Menghadap kiblat adalah salah satu syarat sah solat. Dalil bagi syarat ini ialah firman Allah SWT:

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ

Maksudnya: Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid al-Haram (Kaabah), dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. (Surah al-Baqarah: 150)

Begitu juga hadith, Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang diajarnya cara-cara bersolat:

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ

Maksudnya: “Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna, kemudian menghadaplah ke kiblat dan bertakbir.” Riwayat al-Bukhari (5897) dan Muslim (397)

Akan tetapi boleh saja terjadi kita tersalah arah kiblat sewaktu bersolat.
Situasi sebegini boleh berlaku apabila kita solat di tempat yang baru. Mungkin saja selepas beberapa hari barulah kita menyedari bahawa selama solat sebelum ini kiblat kita tidak betul atau lari jauh dari arah Kaabah.

Dalam hal ini adalah perlukah mengqada solat tersebut? Berikut adalah jawapan kepada persoalan ini mengikut beberapa situasi seperti yang dirungkai oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam portal Maktabah Al Bakri.

Jika solat tersalah kiblat

Sekiranya seseorang tersalah arah kiblat ketika sedang solat, maka hendaklah dia memalingkan dirinya ke arah yang baharu.

Sekiranya seseorang telah tersalah arah kiblat dan masih ada waktu untuk menggantikannya, maka sebaiknya ia mengulangi solat tersebut.

Sekiranya seseorang telah tersalah arah kiblat, tetapi dia menyedarinya setelah seminggu atau bertahun, maka tidak perlu baginya menggantikannya.

Namun, sekiranya solat yang perlu digantikan itu hanya satu atau dua waktu sahaja, maka sebaiknya ia diqadhakan bagi mengelakkan keresahan hati dan was-was.

Manakala dari sudut menggantikan solat jamak secara sempurna (4 rakaat) atau qasar (2 rakaat), dia perlu menggantikannya secara sempurna.

Sumber: Maktabah Al Bakri

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI