Syurga seorang wanita yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya. Bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri pula syurganya terletak di bawah kaki suami.
Walaupun tiada hadis sahih yang berkata sedemikian namun ianya boleh dianggap sebagai suatu metafora di mana untuk seorang isteri itu menjadi ahli syurga adalah dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat Al-Quran dan hadis Baginda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (an-Nisaa’: 34).
Walau bagaimanapun seorang wanita walaupun telah berkahwin masih tetap perlu mengingati dan menghargai jasa kedua ibu bapanya.
Perintah ini banyak dimuatkan dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini teramatlah penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14).
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa…”(al-Ahqaf, 46: 15).
Ads
Berikut perkongsian Hafiz Mustapha yang wajar dijadikan pedoman buat golongan isteri dan juga suami.
Kesian pula pada makcik ni selepas mendengar kisahnya. Ketiga-tiga anak perempuannya lepas berkahwin tidak bekerja. Anak-anaknya bukannya calang-calang kelulusan.
Anak pertama lulusan Master di Universiti Sains Malaysia (USM). Habis master bekerja sebagai research assistant tetapi berhenti selepas kahwin sebab jaga anak. Suami tak bagi kerja. Suami kata derhaka jika ingkar.
Anak kedua dapat degree Universiti Putra Malaysia (UPM) terus kahwin dengan coursemate. Sempat kerja kerajaan setahun tetapi kena transfer. Terus berhenti kerja dan beranak.
Anak ketiga Degree daripada UiTM dan dua tahun cari kerja. Akhirnya dapat panggilan guru, tapi tolak sebab tak minat. Sehingga sekarang umur dah 30 tahun dan tidak bekerja. Kahwin dan beranak.
Ads
Makcik dan arwah suaminya bersusah payah membesarkan anak-anak mereka bagi pelajaran. Makcik pencen kerani kerajaan dan arwah suami kerja kampung. Anak-anak minta macam-macam waktu belajar. Semuanya dipenuhi daripada laptop, handphone sehingga duit belanja sebab pinjaman yang diterima tidak cukup. Mak saudara pun banyak tolong bantu anak-anak perempuan.
BERKORBAN UNTUK ANAK-ANAK
Akibatnya, makcik dan arwah suami ketika itu selalu catu belanja. Nak beli makanan pun berjimat sebab waktu tu anak serentak sambung belajar. Orang lain tua-tua mampu pergi umrah atau haji tapi mereka tak berkesempatan kerana masalah kewangan. Simpanan pun habis untuk pembelajaran anak-anak.
Kini, makcik tinggal seorang diri. Dia bertuah sebab masih ada pencen. Boleh lah tanggung makan minum sendiri. Kata makcik seronok tengok anak-anak saudaranya berjaya dan tolong mak bapak. Kadang kala anak-anak saudara sedekah duit dan beli macam-macam tapi dia malu jugak nak terima. Anak-anak sendiri tak pernah bagi.
PINJAM DUIT
Ads
Tetapi menyebabkan saya lagi sedih juga geram ialah anak- anaknya masih lagi menyusahkan hidupnya. Kadang-kadang minta pinjam duit ye. PTPTN pun tak mampu bayar. Nak minta suami bayar?
Jangan harap…..
“Hafiz, tak yah kahwin lah. Kalau kahwin cari perempuan yang kerja tau”. Kata makcik pada saya sambil ketawa. Pertama kali mendengar pesanan macam itu daripada seorang wanita tua. Kejadian dan pengalaman hidup menyebabkan dia berkata begitu. Walaupun kami banyak bergelak ketawa ketika berbual, tetapi saya tahu makcik susah hati.
Kepada perempuan, jika ada kelayakan, bekerja lah bantu keluarga. Janganlah mengenepikan ibu bapa dengan alasan taat suami. Your parents raised you up kan? They will be with you forever. Suami tu esok pun dia boleh cerai dan cari perempuan lain.
KASHOORGA: Kesimpulannya, sama ada anak perempuan mahupun anak lelaki, tetap ada tanggungjawab pada ibu bapa.
Ku sangka hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Percintaan yang dibina atas dasar cinta akhirnya rebah ditengah jalan. Mungkin ada yang mampu menerima hakikat perpisahan kerana reda tiada jodoh namun ada juga yang susah untuk menerima kenyataan bahawa hubungan yang dibina tidak kesampaian. Berbagai-bagai cara digunakan untuk melupakan pasangan kekasih namun gagal sehinggalah ada yang sanggup berjumpa bomoh. Berikut pencerahannnya.
SOALAN:
Baru-baru ini saya telah memutuskan hubungan saya dengan teman lelaki saya yang saya telah berkawan selama 8 tahun. Tetapi dia tidak dapat menerima kenyataan in. Dia membuat tindakan yang tidak sepatutnya seperti menelefon pejabat saya setiap masa sehingga menganggu rakan-rakan saya yang lain, dia juga menganggu saya di rumah dengan menjerit-jerit memanggil nama saya, merosakkan kereta saya dan banyak lagi perkara lain yang dilakukan sekiranya saya tidak menjawab panggilan telefonnya.
