Menjadi kewajipan suami untuk memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak-anak selain melindungi mereka.
Tapi bagaimana pula jika suami dihukum penjara atas kesalahan yang dilakukan hingga tidak membolehkan mereka melakukan semua tanggungjawab ini?
Jika setahun dua mungkin isteri boleh bersabar tapi sekiranya mencecah 10 tahun atau lebih bagaimana nasib isteri? Siapa yang akan memberi nafkah dan melindungi mereka?
Dalam keterbatasan keadaan suami melaksanakan tanggungjawabnya bolehkah isteri memohon cerai?
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui Irsyad Hukum Siri ke-886: Hukum Isteri Menuntut Cerai Kerana Suami Di Penjara menjelaskan, perceraian merupakan perkara yang dibolehkan andai terdapat sebab-sebab dibenarkan oleh syarak.
Bahkan, isteri berhak menuntut perceraian apabila suami tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya.
Ads
Dalam hal ini hukum isteri meminta cerai kerana suami dipenjara adalah dibenarkan di sisi syarak. Bahkan isteri berhak untuk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan atau membubarkan perkahwinan.
Ini kerana, suami masih lagi dianggap hidup walaupun dia berada di dalam penjara bahkan isteri juga berhak menuntut nafkah sepanjang tempoh tersebut sekirannya suami berkemampuan.
Dikhuatiri isteri menderita sepanjang suami dipenjara
Selain itu, hujah pendapat yang membenarkan perceraian adalah kerana dikhuatiri isteri menderita akibat kemudaratan sepanjang tempoh pemenjaraan.
Ads
Ulama Mazhab Maliki membenarkannya jika tempoh itu melebihi satu tahun bahkan suami juga dihukumkan seperti tiada dan ketiadaannya itu berlaku tanpa keuzuran.
Dalam pada itu Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303, dalam Seksyen 52 juga membicarakan berkenaan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh:
(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara’ adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu –
Ads
(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih
Walau bagaimanapun, terpulang kepada isteri jua untuk membuat keputusan. Sekiranya isteri mampu bersabar maka itu adalah lebih baik.
Budaya ‘cop’ tempat ini memang sudah agak sebati dengan masyarakat kita. Bukannya tak boleh langsung tetapi biarlah kena dengan situasi, tempat dan masa. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri sampai hilang sifat timbang rasa.
Ikuti perkongsian salah seorang tetamu Allah ini…
Terpanggil untuk berkongsi kisah seusai solat subuh di Masjidil Haram pagi ini,…
Seusai solat subuh sy dan suami memanjangkan langkah ke bangunan safwa kerana teringin sangat nak makan roti canai D’saji…maklum lah..dah lama duduk sini?
Beraturnya tak usah nak kata lah…lebih kurang sepanjang 50 ke 60 meter dengan 2 barisan….
Tak kurang juga ramai antara jemaah yg dah siap2 “COP” tempat utk pasangan atau kawan2 atau family mereka….hmmm…sabar je lah..sedangkan nak dapat makanan mereka mau lg 30 hingga ke 40 minit….sambil mereka membelek talifon dan bermain2 fon…tampa menghiraukan jemaah2 lain. Dalam masa yang sama, ramai jemaah yg sedang memegang makanan ditangan sedang berlegar2 lebih 3, 4 kali tawaf di persekitaran food court untuk melabuhkan punggung barang 5 ke 10 minit untuk menjamah makanan yang mereka pegang… namun ramai yg kehampaan kerana kerusi dan meja kosong yg banyak td telah di CoP oleh “geng2 cop meja”
COP TEMPAT
Saya betul2 tak faham istilah COP tempat ni….kenapa lah susah sangat nak bg org duduk barang seminit 2 untuk menjamah makanan… sedangkan tukang cop tempat ni tahu yg makanan diorang nak dapat lmbat lg..boleh dengan hati kering mereka membiarkan sahaja melihat jemaah lain yg berlegar2 mencari tempat sementara untuk makan…sedangkan geng tukang beratur sedang beratur..dan lg 20 atau 30 orang lg dihadapan untuk mendapat giliran …makan masa 30 ke 40 minit juga kiraan saya…
Yang meruntun jiwa saya, bila seorang pakcik tua dlm lingkungan 70 ke 80 tahun jemaah malaysia…yg sangat kurus susuk tubuhnya sedang terketar berjalan ke hulu ke hilir memegang roti canai dalam pinggan kertas yg dibelinya…ditanya setiap meja untuk menumpang duduk sementara untuk menjamah makanan.Dengan tampa rasa belas setiap meja yang ditanya menjawab tempat2 kosong dan kerusi kosong tu semua ada org….maka beredarlah susuk tua itu…sedih sy melihatnya….
Aduh…sy tak faham betul la…meja n kerusi tu KOSONG!..kau orang cop kan tempat kawan kau sedangkan kawan kau beratur lama lagi…x salah kot kau bg je atuk tua tu duduk sebentar untuk menjamah roti canai nya….sy yg sedang beratur rasa begitu sayu melihat sikap ada sesetengah jemaah malaysia yg sy kira mementingkan diri sendiri….?
MAKAN SAMBIL BERDIRI
Akhirnya, dr kejauhan sy melihat susuk tubuh tua tadi mendapat keizinan meletakkan roti canai nya di bucu sebuah meja…dan beliau menjamah roti canai nya sambil berdiri…sedang 3 jemaah di meja tersebut sedang duduk bermain handfon sementara memanti makanan yg dibeli sahabat mereka dan membiarkan pakcik tersebut menjamah roti canai dalam keadaan berdiri di meja mereka…..apa salahnya ya bg pakcik tu duduk…. tak faham…. x de rasa belas langsung dalam hati mereka melihat atuk tua itu makan sambil berdiri..sedangkan mereka senang lenang duduk membuang masa bermain handfon….mau rasanya sy ke meja tersbut menegur sikap mereka…namun sy sabarkan hati…kerana suami sy melarang sy berhuat demikian….
Saya hanya mampu berkata2 didalam hati…Ya Allah jauhkanlah aku dr sifat sebegitu..sifat mementingkan diri sendiri…jika aku lupa, kau ingatkan lah aku…wahai Allah…semoga pakcik tadi baik2 saja sehingga pulang ke tanah air kelak…..
Wahai jemaah2 Dhuyufurrahmaan semua…di bumi barokah ini…berbagai cara untuk kita mengumpul saham akhirat….
Mungkin hanya dengan sekecil2 zarah berbuat baik pun…sebesar2 gandaan balasan baik n pahala Allah beri….
JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Apa yg sy lihat pagi tadi menyebabkan hati sy meronta2 untuk berkongsi cerita disini…
kerana mesej yg sy nak smpaikan ialah,..
Kalau kau cop tempat dan lama lagi nak dpt makanan…..bg je org yg sedang memegang makanan duduk dan makan sementara..terutama buat pakcik dan makcik yg tua2 yg sedang mencari2 temlat diduk….bukan lama pun.. tak rugi apa2 pun untuk berkongsi…
Berkongsi bukan sahaja rezeki dan duit ringgit…tapi berbagai cara..
Jadi lepasni kalau pegi food court, jgn kedekut bg org duduk sekejap kalau giliran kau nak dpt makanan lama lagi…tempat kosong depan kau tu pun kosong….pahala tu sahabat semua….kita ringankan beban org lain Allah ringan kan beban kamu….ini tanah haram…allah janjikan pahala berlipatganda atas setiap kebaikan yg anda semua lakukan….
Ok dah tenang…sebab dah sampaikan apa terbuku dihati….?
Assalamualaikum…?
** sy x kisah sy x dapat tempat duduk…sebab saya beli makanan dan bungkus sahaja
** yg sy kisah, pakcik tua tadi….
** ini bukan cerita lepaskan geram..
** ini cerita luahan hati yg sedih dan merintih agar sy dan anda sama2 ingat mengingati dan bersifat belas dlm segala hal…
** bersihkan hati…positif bila membaca tulisan sy dengan ayat yg x berapa bagus ni…sy tak pandai menulis… Peace✌✌✌???
Sumber: Nasvin Nasrudin (Kenangan Haji & Umrah)
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Siapa yang tidak teringin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun soal perbelanjaan dan kos ke sana kerap menjadi persoalan utama. Ada berpendapat, jika sampai seru tetapi duit tidak mencukupi pun tidak akan terlaksana hasrat itu.
Bagi yang menunaikan haji ia meru[pakan satu perjalanan ibadat yang sangat bermakna kerana sebahagian besar jemaah menunggu berpuluh tahun sebelum giliran mereka dapat ‘naik haji.’ Demikian hebatnya ujian dan penantian para dhuyuf arrahman (tetamu Allah).
Berikut ini Hajjah Rohana Saad berkongsi tip untuk menjadi tetamu Allah. Moga ia bermanfaat untuk semua.
TIP NAK DAPAT JADI TETAMU ALLAH
Petua seorang sahabat katanya kalau nak sangat pi Tanah Suci selalu lah bertalbiah “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika lak.” Dia ikut petua kawan dia tu selalulah dia bertalbiah dan tak sampai setahun dia jadi Tetamu Allah. Ramai juga yang maklumkan mereka ikut petua ini dan dijemput menjadi tetamu Allah.
Seorang lagi sahabat bagi petua, katanya kalau nak sgt pergi haji, pergi je kursus haji walaupun waktu giliran tu jauh lagi.. Allah akan tenguk usaha dan semangat kita, In Sya Allah cepat sikit Allah jemput.. Aamiin.
Selain di atas ada sahabat lain memberi petua ialah selalulah kita mendoakan orang lain untuk jadi tetamu Allah. Kita jangan kedekut untuk mendoakan untuk orang lain. InsyaaAllah malaikat akan mendoakan untuk kita pula.
KONGSI REZEKI
Petua akhir, kita hendaklah selalu meraikan saudara mara atau sahabat handai yang akan ke Tanah Suci samada pergi untuk melaksanakan ibadah umrah atau haji dengan memberi sedikit sumbangan dengan seikhlasnya tanpa mengharap cenderahati dari Tanah Suci. Boleh diberi sumbangan kewangan atau telekung dan sebagainya keperluan ke Tanah Suci. InsyaaAllah penerima sumbangan kita yang menjadi tetamu Allah tersebut dengan seikhlasnya akan mendoakan buat kita menjadi tetamu Allah pula.
Tak salah kita ikut petua-petua ni sebagai salah satu usaha kita selain berdoa. Allah tidak menjemput orang yang mampu tetapi memampukan sesiapa yang mahu dan rindu. Semoga Allah menjemput kita semua menjadi tetamuNya.. Aamiin ?
Doa untuk menjadi tetamu Allah di Makkah dan Madinah.
Sebagai Muslim kita tidak dibenarkan memelihara anjing sebagai binatang peliharaan namun boleh pula pada keadaan tertentu, seperti untuk memburu dan menjaga kebun dan tanaman.
Dalam masa yang sama boleh jadi juga haiwan ini membuang air di sekitara kawasan tanaman sayur. Dalam keadaan adakah tanaman ini boleh digunakan dan bagaimana hendak menyucikan tanaman ni.
Anjing adalah najis mughallazah
Menurut pandangan ulama mazhab Syafii, anjing adalah dari kategori najis berat sama ada bulunya, air liur, peluh, kencing dan lainnya. Imam Nawawi menjelaskan bahawa seluruh tubuh anjing, air liur, darah, dan najisnya itu adalah Najis Mughallazah, beliau berkata;
Maksudnya; “Ketahuilah, tidak ada perbezaan pada pandangan kami (Mazhab Syafii) jilatan anjing dengan lainnya, daripada anggota-anggota anjing. Apabila terkena kencingnya, najisnya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya atau mana-mana anggota dari anggota badannya sesuatu benda yang bersih ketika ia basah, maka wajib membasuhnya dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya ialah tanah. [Rujuk; Syarah Sahih Muslim, jld. 3, hlm. 185]
Bagaimanapun cara mencuci najis anjing yang terkena tanah ialah dengan dihilangkan najis tersebut dan hanya perlu dijirus dengan air tujuh kali itu tanpa perlu disertakan tanah pada mana basuhan itu. Hal ini disebabkan tidak ada keperluan lagi untuk berbuat demikian. [Rujuk: al-Majmuk Syarah al-Muhazzab jld. 2, hlm. 586]
Cara mencuci najis anjing mazhab Maliki
Menurut pandangan Mazhab Maliki anjing ialah binatang yang suci dan cara menghilangkan najisnya (kencing dan tahi) pula hanya dengan dibasuh hingga hilang ain najis tersebut sahaja, tidak perlu mengulang basuh sehingga tujuh kali. Namun pada jilatannya mereka berpendapat elok juga dibasuh sebanyak tujuh kali atas tujuan beramal (Taa’bbudi) dengan hadis di atas dan bukan disebabkan kenajisannya. [Rujuk al-Fiqh al-Maliki al-Muyassar hlm. 18-20]
Berpandukan keterangan di atas;
– Wajib dihilangkan najis (tahi) pada tanaman dan di sekitar kawasan tanaman itu kemudian hendaklah dijirus air pada tanah di sekitarnya dalam kiraan tujuh kali tanpa perlu kepada jirusan air tanah lagi dan pastikan air tanah itu juga terpercik pada tanaman tersebut secara merata dan kemudian dijirus pula pada tanaman itu sebanyak kiraan enam kali.
-Namun sekiranya tanaman tersebut tidak ditanam dengan menggunakan tanah atau agak sukar untuk disertu, maka bolehlah bertaklid kepada pandangan mazhab Maliki iaitu dengan cara menjirusnya hingga yakin najis itu telah hilang.
Apabila berbicara tentang azab neraka, fikiran kita sering membayangkan api yang marak, panas yang menyengat, dan bara yang membakar kulit manusia.Namun, mungkin ramai yang...