Penulis yang juga aktivis kemanusiaan dari Amerika Syarikat (AS), Shaun King dan isterinya, Rai King telah memeluk agama Islam pada hari pertama Ramadan lalu.
Shaun yang cukup dikenali dengan kelantangannya berbicara tentang isu yang berlaku di Semenanjung Gaza telah melafaz syahadah bersama isterinya bersaksikan Imam Omar Suleiman.
Kisah Shaun memeluk Islam tersebar luas di seluruh dunia apabila Profesor Khaled Beydoun melakukan siaran langsung ketika sesi melafaz kalimah syahadah berlangsung di sebuah masjid di Texas.
“Saya tidak tahu bahawa saya akan berada di sini (Texas) hari ini tanpa penderitaan dan kesakitan dan trauma selama enam bulan lalu yang kita lihat di Gaza,” kata Shaun.
Ads
Selepas melafazkan syahadah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, Shaun dilihat menyerahkan mikrofon kepada isterinya yang tampil sopan mengenakan hijab rona hijau lumut dan berpakaian menutup aurat.
Selain lantang mengenai isu yang terjadi di Gaza, Shaun yang pernah menjadi paderi pada tahun 2008, turut terkenal dengan advokasinya dalam pergerakan Black Lives Matter (BLM).
Ads
Menerusi satu hantaran di Instagram, Rai berkongsi tentang bagaimana dia boleh terbuka hati untuk memeluk agama suci ALLAH itu bersama suaminya.
Ads
“Selepas membaca dan mengkaji untuk diri saya sendiri sejak beberapa tahun lalu, saya percaya dan yakin Islam adalah agama teragung,” ujarnya.
Anak kecil menangis waktu malam terutamanya jika berpanjangan memang meresahkan ibu bapa. Boleh jadi kerana tidak selesa, sakit atau tak mustahil adanya gangguan syaitan.
Dalam hal ini bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil ini ada beberapa amalan yang boleh dilakukan sebagai usaha untuk menghentikan bayi yang menangis ini.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan walaupun tiada doa khusus yang perlu dibacakan supaya anak kecil tidak menangis namun ibu bapa boleh saja mempraktikkan doa dengan apa lafaz sekali pun dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syarak.
Namun begitu, yang terbaiknya adalah dengan membacakan doa yang terdapat di dalam al-Quran mahupun hadis Nabi SAW.
Boleh jadi bayi menangis di waktu malam disebabkan lapar. Boleh jadi juga kerana sakit dan boleh jadi juga kerana gangguan dari syaitan.
Maka yang pertamanya perlulah diketahui akan sebab utamanya terlebih dahulu. Adapun untuk mengelak dari gangguan syaitan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya:
2. Membaca Ayat al-Kursi
3. Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas.
Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.
Amalan ini boleh diamalkan dan insyaAllah dengan izin Allah SWT dapat menghilangkan rasa sakit serta gangguan terhadap anak kecil.
Dek sakit tekak atau tekak berasa gatal ketika solat kita terpaksa berdehem untuk meneruskan bacaan.
Mungkin juga ada yang sengaja berdehem bila rakan di sebelah kita berbual dengan kuat sewaktu sedang solat bagai petanda supaya memperlahankan suara.
Apa pun perlu diketahui bahawa antara perkara yang membatalkan solat ialah berkata-kata dengan sengaja dan masuk dalam hukum berkata-kata itu ialah mengeluarkan suara seperti dengan berdehem.
Demikian penjelasan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum berdehem ketika solat.
Dalam hal ini orang berdehem dengan sengaja menurut pendapat yang sahih jika berbunyi dua huruf maka batal solatnya.
Berkata Imam Nawawi :
وأما التنحنح فحاصل المنقول فيه ثلاثة أوجه الصحيح الذى قطع به المصنف والاكثرون ان بان منه حرفان بطلت صلاته والا فلا والثانى لا تبطل وان بان حرفان قال الرافعي وحكى هذا عن نص الشافعي والثالث ان كان فمه مطبقا لم تبطل مطلقا والا فان بان حرفان بطلت والا فلا وبهذا قطع المتولي وحيث ابطلنا بالتنحنح فهو ان كان مختارا بلا حاجة فان كان مغلوبا لم تبطل قطعا ولو تعذرت قراءة الفاتحة الا بالتنحنح فيتنحنح ولا يضره لانه معذور وان أمكنته القراءة وتعذر الجهر الا بالتنحنح فليس بعذر علي أصح الوجهين لانه ليس بواجب
Ertinya : “Dan ada pun berdehem maka kesimpulannya yang dinaqal padanya tiga pendapat dan pendapat yang sahih yang telah diputuskan dengannya oleh pengarang (Imam As-Syairazi) dan kebanyakkan ulamak apabila nyata bunyi dua huruf nescaya batal solatnya dan jika tidak nyata dua huruf maka tidak batal.
Dan pendapat yang kedua tidak batal sekalipun nyata dua huruf telah berkata Ar-Rafie dan telah menghikayatkan ini dari nas Imam Syafie.
Dan pendapat yang ketiga jika adalah mulutnya tertutup nescaya tidak batal sama sekali dan jika terbuka dan nyata dua huruf batal dan jika tidak nyata dua huruf maka tidak batal. Dan dengan ini telah memutuskan oleh Al-Mutawali.
Dan sekira-kira kami kata batal sebab berdehem itu yaitu jika dengan ikhtiar tanpa hajat. Maka jika terpaksa berdehem nescaya tidak batal sama sekali.
Dan jikalau uzur oleh membaca fatihah melainkan dengan berdehem maka berdehem tidak memudaratkan kerana sungguhnya ia yang diuzurkan. Dan jika dia boleh baca fatihah cuma uzur hendak kuatkan suara melainkan dengan berdehem maka berdehem bukanlah uzur atas pendapat yang paling sahih dari dua pendapat kerana menguatkan suara bukanlah yang wajib.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
Sengaja berdehem yang mengeluarkan bunyi dua huruf adalah membatalkan solat.
Jika tidak dapat membaca yang wajib seperti fatihah melainkan dengan berdehem maka berdehem ketika ini tidak membatalkan solat.
Jika berdehem kerana hendak membaca yang sunat maka ia membatalkan solat menurut pendapat yang paling sahih.
Berkata Ad-Dimyathi :
وخرج بقولي لغير تعذر قراءة واجبة، ما إذا ظهر حرفان في تنحنح لتعذر قراءة مسنونة، كالسورة أو القنوت أو الجهر بالفاتحة، فتبطل
Ertinya : “Dan keluar dengan kataku bagi selain teruzur membaca yang wajib barang yang apabila nyata dua haraf pada berdehem kerana uzur membaca yang sunat seperti membaca surah atau qunut atau menguatkan bacaan fatihah maka solatnya batal.” (Kitab I’anah At-Talibin)
Yakni jika terpaksa berdehem kerana hendak membaca yang wajib seperti fatihah maka solatnya tidak batal dan jika berdehem kerana membaca yang sunat seperti doa iftitah misalnya maka solatnya batal.
Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang amat dijaga hal ehwalnya oleh syarak. Setiap pasangan suami dan isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab dalam mengemudi rumahtangga untuk melahirkan keluarga yang soleh dan mendapat redha Allah SWT.
Namun untuk mencapai redha Allah ini, ada pesanan buat suami daripada ustaz Kazim Elias berkenaan enam dosa yang perlu dielakkan suami sebagai pemimpin rumah tangga selama menggalas amanah sebagai ketua keluarga.
Cabaran utama setelah berkahwin adalah membentuk dan menjadikan isteri yang benar-benar solehah. Isteri adalah satu ujian besar bagi seorang suami mencari dan membentuk pasangan menjadi seorang isteri yang mempunyai sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang kuat.
Sebab itu Islam sarankan agar mencari pasangan hidup berdasarkan agamanya. Bayangkan betapa bahayanya jika ada di antara isteri masih tidak tahu bagaimana untuk menunaikan solat dengan betul, hukum haid dan nifas, melayani suami dan mendidik anak mengikuti Islam. Semoga bertabah untuk membawa isteri ke jalan yang benar.
Kita mengahwni seseorang itu sepatutnya sudah bersedia menerima ketidaksempurnaannya. Kita pun tak sempurna mana. Andai seorang suami terus mencari kekurangan dan kelemahan isteri, dikhuatiri akan menimbulkan perasaan kurang senang pada isterinya.
Dan barang siapa mencari aib saudaranya sendiri, Allah juga akan mencari aibnya. Maka, hendaklah seorang suami itu bersabar dan menahan diri dari mencari kekurangan yang ada pada isterinya.
Ini merupakan satu bentuk kezaliman terhadap isteri. Di antara bentuk hukuman yang zalim itu adalah:
i) Terus bertindak dengan memukul di tahap awal pemberian hukuman. Padahal Allah SWT telah berfirman, “Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka.”(an Nisa’:34)
ii) Mengusir isteri dari rumah tanpa ada sebab secara syar’i. Allah SWT berfirman yang ertinya: “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) keluar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang .” (at- Thalaq:1)
iii) Memukul wajah, mencela dan menghina. Ada seseorang yang datang bertanya kepada Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya? Baginda menjawab, “Dia (suami) memberinya makan jika dia makan, memberinya pakaian jika dia berpakaian, tidak memukul wajah, tidak memburuk-burukkan dan tidak memboikot kecuali di dalam rumah.” (Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh Al Albani)
Sesungguhnya kewajiban suami adalah memberi nafkah kepada isteri, sepertimana yang ditetapkan di dalam al-Quran. Isteri berhak mendapat nafkah, kerana dia telah menjadi halal untuk disenangi, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengatur rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.” (Riwayat Tirmidzi, disahihkan al Albani)
Maka hendaknya seorang suami itu berakhlak baik terhadap isterinya, dengan bersikap lembut dan menjauhi sikap kasar. Di antara bentuk sikap lembut seorang suami itu adalah, bergurau senda, menyuapkannya makan dan memanggilnya dengan panggilan yang mesra.
Memang benar, menikah untuk kali kedua, ketiga dan keempat merupakan satu perkara yang disyariatkan. Akan tetapi ramai di kalangan lelaki yang mengamalkan poligami tidak memenuhi kewajipan-kewajiban terhadap isteri dengan benar. Terutamanya isteri yang pertama dan anak-anaknya.
Padahal Allah SWT telah berfirman,
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.” (An Nisa: 3)
Suami boleh bernikah lagi tetapi sekiranya dia tidak mampu untuk berlaku adil dan tidak boleh memikul tanggungjawab, lebih baik melupakan niat untuk menikah lagi demi kebahagiaan bersama.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.