Selalu terjadi bila solat selepas makan, kita terasa ada sisa makanan dalam mulut sewaktu sedang solat. Dalam hal ini adakah sah solat seseorang itu, dan bagaimana pula jika seseorang itu menelannya?

Perlu diketahui, antara perkara yang boleh membatalkan solat ialah menelan suatu benda sekalipun sedikit sama ada makanan atau minuman atau benda lain selepas takbiratulihram dan sebelum memberi salam.

Bagaimanapun jika jika seseoarang itu tidak menelan sisa makanan ada pada lidahnya rasa makanan atau rasa minuman tersebut maka solatnya tidaklah batal.

Namun jika seseorang itu dengan sengaja menelan sisa makanan tersebut sekalipun sedikit atau air liurnya ada rasa makanan atau rasa minuman lalu dia menelan air liurnya itu maka batallah solatnya.

Ads

Menurut Syeikh Sulaiman Al-Jamal :

أَمَّا مُجَرَّدُ الطَّعْمِ الْبَاقِي مِنْ أَثَرِ الطَّعَامِ فَلا أَثَرَ لَهُ لانْتِفَاءِ وُصُولِ الْعَيْنِ إلَى جَوْفِهِ وَلَيْسَ مِثْلُ ذَلِكَ الأَثَرُ الْبَاقِي بَعْدَ الْقَهْوَةِ مِمَّا يُغَيِّرُ لَوْنَهُ أَوْ طَعْمَهُ فَيَضُرُّ ابْتِلَاعُهُ لأَنَّ تَغَيُّرَ لَوْنِهِ يَدُلُّ عَلَى أَنَّ بِهِ عَيْنًا

Ads

Ertinya : “Ada pun sisa makanan yang berbaki dalam mulut itu tidak membatalkan solat kerana tidak sampai ia ke dalam perut. Dan tidak sama umpama yang demikian itu sisa yang tinggal kemudian dari minum kopi dari barang yang mengubah warna air liur atau mengubah rasa air liur maka bolih memberi mudarat menelannya dari kerana berubah warna air liur itu menunjukkan atas ada padanya juzuk makanan.” (Hasyiah Al-Jamal ‘ala Al-Minhaj)

Sebab itulah disarankan seseorang itu membersihkan dulu mulutnya sebelum memulakan solat selepas makan atau minum.

Ads

Kesimpulannya jika sisa makanan itu kekal dalam mulutnya dan tidak ditelannya sepanjang dia melakukan solat maka solatnya sah dan tidak batal.

Setengah ulamak menyebut dalam kitab-kitab mereka sunat diludah akan sisa makanan yang ada di dalam mulut ketika sedang melakukan solat.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI