Perkahwinan adalah sebahagian daripada liku-liku kehidupan yang dilalui oleh kebanyakan umat manusia. Dalam perkahwinan juga terdapat makna tersirat, kebaikan, faedah dan hikmah yang ditentukan oleh Allah SWT.
Demi menjaga keharmonian dalam rumah tangga sikap tolak ansur itu amat penting. Tidak akan bahagia rumah tangga bika salah seorang mementingkan diri sendiri sehingga akhirnya menjadi pencetus hambarnya hubungan suami isteri.
Agar kebahagiaan dalam rumah tangga terus subur dan mekar, sama ada suami atau pun isteri, masing-masing mesti selalu ‘memberi.’
Sesungguhnya tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima. Baca perkongsian dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Demi keharmonian dalam sebuah rumah tangga, suami isteri hendaklah berfikir bagaimana untuk “memberi” bukan “menerima”. Kedua-dua belah pihak perlulah melentur ego masing-masing untuk memulakan memberi kebaikan.
Ads
Jangan sekali-kali menanti, sebaliknya carilah peluang untuk berbuat kebaikan. Ingatlah pesan orang yang arif tentang cinta. Kata mereka, “Siapa yang lebih cinta, dialah yang lebih banyak memberi!”
PEMBERI AKAN RASA LEBIH BAHAGIA
Ads
Ingatlah juga pesan hukama bahawa orang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Memberi ertinya kita melakukan kebaikan dan sebelum orang yang kita berikan kebaikan itu gembira dengan kebaikan yang kita berikan kepadanya, kitalah yang lebih dahulu akan berasa gembira. Percayalah, suami atau isteri yang “memberi” terlebih dahulu akan dapat merasakan kebahagiaannya.
Peribahasa Cina ada menyebutkan, tangan yang menghulurkan bunga mawar, pasti berbau harum. Oleh itu, carilah pasangan kita dan berilah sebarang bentuk kebaikan kepadanya.
Ads
Boleh jadi dalam bentuk senyuman, kata-kata yang baik, hadiah, belaian atau sekadar sebuah doa, insya-Allah kita akan berasa gembira ketika melakukannya. Kasih sayang antara suami isteri akan bertambah erat bila setiap kita memikirkan untuk memberi (menjalankan peranan) bukan untuk menerima (menuntut hak).
PENUHI HAK MASING-MASING
Apabila suami berperanan, hak isteri akan dipenuhi. Bila isteri berperanan, hak suami akan dipenuhi. Sebaliknya apabila masing-masing menuntut hak dan mula melupakan peranan, tiada siapa yang untung.
Bila kita memikirkan keadaan win-lose – kita menang, dia kalah, maka semuanya akan berakhir dengan keadaan lose-lose – kita kalah, dia kalah.
Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Dalam hidup berumah tangga, salah satu kuncinya adalah saling memenuhi hak dan menunaikan kewajiban masing-masing. Ketentuan itu berlaku untuk kedua pasangan, bukan hanya suami kepada isteri, tetapi juga sebaliknya, isteri kepada suami.
Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?
1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.
2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.
3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.
Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.
Sungguh, Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.
Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.
Islam memberi panduan yang jelas bagi seseorang lelaki memilih jodoh. Namun begitu, Islam lebih mengutamakan wanita beriman kerana hanya keimanan saja dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Persoalan timbul apabila seorang lelaki memilih janda sebagai calon isteri berbanding anak dara. Ikuti perkongsian berikut.
SOALAN:
Dr, saya seorang janda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang janda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan janda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan janda seperti saya?
JAWAPAN:
Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan Rasulullah SAW isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.
Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara. Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara.
Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan:
عَلَيْكُمْ بِالْأَبْكَارِ، فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا، وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا، وَأَرْضَى بِالْيَسِيرِ
“Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”. (Ibn Majah, dinilai hasan dalam al-Silsilah al-Sahihah)
Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak.
Juga mereka lebih reda dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra. Hadis ini mengkhabarkan hakikat yang sebenar.
MUNGKIN JANDA LEBIH BAIK DARIPADA ANAK DARA
Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.
Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu.
Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”.
Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka”
Baginda bersabda: “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.”
Hadis ini dan sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi SAW untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan janda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan.
TIDAK PANDANG LEKEH PADA JANDA
Begitu juga seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi SAW juga mengahwini ramai janda demi menolong mereka.
Apa yang penting, kita perlu tahu bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum.
Jika janda itu seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara yang ada dalam pilihan seseorang lelaki, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih janda adalah lebih baik.
Sumber kredit: DrMaza.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ungkapan I Love You mungkin biasa sahaja kedengarannya. Namun percayakah anda bahawa ungkapan itu sangat berkuasa? Malah ayat itu sebenarnya boleh menjadikan seseorang runtun hatinya mengikut situasi yang sedang berlangsung.
Jom perhatikan situasi anda yang mungkin terusik dengan ungkatan ‘aku cintakan kamu’
Ketika bergaduh antara suami dan isteri, jika ada salah seorang mengungkapkan ‘I love you‘ pasti pihak yang satu lagi akan mudah terusik. Malah mungkin akan membuatkan anda berdua terimbas kembali saat-saat dilamun cinta.
Keadaan bergaduh suami isteri memang tidak dapat dielakkan. Maklumlah dua individu berbeza perlu berkongsi semuanya. Maka akan wujudlah situasi berbeza yang boleh mencetuskan perselisihan faham.
Justeru jangan kedekut untuk mengungkapkan ‘aku cinta kamu‘ kepada pasangan.
Jika ada antara anda yang perlu bertugas di luar kawasan, cubalah telefon pasangan anda dan bisikkan ‘I love you‘. Pasti si isteri akan tersentuh dan boleh menitiskan air mata. Terasa ingin terbang memeluknya.
Ungkapan ini sungguh berkuasa hingga mampu mencetuskan rasa rindu yang teramat kepada pasangan.
Ungkapan ‘I love you‘ jika ditulis pada kertas oleh pasangan anda, simpanlah kertas itu sebaik mungkin. Jika umur si dia tidak panjang, dan anda menatap kembali tulisannya di atas kertas itu, pasti emosi anda terganggu.
Terasa-rasa si dia masih ada. Terasa-rasa ingin bersama si dia. Kenangan manis bersamanya akan bermain di mata. Begitulah hebatnya ungkapan ‘I love you‘ yang hanya ada tiga perkataan tetapi sangat bermakna bagi mereka yang tahu menghargai.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.