Pemberontakan Syria atau Perang Saudara Syriamerupakan konflik dalaman yang masih berterusan yang berlaku di Syria sejak awal 2011 malah sudah berlanjutan selama 11 tahun hingga ke hari ini. Peperangan yang tiada kesudahan membawa kesengsaraan berpanjangan kepada rakyatnya. Mereka diuji dengan kebuluran, kepedihan, kesengsaraan dan lain lagi.
Dalam satu perkongsian dari FB Cinta Syria Malaysia, seorang ibu muda hanya mampu menyuakan jarinya sebagai pangganti botol susu saat anaknya menangis kelaparan.
Allahuakbar! Sebak melihatnya kerana kita di sini diberi kenikmatan hidup tanpa peperangan sedangkan saudara seislam kita diuji dengan seribu kepayahan.
Pasti kita juga pernah mengalami saat-saat bahagia, nikmat kegembiraan apabila mendapat apa yang dihajati serta rasa manisnya kehidupan apabila memperoleh banyak kesenangan.
Baca perkongsian dibuat oleh fb Cinta Syria Malaysia ini.
Lihat jari ibu ini. Perhatikan betul-betul apa yang sedang dilakukan.
Ads
Dia memasukkan jarinya ke dalam mulut anaknya.
Mengapa si ibu ini melakukan sedemikian?
Kerana cuma itu yang mampu diberikan kepada anaknya yang sedang menangis kelaparan. Tubuhnya tidak mampu lagi menyusukan anaknya.
Ini berlaku kepada mereka yang menghadapi masalah malnutrisi atau kekurangan zat. Tiada lagi susu badan untuk diberikan buat anak yang lapar.
Ads
Bagi ibu ini, moga ada keajaiban dengan jarinya. Hatinya merintih agar anaknya kenyang. Tiada apa lagi yang boleh diberikan.
Tahu apa yang terjadi selepas itu?
Bayi ini akhirnya syahid kerana kelaparan!
Adakah salah ibu ini? Sedangkan dirinya sahaja tidak mempunyai makanan buat dirinya.
Ads
Rupa-rupanya sebelum ini dia juga mempunya seorang lagi anak lelaki. Namun anaknya terbunuh akibat serangan rejim.
Bayi ini satu-satunya anaknya yang tinggal. Namun kini, anaknya itu juga meninggalkan dirinya.
Selepas berjaya melarikan diri dari rejim, ternyata mereka terpaksa berhadapan dengan sebuah lagi ujian iaitu 'KELAPARAN'.
Jangan biarkan kisah ini berulang. Masih ramai lagi wanita sedang menghadapi masalah yang sama.
Setiap orang pasti mati, tetapi bila dan bagaimana hanya Allah yang tahu. Ada pelbagai cara nyawa diambil dan salah satu ketika sedang solat menghadapNya.
Perkongsian di laman sosial Facebook Zayan FM memberitahu kematian yang dicemburui di mana satu kejadian yang berlaku di Kluang johor.
Seorang waega emas, Zakaria Suriat, 60 tahun disahkan meninggal dunia ketika sedang menyempurnakan solat Maghrib di Addauliah, Taman Permata Kluang Johor, pada tarikh 15.12.2019.
Arwah yang menjadi makmun di saf pertama dan apabila masuk rakaat kedua ketika ingin sujud, arwah seperti tidak bermaya dengan keadaan nafas yang kencang. Arwah dikatakan sujud di rakaat kedua dan tidak bangun-bangun selepas itu.
Jemaah lain yang turut sama tidak menduga apa berlaku sehinggalah semuanya selesai solat. Selesai solat mereka cuba membantu tetapi dirinya sudah dipanggil Allah.
Betapa kematiannya dicemburui kerana perginya ketika pada sujud ketika bertemu PencintaNya. Sebelum itu arwah dikatakan tidak ada sebarang tanda sakit sebelum mendirikan solat di surau berkenaan.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un…
KEMATIAN yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas Zakaria bin Suriat atau dikenali dengan panggilan Pak Ya , 60 an, apabila disahkan meninggal dunia ketika solat Maghrib di Surau Addauliah, Taman Permata Kluang Johor, semalam pada tarikh 15.12.2019
Dalam kejadian 7.20 malam itu Allahyarham menjadi makmun di saf pertama. Apabila tiba rakaat kedua, semasa ingin sujud, Allahyarham macam tidak bermaya dengan nafas yang kencang. Allahyarham sujud di rakaat kedua dan tidak bangun². Jemaah lain duduk tahiyat awal dan tidak menduga apa yang berlaku sehingga semuanya selesai solat. Apabila selesai solat para jemaah cuba membantu beliau. Tetapi semuanya sdh berakhir perginya dalam sujud utk betemu penciptanya.
Allahyarham tidak menunjukan sebarang tanda sakit pada dirinya sebelum mendirikan solat maghrib di surau tersebut.
Sumber fb Abe Dee
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kekurangan, dia mudah hafal surah lazim dan teruja diajak solat. ‘Khaleef ajar saya erti bersyukur.’ Benarlah setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya.
Biarpun Khaleef dilahirkan dengan kecacatan di kaki, namun hatinya terang bila dia mudah menghafal surah-surah lazim dan teruja setiap kali ayahnya ajak solat. Khaleef anak syurga.
“Kenapa kaki anak macam itu?” Itu soalan yang kerap kali diajukan segelintir individu kepada Nadzirah Afiqah Abdullah, 33, setiap kali melihat keadaan kaki anak sulungnya, Muhammad Khaleef Iman Muhammmad Zainul Arifi, 7, atau mesra disapa Khaleef.
Meskipun begitu, Nadzirah Afiqah tidak tersinggung kerana mengerti ada segelintir individu yang kurang faham keadaan sebenar dialami Khaleef yang dilahirkan dengan keadaan kaki tidak normal atau Congenital Dislocation of the Knee.
Masalah itu menyebabkan sendi kaki Khaleef tidak bersambung dengan kepala lututnya yang terlalu kecil.
Berkongsi kisahnya, Nadzirah Afiqah mengakui agak susah untuknya menerima kenyataan apabila ada individu bertanya adakah Khaleef anak OKU.
Bagaimanapun, masa dan pengalaman mengajarnya untuk reda walaupun ada ketikanya masih berada dalam fasa penafian.
“Sebenarnya, suami yang lebih sedih melihat keadaan anak selepas dilahirkan, mungkin kerana Khaleef cahaya mata sulung kami.
“Manakala, saya pula lebih kepada perasaan ingin tahu kenapa anak jadi begitu kerana sepanjang tempoh kehamilan, tiada apa yang tidak normal dikesan oleh doktor.
“Cuma, apabila sudah kongsikan mengenai anak kepada rakan dan lihat semula gambar lama Khaleef ketika kecil, menitik juga air mata saya kerana mengenangkan bagaimana saya boleh kuat untuk menempuh ujian itu,” katanya lagi.
Bercerita lanjut, Nadzirah Afiqah menjelaskan Khaleef pernah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali sejak dilahirkan dan kesemuanya dijalankan di Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Kuala Lumpur – HKL).
“Pembedahan sulung Khaleef adalah pada 2018, membabitkan prosedur pemanjangan tendon lutut, kedua pada 2020 kerana tulang pinggul terkeluar dan ketiga pada tahun lalu, prosedur sama seperti pembedahan yang pertama.
“Selepas dilahirkan, doktor pernah cakap kemungkinan Khaleef tak boleh bersila kerana keadaan kakinya yang tidak boleh membengkok, namun kini nampak banyak perubahan positif selepas mengikuti rancangan rawatan yang disarankan.
“Bab pelajaran pula, ikutkan dulu risau juga nak menghantarnya ke sekolah kerana memikirkan penerimaan murid lain dan cikgu tetapi tanggapan itu berubah selepas melihat Khaleef dapat menyesuaikan diri terutamanya sewaktu menghantar dia masuk ke Prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi, Selangor.
“Di sekolah sekarang juga, Khaleef diterima baik oleh guru dan rakan-rakannya turut membantu pergerakan Khaleef serta tolong bawa begnya selepas tiba di sekolah,” katanya.
Tambah Nadzirah, bagaimanapun keadaan Khaleef Iman, dia terima seadanya kerana sudah berdamai dengan takdir.
“Dulu, saya memang marah jika ada yang kata anak saya OKU, tetapi apabila difikirkan semula, ia ada bahagian Khaleef dan saya mohon kad OKU untuknya juga kerana enggan menidakkan haknya.
“Kini, saya hanya mampu senyum sahaja apabila ada yang memandang dan melihat semacam Khaleef apabila membawanya keluar.
“Ia kerana, apabila di hospital, saya lihat ada lagi kanak-kanak yang lebih teruk keadaannya berbanding Khaleef. Jadi, daripada situ, saya belajar erti bersyukur.
“Lagipun, Khaleef anak yang tidak banyak ragam, mudah dijaga dan karakternya yang ceria menjadikannya penghibur buat kami sekeluarga,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Muhammad Zainul Arifin Ab Aziz, 33, menganggap Khaleef Iman sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.
“Waktu mula dapat tahu keadaan Khaleef, memang saya sedih hingga menangis kerana mengenangkannya adalah anak sulung saya dan isteri.
“Tapi kini, saya sudah dapat terima keadaan Khaleef dan bersyukur kerana dia dalam keadaan sihat.
“Dalam kekurangan, Khaleef ada keistimewaannya iaitu boleh menghafal nombor dan mudah surah lazim malah teruja apabila diajak solat bersama,” katanya.
Sharnaaz dan Noor Nabila wajib dicontohi! Sudah berpisah tapi tetap berbaik demi Jebat. Ternyata sikap matang kedua ibu dan bapa Jebat ini meraih perhatian netizen.
Kebiasaannya, bila suami, isteri berpisah sukar untuk mencipta hubungan yang baik. Pasti terselit dendam di hati, apa lagi salah seorang telah memulakan hidup baru dengan orang lain.
Namun berbeza dengan meraka berdua. Biarpun sudah berpisah, pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila mengekalkan hubungan baik antara mereka.
Mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan berpisah 9 Julai 2020, sikap profesional mereka demi membesarkan cahaya mata, Jebat Jayden, 5, harus diberi pujian.
Bukan setakat itu, Sharnaaz tidak lekang memuji bekas isteri dalam hantaran di laman sosial. Malah juga berinteraksi secara mesra dan bersahaja secara terbuka.
Dalam masa yang sama, jika diimbas kembali, tiada kenyataan negatif dikeluarkan oleh kedua-duanya selepas mereka berpisah dan sentiasa ada bersama Jebat seolah tiada masalah untuk berhubung selepas bercerai.
Di samping itu, ramai yang memuji sikap Sharnaaz yang tidak lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawabnya menguruskan jebat walaupun permata hatinya itu tinggal bersama bekas isteri.
Penampilan mereka bertiga dalam sebuah video memasak dan tular di media sosial juga mendapat perhatian warganet. Ramai antara mereka memuji sikap matang Sharnaaz dan Noor Nabila.
Noor Nabila berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac 2021.
Kashoorga: Perpisahan yang berlaku antara suami dan isteri janganlah memberi impak negatif pada anak. Jangan dipisahkan anak dengan ayah atau ibu kandung mereka.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.