Diam tak diam lagi tinggal tak sampai dua minggu kita akan menyambut Ramadan.
Kali ini situasinya berbeza kerana kita berdepan dengan wabak COVID-19 yang membuatkan kita terpaksa berada di rumah sepanjang tempoh PKP.
Namun begitu, apa yang penting cara kita menyambut kehadiran bulan mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah. Malah lebih terasa nikmat kerana dapat berkumpul bersama seluruh ahli keluarga.
CARA SAMBUT RAMADAN
Just sharing….
Dari ustazah Norhafizah di IKIM…
Ads
*Bila Ramadan tiba sambutlah dengan sujud syukur…tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini…
*Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah “Ramadan Kareem” dan orang yang mendengar menjawab “Allahu Akram”… Maksudnya “Ramadan Mulia”dan jawapannya ” Allah lebih Mulia”…
*Sambutlah Ramadan ini dengan wajah yang berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dalam hati..
Ads
Contohnya…Ya Allah aku berpuasa Ya Allah…terimalah puasaku ini…aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah…
*Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini..
Ads
*Moga Ramadan ini lebih baik dari Ramadan yang telah lalu…hiasilah diri dengan amalan dan taqwa…
Tadi malam sebelum tidur, adakah kita membaca surah al-Mulk? Sudah hafal 30 ayat di dalamnya?
Bagi yang membaca surah ini setiap malam, pastinya terasa nikmat membaca al-Mulk ini. Bagi yang belum membiasakan diri dengan surah al-Mulk, kita masih belum terlambat.
Baca lah surah ini setiap malam tanpa jemu. Ada kemanisan terasa saat membacanya apatah lagi telah menghafalkannya dan sangat besar manfaatnya.
Andai kita konsisten dan istikamah dalam membaca dan mengamalkan al-Mulk, kita pasti tidak mahu tertinggal walau sehari pun apabila tahu ganjaran dan kemuliaan yang Allah berikan kepada pembaca surah ini.
Salah satu surah yang ada dalam al-Qur’an adalah al-Mulk. Surah al-Mulk termasuk surat Makiyah, yang terdiri daripada 30 ayat. Dalam surah al-Mulk terkandung makna yang dalam tentang kekuasaan Allah dalam penciptaan dunia.
Surah al-Mulk dianjurkan untuk dibaca setiap hari khususnya sebelum tidur sebagaimana yang disebutkan dalam hadis berikut :
Telah menceritakan kepada kami Huraim bin Mis’ar At Tirmidzi telah menceritakan kepada kami Al Fadhl bin Iyadh dari Laits dari Abu Az Zubair dari Jabir bahwa, “Tidaklah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidur hingga beliau membaca Alif laam miim tanzil (surah as-Sajdah) dan Tabarokalladzi bi yadihil mulk (Surah al- Mulk) ( HR At Tirmidzi)
Banyak keutamaan surah al mulk yang dapat diambil dari kebiasaan membaca Surah Tabarok (al-Mulk) yang merupakan awal Juz 29.
Berikut beberapa kelebihan luar biasa yang akan kita peroleh dengan membaca al-Mulk secara konsisten setiap hari.
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
“Ada surah dari al-Qur’an yang terdiri dari 30 ayat, surah tersebut dapat memberikan syafa’at bagi ‘temannya’ (yakni orang yang banyak membacanya) sehingga orang tersebut diampuni dosanya, yaitu: Surah Tabarokalladi bi yadihil mulk“. (HR. Abu Dawud dengan redaksinya, diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi dan yang lainnya)
Kelebihan lain yang diperoleh dengan membaca surah al-Mulk ialah, kita akan dijauhkan seksa kubur dan seksa neraka yang pedih.
Dari Abdullah bin Mas’ud mengatakan:
“Barangsiapa membaca surat Tabarokalladi bi yadihil mulk setiap malam, maka Allah SWT menghindarkannya dari azab kubur, dan dahulu kami (para sahabat) di saat Rasulullah SAW (masih hidup) menamakannya “al-Mani’ah” (penghindar/penghalang). Sungguh surat tersebut ada dalam Kitabullah, barangsiapa membacanya dalam suatu malam, maka ia telah banyak berbuat kebaikan” (HR. Nasa’i)
Dalam surah al- Mulk disebutkan bahawa orang yang taat pada Allah adalah orang yang tetap taat walaupun tiada siapa yang melihat perbuatannya. Sebagaimana dalam firman Allah SWT berikut Ini “Mereka itu takut pada Allah di kesunyian ketika mereka tidak nampak di hadapan manusia lainnya. Mereka pun taat pada Allah dalam keadaan sembunyi-sembunyi. Tentu saja dalam keadaan terang-terangan, mereka pun lebih taat lagi pada Allah” ( QS Al Mulk : 12 )
Dalam surah al-Mulk ayat 15, Allah mensyariatkan tentang perintah berjalan di muka bumi untuk mencari rezeki dengan berdagang, bertani dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa tawakal bukan bererti hanya berserah diri pada Allah melainkan kita turut bekerja dan berusaha
Allah Ta’ala selanjutnya berfirman, هُوَالَّذِيجَعَلَلَكُمُالْأَرْضَذَلُولًافَامْشُوافِيمَنَاكِبِهَاوَكُلُوامِنْرِزْقِهِ “Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya.” (QS. Al Mulk: 15).
Sebagaimana dijelaskan oleh Sahl At Tusturi, ”Barangsiapa mencela usaha (meninggalkan sebab) maka dia telah mencela sunnatullah (ketentuan yang Allah tetapkan). Barangsiapa mencela tawakal (tidak mahu bersandar pada Allah) maka dia telah meninggalkan keimanan. Tawakal juga membuat kita kuat dalam menghadapi musibah yang diberikan oleh Allah SWT.
Kelebihan surah al-Mulk tersebut akan diperoleh jika tekun dan rutin setiap hari terutama di waktu malam menjelang tidur. Keutamaan ini tidak hanya berlaku untuk yang menghafalnya akan tetapi juga yang membacanya.
Surah al- Mulk boleh dibaca bila-bila masa pun, akan tetapi Rasulullah SAW biasa membacanya saat sebelum tidur malam.
Membaca al Mulk dan berzikir sebelum tidur sangat dianjurkan kerana manfaatnya sangat besar. Bagi ibu bapa, ajarlah anak membaca dan menghafal surah ini.
Puluhan al-Quran dan kitab agama di bangunan asrama perempuan Sekolah Menengah Islam (SMI) Addimyati, Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor bukan saja terselamat malah langsung tidak terjejas dijilat api dalam kebakaran semalam.
Menurut Pengetuanya, Mohd. Anuar Fitri Jusoh, dia terkejut mendapati rak menempatkan kitab suci di dalam surau asrama itu masih dalam keadaan sempurna.
“Selain asrama, kebakaran itu mengakibatkan kemusnahan tandas dan dan dinding turut terbakar. Saya menganggap kesempurnaan al-Quran yang terselamat daripada dimamah api itu sebagai keajaiban Allah,” katanya.
Memetik laporan Kosmo! semalam, kebakaran menyelamatkan nyawa 13 pelajar perempuan itu melibatkan bangunan teres satu tingkat termasuk surau, perpustakaan, bilik kuliah kecil dan tandas.
Sementara itu, mangsa yang juga ketua asrama, Nisa Athirah Ahmad Ridzwan, 17, menjelaskan ketika kejadian dia bersama 12 pelajar lain sedang nyenyak tidur, kira-kira pukul 3.45 pagi.
“Namun, saya terjaga selepas terbau asap dan terkejut melihat percikan api daripada kipas bilik yang jatuh ke tilam. Tanpa berfikir panjang, saya terus memanggil semua rakan supaya keluar dan membunyikan siren kecemasan di luar asrama itu,” katanya.
Semalam dunia seni dikejutkan dengan berita pemergian artis serba boleh, Adibah Noor kerana kanser rahim. Berita agak mengejutkan itu pasti sukar diterima rakan artis yang baik dengan arwah dan peminat. Segalanya tak terduga sebagaimana sudah tertulis ajal maut kita.
Di sebalik pemergian insan disayangi ramai ini, ada segelintir masyarakat yang menghukum termasuk mempertikaikan soal aurat selain mengatakan arwah akan susah di alam kubur kerana ketika hayat hanya menyanyi sahaja.
Betapa “nazaknya” pemikiran sesetengah individu yang menilai manusia hanya dari segi luarannya. Jika diambil kisah Amru bin Tsabit yang masuk syurga walau tak pernah solat seumur hidupnya selepas terbunuh dalam Perang Uhud, pasti kita akan belajar bahawa masuk syurga itu atas rahmat Allah taala.
Seperti kata Rasulullah di saat memaklumkan Amru masuk syurga bukan kerana amalannya tapi pahalanya banyak kerana berjuang di jalan Islam dalam Perang Uhud dan kerana itulah dirinya masuk syurga walau tak pernah solat seumur hidupnya.
Bacalah perkongsian dari Ustaz Mohammad Asraff Ayob di fbnya yang menepis tanggapan rakannya mengenai arwah akan “susah” di alam kubur kerana semasa di dunia asyik menyanyi saja. Jangan pernah menilai orang lain, hari ini Allah masih memelihara dosa dan aib kita tapi itu tak bermakna kita sempurna.
Baca perkongsiannya :-
Saya cepat menepis pandangan seorang rakan tentang ADIBAH NOOR :-
“Susah dia kat alam kubur tu..banyak menyanyi je masa hidup..”.
Saya terangkan:- Ish… Jangan cakap macam tu… Syeikh, yang Rasul ajar kita, bila seorang muslim meninggal, elok kita doakan baik-baik. Mohon Tuhan ampuni khilafnya, sayanginya & sambut dgn baik di alam sana.
Sebab hakikatnya semua orang tak kira lebai ke, ustaz ke, peguam ke, doktor ke, suri rumah ke, semua kita ada amal soleh & amal salah. Kita ni pun tak tahu lagi bagaimana akhir hayat nanti, husnul khatimah ke tidak.
Jadi, dari banyak judge orang & berprasangka, lebih baik kita doakan atau diam je.
Allahyarham Adibah tu setahu saya, suka bantu rakan & tak lokek kongsi rezeki. Bayangkan dulu seorang wanita yg banyak buat dosa besar pun dimasukkan ke syurga just ‘belanja’ anjing minum, inikan pula beliau yg ‘belanja’ rakan pi umrah!
Nampak pengajarannya di situ? Manusia mungkin menilai, ‘habislah pelac*r ni ke neraka.
Tapi penilaian Ilahi : Atas asbab satu amal solehnya Tuhan anggap ikhlas, melayang ia ke syurga…
Masyaallah, luasnya pintu Rahmat, kasih sayang & love Tuhan.
Back to allahyarham tadi, jika aibnya diketahui, kita ambil iktibar & doakan agar diampuni.
Elakkan mengecam. Elakkan mengata. Elakkan menghukum sebab, kita yang ‘so called’ orang agama ni pun ada aib & dosa jugakan?
Maknanya kita ni takdelah suci sangat. Selama ni beruntung sangat sebab Tuhan bantu ‘cover’ aib dari diketahui. Klu terbuka semua, takde siapa pun nak dengar ceramah kita…
Allahu…
~ Fala tuzakku anfusakum, Huwa aklamu bimanit taqo (surah Najm, 32) ~ jangan cepat menilai dirimu suci, kerana hakikatnya Tuhan sahaja yang Mengetahui siapakah lebih bertakwa. Al Fatihah (mohon dibaca) untuk allahyarham Adibah Noor. Moga Tuhan melayaninya dengan keampunan & kasih sayang, amin. Terima kasih kerana kehadiranmu banyak menyerikan hidup kami…
Ust Asraff Ayobb
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ketahui bahagian lembu makruh dimakan menurut Islam termasuk pundi hempedu, testis, kelenjar dan pundi kencing. Fahami hukum, dalil serta kepentingannya ketika menguruskan daging korban Aidiladha.