Ternyata teaser drama Perempuan Itu yang dikongsi oleh pelakon Zul Ariffin semalam yang mempunyai adengan maksiat di mana lelaki dan perempuan berpelukan dan lagak bagai filem Barat serta bakal ditayangkan di bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi mendapat perhatian dari Menteri Agama, Senator Idris Ahmad. Jelas Menteri Agama ini, Ramadan adalah bulan mulia dan tidak seharusnya dicemari dengan maksiat dan pihaknya bakal memanggil penerbit drama berkenaan untuk berbincang mengenainya.
Dalam satu perkongsian selepas teaser ini tular, Menteri Agama ini menulis di faceboknya.
Hela nafas panjang saya.
Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.
Hiburan tidak dihalang dalam Islam.
Ads
Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.
Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati.
Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.
Ads
Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadhan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]
Persiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling kita agar memeriahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela.
Soal rezeki, ajal, dan jodoh itu terletak di tangan Tuhan. hanya Dia yang mengetahui bila nyawa kita akan diambil oleh Maha Pencipta.
Jika sudah tertulis di Lukh Makhfuz, memang ditakdirkan asbab kematian adalah kerana menyelamatkan dia orang mangsa lemas.
Begitulah kisah yang dialami oleh allahyarham Faris Iskandar, pelajar Admal Aviation College yang mati lemas di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang di sini petang semalam.
Menurut bapanya dalam laporan di Astro Awani, anaknya itu berusaha untuk menyelamatkan dua orang mangsa lemas.
“Asbab kematiannya ialah, menyelamat dua mangsa lemas. Salah seorang daripada mangsa berumur 12 tahun, seorang lagi lebih kurang 25 tahun. Yang 25 tahun itu dalam keadaan sawan ketika dalam air.
“Kemudian, anak saya pergi berenang ke arah mangsa untuk selamatkanlah. Pertama, dia selamatkan yang umur 12 tahun, kemudian yang kedua. Dia selamatkan kedua-duanya. Tetapi, anak saya tenggelam,” kata Mohd Radhi.
Anaknya itu tenggelam selepas menyelamatkan dua rakannya yang lemas ketika mandi di sungai berkenaan.
Menurut Mohd Radhi, dia menyedari perubahan sikap anak ketiga dari lima beradik itu baru-baru ini tetapi tidak menyangka apa-apa.
“Dia cuma banyak ‘update’ status di WhatsApp berkenaan dengan akhirat. Kemudian, dia banyak menegur kawan-kawannya tentang pentingnya hidup kita ini, tentang solat. Dia kata, masa kita tak lama.
“Saya perasan perubahan itu apabila saya baca statusnya. Saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Tetapi, itulah, kita tak ambil pusing sangat perkara itu.
“Mungkin kerana, dia budak remaja, kan. Dia juga banyak habiskan masa di surau,” tambahnya, bercerita mengenai arwah anaknya yang menurutnya mula menyertai aktiviti lasak pacuan empat roda sejak berusia 10 tahun.
Dalam pada itu di Sinar Harian Mohd Radhi berkata, anaknya juga dilihat keberatan untuk pergi ke Sungai Kelemin semalam, namun tetap menyertai aktiviti perkelahan bersama keluarganya itu.
“Sejak kecil lagi Faris Iskandar selalu mengikuti ke mana sahaja ‘trip’ saya pergi dan sentiasa menjadi peneman ketika saya memandu, tidak sangka perkelahan kali ini merupakan ‘perjalanan’ terakhir saya bersama arwah.
“Walaupun sedih dan terkilan dengan kehilangannya, tetapi saya reda. Sewaktu saya melihat jenazah arwah tadi, arwah seolah-olah sedang tidur seperti kebiasaanya di rumah,” katanya dalam keadaan sebak.
Sementara itu Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan kes lemas itu pada jam 6.10 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh pihak bomba dan orang awam.
“Mayat mangsa ditemui pada jam 7.33 malam tadi dan telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu pagi ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kala kita merasakan berdepan dengan dugaan besar percayalah ada lagi yang diduga lebih hebat. Ada yang patah kecewa putih asa namun ada juga yang semakin teguh keimanannya malah mensyukuri setiap kurniaan Tuhan.
