‘Hati bergetar pertama kali jejak masjid.’ Hidup billionaire muda ini berubah selepas peluk Islam. Jika dahulu hidupnya terlalu leka dengan duniawi, kini hidupnya lebih terarah kepada akhirat.
Jika dahulu wangnya dihabiskan untuk wanita dan keseronokan yang melalaikan, sekarang Alfie Best Jr lebih gemar luangkan masa untuk membantu orang yang di dalam kesusahan.
Baru-baru ini wargamaya dikejutkan dengan berita pengislaman, Alfred William Best atau Alfie Best Jr., seorang usahawan muda Britain dan merupakan anak kepada jutawan Alfie Best Sr.
Tindakan dia memuat naik ayat dan gambar aktiviti seperti seorang Muslim membuatkan ramai netizen membuat spekulasi.
Dalam satu hantaran di media sosial miliknya,
“Apa sahaja yang saya lakukan, niat saya adalah untuk menjadi YANG TERBAIK!!!’. Jika Tuhan memberi petunjuk, tiada siapa yang boleh disalah anggap. Siapa pun Dia sesat, tiada siapa yang boleh bimbing,” tulisnya.
Pertama Kali
Jelas Alfie Best Jr. ketika ditemubual beberapa agensi luar negara, hidup dan hatinya terasa lebih tenang serta terisi setelah memeluk agama Islam.
Ads
Menurutnya, dengan kekayaan keluarganya, dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahukan, tetapi Alfie Best merasakan ada sesuatu yang hilang dalam hidupnya.
Alfie Best Jr., seorang ahli perniagaan yang berjaya dikenali di England, juga dikenali sebagai seorang Muslim yang taat. Lelaki yang dilahirkan pada tahun 1986 itu adalah anak kepada ahli perniagaan British terkenal, Alfie Best Sr.
Jejak Masjid
Alfie memulakan perniagaannya dari sebuah kedai telefon pada tahun 1990 dan kini merupakan salah seorang individu terkaya di UK. Alfie Best Jr. menguruskan perniagaan hartanah, tempat letak kereta, dan pelaburan kewangan keluarganya.
Kekayaan bapanya dianggarkan bernilai sekitar £ 740 juta. Walaupun kekayaan empayarnya, perniagaan Alfie bernilai sekitar £ 1.2 bilion dan dia tinggal di sebuah rumah agam £ 6 juta di Surrey.
Perniagaan keluarganya, Wyldecrest Parks, adalah salah satu syarikat yang berkembang di UK. Menurut laporan, pada tahun 2019, Sunday Times memasukkan Alfie dalam senarai orang terkaya di Britain.
Hidup Billionaire Muda Ini
Minatnya terhadap Islam mula timbul apabila dia pergi bercuti bersama rakan-rakannya. Pada ketika itu, ibu kepada seorang rakan mahu mengucap syahadah di sebuah masjid di tengah London.
Ads
Kerana ingin tahu, Alfie menghadiri upacara tersebut dan siapa sangka momen tersebut menerbitkan minat yang mendalam terhadap Islam.
Perasaannya bertambah kuat apabila menjejakkan kaki masjid, hatinya benar-benar bergetar dan perasaan itu tak pernah dirasai sebelum ini.
Berubah Selepas Peluk Islam
Ketika Alfie Best Jr. memutuskan untuk mengucap dua kalimah syahadah, imam bertanya apakah asbab utama dia memeluk Islam. Ini pengakuannya,
“Jawapannya mudah, hanya Allah sahaja yang boleh menjawab soalan itu. Dia yang datangkan hidayah. Saya tidak pernah rasa perasaan sebegini sepanjang hidup saya.
Dia mengaku, sebelum memeluk Islam, hidupnya kosong. Hari-harinya dipenuhi dengan maksiat, minum arak, dikelilingi wanita, hidup serba mewah.
Ads
Tetapi kini Alfie Best Jr. cukup berbeza setelah bergelar Muslim, semuanya telah bertukar menjadi 180 darjah. Menurut jutawan ini, Islam telah menjadikan hidupnya jauh lebih baik daripada sebelumnya.
Kini, Alfie Best Jr. aktif dalam kerja-kerja amal dan membantu orang yang memerlukan. Pada tahun 2018, Alfie Best Jr telah pergi umrah ke Makkah untuk menunaikan haji.
Dalam masa yang sama, Alfie Best Jr. kerap memuat naik gambar dirinya melakukan ibadah di media sosialnya. Kehadiran Alfie Best Jr. sebagai seorang Muslim yang berjaya dalam dunia perniagaan memberi inspirasi kepada ramai orang, terutamanya umat Islam.
Alfie Best Jr. membuktikan bahawa menjadi seorang Muslim yang taat tidak menghalang seseorang daripada mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan.
Kashoorga: Semoga terus melakukan kebaikan dan membantu lebih ramai orang yang memerlukan. Insyallah.
Kematian Ustazah Taslimah dicemburui. ‘Guru mengaji, meninggal ketika memimpin bacaan Surah Al-Baqarah.’ Guru mengaji ini di dalam sebuah majlis dan dia pergi di saat berbuat kebaikan. Allahuakbar!
Pemergian seorang guru mengaji ketika sedang membaca al-Quran disifatkan kematian dicemburui apatah lagi ketika melakukan ibadah dan amal soleh.
Itu yang berlaku kepada Ustazah Taslimah dari daerah Tebet, Jakarta Selatan Indonesia.
Menerusi video yang tular, seorang wanita tiba-tiba rebah ketika sedang membacakan ayat suci al-Quran.
Okezone dalam laporannya menyatakan, hasil semakan mendapati, wanita tersebut adalah Taslimah yang rutin menjadi guru mengaji di Masjid Al Barokah As Syafi’iyah Tebet, Jakarta Selatan setiap pagi Khamis.
Difahamkan Taslimah sedang menjayakan Majlis Taklim As-Syafiyah Ummahat, pada pagi kejadian.
Guru Mengaji
Berdasarkan video yang dimuatnaik Assalam TV, Ustazah Taslimah dirakam sedang membacakan ayat suci al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 5-6 di hadapan peserta majlis taklim menggunakan mikrofon.
Namun selang beberapa minit, wanita itu terjatuh dan kelihatan beberapa orang berusaha untuk menolong guru tersebut.
“Astaghfirullah.., Astaghfirullah,” suara jemaah yang dapat didengar dalam video di akaun Youtube tersebut.
Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan, Pengerusi Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid mengesahkan kejadian tersebut.
“Allahyarham meninggal pada pagi antara jam 7.30 (waktu tempatan). Dirinya sedang bertugas membaca khatam al-Quran dan tahlil.
“Sebelum itu, dia telah pun membacakan surah-surah lain. Namun pada minit ke 22 menjelang minit ke 30, suaranya sedikit bergetar dan mulai melemah. Tetapi dia tetap berusaha,” kata Alwy kepada CNNIndonesia.com.
Bacaan Surah Al-Baqarah
Alwy memberitahu, Taslimah merupakan salah satu ustazah yang kerap bertugas memimpin doa dan pengajian di masjid tersebut.
Sebelum meninggal, Alwy menjelaskan bahawa keadaan tubuh badan dan kesihatan Taslimah kelihatan dalam keadaan baik-baik saja.
Taslimah, tambahnya sudah datang ke Masjid As Syafiiyah sebelum jam 6.00 pagi lagi.
Allahyarham juga sempat berziarah ke makam orang tua Alwy yang berada di sekitar masjid sebelum memulakan majlis tersebut.
“Jemaah pada awalnya menyangka beliau pengsan, lalu ikhtiar bawa ke hospital namun dimaklumkan sudah meninggal,” katanya.
Kashoorga : Menjadi harapan setiap orang muslim meninggal dalam keadaan husnul khatimah dan di saat berbuat kebaikan. Al-Fatihah buat Ustazah Taslimah.
Perkahwinan merupakan sebahagian sunnah Rasulullah.
Dalam perkahwinan, baik isteri mahu pun suami, masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk meneraju alam rumahtangga agar bersama-sama dapat menuju sakinah mawaddah dan juga warahmah.
Di sebalik satu ikatan suci, baik isteri mahu pun suami, masing-masing memikul satu tanggungjawab besar di mana rasa tanggungjawab itu lebih besar pada suami. Sesuai dengan firman Allah ﷻ :
Maksudnya : “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan…”
Namun bukan semua lelaki “layak bergelar pemimpin agung” kerana masih menurut hawa nafsu. Maka apabila kurang bersedia, maka perceraian adalah pilihan. Sekali pun halal, tapi perceraian perkara paling dibenci Allah taala.
Sabda baginda Nabi: Perkara halal yang dibenci Allah adalah talak. – [HR Abu Daud 2178].
Dalam satu perkongsian Tik Tok atas nama @Bunga Syu 7, wanita memiliki tiga orang anak ini berkongsi kisah sedihnya. Dirinya diceraikan suami dan dihina fizikalnya sebagai hodoh dan gemuk. Suaminya mencari wanita lain dan dirinya dan anak2 diabaikan.
Kongsinya, perceraian ini sesuatu yang amat memeritkan. Malah dirinya berdoa agar hatinya ikhlas melepaskan suami yang mengkhianati dirinya. Malah anak-anak yang masih kecil juga akan dipelihara sebaiknya dengan penuh kasih sayang.
Jujurnya, ditinggalkan itu amat perit kerana kasih sayang bukan mampu dibentuk dengan wang ringgit sebaliknya datang dari hati yang ikhlas menyintai pasangan tidak kira apa kekurangannya kerana tugas suami isteri adalah saling melengkapi.
Dan bagi wanita yang mendirikan kebahagiaan atas keperitan orang lain juga bukanlah wanita yang benar-benar baik kerana kalau kita benar-benar baik, kita tak akan menerima hak orang lain dengan semudahnya.
Walau perceraian bukanlah satu pengakhiran sebaliknya ia merupakan satu permulaan untuk individu memulakan kehidupan yang baru tanpa perlu bertahan dengan kesakitan yang sama tetapi peritnya mengambil masa untuk beredar.
Moga wanita ini kuat kerana Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana.
Jangan takut untuk kenal imam anda. Jom sertai kami dalam Webinar Jodoh di mana anda akan diajar mengenal imam solat anda.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Tidak cepat sesaaat, tidak juga terlewat seminit. Apabila sudah sampai janji kepada Allah taala, kita akan berangkat pergi meninggalkan alam fana ini. Pemergian secara mengejut peguam hartanah terkenal, Salkukhairi Abd Sukor hari ini jelas mengejutkan pengikutnya di media sosial.
Tidak dinyatakan punca asbab kematiannya, peguam ini semasa hayatnya banyak berkongsi ilmu-ilmu berkaitan hartanah khususnya dalam pemilikan jual beli rumah di fbnya selain mempunyai buku Mudahnya Urusniaga Hartanah yang banyak membantu orang ramai sebelum membuat keputusan membeli rumah.
Dua hari sebelum meninggal, arwah sempat memuat naik satu dua posting akhir terutama ilmu berkaitan beza faedah lewat bayar (riba yang banyak diamalkan bank dan kita sebagai peminjam) dan ta’widh dalam perjanjian jual beli hartanah (SNP). Malah bagaikan dapat merasai sudah tiba, arwah memaklumkan minggu ini adalah terakhir akan buat kiriman buku tulisannya.
“Saya ingat minggu ni lastlah saya pos BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH ni. Sebab time PKPD ni payah nak keluar. Nak keluar kerap kerap pun dah tak berani sekarang. Jadi kalau ada lagi yang masih berminat untuk dapatkan BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH ni bolehlah dapatkan HARI INI. Petang nanti jika cukup quota saya pos buku. Minggu depan nampaknya terpaksa hold dulu tempahan BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH ni. Maaf ya. Jadi kalau ada lagi nak buku, cepat-cepat buat pay.ment sekarang. Nanti buku dah tak de baru lah nak tanya.
Bacalah ilmu terakhir dikongsikan ini untuk rujukan kita.
1. Faedah lewat bayar adalah riba’ kerana wujudnya pertambahan bayaran yang ditetapkan oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi. Ta’widh adalah gantirugi yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak berdasarkan aqad yang jelas.
2. Faedah lewat bayar dikenakan bersekali dengan bayaran harga jual beli. Ta’widh dibuat selepas semua bayaran harga jual beli diselesaikan.
3. Faedah lewat bayar biasanya dikenakan pada kadar 8%-10% setahun atas baki harga jual beli yang tertunggak dan ia boleh di kompaunkan. Manakala berdasarkan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara, kadar Ta’widh yang dibenarkan adalah tidak lebih 1% daripada bayaran harga jual beli yang tertunggak dan ia tidak boleh dikompaunkan.
4. Faedah lewat bayar biasanya pihak-pihak tiada pilihan. Ia perlu dilaksanakan. Wujudnya unsur penindasan disitu. Manakala Ta’widh terpulang atas persetujuan bersama pihak-pihak sama ada untuk menguatkuasakannya atau tidak. Jadi tiada unsur penindasan di situ.
5. Faedah lewat bayar seolah-olah menjdikan satu pihak membuat untung atas kegagalan/ kelewatan pihak satu lagi melaksanakan tanggungjawab nya. Manakala Ta’widh sekadar satu bentuk gantirugi yang wajar untuk mempampas pihak yang telah mengalami kerugian akibat kegagalan/ kelewatan pihak yang satu lagi melaksanakan tanggungjawabnya.
Jadi pilihan di tangan anda. Ibaratnya, nak pilih ayam yang disembelih dengan kalimah Allah atau nak pilih ayam yang dicucuk leher. Dua dua nampak sama. Tapi satu haram dan satu lagi halal. Tepuk dada tanya Iman.
Semoga setiap ilmu dikongsikan arwah menjadi asbab kebaikannya di dunia.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Atta Halilintar personaliti media sosial yang terkenal di Indonesia malah di Malaysia, meluahkan rasa syukur apabila membina masjid kelima tercapai.Masjid Suffah yang terletak di...