Prof. Dr. Atsushi Kamal Okuda, Profesor bidang Politik di Universiti Keio merupakan ilmuwan Muslim Jepun dan pensyarah pakar di beberapa universiti di Tokyo Jepun. Dr Kamal Okuda telah lama berjuang mencari kebenaran dan agama yang haq. Beliau akhirnya memutuskan untuk memeluk agama Islam.

Dr. Okuda adalah contoh yang sangat baik bagi umat Islam di Jepun. Beliau berminat dengan undang-undang Islam. Beliau berpindah ke Aleppo-Syria untuk melanjutkan pembelajaran dan belajar bahasa Arab.

Beliau mengatakan: “Pada saat saya masuk Islam… Saya percaya bahawa ini adalah hadiah terbesar dari Allah dalam hidup saya!”.

Saintis Jepun, Prof. Dr. Atsushi Kamal Okuda Peluk Islam Hanya Kerana Sepotong Ayat

Ketika ini, Dr Okuda bekerja keras dengan rakan-rakannya dan para mahasiswa di Jepun untuk menyebarkan Islam di Jepun bagi menyelamatkan bangsa mereka. Semoga Allah memberi mereka keberkahan dan kelancaran dalam dakwahnya.

KERANA SEPOTONG AYAT

Siapa sangka hanya kerana satu ayat Quran boleh memberikan kesan yang mendalam kepada hati yang inginkan kebenaran? Saintis Jepun ini akhirnya memilih Islam sebagai agama dan cara hidupnya.

Dr. Atsushi Kamal Okuda merupakan seorang saintis dan pendidik yang berkhidmat sebagai seorang Profesor Sistem Politik di Universiti Keio, Jepun.

Kita sering mendengar dari orang-orang yang anti-agama mengenai pernyataan bahawa sains adalah satu-satunya yang diperlukan dalam hidup dan Tuhan serta agama hanyalah sebuah mitos serta tidak disokong oleh apa-apa bukti.

Saintis Jepun, Prof. Dr. Atsushi Kamal Okuda Peluk Islam Hanya Kerana Sepotong Ayat

IKLAN

Namun, ramai saintis, termasuk Dr. Kamal Okuda mempunyai pendapat yang berbeza apabila beliau melepasi garisan hidup tanpa Tuhan kepada kehidupan yang mana beliau tak boleh hidup tanpa bimbingan Tuhan.

Sebelum memeluk Islam, Dr. Okuda berkata bahawa hidupnya adalah tidak bermoral dan kurang pengetahuan tentang tujuan kehidupan sebenar.

Beliau kemudiannya meniti jalan mencari kebenaran, melalui pertempuran akademik dalam tempoh yang agak panjang dengan pelbagai agama.

Sehinggalah beliau bertemu dengan Islam dan memutuskan untuk benar-benar mengkaji tentang agama ini.

Ketika tahun keenam di kolej, Dr. Okuda sangat berminat mengenai perundangan dalam Islam.

Dan pada satu hari, beliau menemui satu kertas penyelidikan di mana matanya tertumpu kepada satu ayat daripada Al-Quran yang telah mengubah hidup beliau selama-lamanya.

Saintis Jepun, Prof. Dr. Atsushi Kamal Okuda Peluk Islam Hanya Kerana Sepotong Ayat

IKLAN

Ayat tersebut berkisarkan tentang bagaimana Allah menciptakan manusia daripada pasir, tanah liat dan debu. Salah satu daripada ayat tersebut:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya,” (Surah Al-Hjir 15:26).

Dan ketika beliau meneruskan pencariannya mendalami Islam, Dr. Okuda memutuskan untuk berpindah ke Aleppo, Syria bagi meneruskan pengajiannya dan juga mempelajari bahasa Arab.

KEGEMBIRAAN DAN RAHMAT

Kegembiraan dan kelegaannya menjadi seorang umat Islam adalah satu rahmat yang tidak terhingga dalam hidupnya.

IKLAN

Hari ini, kisah Dr. Okuda menjadi sebuah inspirasi. Beliau adalah satu contoh bukan sahaja kepada orang Islam Jepun tetapi bagi semua manusia di seluruh dunia tentang apa yang perlu dilakukan selepas mencari kebenaran untuk diri sendiri.

Beliau bekerja keras untuk berkongsi kurniaan Islam terhadapnya bersama-sama dengan orang lain.

Beliau bekerja dengan penuh semangat dalam kalangan rakan dan sahabatnya untuk menyebarkan Islam di Jepun dalam menyelamatkan negara Jepun daripada hidup tanpa bimbingan Allah.

Semoga Allah sentiasa memberkati individu seperti Dr. Kamal Okuda dan semoga beliau membimbing ramai lagi ke arah agama Islam.

Ikuti kisah perjalanan hidup Dr. Kamal Okuda:

Sumber kredit: Salam.my 

VIDEO:

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI