Di dunia, dalam doa selepas solat kita akan berdoa agar dipertemukan semula dengan suami di akhirat. Bahkan apabila tiba ucapan hari ulangtahun perkahwinan, kita akan didoakan rakan taulan agar hubungan itu kekal hingga ke syurga.
Persoalannya, adakah suami isteri di dunia akan bersama lagi di akhirat? Ini jawapan perlu kita tahu.
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda “Tiada si bujang di dalam syurga”’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya
IKLAN
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
IKLAN
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga. Allah SWT berfirman,”Sesungguhnya penghuni surga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). Mereka dan pasangan-pasangan mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas dipan-dipan.” (QS Yaasin [36]: 55-56).
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
IKLAN
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Dalam satu hadis Nabi SAW, “Wanita mana pun yang ditinggal mati suaminya, kemudian si wanita menikah lagi, maka dia menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir.” (HR Thabrani). Sumber : Pondok Habib
Maksudnya:“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”. (Surah Al-Rum: 21).
Pasti ramai tahu tentang artis Azmi Saat yang cukup menghargai isterinya. Walau diuji dengan kehadiran cahayamata yang hanya seketika sebelum dijemput Allah, kasih sayang suami isteri ini kekal utuh berdua.
Dalam satu perkongsian di fbnya, dalam nada bergurau suami isteri sebelum tidur, saat diajukan soalan oleh isterinya apakah keburukan dirinya sepanjang menjadi isteri, Azmi menjawap, tiada apa keburukan isteri disimpan di dalam hatinya.
Baguskan suami begini, begitu menghargai isteri. Pasti isteri lebih sayang.
Dalam pada itu, dalam guraunya, Azmi akui wanita mungkin bukan makhuk bumi kerana ada “sikap” mereka.
Dalam perkongsiannya, tulis Azmi:-
Semalam, sementara nak lelapkan mata, saya dan isteri berborak. Macam-macamlah ceritanya. Dia pasal hari dia. Saya pasal hari saya.
Entah tak ingat topik apa, tiba-tiba isteri tanya, “Yang, agaknya kan, kalau awak kahwin baru, awak akan cerita tak keburukan saya pada isteri baru awak?”.
“Eh kenapa pula tanya macam tu? Entahlah ya. Tak pernah terfikir pula pasal nak kahwin baru.”
“Ala. Sekarang fikirlah. Agaknya, kalau ada keburukan saya yang awak nak ceritakan, apa keburukan tu ek?”
“Entahlah yang. Saya tak pernah simpan pun keburukan awak dalam ingatan. Silap-silap isteri baru saya tu cemburu bila saya selalu memuji awak. Asyik nak bercerita keseronokan bila saya dengan awak.”
Lepas tu dia tanya pula, “Habis tu, kalau semuanya best, kenapa nak kahwin baru?”
Aduh. Soalan apakah ini? Tanda-tanda apakah ini? Hey. Benarlah perempuan bukan makhluk bumi.
Kejadian harta atau wang orang tua diambil atau dicuri anak bukan lah satu kisah pelik. Ia banyak terjadi dalam masyarakat kita. Lebih menyedihkan apabila anak itu masih sihat dan tegap tubuh badan berbanding orang tuanya. Tidak sedarkah dia apa hukumnya wang yang dicuri itu?
Ini adalah manusia yang tidak takutkan laknat Allah. Makin bertambah menyayat hati apabila wang yang dicuri itu merupakan wang bantuan zakat yang sememangnya hak mutlak orang tua yang tiada upaya dan miskin.
Perkongsian ringkas Faisal Rahim, seorang Amil Zakat di akaun twitter nya mengenai bantuan wang zakat bulanan seorang wanita tua yang lesap sungguh menyentuh hati. Berikut adalah ciapannya.
Ada seorang makcik tua datang mengadu di pejabat zakat baru-baru ini. Katanya bantuan kewangannya dikurangkan ke RM50 sebulan. Dia sedih sebab ia tak mencukupi. Bila disemak, bantuan beliau sepatutnya RM350 sebulan. Persoalannya di mana baki lagi RM300 itu?
Bila disiasat, rupa-rupanya kad ATM beliau dipegang oleh anak lelakinya. Dia yang bantu keluarkan duit zakat ibunya setiap bulan. Dia juga yang bagitahu, bantuan zakat telah dikurangkan. Walhal dia yang ambil duit tersebut. Sedangkan dia bekerja dan sihat tubuh badan.
Apalah perasaan mencuri duit ibu sendiri hingga menyusahkan hidupnya. Kasihan si ibu itu berjimat untuk makan berbulan-bulan. Duit zakat. Duit yang HARAM dimakan selain asnaf yang lapan.
Nasib baik bantuan sewa rumah terus ke tuan rumah. Kalau tidak, memang sudah kena halau. Itulah.
Sebelum orang bertanya, kenapa cuma dapat RM350 sebulan? Aku dah jelaskan banyak kali sebelum ini.
Biasanya itu cuma bantuan kewangan. Ada banyak lagi bantuan lain yang biasanya mereka dapat bergantung kepada keperluan. Kekadang asnaf ini rasa bantuan zakat itu cuma wang tunai. Tapi bantuan lain selain wang tunai dia tak perasan seperti :
Sewa rumah
Support Pendidikan anak dari tadika sampai university
Bayar bil elektrik
Makanan bulanan
Modal perniagaan
Mengulas lanjut tentang pemberian zakat ini, Faisal turut menyatakan rasa terkilan apabila pihak media massa tidak memberikan maklumat penuh tentang bantuan yang diterima. Perlu ditanya kepada asnaf yang ditemui apakah bantuan lain yang diterima selain daripada wang tunai. Apabila maklumat lengkap dinyatakan, maka tiadalah laporan itu kelihatan berat sebelah.
Apa hukumnya anak yang mencuri harta atau wang orang tuanya?
Secara umum, masalah ini sama dengan pencurian. Namun dalam Islam, terdapat hukum yang berbeza sesuai dengan situasi dan keadaan yang berlaku. Dalam Fatwa Syabakah Islamiyah dinyatakan,
فلايجوزأنتأخذيشيئاًمنمالأبيكإلابإذنهوبطيبمننفسه،لقولالنبيصلىاللهعليهوسلم : لايحلمالرجلمسلملأخيهإلاماأعطاهبطيبنفسه . أخرجهالبيهقيفيالسنن. Anda tidak boleh mengambil harta ayah anda sedikitpun, kecuali dengan izin dan kerelaannya.
Berdasarkan sabda Nabi SAW,
”Tidak halal bagi seorang muslim untuk mengambil harta saudaranya, kecuali harta yang dia berikan kepadanya dengan kerelaan saudaranya.” riwayat Baihaqi dalam as-Sunan. (Fatwa Syabakah Islamiyah, no. 27073)
Sedangkan pendapat kedua mengatakan apabila orang tua sangat bakhil sehingga tidak memberikan nafkah yang cukup bagi anaknya, maka boleh mengambil harta orang tuanya, meskipun tanpa diketahui orang tuanya.
Dalam Fatawa Nur ‘ala ad-Darbi dinyatakan, اذاكانالأبقصّرفيالنفقة،والولدضعيفلايستطيعالعمل،عاجز،فإنّهيأخذمنمالأبيه،ويسدّحاجته،ولوبغيرعلمه، “Apabila ayah bakhil dalam memberikan nafkah, sementara anak masih lemah tidak boleh bekerja sendiri, maka dia boleh mengambil harta orang bapaknya untuk memenuhi keperluannya. Meskipun tanpa diketahui orang tua.”
Kemudian Syaikh menyebutkan dalil hadis dari Hindun bintu Uthbah radhiyallahu ‘anha, istri Abu Sufyan yang melaporkan kepada Nabi SAW,
يارسولاللهإنأباسفيانرجلشحيح [يعنيبخيل] لايعطينيمايكفينيويكفيبنيّ،إلاّماأخذتهمنمالهبغيرعلمه،فهلعليفيذلكمنجناح؟ “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan orang yang bakhil, tidak memberikan nafkah yang cukup untukku dan untuk anakku. Kecuali jika aku mengambil hartanya, tanpa pengetahuannya. Apakah saya berdosa melakukan hal itu?”
Lalu Nabi SAW menjawab, خذيمنمالهبالمعروفمايكفيكويكفيبنيكِ ”Ambillah hartanya secara wajar, yang mencukupi keperluanmu dan mencukupi keperluan anakmu.” (Muttafaq)
Kashoorga: Dalam kes wang zakat dicuri makcik asnaf ini, adalah tidak wajar anak yang sihat dan masih bekerja mengambil wang bantuan zakat ibunya. Segeralah bertaubat, jangan diulangi dan serahkan kembali wang yang telah diambil.
Sentuhan seorang suami terhadap isterinya mempunyai manfaat luar biasa dari segi emosional, fizikal mahupun spiritual. Kajian membuktikan, ada banyak manfaat terutama dari segi emosi jika suami sentiasa menyentuh isteri.
Sayangnya, sebahagian besar suami merasakan hal ini tidak penting. Mereka hanya menyentuh isteri ketika berada di bilik tidur saat menunaikan hajat dan selebihnya tidak melakukan perbuatan ini kerana menganggapnya tidak penting sama sekali.
Hasil penelitian, berikut adalah enam kebaikan diperoleh di sebalik suami menyentuh isteri.
Mulakan sentuhan kasih sayang ini di pagi hari. Biasakan menepuk lembut di pipi isteri saat membangunkannya untuk tahajud bersama-sama. Atau boleh lakukan sentuhan dengan memeluknya agar bersama-sama bangun awal pagi. Saat itu, suami boleh ke masjid untuk solat Subuh atau berjemaah bersama isteri. Selesai semuanya, isteri boleh menguruskan keperluan normanya seperti menyediakan sarapan pagi dan sebagainya sementelah suami bersiap ke pejabat.
Dalam sehari, hantarlah ucapan-ucapan indah untuk isteri seperti anda menyayanginya dan mendoakan agar dirinya diberi kesihatan yang baik sementara kita belum pulang dari kerja. Ini menunjukkan anda suami yang prihatin dengan dirinya.
Sentuh emosinya dengan menulis di atas kertas bahawa anda sangat menyintainya sama sekali. Walau hanya sedikit tulisan tapi isteri tahu anda sangat menyayanginya dan dia pasti tertunggu-tunggu kehadiran anda untuk segera dipeluk.
Ketahui apa disukai isteri. Belikan dirinya makanan atau barang kesukaannya, hatinya pasti berbunga dan terus mencintai anda. Bahkan hubungan rumahtangga juga akan sentiasa mekar dengan kasih sayang. Tak perlu hadiah mahal kerana wanita lebih menghargai apabila emosinya dibajai.
Suami yang kelelahan saat berada di luar rumah pasti akan memperoleh tenaga kembali jika memeluk isteri sesampainya di rumah.Peluklah isteri dengan hangat, kucup keningnya dan rasakan apa berlaku dalam kehidupan anda.
Jangan pernah lupa untuk memegang tangan isteri saat berjalan di luar atau ketika duduk di rumah. Ia sebagai tanda anda amat menghargainya dan ia satu tindakan spontan yang isteri amat menyukainya.
Sebenarnya tidak susah untuk menghangatkan kembali rumahtangga yang sudah tidak indah di awal perkahwinan. Apa yang penting suami isteri kena tahu dan carilah cara untuk menawan kembali hati pasangan.