Sepanjang Perintan Kawalan Pergerakan ini ada saja aktivit bermanfaat untuk dilakukan dan salah satunya adalah menyediakan makanan untuk keluarga.
Selepas makan pagi, tengahari dan juga hidangan petang dan malam untuk disediakan buat ahli keuarga.
Jika masih belum ada idea untuk menghidangkan apa petang ini, boleh cuba idea ini untuk petang nanti.
Ayuh ikuti perkongsian wanita ini di laman sosial Facebook Azierah cara membuat brownies mengikut sukatan cawan. Bukan sahaja mudah, malah rasanya juga sedap untuk dijadikan hidangan minum petang.
Ads
Alhamdulillah menjadi lagi..resepi yg sama pernah sis kongsikan dalam group ini..ada yg pernah buat ikut resepi sis kh mesti menjadikan..cuma kali ni sis guna majerin sbb tu saja yg ada di dapur sis skg..sis share balik resepi yg sis guna ya
Resepi Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan
Bahan A 1/2 cawan butter (resepi kali ini sis guna majerin saja) 1 cawan dark chocolate Beryl’s
Cara 1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler. 2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.
Ads
Bahan B* 1 cawan gula perang
2 biji telur Gred A
Cara Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja *tidak perlu hingga kembang *guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer
Bahan C 1 cawan tepung naik sendiri* 2 sudu besar serbuk koko * Secubit garam * Ayak semua bahan
Ads
Cara untuk satukan smua bahan 1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.
2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)
3. Sapukan butter pada loyang 8″x8″. Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.
4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk. Selamat mencuba (^_^)
Dipersilakan share resepi ya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Adakala waktu paling tepat berdoa adalah ketika hati paling berat untuk berdoa, di mana di saat hati kita sakit, kecewa dan merana seperti Allah tidak adil menurunkan satu-persatu ujian.
Sesungguhnya umat Islam sangat disarankan untuk berdoa kepada Allah SWT kerana doa inilah yang menjadi pengikat ikatan kita dengan Nya.
Tidak kiralah di waktu susah atau senang, mohonlah doa pada Allah. Namun begitu, dapat berdoa pada waktu doa mustajab adalah saat istimewa bagi setiap orang.
Sebenarnya, Allah mengurniakan waktu doa mustajab kepada semua hamba-hamba Nya agar dimanfaatkan dengan taat supaya segala permintaan dan kemahuan yang dijahati itu termakbul.
Antara contoh-contoh waktu doa mustajab adalah waktu antara azan dan iqamah, sewaktu turunnya hujan, doa di waktu hari jumaat, di waktu sepertiga malam, di hari Arafah di musim haji, ketika waktu sahur dan berbuka serta di waktu sujud.
Doa belum dimakbulkan tanda Allah tidak sayang?
Tidak semua doa yang kita pinta kepada Allah SWT itu akan termakbul dengan segera. Ada kalanya doa itu ditahan “nanti” untuk terkabul pada saat dan masa yang tepat.
Namun sebagai seorang manusia pasti kita kadang kala tertanya-tanya mengapa Allah tidak mengabulkan doa kita ini. Sehingga timbul rasa berputus asa dan merasakan diri tidak disayangi oleh Nya.
Menurut Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, adakalanya waktu yang paling tepat untuk berdoa ialah pada ketika hati paling berat untuk berdoa.
Benar, ada masa kita terlalu ‘down’ hingga segala-galanya mati dan terhenti. Rasa dan fikir kita mati. Langkah dan upaya kita seakan terhenti.
Masjid tempat paling tenang itupun terasa berat untuk dijejaki. Solat seakan-akan terawang-awang hingga segalanya terasa berlalu begitu kontang… gersang.
Pada waktu itu, istighfar dan berselawatlah. Duduk, pejamkan mata, tarik, simpan dan hembuskan nafas dengan perlahan-lahan. Katakan pada diri, aku tidak punya apa-apa, segalanya milik Mu ya Allah.
Jika segalanya berpunca daripada dirimu sendiri, istighfar… pasti itu daripada dosa. Manakala jika pada orang lain, lepaskan… biar Allah yang membalas.
Jika memaafkan terlalu sukar, jangan dipaksakan. Tetapi terimalah itu sebagai takdir yang tidak mungkin dapat ditangkis. Memaafkan itu satu rasa. Rasa tidak mungkin dapat dipaksa.
Hanya katakan pada diri, biarlah Allah yang membalas. Allah sentiasa berada di pihak hamba yang dizalimi. Biarkanlah sumber kesakitan itu tertawa semahu-mahunya, tetapi yakinlah air mata mu lebih berbisa.
Selagi kau tidak melakukan dosa, itulah modal mu untuk bahagia. Bersedia berperang bukan bererti tidak berani untuk berdamai. Jangan dihunus belati kemarahan, sebaliknya simpan, pendam dan tahan… itu petanda taqwa yang ada di dalam dada.
Jangan sekali-kali mengundang perang, namun jika diri mu telah diserang, lawanlah dan patahkan tengkuk kezaliman dan pengkhianatan itu habis-habisan!
Isu kahwin suami orang memang agak sensitif. Ia isu agak taboo kerana masih dianggap perampas walau di dalam Islam dibenarkan berkahwin lebih dengan syarat mampu. Namun isteri kedua sering dilabel suka meruntuhkan rumahtangga orang sehingga masyarakat memandang serong kepada isteri kedua.
Berkongsi setiap pengalaman selepas bergelar isteri kedua kepada Datuk Saiful Nizam, Datuk Nurulhidayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan rahsia lagi kerana walau hidup bermadu namun hubunganya dengan isteri pertama, Datin Bahazanariah binti Baharudin sudah seperti adik beradik dan tidak pernah ada kekecohan yang timbul antara mereka.
Dalam pada itu, Datuk Nurul berkata, kalau ada mana-mana wanita nak kahwin suami orang memang boleh tapi sebelum bernikah, kena tanya lelaki dua soalan ini. Dikongsikan di instagramnya, dirinya berkongsi apa dua syarat itu.
Nak nikah suami orang?
Boleh.
Bagi syarat kat lelaki tu :
1. Isteri dia kena setuju. 2. Isteri dia kena ada masa nikah.
Bincang baik-baik dengan bakal madu, do and don't. Jadikan madu kawan baik kita. Banyakkan bersabar bila orang mengata kita.
Allah will reward you in return. Inshaa Allah.
Rasanya kisah Siti Hajar ramai yang tak tahu. Isteri ke-2 Nabi Ibrahim.
Saya pernah share masa saya buat haji 2018 tentang bagaimana seorang yang penyabar diangkat darjatnya oleh Allah sehinggakan salah satu rukun Haji dan Umrah itu adalah Sa'ie yang punya cerita disebalik Sa'ie itu.
Tolong jangan buat kerja Allah. Kita tak suka poligami, jangan suka haramkan benda yang Allah tak haramkan.
Poligami ker, monogami ker sama jer. Kalau yang monogami, kalau sebab bercerai tu bukan pasal perempuan lain, ada yang bercerai pasal mak mentua ipar duai pun ada.
Jalan kita Allah dah tulis.
Beriman kepada qada dan qadar adalah salah satu rukun Iman yang wajib kepada seorang umat Islam.
Again, pilihan ada pada kita. Bukan pada netizen atau follower atau stalker.
Pernah dengar pilihan dengan Istikharah?
Tak pernah? L E M A H.
Jokes aside.
Allah Maha Baik.
Percayalah.
Sumber : IG Nurul.zahid
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Kakak rayu pulangkan duit hasil titik peluh adik.’ Ini hukum ambil wang yang dijumpai di tepi jalan. Bayangkan hilang RM100 pun sudah susah hati, inikan pula RM 30, 000.
Malah wang tersebut adalah hasil titik peluhnya bekerja keras selama ini. Mahu tak terduduk, duit yang bakal digunakan untuk mengembangkan bisnes hilang sekelip mata. Allahuakbar berat sungguh ujian.
Terbaru, keluarga kepada mangsa yang kehilangan wang akibat terjatuh dari kereta dan bertaburan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini menawarkan bayaran saguhati kepada mana-mana pihak yang memulangkan kembali wang tersebut.
Sebenarnya dalam agama Islam sendiri ada menggariskan hukum mengambil wang yang kita terjumpa di tepi jalan iya. Bukan sewenang-wenangnya kita jadikan wang yang dijumpai sebagai hak milik sendiri tidak kiralah jumlah kecil atau besar.
Memetik laporan Sinar Harian, Wan Mastura Wan Leh, 26, yang merupakan kakak kepada Wan Ibrahim Wan Leh, 24, turut merayu pihak yang mengambil duit hasil titik peluh adiknya itu dapat mengembalikan wang berkenaan.
“Kami berharap dengan pemberian saguhati itu membolehkan lebih ramai lagi dapat memulangkan semula wang yang mereka kutip pada tempoh hari.
“Kami sekeluarga merayu untuk pulangkan kembali duit tersebut sebab ia merupakan duit hasil titik peluh adik selama ini dengan menjalankan perniagaan kedai gunting rambut.
“Duit itu sebenarnya digunakan untuk kembangkan perniagaan kedai gunting rambut adik saya selain hendak beli kereta sendiri. Namun disebabkan kejadian itu, dia terpaksa menangguhkan hasratnya buat sementara waktu ini,” katanya.
Pada Jumaat, seorang lelaki mendakwa kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 yang diletakkan atas but keretanya, terjatuh dan bertaburan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, pada jam 11 pagi Khamis.
Manakala menurut ibu lelaki itu, Che Safiah Abdullah, 63, anaknya Wan Ibrahim Wan Leh, 24, terlupa yang dia telah meletakkan beg kain berisi wang tunai di atas but kereta jenis Honda Civic, sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang tersebut.
Mengulas lanjut, Wan Mastura juga mendedahkan Wan Ibrahim kini sudah berada dalam keadaan baik dan semangatnya kembali pulih memandangkan sebelum ini dia mengalami kemurungan dan hanya berkurung di dalam bilik akibat kejadian tersebut.
“Dia senyap dan tak lalu nak makan selain hanya berkurung dalam bilik masa kejadian tempoh hari. Alhamdulillah, keadaan adik kini kembali pulih dan dia sudah mahu berbual dengan ahli keluarga lain.
“Kami cuma berdoa dan berharap baki duit lain itu dapat ditemui dengan segera malah lebih ramai tampil selepas ini untuk kembalikan semula wang berkenaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Wan Mastura jelaskan jika mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu boleh hubunginya di talian 013-5395538.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya anda menemui wang di tepi jalan, anda dinasihati:
1. Mestilah berazam untuk menjaga dan memulangkan semula wang yang dijumpai tersebut sekiranya dituntut.
2. Membuat hebahan kepada orang ramai di kawasan yang dijumpai selama mana anggaran bahawa pemiliknya tidak akan mencarinya lagi. Kemungkinan selama 3 hari atau kurang mengikut anggaran nilai barang tersebut.
3. Sekiranya di dalam jangka waktu itu tidak ada orang yang menuntut maka ia dibenarkan untuk menggunakannya dan sanggup untuk membayarnya kembali sekiranya ia dituntut.
4. Sebaiknya duit yang dijumpai dihebahkan melalui media sosial seperti facebook dan whatsapp. Setelah itu sekiranya masih belum dijumpai pemiliknya dalam tempoh yang tertentu duit itu boleh disedekahkan kepada masjid atau rumah anak yatim.
Namun sekiranya nilai yang besar dan berharga diwajibkan untuk mengiklankannya selama satu tahun atau boleh diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan badan yang berautoriti bagi menguruskan harta itu.