Pemergian seorang tokoh agama yang cukup dikagumi, Tan Sri Hassan Azhari suatu kehilangan yang cukup besar. Beliau cukup dikenali melalui rancangan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM selain menjadi individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Allahyarham menderita kanser limfoma tahap empat yang dikesan Ogos lalu. Seakan tahu masanya telah tiba, dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, Sabtu minggu lalu, arwah meminta dua anak lelakinya meletakkan beliau dalam posisi bersujud kerana sudah tidak mampu berdiri untuk menunaikan solat seperti sediakala.
Anak kesebelasnya, Datuk Mohd Zin Hassan berkongsi momen-momen akhir kenangan bersama ayahnya yang dipanggil abuya.
“Sabtu lepas, abuya minta saya sujudkan beliau, katanya abuya nak sujud. Saya dan abang, Abdul Rahman pun menuruti permintaannya…kami terbalikkan badan abuya dalam posisi bersujud. Kami risau juga sebab abuya lemah ketika itu, tetapi beliau mahu juga,” ujarnya.
Menurut abuya, ALLAH dah bagi beliau umur yang panjang, dan sujud ini merupakan solat terakhirnya.
Ads
“Abuya kata beliau sudah tidak boleh bangun, ini sujud akhir kepada ALLAH. Dalam sujud itu kira-kira 15 minit itu, abuya minta ampun atas segala dosanya dan bersyukur kerana sepanjang hayatnya telah dikurniakan semua nikmat daripada ALLAH, usia sehingga 90 tahun, anak-anak dan keluarga yang baik. Itulah permintaan terakhir abuya dan keesokan harinya (Ahad minggu lepas) beliau tidak boleh lagi bercakap,” katanya.
Mohd Zin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd berkata, Ahad lepas apabila melihat kondisi bapanya yang lemah dan tidak boleh bercakap, mereka sekeluarga membawanya ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Cukup seminggu kemudian Allahyarham pergi buat selamanya.
Ads
Allahyarham meninggal dunia dalam usia 90 tahun. Allahyarham yang juga penerima anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 2002 telah selamat dikebumikan di Makam Diraja, Shah Alam.
Kehilangan tokoh agama ini turut dirasai oleh beberapa tokoh agama yang lain.
‘Sembahyang lama, rajin puasa dari muda sampai sekarang.’ Shiera dedah rahsia Datin Maria Arshad kekal awet muda dan bertenaga walaupun telah memasuki usia 60-an.
Ternyata setiap apa yang disyariatkan oleh Allah pasti ada kebaikan dan faedahnya kepada manusia. Seperti mana yang dilalui oleh Datin Maria Arshad iaitu ibu mentua kepada Shiera atau Sharifah Shahirah.
Allah SWT mensyariatkan puasa pada tahun kedua hijrah ketika sahabat Nabi dan kaum Muslimin berhijrah ke Madinah. Pensyariatan puasa dirakamkan Allah SWT dalam Surah al-Baqarah bermula ayat 183 hingga 187.
Ayat yang mewajibkan kita berpuasa itu mengandungi beberapa perkara penting. Antaranya, puasa termasuk syariat yang tidak dimansuhkan kerana kebaikan dan faedahnya begitu besar bagi manusia.
Ia mendorong manusia sentiasa bersemangat melakukannya serta berlumba-lumba dengan generasi sebelum mereka dalam menyempurnakan amalan baik.
Selain itu, puasa adalah aset terbesar bagi memperoleh ketakwaan. Key Performance Indicator (KPI) ditetapkan Allah SWT iaitu takwa menjadikan puasa benteng pertahanan ampuh bagi seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat.
Sempena ulangtahun kelahiran ibu mertua tercinta beberapa hari lalu, selebriti, Sharifah Shahirah mendedahkan rahsia atau amalan ibu mertuanya selama ini.
Biarpun ucapan selamat hari jadi yang disampaikan agak “kelakar”, namun ramai yang terharu dan teruja dengan perkongsian tersebut. Luahnya di akaun Instagram:
With dey dey…masa tiga bulan
Happy birthday mama!
Doa semoga mama sihat… Positive as usual..
Dilindungi dan dipermudahkan urusan dunia akhirat
Dalam posting yang sama, jelasnya kalau ada orang tanya apa rahsia ibu mertuanya kekal bertenaga adalah disebabkan ibu mertuanya memang rajin berpuasa sedari muda, apa saja jenis puasa sunat Maria Arshad akan lakukan.
‘Dia rajin puasa daripada muda sampailah sekarang. Dia akan puasa pada sunat Isnin dan Khamis. Puasa hitam putih macam-macam jenis puasa semua dia buat. Memang rajin puasa.
‘Sembahyang lama dan mungkin semua sembahyang dia buat.
Lepas makan setengah jam, jangan duduk.
Party dengan kengkawan perempuan, pergi holiday dan selalu hidup positif. Dan rajin masak untuk menantu dan kengkawan menantu,’ tulis Shiera satu persatu memuji ibu mertuanya.
Warganet dan rakan artis turut mengagumi amalan yang diamalkan oleh Datin Maria Arshad. Kata mereka:
rozitachewan1
Dah tahu rahsia, patutlah cantik…
sejadahmadinahexclusife_tpmkl Sanah Helwah mamanya. Boleh tahu yang ke berapa? Kagum sangat dengan orang berusia cantik lawa tambah-tambah sihat walafiat. Alhamdulillah
zarralufya_ojie Memang bagus puasa sunat ini. Pada yang selalu sakit-sakit, berpuasalah. Insyallah badan cergas dan umur panjang serta sihat selalu…
Anak adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya. Untuk mendidik mereka, kenalah dari kecil agar senang untuk dibentuk menjadi manusia berguna.
Bukan sahaja mendidik mereka dengan menyuruh mengamalkan kewajipan yang disuruh oleh Allah, tetapi juga sentiasa berdoa yang baik-baik agar urusan dipermudahkan.
Ini antara doa boleh dipohon oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan berguna apabila dewasa nanti.
Dan juga bagi yang belum dikurniakan zuriat, boleh amalkan doa agar dikurniakan zuriat oleh Allah
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim ayat 40)
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim as untuk anak-anaknya. Sungguh besar harapan ibu bapa, agar zuriat keturunannya adalah dari golongan yang menjaga solat. Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu nak perhatikan anak-anak kita setiap masa, mudah-mudahan, dengan doa ini, anak-anak serta zuriat keturunan kita sentiasa terpelihara dan memelihara solat mereka.
Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)
Doa ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga yang bahagia. Ini kerana, doa ini bukan sahaja memohon agar beroleh pasangan serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hati, malah, doa ini juga memohon agar kita sebagaiibu bapa dapat menjadi role model (qudwah hasanah) buat anak-anak.
Maksudnya: “…Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)…” (Surah al-Ahqaf ayat 15)
Doa ini membawa maksud yang sangat mendalam. Sebagai seorang hamba kepada Allah swt, sememangnya kita perlu sentiasa berdoa agar kita tidak lalai dengan nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan. Malah, doa ini juga memohon agar kita serta zuriat keturunan kita dapat terus istiqamah beramal soleh kepada Allah swt.
Maksudnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” (Surah as-Syura ayat 19)
Doa ini dibacakan kepada anak agar hati anak menjadi lembut, tidak keras dan degil. Al-Latif adalah salah satu nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut. Mudah-mudahan, dengan berkat kelembutanNya, anak kita juga punyai hati yang lembut.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 128)
Doa ini dibacakan oleh Nabi Ibrahim as ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail as. Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita serta keturunan kita menjadi hamba Allah yang taat dan beribadah dengan cara yang benar serta tidak sesat. Semoga Allah menerima taubat kita.
Maksudnya: “…Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali Imran ayat 38)
Doa ini dibaca oleh Nabi Zakaria as ketika memohon daripada Allah swt agar dikurniakan zuriat. Nabi Zakaria sudah bertahun-tahun kahwin tetapi diuji dengan tiada zuriat. Nabi Zakaria as tanpa putus asa sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya. Akhirnya Allah swt perkenankan doa Baginda dan mengurniakan seorang anak yang bernama Nabi Yahya as.
Doa ini sangat sesuai diamalkan agar kita dikurniakan zuriat yang baik akhlaknya. Malah bagi pasangan yang belum direzekikan zuriat, anda juga boleh amalkan doa Nabi Zakaria as ini untuk memohon rezeki anak.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
Doa ni dibaca oleh Rasulullah saw sewaktu baginda mengusap kepala Ibnu Abbas ketika beliau kanak-kanak. Dan kesannya Ibnu Abbas menjadi seorang yang bijak dan tawaduk. Beliau adalah yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah saw semasa hayat beliau.
Anda boleh amalkan bacaan doa ini kepada anak-anak sambil mengusap ubun-ubun mereka. Boleh baca doa ini sewaktu anak-anak tidur ataupun sebelum pergi ke sekolah.
Setiap ibu bapa wajib mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allah swt kepada kita. Sudah pasti kita akan ditanya kelak bagaimana kita mendidik mereka. Justeru itu didiklah anak dan berilah ilmu agama kepada anak-anak dengan sebaik-baiknya. Jangan lepaskan peluang untuk doakan kebaikan anak-anak kerana doa ibu bapa kepada anak-anak adalah sangat mustajab.
“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar” (Surah al-Anfal ayat 27-28)
SEMOGA ANK KITA SEMUA BERJAYA DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT..AAMIIN
#SILAKANSHARE
Kashoorga: Menyediakan kelengkapan barangan untuk si kecil, di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap hari kita mendengar dan melihat keganasan serta penindanan yang berlaku terhadap saudara Islam kita di Gaza oleh rejim Zionis.
Betapa kejamnya mereka ini membedil mangsa dengan senjata api dan bagaikan tidak puas melihat darah rakyat Gaza yang terbunuh tidak kira sama ada kaum wanita atau kanak-kanak.
Namun semangat saudara Islam kita di Gaza tidak pernah goyah. Mereka tetap bersemanangat menentang kekejaman Zionis Israel ini.
Tidak kira lelaki atau wanita, malah kanak-kanak bangkit menentang kekejaman rejim Zionis biarpun hanya berbekal seketul batu menjadi senjata.
Jika di sini, kita melihat kaum wanita sentiasa berpenampilan cantik dan bergaya dengan busana indah untuk hadir ke mana-mana majlis tertentu, tetapi berlainan sekali dengan penampilan kaum wanita di Gaza.
Pakaian mereka hanyalah jubah serta hijab atau niqab dan masa mereka dihabiskan untuk melindungi diri serta keluarga mereka, Biarpun dilabel insan lemah, tetapi di sana kaum wanitanya tidak seperti kita bayangkan.
Buktinya melihat beberapa foto wanita Gaza yang sedikitpun tidak takut pada wajah mereka menentang Zionis. Berbekalkan semangat juang serta rasa berani, kaum ibu di sana maju bersama menentang Zionis.
Mereka ini begitu berani bertempur tanpa senjata dan hanya berbekalkan batu menentang kekejaman Zionis ini.
Dan semangat inilah yang mendatangkan rasa gerun pada Israel sehingga mereka bertindak dayus mencederakan kanak-kanak dan juga wanita tidak berdosa.
Melihat foto-foto yang dikongsi di laman sosial Facebook Masjid Al Azhar Timika ini saja sudah cukup membutikan bahawa mereka sedikipun tidak gentar menghadapi maut, biarpun nyawa diibarat di haujung tanduk.
Maafkan kami disini… Kami di sini terlalu sibuk dengan skincare kami. Kami di sini terlalu sibuk dengan model gamis dan jilbab kami. Kami terlalu sibuk menghibur diri dengan mempercantik penampilan supaya kami terlihat indah di mata dunia. Maafkan kami saudariku..
Kami sibuk.!
Sangat sangat sibuk…
Jangankan berempati,untuk melihat penderitaan kalian saja kami tak sempat.
kami sudah sangat sibuk dengan dunia yang akan kami bawa mati ini.
Berjuang dan bertahanlah di sana.
Semoga masih ada uluran tangan dan doa2 yang di ijjabah dari mulut mereka2 yang tidak sesibuk kami.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Silent treatment dalam rumah tangga boleh menjadi penderaan emosi yang merosakkan hubungan suami isteri jika tidak dikawal dengan komunikasi yang sihat.