Selepas lima minit saksi anak mengucap dua kalimah syahadah, ibu ikut sekali peluk Islam. Benarlah hidayah milik Allah, pada mulanya ibu ini hanya menemani anaknya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Akhirnya tanpa disangka ibu ini turut mengambil keputusan untuk memeluk Islam mengikuti jejak langkah anaknya. Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Artikel Berkaitan:

‘Mengucap Dua Kalimah Syahadah Di Katil Hospital.’ Gadis Ini Pergi Selepas 13 Hari Peluk Islam

Selepas Lima Minit

Keindahan dua kalimah syahadah dilafaz anak perempuannya mendorong seorang wanita memeluk Islam dan bersama-sama mendalami agama syumul itu.

Wanita yang memilih nama Nurul Hidayah Kerashnan berusia 53 tahun itu mengucap lafaz suci lima minit selepas menyaksikan pengislaman anaknya, Nur Shazrin Aisyah Abdullah, 20.

Sebelum itu, dia berkunjung ke Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini untuk menemani Nur Shazrin.

Selepas Lima Minit Saksi Anak Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Ibu Ikut Sekali Peluk Islam
Saksi Anak Mengucap

Kisah dua beranak itu tular selepas video mereka dikongsi di Facebook (FB) dan TikTok Perkim Kebangsaan serta turut menerima ribuan komen positif serta sokongan orang ramai.

IKLAN

Berdasarkan kenyataan di FB Perkim Kebangsaan, dua beranak itu sanggup berjalan dua kilometer (km) dari rumah mereka di Titiwangsa ke Ibu Pejabat Perkim demi Nur Shazrin Aisyah memeluk Islam.

@perkimkebangsaan IBU IKUTI JEJAK ANAK LEPAS 5 MINIT PELUK ISLAM 🎥: SRZ KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2023 – Seorang ibu berbangsa India telah menemani anaknya, Nur Shazrin Aisyah Abdullah, 20, ke Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan di Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk memeluk agama Islam. Demi memenuhi impian anaknya, beliau bersama anak perempuannya berjalan kaki dari rumahnya sejauh 2 kilometer dari Titiwangsa ke Ibu Pejabat PERKIM. Bergenang air mata yang dikesat oleh Shazrin selepas melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Unit Pembangunan Insan dan Operasi, Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong dan disaksikan oleh ibu kandungnya berbangsa India. Menurut Shazrin, ini merupakan saat bahagia yang dinanti-nantikan olehnya sejak sekian lama dan beliau berhasrat untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam seperti solat, mengenali Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kata Shazrin, perasaan untuk memeluk Islam itu telah wujud sejak beliau berpindah ke sekolah di Pahang ketika usia 12 tahun di mana beliau merupakan seorang sahaja pelajar bukan Islam di kelasnya. Setelah mengikuti ceramah agama di surau tanpa dipaksa disebabkan tiada kelas pendidikan moral, beliau terdetik di dalam hatinya untuk mengenal Islam. Perasaan yang mendalam kepada Islam itu hadir sekali lagi ketika usia Shazrin atau nama asalnya Sugasini menjangkau 18 tahun selepas beliau bermimpi bertemu dengan wanita berpakaian putih dan memberikan salam kepadanya. Sulaiman Ding turut memberi penerangan mengenai Rukun Iman, Rukun Islam dan kewajipan sebagai seorang Islam kepada Shazrin. Shazrin juga diberi penerangan mengenai tanggungjawab terhadap keluarga bukan Islam serta larangan menyembah selain Allah dan larangan membuat perkara yang ditegah dalam Islam. Sedang Shazrin melengkapkan butir-butir pengislaman sekitar lima minit, ibu Shazrin yang lengkap berpakaian tradisional India itu turut menyatakan hasrat untuk mengikuti jejak anaknya untuk memeluk Islam. Selepas mengikrarkan dua kalimah syahadah dalam Bahasa Arab diikuti dalam Bahasa Inggeris, ibu Shazrin memilih nama Nurul Hidayah Kerashnan kerana Allah SWT telah memberikannya hidayah menjadi seorang Islam. Menurut Nurul Hidayah, sudah menjadi kebiasaan buat dirinya menyesuaikan diri dalam cara kehidupan Islam kerana tiga orang anaknya sebelum ini telah memeluk Islam. Beliau sebelum ini telah mengamalkan dan mempraktikkan perkara haram dan halal dalam Islam. Katanya, di atas berkat doa anak-anak dan rakan-rakan Muslimnya, hari ini beliau telah menjadi seorang Islam. Nurul Hidayah yang juga merupakan seorang chef makanan barat berhasrat untuk belajar dan mendalami Islam bersama anaknya Shazrin di Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan. Di akhir majlis pengislaman, Sulaiman Ding menyampaikan kit pengislaman dan al-Quran Edisi Khas Saudara Baharu kepada Shazrin dan Nurul Hidayah. #pelukislam #masukislam #mualaf #saudarabaru #perkim #perkimkebangsaan #hidayah #hijrah #quotes #quotesdaily #quotesoftheday #quotesislami #islamicquotes #status #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #foryourpage ♬ Laailaahaillallah (Cover) – BEBIRAIRA CHANNEL

Gadis itu melafazkan syahadah di hadapan Pegawai Unit Pembangunan Insan dan Operasi Perkim, Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong dan disaksikan ibu kandungnya.

Selepas Lima Minit Saksi Anak Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Ibu Ikut Sekali Peluk Islam
Dua Kalimah Syahadah

“Ketika Shazrin atau nama asalnya Sugasini melengkapkan butir pengislaman, lima minit kemudian, ibunya menyatakan hasrat mengikuti jejak anaknya memeluk Islam.

“Selepas mengikrarkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab diikuti dalam bahasa Inggeris, ibu Shazrin memilih nama Nurul Hidayah Kerashnan kerana Allah SWT sudah memberi hidayah menjadi seorang Islam,” katanya.

IKLAN

Berdasarkan perkongsian itu, Nurul Hidayah memaklumkan sudah biasa menyesuaikan diri dalam kehidupan seorang Muslim kerana tiga anaknya sudah memeluk Islam sebelum ini, sekali gus keluarga mereka mempraktikkan aspek halal haram dalam Islam.

“Saya mula kenal Islam ketika berusia 12 tahun selepas berpindah ke sebuah sekolah yang mana ketika itu hanya saya pelajar bukan Islam,” katanya.

Selepas Lima Minit Saksi Anak Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Ibu Ikut Sekali Peluk Islam
Ibu Ikut Sekali Peluk Islam

Dia juga pernah mengikuti ceramah di surau sekolah tanpa paksaan dan mengakui menerima hidayah ketika berusia 18 tahun selepas bermimpi seorang wanita memberi salam.

“Saya dapat hidayah (ketika itu) tidur, macam mamai terjaga. Tiba-tiba macam dapat mimpi ada seorang perempuan (berpakaian) putih ketuk pintu, dia bagi salam,” katanya.

Shazrin juga terkejut apabila ibunya meluah hasrat memeluk Islam kerana tidak menyangka wanita itu mahu menukar agama.

IKLAN

Selepas Lima Minit Saksi Anak Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Ibu Ikut Sekali Peluk Islam

Baca Di Sini:

‘Bilal Azan Merdu Sangat, Sampai Saya Boleh Hafal Setiap Kalimah.’ Kesan Laungan Azan, Pemuda Ini Peluk Islam

Kashoorga: Lebih mudah bila anak-beranak dapat mendalami agama Islam dalam yang sama.

Sumber: myMetro, Perkim Kebangsaan 

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI