinggalkan oleh isteri (harta pusaka) hanya tertakluk pada 2 jenis pembahagian mengikut aturan faraid ini sahaja:
1. Bahagian faraid 1/2
Dalam situasi ini, ia terjadi apabila pasangan ini tidak mempunyai anak sepanjang hidup bersama isteri. Apabila kematian isteri berlaku, bahagian hak suami terhadap harta isteri mengikut HUKUM FARAID adalah 1/2 bahagian.
2. Bahagian faraid 1/4
Situasi ini terjadi apabila pasangan ini mempunyai anak sepanjang kehidupan bersama isteri. Apabila kematian isteri berlaku, bahagian hak suami terhadap harta isteri mengikut HUKUM FARAID adalah 1/4 bahagian.
Ini berlainan pula dengan situasi:
Apabila situasi isteri yang kematian suami (jika suami beristeri 1), hak harta suami terhadap isteri mengikut hukum faraid (harta pusaka) terdapat 2 asas utama iaitu:
1. Bahagian faraid 1/4
Dalam situasi ini, ia terjadi apabila pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak. Apabila kematian suami berlaku, bahagian hak isteri terhadap harta suami mengikut HUKUM FARAID adalah 1/4 bahagian.
2. Bahagian faraid 1/8
Situasi ini terjadi apabila pasangan ini mempunyai anak sepanjang kehidupan bersama suami. Apabila kematian suami berlaku, bahagian hak isteri terhadap harta suami mengikut HUKUM FARAID adalah 1/8 bahagian.
Kesimpulannya selagi masih ada hayat, uruskanlah harta dengan sebaik mungkin demi masa depan mereka yang ditinggalkan.
Sumber: celikpusaka.blogspot.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apabila berbicara tentang azab neraka, fikiran kita sering membayangkan api yang marak, panas yang menyengat, dan bara yang membakar kulit manusia.Namun, mungkin ramai yang...