Kisah menjentik hati yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Asifa diharap menjadi pengajaran untuk kita dalam berdepan dengan segala dugaan yang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa. Semoga ia mendidik diri kita menjadi insan yang lebih baik.
Ini kisah benar seorang wanita bernama Fatimah. Dia tinggal di Sungai Petani, Kedah.
Satu hari, dia call satu pusat tahfiz. Katanya dia nak jumpa sangat pengetua. Bunyi suara macam tegas!
“Saya nak jumpa ustaz!”
“Ya puan. Silakan”
“Tapi, boleh ustaz tunjukkan jalan kesana?”
“Kalau puan susah nak ke sini, saya boleh ambil di mana sahaja lokasi puan”
“Takpa! Saya yang nak datang. Ustaz tunjuk jalan saja. ” Dan, akhirnya dari Sungai Petani sampai Alor Setar, jalan kaki ke seberang jalan, Alhamdulilah.
Sampai di pusat tahfiz, dia disambut oleh ustaz tadi. Ustaz ni terkejut! Sebab apa? Sebab Puan Fatimah ni buta! Kalian, buta! Mata tak nampak!
“Puan, kenapa tak cakap pada saya yang puan buta?”
“Saya tak mahu buta ni sebab ustaz akan kesian, sebab buta ni Allah yang bagi pada saya”
Dan lagi menambahkan rasa terkilan, suami dia juga buta!
“Apa hajat puan nak sangat jumpa saya?”
Wanita itu keluarkan duit RM4,000 dan diberikan pada ustaz.
“Ustaz, RM4000 ni saya nak beri wakaf wakil untuk mak, ayah dan suami saya”
“Suami saya buta ustaz, tapi inilah jodoh saya. Mak ayah saya pun juga buta. Tapi, merekalah takdir saya.
“Saya beri ni sebab saya tak nak hati saya lari dari ingat pada Allah. Saya takde anak ustaz. Moga inilah pembuka segala pintu rezeki kami.”
Akak, Puan Fatimah ni buta. Mak ayah dia buta. Dapat suami pun buta. Sakit melalui ujian ni takkan mampu kita rasai.
Cinta pada suami, tapi tak dapat lihat wajah suami. Cinta pada mak ayah, tapi tak tahu bagaimana rupa orang yang dia cinta.
Tapi, diuji begitu pun dia takut kalau hatinya dibolak balikkan oleh Allah. Maka, diberikan hartanya supaya hatinya kekal dengan Allah.
Kita? Apa yang kita buat untuk kekalkan hati ini supaya terus dengan Allah?
Perasan atau tidak, dalam kehidupan seharian, kita hanya memberi ucapan salam kepada orang yang kita kenal saja. Bahkan ketika memasuki pejabat, kita lebih senang berkata “morning” pada kenalan pejabat dan bukan ucapan Assalamualaikum.
Amalan ringan ini sudah agak jarang diterapkan di kalangan masyarakat iaitu menebarkan salam (ifsyaus salaam) pada hal begitu banyak kebaikan dan manfaatnya dari ucapan yang mengandungi doa ini.
Tahukah, saat memberi salam, ia akan menerbitkan rasa kemesraan satu sama lain sekali pun kita tidak mengenalinya dengan rapat.
Dari sudut bahasa menurut Kamus Dewan, salam bermaksud sejahtera, damai dan hormat.Ibn Manzhur berkata di dalam kitabnya, salam bermaksud selamat, sejahtera dan juga berlepas diri.
Dari sudut istilah, salam merupakan ucapan penghormatan yang diucapkan oleh orang yang beragama Islam kepada saudaranya (seagama dengannya). Maksud ini diambil berdasarkan firman Allah SWT:
As-Salam ertinya memohon perlindungan (selamat) dan penjagaan ini kita serahkan kepada Allah Subhanahu wa ta'ala. Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud radhiyalahu'anha bahawa sesungguhanya Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
"As-Salam adalah salah satu nama dari nama-nama Allah. Allah meletakkannya di muka bumi, maka tebarkanlah salam di antara kamu kerana sesungguhnya seorang muslim apabila ia berlalu pada suatu kaum, lalu ia memberi salam kepada mereka, ia memperoleh satu darjat keutamaan di atas mereka dengan mengingatkan salam kepada mereka. Dan jika mereka tidak menjawabnya, nescaya akan dijawab oleh yang lebih baik dan lebih manis".
Hukum memberi salam adalah sunat mu'akkadah dan merupakan salah satu hak dari hak-hak yang harus dipenuhi oleh seorang muslim kepada saudara muslimnya yang lain. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu'anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا تَدْخُـلُوا الـجَنَّةَ حتـى تُؤمِنُوا، ولا تُؤمِنُوا حتـى تَـحابُّوا أوَلا أدُلُّكُمْ علـى شَيءٍ إذا فَعَلْتُـمُوهُ تَـحَابَبْتُـمْ؟ افْشُوا السّلامَ بَـيْنَكُمْ
Maksudnya: “Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”.[Riwayat Muslim, no. Hadith 81]
Ucapan salam “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhuh” merupakan pintu pertama kepada kerukunandan “kunci pembuka” yang membawa kepada rasa senang. Dengan menyebarkan salam, akan semakin kukuh ikatan sesama muslim itu serta menampakkan syiar islam itu sendiri.
Selain itu, ia bagaikan latihan bagi jiwa seorang muslim untuk sentiasa berasa rendah diri dan mengagumi mukmin yang lainnya.
Manfaat memberi salam.
Di antara keutamaan dan manfaat memberi salam adalah sebagai berikut:
1. Di antara manfaatnya yang terbesar adalah melaksanakan perintah Allah Ta'ala. Kerana ia merupakan puncak kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat." (QS An-Nur; 27)
2. Menyebarkan nama Allah Ta'ala di antara manusia dan menghidupkan Sunnah Nabi kita, Muhammad SAW
3. Merupakan salah satu sifat malaikat yang dekat kepada Allah dan para hamba Allah yang bertakwa,
"Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (iaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: "Salaamun". Ibrahim menjawab: "Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal". (QS Adz-Dzariyat;24–25)
4. Mengeratkan hubungan sesama muslim, menyebarkan kasih sayang, menghilangkan kedengkian di hati kerana hati yang dengki adalah punca kejahatan manusia.
5.Mampu menyempurnakan iman
Diriwayatkan dari Ammar bin Yasir bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda; "Tiga perkara yang barang siapa menyempurnakannya, nescaya ia telah menyempurnakan iman, memberi salam dan memberi sedekah di saat susah.
6. Memperoleh keberkatan bagi yang memberi salam dan yang orang yang menjawabnya
Dari Anas ra, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadaku, "Wahai anakku, apabila engkau memasuki rumah keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya itu akan menjadi rahmat bagi dirimu dan keluargamu."
7. Memberikan rasa dengki bagi orang-orang Yahudi dan mereka dimurkai Allah.
Berdasarkan riwayat dari Aisyah radhiyallahu'anhu bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidak ada sesuatu yang membuat kaum Yahudi merasa dengki/iri kepada kalian, seperti mereka iri kepada kalian atas ucapan salam dan Aamiin.
8. Termasuk salah satu sebab masuk syurga.
Berdasarkan riwayat dari Abu Yusuf Abdullah bin Salam ra ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan orang miskin, sambungkan tali persaudaraan dan solatlah di malam hari di saat orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan damai.
Inilah tuntutan Islam dalam mempereratkan hubungan persaudaraan sesama muslim. Jangan tinggalkan kebiasaan Rasulullah ini dan ajarlah anak_anak memberi salam dan jadikan kebiasaan dalam hidup mereka.Wallahu A'lam. Sumber : Kalam Sindownews/ Mufti Wilayah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Masih ramai dalam kalangan masyarakat yang melihat sedekah dalam kerangka yang sempit. Apabila disebut tentang sedekah, gambaran yang terlintas di fikiran kebiasaannya ialah pemberian...