Saya telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis, tetapi pihak polis tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada bukti dan dia tidak mencederakan saya. bagi kesalahan merosakkan harta benda pula, tiada bukti yang saya boleh tunjukkan.
Sekiranya saya ingin berubat ataupun mengubatkan dia supaya dia boleh melupakan saya, adakah perbuatan itu dikatakan sebagai sihir atau saya menyihirnya walaupun untuk kebaikan.
JAWAPAN:
Pertama sekali tahniah diucapkan kepada anda kerana telah memutuskan hubungan dengan teman lelaki kerana untuk pengetahuan di dalam Islam tiada istilah bercouple atau istilah seperti teman lelaki dan sebagainya. Hubungan seperti inilah yang sebenarnya menjadi pendorong untuk berlakunya kemungkaran yang lebih besar.
Berubat dengan menggunakan sihir adalah dilarang di dalam Islam kerana dosa perbuatan sihir merupakan antara dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kerana secara jelas pengamal-pengamal ilmu sihir ini akan memuja serta memohon bantuan selain daripada ALLAH SWT, mereka yang memohon bantuan daripada pengamal sihir ini juga perlu segera bertaubat kerana telah melakukan suatu dosa yang besar.
Oleh itu ada dicadangkan supaya menasihati teman lelaki melalui sahabat-sahabatnya atau saudara maranya supaya berubat dengan pengamal-pengamal perubatan Islam seperti Darussyifa, Syifa Al-hidayah dan sebagainya yang mana mereka hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran dalam usaha untuk mengubati si pesakit.
Di samping itu nasihatkan juga bekas teman lelaki anda agar memperbanyakkan solat, zikir serta membaca al-Quran kerana seorang mukmin yang baik sentiasa reda dengan apa jua masalah yang dihadapinya serta akan terus berusaha untuk memperbaiki kesilapannya.
Memetik firman ALLAH SWT di dalam surah ar-Ra’du ayat ke 28:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang dan tenteramlah hati manusia.
Sumber: Mufti Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perkahwinan dan zuriat merupakan urusan Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan. Sebagai hamba Allah kita hanya mampu membuat perancangan namun yang menentukan hanya Allah SWT.
Meskipun jodoh dan zuriat itu ditentukan oleh Allah itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Selain usaha, doa juga penting agar usaha itu berjalan seiring.
Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah. Dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
DOA INI 2 DALAM 1. JODOH DAN ZURIAT
Untuk yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah di bawah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus. Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Bergelar seorang isteri bukanlah ‘tugas’ yang mudah apatahlagi dalam dunia yang memerlukan wanita keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Sebagai suami amat penting untuk memahami tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh sang isteri.
Seorang isteri tidak menyuarakan apa yang mereka mahukan. Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri tentang apa yang mereka rasa. Di bulan Ramadan yang mulia ini tentunya bulan yang paling sibuk dalam hidup seorang wanita bergelar isteri dan ibu.
Sampai sahaja di rumah, usai pulang dari kerja, masing-masing sudah menyinsing lengan baju untuk mula ‘bersilat’ di dapur. Tatkala lelah belum hilang meredah kesesakan jalan raya yang tentunya luar daripada kebiasaan, ibarat lipas kudung, tugas menyediakan hidangan berbuka puasa mesti disempurnakan.
Seperti Ustaz Ebit Lew, sempena kedatangan bulan Ramadan tahun ini, beliau mengambil kesempatan membantu ‘bidadarinya’ di dapur untuk tempoh dua hari. Siapa yang sering mengikuti Ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu Ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri.
Baca nukilan Ustaz Ebit Lew seperti yang ditulisnya dalam instagram beliau.
Hari ini saya cuti ceramah 1 Ramadan. Bidadari booking 2hari untuknya awal Ramadhan ini….balik ambil anak sekolah saya cuba buat-buat sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Bersepah dapur kecil ini bila ebit lew masuk dapur. Macam lepas berperang kat dapur nie..hehe..cuba teka masak apa tu?
Ya Allah ampun. Biasa keluar jalan Allah, jarang dapat masak. Orang suruh ceramah jer. Kat rumah pulak bidadari tak bagi. Kena tegas baru dapat masak.. Kelakar campur sedih sayu sangat…..sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu. Begitulah kebanyakan wanita…anak-anak kata, ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak.
Isteri lak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi…Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti.. Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer…hee..
Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa… Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L….dapur pun bersepah..dah siap baru kemas.. Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.
Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat Isya’ dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil. Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri.
Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Doakan mereka kerana Allah.
Sumber: Instagram: Ebit Lew
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam...