Jodoh antara rahsia Allah taala yang sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi. Selain jodoh, ajal maut juga menjadi rahsia Allah. Tidak dinafikan, dalam mencari pasangan, kita dinasihatkan melakukan solat istiqarah selain memohon diberikan jodoh yang baik.
Namun apa dilalui oleh pasangan ini yang berkongsi kisah unik pernikahan mereka kerana masing-masing baru kenal dua minggu kemudian terus diajak kahwin.
Menggunakan akaun Tik Tok Eydazuno, wanita anak satu yang berstatus ibu tunggal sebelum ini berkata, dia kenal pasangannya dua minggu sebelum diajak bernikah.
Mesti bestkan, tak perlu kenal atau bercinta lama-lama. Hanya bercinta selepas nikah.
Eydazuno dalam perkongsiannya turut memuat naik momen sehari sebelum bergelar isteri dengan menunjukkan hadiah hantaran dan baju pernikahannya pada majlis akad nikah.
Lebih menarik, selepas disatukan, keduanya nampak masih malu-malu dan masih berasa janggal apabila menaiki kereta bersama suaminya dan mengambil video itu bagi menghilangkan rasa segannya berduaan begini.
Ads
Inilah kata, orang,jodoh sudah tertulis di luh mahfuz dan pastinya lebih seronok bercinta selepas nikah. Semoga cintanya dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat selepas melalui detik perit bergelar ibu tunggal sebelum ini. Sumber : Tik Tok Eydazuno
Jika digabungkan pemahaman Al-Quran dengan penerangan hadith Rasulullah s.a.w. tentang wanita terbaik atau khairun nisa ternyata wanita solehah yang menggembirakan suaminya.
Wanita-wanita ini menggembirakan suami mereka melalui kebaikan dan keluhuran akhlak, kecerdasan dan kematangan yang menjadi perhiasan dan citra aslinya dan tidak dibuat-buat atau sebagai lakonan semata-mata.
Ciri kedua wanita solehah yang digariskan dalam ayat ke-34 Surah An-Nisa’ tersebut menyentuh perihal pemeliharaan kehormatan dan kesucian diri seorang wanita bergelar isteri semasa ketiadaan suaminya.
Kesetiaan seorang wanita memelihara kehormatan diri mempunyai impak yang besar terhadap keluhuran nasab keturunan manusia yang menjadi salah satu perkara asas yang dilindungi oleh maqasid syariah selain agama, nyawa, akal dan harta.
Ketiadaan suami itu bukanlah hanya semasa beliau berpergian keluar dari rumah untuk urusan kerja, perniagaan atau keluar menyertai misi peperangan atau pertempuran.
Dalam konteks semasa, di mana sebahagian besar isteri menjawat pekerjaan sepenuh masa di luar rumah, aspek penjagaan kesucian dan kehormatan itu melingkupi suasana dan masa yang dihabiskan di tempat kerja khususnya sekiranya suami tidak bekerja di tempat yang sama.
Namun di akhir ayat yang menjelaskan ciri kesolehan seorang wanita tersebut, Allah SWT menekankan betapa keupayaan untuk seorang wanita mentaati Allah dan suami, serta memelihara kesuciannya adalah bergantung kepada pemeliharaan dan pertolongan Allah SWT semata-mata.
Sekali lagi menggabungkan pengertian ayat ini dengan hadith Rasulullah s.a.w. berkenaan gambaran wanita terbaik, yang dipelihara oleh wanita solehah bukanlah hanya kehormatan dan kesucian maruah diri malahan juga harta benda suami yang menjadi amanah. Wajarlah setiap wanita yang mahu bergelar seorang solehah untuk memohon sepanjang masa, agar Allah SWT memelihara setiap langkah yang diambil dan membantunya melaksanakan tanggungjawab dan peranannya.
Dalam ayat yang sama, selepas diperjelaskan perihal ciri kesolehan seorang wanita, Allah SWT menyentuh pula tentang satu lagi ciri wanita bergelar isteri yang berlawanan dengan sifat baik seorang solehah, yang perlu dikendalikan dan ditangani oleh para suami sebijak mungkin dengan langkah-langkah yang digaris oleh Allah SWT. Mafhum sebahagian lagi ayat ke 34, Surah An-Nisa’ :
Semua wanita yang mahu mendapatkan gelaran solehah perlu juga mengetahui apakah pula yang dimaksudkan Allah SWT mengenai ciri-ciri ke`nusyuz’an seorang wanita sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat ini.
Sekali lagi merujuk kepada kitab Fi Zilalil Quran karangan Syd Qutb, perkataan `nusyuz’ dikatakan berasal dari kata akar `nasyazat’ yang bermakna `berdiri di tempat yang tinggi’.
Bolehlah disimpulkan wanita yang nusyuz adalah mereka yang bersifat degil, meninggikan diri, sombong, bongkak dan bertindak merendah-rendahkan usaha orang lain khususnya suaminya.
Sifat ini jelas bertentangan dengan ciri-ciri solehah yang lebih menekankan tentang `kepatuhan’ atau `ketundukan’ yang sengaja rela diberikan tanpa paksaan dan kekerasan.
Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna kejadiannya. Sebagai seorang insan biasa kita tidak terkecuali daripada membuat kesilapan. Mungkin kita bukan yang terbaik tetapi kita boleh membentuk diri kita menjadi yang lebih baik. Bersamalah kita bergerak ke arah itu.
Sumber: Dr Harlina Haji Siraj
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Muslimat berniqab bukan lah satu perkara yang pelik namun baru-baru ini ia menjadi tarikan dan perhatian masyarakat umum tanahair. Sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa pasti sudah maklum akan tindakan selebriti wanita berpengaruh Malaysia yang mempunyai hampir 8 juta pengikut di Instagram, tampil dengan penampilan terbaharu dengan berniqab.
Tindakannya itu mendapat perhatian dan maklum balas positif malah ramai juga teruja untuk berniqab dan sudah tentu bakal menyuntik gelombang baharu di kalangan muslimat lain. Ia merupakan satu bentuk hijrah yang baik walaupun bukan lah sesuatu yang wajib pada wanita Islam.
Mengapa Neelofa, personaliti yang cantik, anggun lagi menawan ini berniqab, hanya dia sahaja yang boleh menjawab persoalan. Mungkin juga perkongsian Insyirah Solehah menerusi entri di blognya dapat berikan sedikit sebanyak gambaran tentang niqab berdasarkan pengalamannya dan mungkin juga atas sebab ini juga Neelofa berniqab.
Menerusi catatannya, hadis Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.
Wajah Bukan Aurat, Namun Menutupnya Adalah Utama Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama daripada kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama. Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.
“Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan.”
Memang kaedah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah ﷺ. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.
Di dalam kitab Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats’amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi SAW, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik.
Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah ﷺ ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.
Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram.
Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal. “Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?”
Lelaki Dan Wanita Perlu Jaga Pandangan Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.
Oleh sebab itu Allah SWT berfirman, “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,”[An-Nuur : 30] Maksudnya daripada (memandang) wanita.
Dan Allah Subhanahu SWT berfirman, “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,”[An-Nuur : 31] Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.
Kedua ayat di atas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki. Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya).
Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah. Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah ﷺ ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, yang mensyariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua-duanya (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.
Tidak Boleh Mewajibkan Sesuatu Yang Tidak Wajib
Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.
Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:
“Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.” Menutup muka kerana bimbang timbulnya fitnah
Para ulama empat mazhab bersepakat bahawa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.
Imam Kauthari r.a. berkata: “Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”
Tidak Timbul Istilah Istiqamah Dalam Berniqab
“Dalam menjalani rutin harian, sebenarnya apabila berniqab ada keadaan tertentu wanita perlu membuka niqabnya. Oleh itu, secara umumnya tidak timbul isu ‘istiqamah atau tidak’ dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.
Kesimpulannya, ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat di kalangan ulama.
Seorang kakak yang sangat saya hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat.
Apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan.
Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik” Masya Allah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Warga emas lari ikut lelaki bangladesh ketika tunai umrah.’ Travel Agency kena blacklist dan didenda RM72,812 oleh kerajaan Arab Saudi.
Apalah yang berlaku sebenarnya sehingga warga emas yang sedang menunaikan umrah meninggalkan kumpulannya dan mengikut lelaki Bangladesh yang baru dikenali tersebut.
Seorang warga emas dari Wonosobo, wilayah Jawa Tengah, Indonesia, yang melarikan diri bersama lelaki Bangladesh ketika menunaikan umrah akhirnya pulang ke Indonesia, lapor portal berita Okezone.
Wanita dikenali sebagai Murni, 61, sebelum ini dilaporkan hilang selama sebulan selepas mengikut lelaki berkenaan ketika berada di Arab Saudi.
Menurut pemilik Firdaus Mulia Abadi Tour, Tri Winarto, Murni mengikuti ibadah umrah anjuran syarikatnya pada 1 Februari lalu.
“Sebulan yang lalu, dia mendaftar untuk mengerjakan umrah dengan syarikat kami. Dia berasal dari Wonosobo dan mengikuti pakej umrah selama 11 hari.
Namun pada hari ketiga berada di Tanah Suci, Murni tiba-tiba menghilangkan diri. Selepas memeriksa rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV), Murni didapati mengikut seorang lelaki warga Bangladesh.
“Sehingga kami pulang (ke Indonesia) pada 11 Februari lalu, Murni tidak juga muncul. Selaku pengendali, kami berasa keliru,” kata Tri.
Tambahnya, situasi itu membuatkan syarikatnya disenarai hitam dan dikenakan denda oleh kerajaan Arab Saudi kira-kira 250 juta rupiah (RM72,812).
Selepas sebulan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk keluarga dan kerajaan Arab Saudi, Murni akhirnya berjaya dikesan.
“Selepas kami menemui lelaki Bangladesh tersebut, dia berjanji untuk memulangkan Murni kepada wakil kami di Arab Saudi.
“Akhirnya, Murni pulang ke Indonesia pada Rabu minggu lepas,” jelasnya. – Agensi
Zakat KWSP si mati wajib diselesaikan sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris. Ketahui hukum, kadar zakat 2.5%, pandangan mazhab dan tanggungjawab waris menurut syarak.