Bab nafkah jangan dibuat main, memang berat tanggungjawab seorang suami yang telah berkahwin.

‘Suami tak bagi nafkah, isteri mintalah sampai dapat.’ Kasihan lelaki culas tanggungjawab, nanti dihisab depan Allah. Jangan kerana kasihan di dunia, suami merana di akhirat kelak.

Jadi bila suami abaikan bab nafkah, isteri minta selagi boleh. Minta berkali-kali hingga dia bagi. Kita tak mahu suami yang kita sayang akan menjadi muflis di Mahsyar kelak kerana dia mengabaikan tanggungjawab yang Allah amanahkan.

Ikuti perkongsian ini dan ketahuilah bahawa bab nafkah ini jangan dibuat main.

Artikel Berkaitan:

‘Dia Kerja, Tak Perlulah Aku Bagi Duit.’ Nafkah Isteri Mesti Suami Tunaikan Walau Pendapatan Dia Lebih Tinggi

Suami Tak Bagi Nafkah

“Allah suruh.”

“Allah sudah kata. Allah tinggikan darjat lelaki (suami) kerana memberi nafkah kepada perempuan (isteri).”

“Minta.”

“Minta macam kita minta duit dari mak ayah kita.”

“Kita minta elok-elok.”

“Kalau hari ini tak bagi. Minta lagi esoknya.”

IKLAN

“Kita minta sebab kita sayang. Nak suami kita selamat.”

“Takut di akhirat nanti suami kena seksa sebab tak bagi nafkah.”

Isteri Mintalah Sampai Dapat

Sahabat. Kita jadi isteri. Minta sajalah belanja dapur, diri kita dan anak-anak dari poket suami. Minta macam kita minta duit dari mak dan ayah. Selagi tak dapat. Kita merengek. Buat-buat merajuk. Usahakan sampai berjaya.

Jangan kerana kita berniaga online. Kerja makan gaji. Dapat harta pusaka. Kita biarkan suami kita tidak keluarkan duit nafkah. Mungkin kita nak jadi insan mulia. Reda apa sahaja.

Niat yang baik itu kadang mengundang musibah. Allah tak suruh begitu. Allah suruh lelaki menafkahi wanita. Allah tinggikan darjat lelaki kerana menafkahi wanita.

Jatuh martabat lelaki yang mencuaikan tanggungjawabnya. Bermula dengan rasa tenang mendapat reda isteri yang tidak menuntut nafkah.

Kasihan Lelaki Culas Tanggungjawab

“Allah suruh”

IKLAN

Isteri. Minta duit belanja dari suami. Usah malu-malu. Usah kasihan dengan mata kasar. Kasihan dengan mata hati.

Kasihannya suami ku jika dihisab nanti. Malaikat memberitahu di hadapan Allah. Dia suami zalim.

Tidak membelikan untuk isteri pakaian baru untuk hari raya. Malah, tidak membelikan untuk isteri syampoo hingga isterinya bau hapak.

Tidak membelikan makanan hingga isterinya bekerja dan menafkahi dirinya. Atau tidak menyediakan belanja anak-anak. Hingga isterinya menangis malu menolak permintaan anak-anak.

Nanti Dihisab Depan Allah

Nah. Buka luas-luas mata hati. Jangan kerana sempitnya rezeki kita rasa lemas dan ingin terjun ke tasik. Nanti betul-betul lemas dibuatnya.

Perlahan-lahan cuba minta nafkah dari suami. Dari seringgit dua kepada puluhan ringgit sehari. Minta dan terus minta setiap hari. Insyallah rezeki suami akan semakin lapang kerana diberkati Allah.

IKLAN

1 ringgit belanja untuk isteri adalah wang yang sangat baik nilainya di sisi Allah. Kerana si suami telah menunaikan hak isteri. Menunaikan tanggungjawab suami. Mendapat pahala sedekah kepada keluarga.

Pesannya cuma satu. Isteri. Mintalah duit belanja dari suami.

Baca Di Sini:

Bila Berjodoh Dengan Duda, Isteri Baru Jangan Sekat Suami Beri Nafkah Pada Anaknya

‘Tak Kisah Pasal Nafkah, Hanya Mahu Kasih Sayang.’ Jadi Wanita Jangan Sampai Dimurahkan Lelaki

Kashoorga: Bab nafkah jangan dibuat main, memang berat tanggungjawab seorang suami yang telah berkahwin.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI