
Gara-gara berang dan sakit hati kerana sering ditanya bila hendak berkahwin, seorang lelaki nekad membunuh jirannya yang juga seorang wanita hamil.
Alias Nunur, 28, membunuh Lis Aisyah, 32 di rumah wanita terbabit pada 19 Januari 2018 di Garut di Jawa Barat, lapor Detik.com.
Pesuruhjaya Polis Garut Budi Satria Wiguna berkata, sewaktu kejadian, Nunur sedang duduk termenung di depan rumah sebelum ditegur Lis.
Lis kemudian menasihatkan pemuda terbabit supaya segera berkahwin.
“Suspek menyatakan bahawa wanita itu berkata ‘cepatlah kahwin, yang lain semua sudah menikah, kenapa kau tak kahwin-kahwin?’.
“Ternyata kata-kata itu menyinggung emosi suspek,” kata Budi Satria seperti yang dipetik media tempatan.
Ekoran teguran tersebut Nunur datang ke rumah mangsa dan Lis tanpa sebarang prasangka mempelawa beliau masuk ke ruang tamu.
Menurut polis, sewaktu mangsa hendak menuju ke salah satu bilik di rumah itu, Nunur mengekori dari belakang lalu menolaknya ke atas katil.
Walaupun difahamkan mangsa cuba melawan dengan menggigit jari suspek, wanita itu tidak berupaya melawan dan dia dicekik hingga mati.
“Suspek sempat mencuri wang mangsa berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) dan sebuah telefon bimbit,” ujar Budi Satria.
Suspek seterusnya melarikan diri ke Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesann dan menangkapnya.
Polis turut menyita beberapa barang bukti lain seperti motosikal, bantal, selipar, baju kemeja dan kain.
Meninggal Dunia Kerana Lemas Tergolong Dalam Mati Syahid, Mulianya Pemergian Enam Anggota Bomba Ketika Bertugas

Berita pemergian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas.
Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”
Riwayat al-Bukhari (653)
Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban. Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada’. Amin.
Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.
Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada’ kami ini.
https://www.instagram.com/p/BoeojIJgFe-/?utm_source=ig_web_copy_link
Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripadaNya.
https://www.instagram.com/p/BofUdbIhPO1/?utm_source=ig_web_copy_link
Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.
Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.
Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ، وعافِهِمْ واعْفُ عَنْهُمْ
Amin…
Sumber kredit: S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dan @skuad_pengurusan_jenazah_malay
Firasat Ibu Acap Mengatakan Anaknya Berada Sekitar Gua, Sukarelawan ‘Terjah’ Gua 12 Tengah Malam

Kehilangan Acap masih menjadi misteri kerana pemuda ini masih gagal ditemui. Lebih menyedihkan ialah apabila kedudukkan Acap berada masih gagal dikesan walaupun misi pencarian dilakukan setiap hari.
Ramai yang berdoa agar Acap segera ditemui dan dapat kembali semula ke pangkuan keluarga. Ada juga yang berkongsi pelbagai ikhtiar sama ada secara moden mahupun alternatif bagi membantu misi pencarian sekaligus meredakan kebimbangan keluarga Acap terutama ibunya.
Melalui perkongsian yang dibuat oleh pihak Perubatan Islam Nur Zikir, mereka telah melakukan pencarian di kawasan sekitar gua dalam peta pencarian setelah firasat ibunya mengatakan Acap berada di lokasi tersebut.
FIRASAT IBU
Firasat ibu acap mengatakan anaknya berada di sekitar gua ini..alhamdulillah dengan izin Allah sebelum masuk ke gua ini kita telah menunaikan solat hajat dan bacaan Surah Yasin..maaf kepada semua yang tunggu untuk menonton secara live fb tadi kerana tidak ada line semasa dalam perjalanan masuk ke gua tersebut..
Inshaa Allah kita akan upload video semasa pencarian di dalam gua ini secepat mungkin..terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dalam misi pencarian ini.. tadi kami masok pukul 12 malam keluar pukul 5 pagi perjalanan sangat jauh dan pelbagai rintangan kami tempuhi..esok pagi kita akan sambung pencarian mencari acap di kawasan yang akan kita update nanti.
Pukul 11.30 malam kami bertolak menuju ke tempat di mana dikatakan ibunya bermimpi anaknya berada di dalam gua ini..antara detik perjalanan kami menuju ke gua itu penuh cabaran yang dihadapi..perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari jalan besar menuju ke gua itu..selesai urusan semalam kira2 pada pukul 5 pagi..nantikan video yang akan kami upload seketika nanti.
https://www.facebook.com/438009323004746/videos/448349085973777/?__xts__[0]=68.ARDc_cIkC7pm5ZO2laZ-C3tp2WWiaiNHmLTYFzQKxcnT94zUs6hcWWLmH-AZjPLIlEpKcRgc4iFfXTMX32xfnJLF_R5st-NWevMwpfot0QFClG9wdRVFZwAmO9S4cZPSLmMsOiofqoGOiXxwBxZ3BhIc4ocJAdG1SieZr5dM5feYxWYDOUPeFsrE9VHNXxCxEkif_S_zh-E9ZMUqsd_xtQEs9FykXFJ13ZiGXpUcwsjEhHoW7qw_Qtote4hmYZSTd1sulsKS9kLDg7EPE61ahQp5bI9NaRgO1Fcg1ZFE98HhVxKk5H5Lx8hXXXtm3hT6YOdsal_K3aa6yjY9s-iFIrqs-_g8fba3HAgUDA&__tn__=-R
Pemantauan sekitar lokasi di mana mangsa terlibat dengan track larian di lereng bukit dan sekitar kampung.
https://www.facebook.com/438009323004746/videos/454750701732461/?__xts__[0]=68.ARCdws-CF9am86tEZY89Aqlc6ctUv0Ppkk1iVSj_qVn8q91rmCummwuUhg-A6RMfxbT-ZtAHxuttY9FKFVakKUlIBmlp6cHC7RAb8Sxe8qdqbMx1wjrDxCzwtmkGq9IBVgHU2pg2UjFeUJaZmaShpVLweYbHhmULnUKitm5L-9wsZe9dcu6kDxTF48wsSkVp8IiVAzzRYj3WP2xilvExdjwZ-gEFKbR3v4HN78zttWScB7gc_LSRxXU52GVL0C_QWySEKbfvOLc3nBa7u0sis2jldzdwyvTLXliAuGdNrDf75wPp5IzxVqa79yMXc4eD_dnqSb3CCkh0XrHt4xBVJJiQ1vfb4rau5TM&__tn__=-R
Sumber kredit: Perubatan Islam Nur Zikir
KASHOORGA: Semoga Mohammad Ashraf Hassan (Acap) dapat ditemukan selamat. Hilang pada 23 Mac lepas.
VIDEO:
Pejam Mata Nampak Awak, Tengok Anak Nampak Awak, Luahan Rindu Penjaga Gol N9 Kepada Arwah Isterinya

Jika sudah sampai ajalnya, tidak akan terawal atau terlewat walaupun sesaat. Pemergian isteri dan anak kepada penjaga gol skuad Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman begitu menjentik rasa. Berita itu dikongsikan oleh Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia) melalui laman sosial mereka.
Isteri Mohd Kaharuddin meninggal dunia akibat komplikasi bersalin. Lebih meruntun jiwa, dua hari sebelum anak yang dilahirkan turut meninggal dunia akibat komplikasi.
https://www.instagram.com/p/BmaD9odA-71/?utm_source=ig_web_copy_link
Kenyataan rasmi dari PFA Malaysia:
TAKZIAH KEPADA SAUDARA MOHD KAHARUDDIN
Inalillahiwainnailaihirajiun
Takziah kepada penjaga gol skuad Negeri Sembilan, saudara Mohd Kaharuddin bin Abdul Rahman atas pemergian isteri pagi ini. Pada dua hari lepas beliau juga kehilangan anak yang baru dilahirkan akibat komplikasi ketika dilahirkan.
Kami di PFA Malaysia amat bersedih dengan dugaan yang dilalui oleh beliau dan mendoakan agar saudara Mohd Kaharuddin tabah dengan dugaan dan ketentuan Allah ini. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah agar arwah anak dan isteri beliau diberikan rahmat Allah.
Salam takziah
Namun apa yang meluluhkan hati ialah luahan kerinduan terhadap arwah isterinya.
Antara luahan hati yang Mohd Kaharuddin:
“RINDU!!!
“Pejam mata nampak awak”
“Bukak mata nampak awak”
“Tengok anak nampak awak”
“Makan nampak awak..urmmmm”
“Rindu yang tiada penghujungnya…”
“Subhanallah…Di saat anak baru lelapkan mata”
“Di saat itulah aku terlalu rindukan mu sayang”
“Saya redha yang penting awak bahagia dengan anak kita Sumayyah”
“Terima kasih buat semua yang memberi nasihat dan memberi doa buat keluarga saya.”
Daripada setiap bait-bait kata yang diluahkan menunjukkan bahawa Mohd Kaharuddin terlalu merindui arwah isterinya.
Salam takziah buat Mohd Kaharuddin sekeluarga. Moga arwah isteri Mohd Kaharuddin di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: OHBULAN!