Hidup mati sudah ditentukan sejak di luh mahfuz. Ia takdir yang tidak dapat dielak oleh setiap makhluk bernyawa. Dalam pada itu, ujian pemergian orang tersayang adalah ujian yang amat perit untuk dilalui pada peringkat awal. Namun ia mengambil masa untuk pulih menerima takdirnya.
Satu perkongsian dari isteri yang baru kehilangan suami sehari selepas menyambut ulangtahun kelahiran suami pada 31 Mei lalu cukup syahdu kerana dengan sifat baik arwah, semua urusan ketika pengkebumiannya terurus dengan baik. Bahkan kebaikan arwah semasa hayat membuatkan ramai yang sayang dan bercerita kebaikan dilakukan arwah terhadap mereka. Tidak cukup itu, arwah juga sangat mementingkan keluarga semasa hayat.
Berikut perkongsian dari Nurul Husna yang berkongsi kebaikan dilakukan suaminya sepanjang usia perkahwinan mereka.
Our last family portrait bersama arwah.
29 Mei 2022, 28 Syawal 1443H (Ahad)
Kami sambut 2 hari awal birthday arwah disebabkan ada kekangan masa. Masa ni, arwah tak tunjuk langsung tanda yang pelik.
Dia tetap sama macam selalu. Happy go lucky, makan lalu, tak merungut sakit, tak dak perkataan atau ayat yang luar biasa pon yang akan membuatkan kita rasa ada sesuatu yang tak kena.
31 Mei 2022, 30 Syawal 1443H (Selasa)
‘Happy Birthday Papa’.
Kebetulan arwah perlu selesaikan urusan kerja di Johor. Aku bila ada hari-hari penting macam ni yang memerlukan perjalanan yang jauh, aku mula tak sedap hati. Tapi memikirkan demi sesuap nasi kami anak beranak, aku izinkan.
Arwah sampai dari Johor dalam pukul 10.00 malam. Dia pegi lepak makan dulu dan balik rumah dalam pukul 11.15 malam. Aku dan anak-anak dah standby kek belakang pintu, nak surprise kononnnya.
Zieya ada ada tanya, “Mama, kenape kite nak potong kek papa lagi, kan kita dah potong kek hari tu? “
Lancar ja mulut aku menjawab,
“Antara mama dengan papa, kita tak tau sapa yang akan meninggal dulu. Selagi ada masa, kita ambik peluang untuk raikan hari-hari istimewa macam ni”. Dan malam tu berlalu dengan penuh gelak ketawa kami anak beranak.
1 Jun 2022, 1 Zulkaedah 1443H (Rabu)
Ads
Arwah uruskan anak² yang bersekolah macam biasa. Aku pulak pegi pejabat, last jumpa arwah pagi tu ja, aku salam dan bergegas sebab dah lambat.
Pukul 1.41.petang, aku masih berwhatsapp dengan arwah. Pukul 3.30 petang aku whatsapp tapi tak da respond. Masa ni langsung tak rasa apa sebab aku andaikan arwah mungkin sibuk uruskan anak kecil kami, Hafiya.
Pukul 5.20 petang, aku sampai rumah. Dari luar dengar suara Hafiya nangis, bukak pintu tapi berkunci. Dah rasa pelik kenapa pintu berkunci. Selalu petang macam ni pintu tak kan berkunci sebab arwah dah keluar ambik anak² balik kafa.
Buka ja pintu rumah, ada sesusuk tubuh yang sangat aku kenali dah terbaring kaku, di hujungnya ada anak kecil yang menangis, entah untuk berapa lama aku tak pasti. Allahuakbar.
Aku berlari dapatkan arwah. Aku pegang tangan, aku pegang leher, aku bukak mata arwah. Sejuk, tiada respond dan tanpa sebarang nadi. Hati aku kuat mengatakan yang arwah dah tak ada.
REDHA.
Pelan-pelan aku capai anak kecil, aku call 999. Pihak berkenaan nak guide cara cpr tapi aku menolak, sebab hati aku kuat mengatakan arwah dah tak ada masa tu. Dengan anak yang tengah menangis mana mungkin aku ada kekuatan untuk buat cpr. Cuma aku mintak ambulance datang dengan segera.
Aku call anak buah arwah, family dan beberapa kenalan untuk datang rumah. Aku whatsapp dan call family untuk maklumkan keadaan arwah.
Pihak ambulance sampai, depa mintak izin untuk buat cpr. Aku jugak mintak izin untuk uruskan Hafiya dan solat asar. Selesai solat, selesai jugak cpr, pihak paramedik maklumkan yang arwah dah tak ada.
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Ads
REDHA, aku redha dengan ujianMu ya Allah.
Aku tanyakan apa langkah seterusnya sebab aku tak dak pengalaman uruskan kes macam nie. Jiran² sebelah mula datang menjenguk, dan mula membantu mana yang patut. Dari urusan dengan pihak polis, surau, perbadanan Putrajaya, semua selesai dengan mudahnya, alhamdulillah Ya Allah. Jiran-jiran tolong, komuniti Presint 11 tolong, family dan kawan² jugak tidak terkecuali.
Bermula maghrib, ramai kenalan arwah, kenalan aku sendiri, jiran-jiran, family, yang jauh yang dekat memenuhi ruang rumah. Sungguh aku tak sangka terlalu ramai yang sayangkan arwah.
Bagi yang bertanyakan apa sakit arwah, cukup aku simpulkan arwah meninggal disebabkan jantung.
Dan malam berlalu dengan terlalu perlahan bagi aku. Mungkin untuk aku habiskan masa² akhir aku bersama arwah dengan sebaiknya.
Sambil membaca yassin, baca al-quran, aku usap perlahan muka arwah, tangan arwah, badan arwah. Ya, ini kali terakhir aku berpeluang untuk berkhidmat untuk insan yang paling aku sayang.
Tenangnya arwah, bersih mukanya. Lagi buatkan aku redha. Aku tau, arwah orang yang sangat baik. Dia dah jalankan tanggungjawab sebagai hamba, sebagai suami, sebagai papa, sebagai kawan, sebagai jiran, sebagai anak, abang ipar dan adik dengan sebaiknya. 2 Jun 2022, 2 Zulkaedah 1443H (Khamis).
Arwah dibawa ke Surau Al-Furqan, Presint 11 untuk dimandikan, dikapankan dan solat. Masha Allah bang, ramainya orang. Ramai yang sayangkan abang. Abang baik, semua orang cakap benda yang sama. Abang suka belanja makan dalam diam, abang mudahkan urusan orang, abang baik dengan semua. Subhanallah.
Urusan disurau selesai dengan mudahnya. Pihak surau dan team pengurusan jenazah sangat membantu. Alhamdulillah.
Ads
Perjalananan diteruskan ke Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya.
Sekali lagi, ramainya orang sayangkan abang. Masha Allah. Urusan pengkebumian berjalan dengan lancar, pihak perbadanan sangat menyantuni keluarga arwah dan menjalankan khidmat dengan sebaik mungkin.
Talkin dibacakan, untuk iktibar dan peringatan untuk kita yang masih hidup di dunia.
Abang, selamat jalan ke negeri abadi. Ayang redha. Abang seorang yang sangat pentingkan keluarga, family man. Nak lepak makan dengan kawan² pon abang pastikan kami anak bini abang makan dulu.
Abang sangat baik untuk ayang dan anak². Abang cuba penuhi setiap masa bersama dan keinginan kami tanpa rasa jemu. Allah jemput abang sehari selepas abang dah gembira menyambut birthday dengan ayang dan anak². Allah bagi pinjaman tak ternilai nie selama 12 tahun untuk kita bersama. Sayangnya Allah dekat kita kan bang. Dan yang pasti, Allah lebih sayangkan abang.
Walaupun ayang tak tau macam mana saat² akhir pengakhiran abang, ayang tak tau pukul berapa abang pergi, ayang tak tau sebab apa abang boleh rebah.
Tapi ayang pasti, abang hanya nak mudahkan urusan ayang dengan menguruskan jenazah abang. Semua tu tetap menjadi rahsia Dia, Maha Pencipta dan disaksikan anak kecil, Hafiya yang masih tak mengerti apa.
Allahuakbar. 6 Jun 2022, 6 Zulkaedah 1443H (Isnin)
Hari ni genap 6 hari hidup kami tanpa kehadiran abang disisi. Ayang tau abang ‘ada’. Anak² semua okei, main dengan sepupu² bagi hilangkan rasa rindu kat abang.
Cuma Hafiya, badan dah dedar. Rindu papa barangkali, tapi tak reti nak luah.
Abang, doakan ayang kuat nak galas tanggungjawab sebagai mama dan papa. Doakan ayang berjaya pimpin anak² hingga ke syurga. Abang tunggu kami kat sana, ya. —————————————————————————- Buat kenalan arwah, kawan² sekolah, kawan² politeknik, kawan² UiTM, kawan² bola, kawan² futsal, kawan² grab, kawan² proton, kawan² banker, kawan² lepak makan, kawan² rumah sewa dan semua yang mengenali, sekiranya arwah ada buat salah silap, saya bagi pihak arwah mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dan sekiranya arwah ada berhutang, mohon sangat² maklumkan kepada saya ya.
Buat keluarga tercinta samada keluarga sendiri dan keluarga mertua, jiran², kawan² yang mengenali husna dan yang sangat husna sayang, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan rumah sewa, kawan poli, kawan uitm, kawan KSM, kawan KDN dan terutamanya kawan² JPK, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang semua.
Terima kasih atas keprihatinan dan kebajikan, terima kasih untuk doa² dan ucapan kekuatan. Terbukti husna tak keseorangan.
Doakan husna terus kuat, demi anak² dan perjalanan masa depan. Mohon juga doakan arwah ya. Big hugs. Assalamualaikum dan Al-Fatihah. via Nurul Husna
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Minggu lalu menyaksikan Ustaz Ebit Lew menzahirkan rasa syukurnya kerana dapat mensyahadahkan empat buah kampung diduduki masyarakat Bajau Laut yang mengucap dua kalimah syahadah. Malah atas usaha dakwah itu, Ustaz Ebit Lew ingin mendirikan sekolah untuk anak-anak ini terus mendapat ilmu. Namun hari ini, timbul pula cerita apabila usaha dakwah dan membantu itu terpaksa dihentikan atas arahan dan jika terus engkar, dirinya akan di penjarakan tiga tahun.
Menurut laporan Astro Awani, pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawannya, Ebit Lew terpaksa menangguhkan niatnya untuk meneruskan misi bantuan di Sabah kerana tidak dibenarkan berbuat demikian.
Ebit mendakwa, beliau telah dimaklumkan tidak dibenarkan untuk jelajah ke pulau-pulau di Semporna bagi menyampaikan sumbangan.
Beliau juga mendakwa, boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika niat berkenaan diteruskan.
Tanpa berkongsi daripada siapa arahan berkenaan diperoleh, Ebit memaklumkan perkara itu dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Selasa.
“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.
“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna. Minta diberhentikan bantuan di sekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.
“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang,”’ kata Ebit yang juga seorang usahawan yang berjaya dalam hantaran berkenaan.
Dalam hantaran itu, beliau juga memohon maaf pada tujuh orang guru yang sudah dikumpulkannya untuk membantu mendidik masyarakat yang diIslamkannya baru-baru ini.
Bahkan, tegas Ebit, kayu-kayu juga sudah dibeli untuk membina sekolah buat kanak-kanak yang memerlukan.
“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.
“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, Ebit berkata, beliau kini sedang menanti penerbangan untuk Tawau bagi meneruskan misi bantuannya.
“Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” tulis beliau lagi.
Pada Ahad lalu, Ebit berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam.
Misi dakwah itu dilakukannya ketika beliau ke Pulau Tatagan Semporna dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Datuk Rizalman Ibrahim merupakan satu nama yang tidak asing lagi di kalangan para penggemar fesyen. Beliau sangat terkenal dengan karya seni rekaan kreatif dan bercita rasa tinggi.
Namun bukan mudah untuk mencipta kejayaan seperti yang dikecapinya sekarang. Pelbagai ranjau, onak dan duri yang terpaksa dilalui sebelum berjaya menempa kejayaan. Setiap kejayaan disulami dengan pengorbanan terutama oleh insan yang tercinta.
Bagi Datuk Rizalman Ibrahim, dalam catatan di Instagramnya, beliau ‘dikembalikan’ semula dengan kesusahan dan kepayahan sebelum beliau berjaya hingga ke tahap hari ini. Pengorbanan kedua ibu bapanya menjadi pemangkin kejayaan beliau hari ini.
Tengah mengemas barang2 dalam kotak untuk berpindah rumah.. terjumpa fail2 lama. terselit satu2 nya surat yang pernah dikirim oleh bapak beserta dokumen yang berkaitan sepanjang saya menuntut di Uitm dahulu tersimpan kemas oleh Allahyarham yang sifat OCD nya di warisi oleh saya. Walaupun beliau tidak begitu bersifat bapa yang manja dan boleh bergurau namun figuranya tetap kami hormati.
Menyelak kembali fail ini saya merasa amat bertuah kerana ibu dan bapa telah melaksanakan apa yang mereka termampu untuk membesarkan anak2 selama 8 orang dan saya merupakan tugas terakhir mereka berdua. Dalam keadaan yang ‘cukup makan’ mereka gagahi juga menghantar saya serta memberi kebebasan penuh untuk saya melakar corak kehidupan saya.
Pernah suatu hari di cuti penggal semester ketika saya membancuh warna membuat tugasan fakulti di rumah.. emak pernah bertanya, “hang isok nak kheja apa la kalu bancoh2 warna ni Maman oi..?” “rasa menyesal kah mereka pada keputusan aku ni? atau mereka rasakan duit yang ada secupak itu di cubit oleh aku dengan sia2?
TINGGAL RM20
Lihatlah bank akaun saya ketika itu.. rm20 je yang ada.. kadang2 lapar seharian.. kadang2 dah tak tahan diangkat jugak ganggang talifon di fakulti meminta wang di masukkan kerana mahu terus hidup. Dari mana bapak dapatkan wang yang aku minta, aku tak pedulikan. Di dalam fail ini ada tertera nama2 individu yang terpaksa bapak pinjam sementara untuk melayan panggilan duit aku. Kini aku hidup senang, tapi mak bapak dah lama takde.
Aku rasa menyesal memikirkan kalau antara masa aku makan sedap di Uitm hasil kiriman wang bapak sedangkan mereka berdua di rumah terpaksa berkongsi sekeping roti di rumah. Aku kesal kalau ada masa aku gunakan wang itu untuk menonton wayang di KL sedangkan mereka bercatu beras. Buat mak dan bapak, sebagai yang telah di janjikan oleh Allah.. doa anak2 lelaki itu di angkat terus ke langit. Moga ‘bekalan’ yang lebih hebat serta lazat2 dapat dinikmati mereka ketika ini walaupun rezeki sekarang tidak dapat di kongsi bersama.
TERIMA KASIH BAPAK/EMAK
Buat bapak sekali terima kasih kerana membesarkan aku dan buat emak pula, terimakasih juga kerana menerima Maman seadanya. Merdeka lah kamu dari sifat pentingkan diri sendiri ❤️rizalman IBRAHIM
Namun saya berjanji ketika itu mahu memperbaiki taraf kehidupan kami serta memberi kebanggaan pada kedua mak dan bapak untuk melihat anak mereka menjadi yang TERBAIK. Diharapkan UMAR dan AALI juga akan mengikuti langkah yang sama #downmemorylane *kiranya saya tapau hadiah miss world dengan miss national costume skali la tu…
Masyarakat Malaysia sering didedahkan dengan cerita-cerita mistik, tahyul dan seram. Cerita yang melibatkan hantu, jin, saka, syaitan dan sebagainya sering kita dengari khusunya di kalangan orang Melayu.
Bahkan masih ramai yang mempercayai bomoh yang kebiasaannya menggunakan khidmat jin kafir dan jahat namun kemudian dipercayai indvidu itu mampu menolong orang lain khususnya melibatkan saka turun temurun peliharaan keluarga.
Sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali menggunakan jin atau syaitan sebagai perantara selain memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah tala.
Allah berfirman; “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa menyekutukan sesuatu denganNya, dan mengampunkan dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, sesungguhnya dia telah tersesat sejauh-jauhnya.” – [An-Nisa:116].
Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah dosa-dosa itu?
Sabda baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita suci beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina – [HR Bukhari].
Sabda nabi SAW lagi: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam – [HR Muslim].
Menyentuh tentang saka atau melibatkan makhluk halus, selalunya apabila proses “membuangnya”, benda ini akan dihanyutkan ke dalam sungai yang mengalir. Ia biasa dilakukan di sungai yang bukan menjadi tempat tumpuan orang ramai kerana dibimbangi sesiapa yang menjumpainya akan membuka bungkusan tersebut.
Namun lain ceritanya di salah satu sungai berlokasi di Hulu Selangor, Kampung Sungai Kamin apabila seorang pengguna Tik Tok atas nama @manislicious berkongsi sungai itu tidak dikunjungi oleh orang kampung yang mengetahui sejarah sungai tersebut yang menjadi lokasi tempat pembuangan benda-benda halus. Sebaliknya dari video dikongsikannya menyaksikan terlalu banyak kenderaan di sepanjang sungai itu menandakan orang ramai mandi mandi di sungai tersebut.
Katanya “orang kampung memang dah lama gila tak mandi di situ sebabnya orang buang “benda” dan abu selain benda-benda berubat dekat situ.
Mungkin ditanya mengapa dia tidak menjelaskan kepada orang ramai yang mandi manda di situ, katanya dalam perjalanan ke tempat lain ketika itu dan tidak sempat turun untuk memberitahu hal ini.
Jadi bagi mereka yang ingin bercuti khususnya ke lokasi sungai, jeram dan sebagainya, beramah tamahlah dahulu dengan warga kampungnya. Sekurang-kurangnya kita tahu akan sejarah sesuatu tempat itu. Bukan pantang nampak air atau banyak kenderaan berkumpul, kita teruja mandi sampai tak sedar bahaya menanti.
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa...