Allah SWT berkuasa melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!”, maka jadilah sesuatu itu.” (Surah Yasin, ayat 82).
Maka dari kun fa ya kun itulah, manusia diuji dengan bencana banjir besar yang melanda negara minggu lalu khususnya di negeri Selangor. Terlalu banyak kemusnahan harta benda hatta nyawa namun semua yang terjadi sudah menurut aturan dan kehendak-Nya sebagai peringatan buat diri kita yang mungkin sudah lama lalai.
Di sebalik bencana besar, petang semalam di saat menghampiri senja berdasarkan satu perkongsian di Tik Tok #sitimaria774, Allah memperlihatkan kekuasaan-Nya apabila segumpulan awan membentuk perkataan ALLAH.
Masya-Allah, menurut pemilik akaun ini, Mariana kejadian ini berlaku di sekitar rumahnya di Serendah, Selangor saat menghampiri remang senja. Bahkan hal sama diakui oleh @missw@ani yang mengakui ada merakam gambar yang sama dari kawasan rumahnya di Taman Bukit Sentosa, Rawang.
Ads
Hal yang sama turut diakui oleh individu lain yang berkata, adik iparnya turut melihat kalimah awan membentuk perkataan Allah dengan sangat jelas di lokasi rumah mereka juga.
Ternyata, dunia ini milik Allah SWT. Apabila Allah mengkehendakinya, maka ia akan terjadi.
Maksudnya:Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia. (Al-Baqarah: 117)
Penularan wabak COVID-19 ini menyebabkan banyak negara melakukan lockdown bagi memutuskan jaringan rantaian virus sangat merbahaya ini, termasuklah negara kita Malaysia.
Bukan itu sahaja, malah paling menyedihkan apabila Masjid Haram juga tidak terkecuali ditutup kepada semua jemaah untuk satu jangka masa yang tidak diketahui.
Melalui satu perkongsian di laman sosial Facebook, wanita ini Masnira Ramli yang menetap di sana menceritakan pengalamannya menjalani perintah lockdown di Tanah Suci Mekah.
Menurutnya sebelum ini dia boleh pergi ke kedai yang dibuka 24 jam berdekatan untuk membeli barangan keperluan. Malah pekerja di kedai berkenaan juga sudah mengenali keluarganya.
Sebutlah apa sahaja buahan yang manis boleh dibeli di kedai berkenaan, begitu juga suasananya jika di bulan puasa dapat merasai air yang menjadi kegemaran masyarakat setempat dan antara kebaikannya untuk menguatkan antibodi.
Tetapi kini, keadaannya berbeza apabila kerajaan mengenakan perintah kawalan dan hanya membenarkan waktu tertentu sahaja untuk membeli barangan keperluan harian.
Namun sebagai penduduk yang bermastautin di sini, dia turut menjelaskan bahawa Kota Mekah masih belum dibuka kepada orang luar.
Malah mereka yang tinggal berdekatan juga tidak dibenarkan untuk masuk ke Masjidil Haram. Dia juga tidak pasti bila larangan itu akan berakhir.
Sekitar 5 tahun lepas, ketika pertama kali abah datang ke Makkah, ini lah kedai runcit yang abah pergi sendiri ketika balik dari solat jemaah di masjid kecil berdekatan rumahku.
Kedai ini juga sangat dekat dengan rumah. Berjalan kaki sahaja.
“Angah, telur ayam tak ada. Hanya ada telur itik sahaja.” Kata abah ketika saya minta abah singgah kedai untuk membeli telur.
Saya ketawa kecil.
“Telur ayam kat sini memang warna putih lah abah. Bukan telur itik tu.”
Terkebil-kebil abah seolah tidak percaya. Barangkali sedang memikirkan ayam baka apakah ini yang mengeluarkan telur bewarna putih seperti telur itik.
Kedai runcit ini yang menjadi tempat tumpuan kami untuk membeli barang keperluan yang tiba-tiba tidak cukup atau habis. Lebih lagi apabila masa-masa kecemasan. Sarung sahaja abaya dan terus ke kedai.
Cuma kalau belacan dan rempah kari adabi yang sudah habis, jangan lah cari di sini..
Dibuka pula 24jam! Sangat membantu.
Sayur-sayuran dan buah-buahan nya segar. Di musim panas lebih kurang bulan Jun, akan ada buah kurma segar yang masih bertangkai di jual di sini. Rasanya manis kelat-kelat sedikit. Rangup sekali. Ah, tidak sabar rasanya untuk menunggu musim itu.
Pekerja kedai sudah mengenali kami. Jika suami ke kedai, ketika memilih buahan pasti orang kedai tidak lokek memberitahu buahan mana yang manis, yang baru sampai atau dari mana buah itu datang. Mangga yang sedap dari Yemen. Sizenya kecil dan rasanya manis sekali.
Begitu juga dengan buah delima. Dari Yemen juga yang sedap! Warnanya tidak terlalu kemerahan. Size besar, rasa manis dan sangat kecil biji nya berbanding dengan delima dari tempat lain.
Setiap pagi ada pastry segar dibuat dan dibakar di sini. Panas-panas. Bau roti yang sedang dibakar menusuk ke rongga hidung membantu membangkitkan selera. Pasti cepat sahaja habis roti-rotinya. Kadangkala sebelum ke sekolah anak-anak gemar membeli roti sosej dan roti pizza kegemaran mereka.
Ada juga dijual buah zaitun yang diperam sendiri di dalam air cuka. Sedap bagi penggemarnya.
Di bulan puasa, air laban (yougurt) cepat sahaja habis. Perisa mango pilihan kami pasti laris. Jika lepas asar baru mahu membeli, kebarangkalian untuk dapat adalah sangat rendah. Itu lah air minuman kegemaran orang tempatan. Untuk menyejukkan badan, menguatkan perut serta meningkatkan antibodi tubuh.
Kini, ketika sedang dalam serangan wabak, kerajaan menasihatkan penduduk untuk membeli barang keperluan di kedai runcit sahaja. Melainkan jika mahu membeli dalam jumlah yang banyak baru lah ke supermarket.
Ketika saya ke kedai pagi tadi, barangan banyak di tambah setiap hari.. sayur sayuran dan buahan sentiasa ada walaupun boleh beroperasi dari jam 6 pagi sehingga ke 3 petang sahaja..
Ada banyak mesej yang saya terima hari ini berkenaan dengan ‘adakah kota Makkah sudah dibuka untuk jemaah. Khabarnya ada video jemaah tawaf sedang tular.’
Buat masa ini kota Makkah masih belum dibuka kepada orang luar. Hatta kami di sini juga belum boleh ke Masjidilharam.. Tidak pasti sehingga bila..
Tidak dinafikan ada banyak surah yang boleh kita jadikan amalan seharian untuk dibaca ataupun dihafal. Antaranya untuk bertemu jodoh yang sesuai, elak gangguan makhluk halus, diterangkan hati sewaktu dalam peperiksaan dan juga ayat pembuka rezeki.
Salah satu yang biasa diamalkan adalah dengan membaca Surah Al-Waqiah kerana banyak kelebihannya berkaitan soal rezeki.
Seperti kisah yang dikongsi warganet melalui laman web IIUM Confession. Menurut lelaki ini dia yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) tetapi berkat mengamalkan bacaan Surah Al-Waqiah dan amalan surah lain, rezekinya mengalir laju dan kehidupannya sangat barakah serta diberkati Allah.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat bermanfaat untuk kita semua.
Percaya rezeki itu Allah bagi & kena sentiasa bergantung
Aku pun terpanggil nak buat confession bila ramai yang cerita versi masing2 berkenaan surah Al-Waqiah. So aku pun nak cerita versi aku pulak.
Dalam Islam kita di ajar berlumba-lumba beribadat. So amalan aku ni banyak sikit. Sebab aku percaya rezeki tu Allah bagi dan aku kena sentiasa bergantung harap padaNya sahaja.
Aku ni OKU penglihatan so aku bergerak ke mana sahaja dengan bergantung harap padaNya semata-mata.
Ni confession aku, alhamdulillah tempat kerja aku dan rumah hanya 5 minit berjalan kaki, sedangkan orang lain ditakdirkan Allah kena menempuh jam setiap bari). Malah dalam pada dekat tu pun, sentiasa ada orang yang sudi pelawa aku tumpeng kereta mereka. Selalunya aku tak tolak sebab bagiku tu kenderaan yang Alah sediakan untukku.
Masa sekolah dulu aku jadi best student UPSR, PMR dan SPM. Semua kejayaan ni bila aku fikirkan balik bukan atas kudrat aku yang tak seberapa ini. Semuanya Allah beri.
Paling best, Allah datangkan padaku isteri yang cantik, memahami dan sentiasa menghulurkan bantuan. Bila aku muhasabah diri, aku tegok isteri aku ni terlalu baik untukku- cukup sempurna dipandang dan amat taat pada ku- tak macam rumah tangga orang lain yang kacau bilau dan messy.
Lagi best, aku diberikan Allah pembantu rumah Indonesia yang cukup rajin bekerja, amat saying pada anak2ku dan tak buat kerenah macam pembantu rumah orang lain. Beliau dah hamper 10 tahun berkhidmat denganku.
Kereta aku ada duabijik jer kereta biasa2 jer. Yang bestnyer dua2 berkeadaan tip top cukup sempurna. Tidak ada sebarang kecacatan pada kereta ku itu dan aku selalu puji kedua2nya sebab berkhidmat dengan ku dengan cemerlang sekali.
Di pejabat pulak, selaku OKU aku dilayan cukup baik. Semua orang sedia menghulurkan bantuan membantuku. Kekadang aku rasa macam bos pulak hehehe.
Lagi lagibest aku tiada musuh dan dihormati. Malah big bos taukeh aku bergelar Tan Sri pun cukup menghormatiku.
Pernah satu hari tu kereta aku dilanggar seorang ketua kongsi gelap. Bila dia tengok aku terus aku salam dia. Yang peliknya dia mengaku kecuaiannya dan dia terus arahkan semua anak buahnya settlekan baiki kereta aku dari A to Z. Semua konco-2 dia turut padang bantu aku.
Rumah aku pulak rumah orang kenanyakan sahaja landed hanya 18 minit ke KLCC, tapi Alhamdulillah cukup murah aku beli suatu ketika dulu. Jiran semua baik baik belaka dan amat menghormatiku.
Kiri kanan depan belakang rumah jiran2ku pernah dimasuki pencuri, tapi anehnya rumahku Allah selamatkan dan dilindungi.
Gaji aku kecik jer, tapi bilaaku tengok rumahtangga aku nampak macam tenang, kaya dan harmni. Walhal, gaji aku ciput jer.
Dalam setiap masa, Allah sentiasa luaskan rezeki aku. Aku adalah antara online marketer terawal di Malaysia (sebelum Gmail dan social mediawujud) dan rezekinya amat lumayan. Sekarang pun aku ada business baru yang juga cukup lumayan, Alhamdulillah. Bila difikir balik, semua businesses tu aku terjebak secara tak sengaja. Tu la nama diaperancangan Allah.
Banyak lagi lah nikmat yang Allah bagi padaku sampai tak larat nak tulis di sini.
Aku selalu terfikir apa yang istimewanya aku nie. Dari dulu Allah mudahkan segala urusan, Allah kirimkan pembantu dalam semua urusan, Allah mudahkan perjalananku berserta kenderaan + dilipat waktu perjalanan. Kenapa yer?
Bukan maksud riak, tapi aku nak share supaya semua orang dapat amalkan apa yang aku amal ni. InsyaAllah no regret tak rugi dam amat berbaloi dan Allah sentiasa bersama kita. Kalau tak mampu buat semua insyaAllah mulakan sikit2 dulu asalkan istiqamah.
Amalan harian aku ialah :
1. Pepagi baca Yassin (kelebihannya pencuri tak masuk rumah, dihormati kawan dan lawan).
2. Baca doa2 terpilih dalam al-mathurat.
3. Habis solat baca ayat seribu dinar.
4. Pagi baca surah Al-Rahman.
5. Malam baca surah Al-waqiah, al-mulk dan sajadah.
6. Sentiasa beratkan solat di surau/masjid (kelebihannya dicukupkan rezeki, rumah tangga harmoni dan sentiasa dapat nusrah Allah, isteri dan anak senang dibentuk).
7. Setiap kali jumpa orang sentiasa doakan kebaikannya dan doakan rezekinya melimpah ruah (kelebihannya maklaikat akan doaka yang sama untuk kita pula).
8. Setiap masa sentiasa berzikir.
9. Ringankan lidah bersembang buka perbualan berkaitan Islam sama ada dengan muslim dan non-muslim.
10. Bila beli barang, dapat baki syiling sedekahkan semula pada penjual tersebut.
Nota sikit: Semua kelebihan yang aku dapat nie aku percaya buka sebab amalan aku tapi dengan rahmat Allah. Aku sentiasa berserah harap pada Allah sahaja.
Selamat beramal yer. Sekian. Badar
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
‘Wanitaboleh tangguh keinginan, suami tak mampu.’ Ini sebabnya rasulullah suruh isteri tunaikan ‘tanggungjawab’ cepat-cepat.
Sememangnya bila dibicarakan soal hubugan intim pasti berbeza antara suami dan isteri. Sejak azali, lelaki atau suami ini tidak mampu disekat nafsunya apatah lagi setelah mendirikan rumah tangga.
Mungkin sesetengah lelaki mampu mengawal emosi dan tak kisah bila sesekali ditolak isteri, namun ramai yang sebaliknya pabila permintaan untuk bersama isteri tak tertunai. Mood jadi swing dan segala benda tak jadi.
Ikuti perkongsian video daripada Imam Muda Hassan ini dan ingat pesan yang disampaikan.
Naluri seorang suami itu tak sama dengan naluri isteri dalam bab hubungan kelamin. Suami mungkin lebih tinggi dalam syahwatnya berbanding dengan isteri dan suami itu tak boleh ditunda, tidak boleh ditangguhkan bila dia berkeinginan.
Tapi situasi ini berbeza dengan isteri, dia boleh tangguhkan sebab syahwat isteri ini, dia akan ghairah bila mana ia diransang. Ada pun lelaki atau suami dia tidak diransang pun, tapi tatkala keinginan itu datang, dia perlu ditunaikan dengan cepat.
Ada hadis menceritakan yang mana bila suami hendak menjalinkan hubungan kelamin maka isteri perlu cepat-cepat menunaikan permintaan suami. Tinggalkan pekerjaan lain, basuh baju ke atau memasak sekalipun, kena tinggalkan.
Ini kerana jika isteri tidak tunaikan permintaan suami, maka dia akan memberi kesan kepada emosi suami. Dia akan jadi cepat marah, mudah stres. Dan kemudian bila dia pergi kerja dalam keadaan tuntutan dia tidak ditunaikan, dia akan jadi marah pada pekerja dan kawan-kawan di sekelilingnya. Semuanya jadi serba tak kena.
Oleh hal demikian, Nabi Muhammad saw meminta setiap isteri tunaikan cepat-cepat permintaan suami untuk “bersama’. Sebaliknya berbeza dengan orang perempuan, dia tak sama.
Seperti mana yang berlaku zaman Khalifah Saidina Umar Al-Khatab r.a. Pada suatu ketika Saidina Umar melintasi satu rumah dan ketika itu baginda mendengar seorang wanita sedang merintih.
‘Kalaulah bukan kerana aku takut dan malu pada Allah SWT serta mahu menjaga maruah sendiri terhadap suami ku. Mungkin nescaya aku akan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Seperti melakukan zina dan sebagainya.’
Maka Umar jadi pelik, kenapa perempuan ini berkata sedemikian? Jadi Saidina Umar mengambil keputusan untuk menghantar orang untuk menyiasat apa yang berlaku dan bertanya apakah masalah sebenar wanita tersebut.
Lalu wanita itu jelaskan bahawa sudah lama suaminya tak pulang kerana menyertai satu peperangan. Jadi isteri ini sudah tidak tahan untuk mengawal syahwatnya.
Setelah mendengar perkhabaran itu, Saidina Umar pun bertanya kepada Saidatina Habsah iaitu anaknya yan merupakan salah seorang isteri Nabi Muhammad saw. Berapa lama seorang wanita mampu mengawal perasaannya dan bertahan apabila tak ‘bersama’ dengan suaminya?
Jawab Habsah, seseorang wanita mampu bertahan dalam tempoh empat bulan. Jadi di sini secara jelaskan seorang wanita mampu menangguhkan kehendak sehingga empat bulan lamanya. Sebaliknya bagi orang lelaki, mereka tak mampu.
Oleh hal demikian, perkara ini perlu dijaa dengan baik-baik. Isteri kena faham suami, kalau suami berkeinginan, cepat-cepat supaya sang suami tak marah dan tak stres.
Jika isteri menjadi seorang yang memahami, insyallah isteri mahukan apa-apa pasti ditunaikan kerana permintaan suami sudah dilunaskan.
Insyallah suami akan menjadi lebih tenang dan keadaan menjadi lebih baik.
Kashoorga : Semoga kita menjadi pasangan yang memahami. Insyallah.
Ketahui bahagian lembu makruh dimakan menurut Islam termasuk pundi hempedu, testis, kelenjar dan pundi kencing. Fahami hukum, dalil serta kepentingannya ketika menguruskan daging korban Aidiladha.