Ramai perempuan pilih rupa daripada hati. ‘Tak ramai orang nampak ketelusan hati melainkan Allah.’ Ternyata lumrah kehidupan, ramai manusia memilih rupa berbandin g daripada keluhuran hati, budi.
Ada yang memandang budi pekerti dan akhlak, namun tak ramai. Bertuahlah kalian jika ditemukan dengan pasangan yang tak pernah memandang rupa.
Sebenarnya rupa bukanlah jaminan bahagia, bak kata orang biarlah sakit mata daripada sakit hati. Ustaz Adnin berkongsi persoalan ini di akaun TikToknya,
Ustaz, nak tanya kenapa ramai perempuan pilih rupa daripada hati?
Ini jawapan Ustaz Adnin, katanya bukan saja perempuan, lelaki pun ramai yang pilih rupa sebab isu hati ini tak ramai orang nampak.
Tak ramai orang yang nampak ketelusan hati dan kebaikan hati, Kebiasaannya, apa yang orang nampak adalah luaran saja.
Dan manusia juga selalunya, judge kita hanya pada luaran saja. Tapi berbeza dengan Allah SWT, Dia langsung tak pandang luaran.
Ketelusan Hati Melainkan Allah
Dalam masa yang sama jelasnya, Allah tak pandang rupa paras, tapi Allah pandang adalah hati dan amal kita. Oleh sebab itulah jaga hati kita, kejarlah cinta Allah.
Insyallah Allah akan hadirkan kepada kita jodoh yang turut mencintai Allah dan turut menjaga hati.
Ads
Sesungguhnya orang yang baik untuk yang baik, manakala hamba yang kurang baik untuk mereka yang kurang baik.
Jadi kalau nak dapat jodoh yang baik, jadilah orang yang baik.
Sudah seakan menjadi perkara biasa hari untuk lelaki hari ini mengenakan seluar pendek di luar rumah hingga mendedahkan peha.
Melihat kebiasaan ini timbul persoalan benarkah lelaki yang selalu berseluar pendek ini dianggap fasiq dan tidak boleh menjadi wali nikah?
“Menurut ulamak lelaki yang sengaja mendedahkan auratnya adalah orang yang fasik. Ia bukan disebabkan seluar pendek,” demikian penjelasan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus.
“Orang yang sengaja mendedahkan aurat adalah berdosa. Makna fasik adalah orang yang tidak mahu taat pada hukum dan perintah Allah.
“Kata ulamak yang menjadikan seseorang lelaki itu fasik bukan seluar pendek tapi perbuatan mendedahkan aurat. Bahasa mudah kita berseluar pendek
“Jadi kalau seseorang itu selalu mendedahkan aurat, kata ulamak orang tersebut adalah fasik dan tiada ada nikah melainkan dengan wali yang baik, lawannya adalah wali yang fasik,”ujar Ustaz Azhar.
Dalam pada itu menurut penjelasan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri aurat lelaki menurut mazhab Syafie dan Hanbali adalah antara pusat dan lutut dan bahagian ini hendaklah ditutup.
Hal ini berdasarkan teguran Nabi SAW kepada Jarhad ketika mana pehanya terselak di dalam solat. Kata Nabi SAW:
غَطِّ فَخِذَكَ فَإِنَّهَا مِنْ الْعَوْرَةِ
Maksudnya: “Tutuplah peha mu kerana peha itu aurat.” Riwayat Abu Daud (4014), al-Tirmizi (2795) dan Ahmad (15932).
Jadi, dengan melanggar hal ini dipanggil sebagai fasiq. Ia tidak semestinya dua kali atau tiga kali.
Daripada penjelasan ini, sebaiknya golongan lelaki yang selalu berseluar pendek memohon keampunan sekali gus mengubah sikap tersebut agar menutup aurat, apatah lagi mereka mempunyai anak perempuan yang memerlukan bapa menjadi wali.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Seperti yang kita maklum, sebaik seorang wanita itu suci dari darah haid perlu segera menunaikan ibadah terutamanya urusan solat.
Walaupun begitu, ada kalanya darah haid berhenti ketika kita ada urusan di luar contohnya di pejabat. Keadaan itu menyukarkan untuk mereka mandi wajib.
Jika situasi ini berlaku sudah tentu kita tidak boleh solat kerana belum membersihkan diri dengan mandi wajib.
Dalam bab ini, bagaimana hukumnya melambatkan mandi wajib sedangkan darah sudah habis ketika masuk waktu Zuhur.
Menurut pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki, dalam perihal haid, hukum asal solat bagi wanita yang datang bulan adalah dilarang sama sekali.
Ia berdasarkan hadis Saidatina Fatimah binti Abi Hubaisy dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang mana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu didatangi haid, maka tinggalkan solat, apabila tempohnya sudah berlalu hendaklah kamu mandi dan bersihkan darah lalu dirikan solat.”
Agamawan itu turut mengemukakan pandangan Imam al-Nawawi dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim bahawa ulama telah sepakat wanita perlu meninggalkan solat ketika datang haid.
“Adapun jika berlaku seperti keadaan seperti di atas, dalam keadaan telah suci, tetapi kesukaran untuk mandi di pejabat, maka, wajib baginya untuk menggantikan (qada) solat yang ditinggalkan.
“Ini sepertimana disebutkan oleh Sheikh Hasan al-Kaf dalam kitabnya, al-Taqrirat al-Sadidah pada bahagian ibadah. Di samping itu, mohon istighfar kepada ALLAH SWT atas kekurangan yang berlaku,” katanya.
Usah pandang remeh tentang bab-bab ibadah ini. Kepada para wanita, pekalah tentang perihal period masing-masing.
Hanya perah lemon terus makan tiram mentah-mentah, ini penjelasan Datuk Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri tentang isu ini.
Memang ramai di antara kita gemar makan tiram. Apatah lagi makanan kayangan ini sukar didapati, jadi bila berpeluang menjamah, pasti tidak akan melepaskan peluang.
Rata-ratanya lebih suka makan tiram mentah-mentah dan hanya menambah sedikit perahan lemon sebelum menyuap ke dalam mulut.
Tidak dinafikan, tiram segar memang sedap dijamah begitu saja. Tapi apa hukumnya kita makan tiram mentah-mentah. Ikuti penjelasan Dr Zulkifli ini,
Baru-baru ini saya melihat kawan saya memakan tiram secara mentah-mentah. Soalan saya, bolehkan tiram dimakan secara mentah-mentah, tanpa perlu dimasak terlebih dahulu? Mohon pencerahan.
Firman Allah SWT:
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”
Syeikh al-Sa‘di menyebutkan, tatkala haiwan buruan itu merangkumi haiwan buruan darat dan lautan, Allah SWT telah mengecualikan bagi kamu dalam keadaan kamu sedang berihram haiwan buruan laut iaitu haiwan laut yang hidup dan makanan yang didapati dari laut iaitu haiwan laut yang sudah mati.
Justeru, perkara itu menunjukkan bahawa bangkai haiwan laut adalah halal. Selain itu, faedah kehalalannya itu adalah bertujuan supaya kamu memanfaatkannya dan begitu juga temanmu yang bersama kamu dalam perjalanan turut memanfaatkannya.
Pada asasnya tiram termasuk dalam hidupan air yang halal dimakan tanpa perlu kepada sembelihan. Hal ini kerana ia termasuk dalam keumuman firman Allah SWT:
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”
Begitu juga, terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ
Maksudnya: “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”
Terlebih dahulu Imam al-Nawawi ada menyebutkan bahawa sekiranya ditelan ikan yang masih hidup atau ikan yang masih hidup itu dipotong separuh daripadanya, kemudian dimakan.
Maka dalam perkara ini, terdapat dua pendapat. Pendapat yang paling sahih ialah makruh dan bukannya haram. Justeru, kemakruhan tersebut berkemungkinan kembali kepada dua sebab iaitu perbuatan memakannya secara hidup-hidup berkemungkinan menyakiti dan menyeksanya, atau kerana memakannya secara mentah-mentah tanpa dimasak.
Berbalik kepada soalan yang diajukan, memakan daging secara mentah telah menjadi khilaf di antara para ulama kepada dua pendapat.
Pertama, mereka yang berpendapat bahawa hukumnya adalah harus. Kedua, mereka yang berpendapat bahawa hukumnya adalah makruh.
Pendapat yang memakruhkan ini, di antaranya merupakan pendapat sebahagian ulama Hanbali seperti yang dinukilkan oleh Ibn Muflih dalam kitabnya, al-Adab al-Sya‘riyyah yang menyatakan bahawa makruh makan daging mentah atau yang tidak dimasak.
Sedangkan pendapat yang kedua yang menyatakan harus pula adalah berdasarkan pendapat al-Mardawi dalam kitabnya al-Insaf yang menukilkan pendapat Imam Ahmad yang mengatakan, tidak mengapa memakan daging yang mentah.
Pendapat ini adalah pendapat yang rajih kerana tiada nas yang mengharamkannya dan merupakan pendapat yang muktamad dalam mazhab Hanbali.
Maka ia menepati kaedah:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَةُ
Maksudnya: “Hukum asal pada sesuatu itu adalah harus.”
Selain itu, Imam al-Nawawi juga pernah ditanya mengenai hukum memakan daging mentah dan beliau menjawab dengan menyatakan bahawa hukumnya adalah harus.
Sekalipun begitu, perkara ini juga perlu dilihat berdasarkan kesihatan. Dari segi perubatan, pakar kesihatan menyarankan agar makanan mentah hendaklah dimasak bagi mengelakkan keracunan makanan.
Hal ini kerana daging mentah mengandungi bakteria seperti E.coli, Listeria monocytogenes dan Campylobacer yang mungkin menyebabkan simptom loya, muntah, cirit birit, demam dan sakit kepala. Bahkan memakan daging mentah boleh mendatangkan bahaya dan penyakit bawaan makanan.
Kesimpulannya
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa memakan tiram secara mentah-mentah adalah makruh. Namun, jika ia boleh memudaratkan kesihatan serta boleh membawa kepada keracunan makanan, maka hukumnya adalah haram.
Firman Allah:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.”
Ayat di atas bermaksud janganlah kamu menyerahkan diri kepada hal-hal yang menyebabkan kebinasaan, akan tetapi lakukanlah untuk diri kamu sebab-sebab yang boleh membawa kepada keselamatan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama.