Tidak kira besar atau kecil usaha kita hatta hanya berdoa untuk keselamatan Palestin, ia sudah mendapat ganjaran pahala jika ikhlas melakukannya. Saat ini kebanyakan umat Islam di seluruh dunia bersatu demi kesejahteraan Palestin yang diserang Yahudi Laknatullah di mana zionis ini bukan menjadikan tentera sebagai sasaran sebaliknya menjadikan orang awam dan penempatan mereka sebagai sasaran utama mereka.
Masjid al-Aqsa dan kota Baitulmaqdis sebagai satu entiti yang tidak boleh dipisahkan malah ia adalah kota suci pertama umat Islam. Kemuliaan dan kesucian al-Aqsa dan kawasan sekelilingnya (kota Baitulmaqdis) disebutkan dengan jelas menerusi ayat pertama surah al-Israk yang merakamkan peristiwa perjalanan agung Israk dan Mikraj oleh Nabi Muhammad SAW. Malah kota Baitulmaqdis disebut sebanyak 70 kali di dalam Al-Quran melibatkan 21 surah.
Jadi jelaskan, mempertahankan Masjid Al-Aqsa bukan tugas orang Palestin semata tetapi seluruh umat Islam.
Dalam pada itu, usaha dilakukan oleh usahawan dan pereka fesyen ternama, Datuk Jovian Mandagie yang melancarkan penjualan pelitup muka eksklusif dengan empat reka bentuk bendera Palestin ternyata mendapat sambutan meriah dari pengikutnya.
Dalam tempoh kurang 12 jam, sebanyak 4500 unit bernilai RM213,005.00 habis dijual malah permintaan terhadap topeng muka ini masih tinggi.
Ads
Kongsi Datuk Jovian Mandagie di ignya,@jmandagie, dirinya bersyukur dengan usaha seluruh rakyat Malaysia yang bersatu padu, bersoladariti membantu rakyat Palestin kerana dalam tempoh kurang 12 jam, kesemua pelitup muka istimewa ini habis dijual.
“Jazakallah Khairon! 4500units SOLD with RM213,005.00 collected in less than 12hours! MALAYSIA, you guys are amazing, may Allah shower all donors His blessings upon you. SWIPE LEFT FOR MORE 🤍”
Malah di awal pelancaran di ignya, kurang dari 1o minit, 1000 unit habis terjual.
Ads
This is JOVIAN MASK FOR PALESTINE. A mask for SOLIDARITY, a mask for HUMAN RIGHTS, a mask that shouts out #FREEPALESTINE! 100% sales will go straight into helping our brothers and sisters in PALESTINE
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Ads
( Account & NGO to proceed
will be finalised )
Order & donate via www.jovian.com.my now
Semoga setiap usaha kita mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Sumber / gambar :- IG Datuk Jovian Mandagie
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam musim PKP dan dalam masa sama kita sedang berpuasa di bulan Ramadan. Dan kini hanya tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum menjelangnya Syawal.
Ramai antara kita ternanti-nanti detik Malam lailatul Qadar. Adakakah kita insan bertuah yang akan menemui malam yang lebih baik dari malam sebelumnya.
Dan pastinya 10 malam terkahir ini kita digalakkan untuk melakukan pelbagai amal ibadah serta bersedekah.
Perkongsian di laman sosial Facebook Ayunie Anuar memberitahu cara untuk mengumpul Tabung Lailatul Qadar.
TABUNG LAILATULQADR
Hasil berforum semalam dgn Ustaz Azian (bekas imam Masjid USJ9), beliau cadangkan satu idea yg sangat menarik, praktikal dan menguntungkan.
Salah satu cara mudah utk “mengena” amalan sedekah kita di malam Lailatul Qadar ialah dgn menyediakan Tabung Lailatul Qadar.
Kemudian minta semua ahli keluarga utk menyumbang sejumlah wang ke dalam tu SETIAP malam esp di 10 malam terakhir Ramadhan. Jangan putus, setiap hari masukkan walaupun seringgit.
Niatkan bahawa bila habis Ramadhan nanti, hasil kumpulan dlm tabung itu akan diserahlan kpd pihak yg layak (anak yatim, asnaf, masjid dsb.) Tak perlu serah sekarang. Boleh tunggu kemudian.
Tapi deposit setiap malam. Jika terkena deposit kita pada Lailatul Qadar, pahalanya LEBIH BAIK dari seribu bulan. Bukan sama, tapi lebih baik!
Note: of course boleh aje bagi infaq direct setiap malam (eg secara online). Tabung ni lebih utk mengajak ahli keluarga esp anak2 kecil utk turut sama bersedekah.
Contoh pengiraan kasar ikut Maths moden jika terdeposit hanya RM1:
RM1 x 1000 bulan x 30 hari = RM30K. Kalu nak nilai RM1juta, boleh deposit RM33 sehari.
Saya dah sediakan tabungvtersebut utk keluarga saya. Jom semua pakat sediakan juga, dan KONGSI gambar tabung anda dan ayat penerangan di atas utk menggalakkan rakan2 FB anda buat juga.
Saya izinkan copy/paste & share, termasuk gambar sekali. Semoga usaha kita mendapat bantuan Allah utk menemui Lailatul Qadar tahun ini.
Mohon betulkan kalau salah. KONGSI2KAN!
Copy paste from
Zaid Mohamad Coach Smart Parenting Malaysia. 18 Ramadhan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Selalu jadi imam dalam sel dan mengajar penghuni lain baca al-quran’. Banduan paling lama sujud syukur dibebaskan, selepas 40 tahun menghabiskan hayat di dalam tirai besi.
Tarikh 22 Mac lalu telah menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab, 63, apabila dibebaskan setelah mendapat pengampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Malah, dalam diam tempoh itu menjadikan Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat sebagai banduan paling lama di negara ini menerima hukuman kini bebas, dan kembali ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia, awal pagi ini.
Dia sendiri akui, bila dia dapat tahu pengampunan pembebasan, Jamil tidak percaya kerana sudah sedia maklum berkenaan hukuman sepanjang hayat di penjara.
‘Masa tahun 2012, ada pengampunan beramai-ramai di Johor dengan banduan paling lama adalah 37 tahun sedangkan waktu itu saya 29 tahun. Terus saya kata dalam hati, saya takkan ada peluang.
“Saya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah.
“Pagi semalam ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan,” katanya.
Ungkap Jamil, dia berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidupnya di kampung halaman, namun jauh dari sudut hatinya berat untuk meninggalkan sebuah bangunan tembok besi agam yang mengubahnya menjadi seorang manusia yang berguna.
“Saya seronok dapat ‘ampun’, tapi saya sedih sangat untuk tinggalkan penjara ini. Seronok ada tapi sedih lagi tebal kerana akan berpisah dengan staf yang menjaga saya seperti seorang sahabat dan bukan sebagai banduan,” katanya.
Siapa sangka, penjara mengajar Jamil menjadi seorang pekerja mahir dalam bidang jahitan apabila sehingga kini beliau telah menghasilkan ribuan baju Melayu dan blazer untuk pegawai-pegawai penjara.
Sebelum dipindah ke Penjara Taiping dari Penjara Johor Bahru, Jamil mengutip pengalaman dari bengkel rotan menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja.
Malah katanya berbekalkan ilmu agama yang dipelajari selama di kampung dahulu, 40 tahun meraikan hari raya di penjara, Jamil memimpin jemaah lain bersolat termasuk solat Hari Raya.
Dalam masa yang sama, Jamil menasihati anak muda agar jangan mensia-siakan waktu muda dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar sentiasa terhindar dari melakukan perbuatan yang tidak baik.
“Ketika muda, bila pegang pistol perasaan di dunia ini seperti kita yang punya. Bila pegang pistol kita rasa semua kecil, sikit-sikit marah mahu tembak sahaja.
‘Saya bukan orang yang baik, apabila di Indonesia dulu pun selalu masuk penjara. Atas jasa baik pegawai penjara di sini, saya dapat berubah menjadi manusia yang tidak tinggal ibadah sejak tahun 90-an.
“Saya tekad untuk ubah semua. Saya solat lima waktu dan tidak tinggal apa yang disuruh. Apabila saya lihat cermin, saya tengok rambut saya dah beruban.
‘Dulu saya masuk penjara, badan gempal sekarang kurus,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim dan keseluruhan kakitangan Penjara Taiping.
Pengarah Penjara Taiping Penolong Kanan Komisioner Penjara Nazri Mohamad berkata Jamil dimasukkan ke Penjara Johor Bharu pada Februari 1983 setelah dijatuhi hukuman Penjara Seumur Hayat dan enam sebatan rotan di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Jamil kemudian dipindahkan ke Penjara Taiping pada 1986 untuk meneruskan hukumannya.
Menurut Nazri pada 22 Mac, Jamil mendapat pengampunan pembebasan daripada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Johor dengan syarat dia hendaklah dihantar pulang ke Indonesia dan membuat akujanji tidak akan kembali ke negara ini lagi.
“Ia mendapat sokongan dari Pengarah Penjara Taiping melalui Kaedah 113 Peraturan Penjara 2000 Rayuan Pengampunan Banduan Seumur Hayat.
‘Buku laporan kajian hukuman empat tahun sekali bahagian 6 peraturan 54 peraturan-peraturan penjara 2000 iaitu sebanyak 28 buku penyata empat tahun, dibuat untuk rayuan pengampunan,” katanya.’
Nazri menyifatkan Pak Jamil sebagai seorang banduan yang warak dan sentiasa tekun dalam setiap bidang yang diceburi selain disenangi oleh penghuni di penjara ini.
“Dia amat aktif dalam aktiviti keagamaan apabila dia menjadi imam dalam sel dan mengajar penghuni lain membaca Al-Quran.
Hubungan Pak Jamil sesama penghuni lain adalah baik dan rapat. Bila sebut sahaja Jamil Hayat, semua kagum dan hormati dia atas ketokohan dan kepimpinan melalui ilmu yang diperoleh,” katanya.
Saat takbir Syawal makin menghampiri, hati kita seakan-akan bercampur baur. Ada rasa gembira menanti Aidilfitri, namun dalam masa yang sama terselit juga rasa hiba kerana Ramadan yang penuh keberkatan bakal meninggalkan kita.
Syawal sememangnya bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Setelah sebulan menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu, tibalah masanya untuk meraikan kemenangan.
Bulan Syawal hadir sebagai tanda syukur atas segala ibadah yang telah diusahakan sepanjang bulan yang mulia ini.
Namun, di sebalik kegembiraan itu, mengapa hati terasa begitu sayu setiap kali tibanya malam-malam terakhir Ramadan?
Hakikatnya, Ramadan bukan bulan yang biasa. Ia adalah bulan yang dipenuhi rahmat, keampunan dan peluang luar biasa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Pada bulan inilah kita melihat kemeriahan di masjid dengan amalan solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tangan-tangan yang ringan bersedekah dan lidah yang tidak putus-putus berzikir memohon keampunan daripada Allah SWT.
Lebih istimewa dalam bulan ini juga hadirnya malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sebab itu, hati orang beriman terasa kehilangan kerana suasana ibadah yang begitu indah ini tidak akan ditemui pada bulan-bulan lain.
Rasa sayu itu juga datang kerana kita sedar, belum tentu kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang. Umur adalah rahsia Allah. Tiada siapa tahu sama ada ini Ramadan terakhir buat kita.
Kerana itulah hati mula bermuhasabah, adakah amalan kita sepanjang bulan ini benar-benar cukup? Adakah solat, sedekah, bacaan al-Quran dan doa-doa kita diterima oleh Allah SWT?
Sebenarnya, rasa sedih meninggalkan Ramadan adalah tanda hati masih hidup. Ia petanda bahawa jiwa kita benar-benar merasai manisnya ibadah dan nikmat berada dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.
Walaupun hati sayu, jangan pula kita lupa untuk mensyukuri hadirnya Syawal. Raikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, saling bermaafan dan terus lakukan amalan baik yang telah dilatih sepanjang Ramadan. Jangan biarkan semangat ibadah itu terhenti hanya kerana Ramadan telah pergi.
Semoga segala amal kita diterima Allah SWT, diampunkan segala dosa dan jika diizinkan-Nya, semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?