Istimewanya baca surah Yasin waktu pagi, lepas amalkan baru nampak keajaibannya. Begitulah kelebihan surah Yasin yang ramai tidak tahu banyak manfaatnya bila di baca di awal pagi, paling penting kita cuba amalkan dan selebihnya serahkan kepada Allah SWT.

Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran. Selain itu, hadis Nabi SAW juga menunjukkan bahawa  sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar.

Artikel Berkaitan:

Bacalah Ayat 36, Surah Yasin, Secara Istiqamah, Mustajabnya Buat Suami Makin Sayang

Istimewanya Surah Yasin

Dinyatakan dalam Al-Quran, di dalam tafsir Ibnu Kasir ada ditulis berhubung satu hadis bahawa sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam, maka waktu subuh dia sudah dapat keampunan Allah SWT. Siapa yang baca surah Yasin pada siangnya pula, maka pada petangnya dia sudah dapat keampunan Allah.

“Namun ini (baca Yasin) tidak khusus pada hari Jumaat. Apa pula hukum baca Yasin pada malam Jumaat? Nabi SAW tidak mengatakan baca pada malam Jumaat sahaja, sebaliknya baca pada setiap malam. Tetapi kerana tidak sanggup setiap malam, maka ramai memilih malam Jumaat kerana ia adalah penghulu hari.

Surah Yasin menjadi satu pedoman luar biasa. Ia juga mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan kita kembali setelah melalui saat kematian dengan hanya satu kata iaitu kun fayakun. Maka sangat baik untuk surah Yasin dibaca dan menjadi amalan seluruh umat Islam.

Lepas Amalkan 

Ikuti perkongsian Yusra Idham tentang kelebihan membaca surah Yasin.

Dulu masa arwah Abah ada, Mak selalu pesan.
“Nak Abah sihat, jangan tinggal Yasīn setiap pagi. Amal dan doa moga Abah diberi kesihatan yang baik.”

Masa itu, saya cuba amalkan saja sebab sayangkan Abah. Memang hendak sangat Abah kembali sihat macam biasa. Gelak-gelak, melawak, ceria dan boleh jalan-jalan.

IKLAN

Saya tak pernah tahu apa kelebihan baca Surah Yasīn setiap pagi. Hingga kakak saya Suwaidah Idrus syorkan baca Surah Yasīn.

Kebetulan saya memang sedih waktu itu dan terasa down sangat-sangat. Dialah yang menceritakan kelebihan-kelebihan baca Surah Yasīn dan keajaiban yang berlaku kepada dirinya setelah mengamalkan surah ini.

Baru Nampak Keajaibannya

Dia kata, “Bila kita tinggal berjauhan dengan family elok amal surah Yasīn. Mahu apa, niatkan saja sambil baca Surah ni. Insyallah, Allah akan makbulkan.”

Ternyata setelah bertahun-tahun saya amalkan, alhamdulillah satu-persatu Allah makbulkan.

Antaranya, walaupun saya selalu mohon pada Allah moga Abah kembali sihat, dalam masa yang sama saya juga mohon untuk Allah beri kesempatan untuk saya berkhidmat untuk Abah.

Istimewanya Baca Surah Yasin Waktu Pagi, Lepas Amalkan Baru Nampak Keajaibannya

IKLAN

Istimewanya Baca Surah Yasin Waktu Pagi, Lepas Amalkan Baru Nampak Keajaibannya

Istimewanya Baca Surah Yasin Waktu Pagi, Lepas Amalkan Baru Nampak Keajaibannya

Dan alhamdulillah Allah makbulkan doa saya, walaupun baru saja balik cuti tapi saya sempat untuk berkhidmat hingga nyawa abah yang terakhir.

Beberapa doa yang lain saya mohon pada Allah, Allah makbulkan. Walaupun lambat, alhamdulillah saya perolehinya.

Ayuh sahabat.
Saya nak sangat ajak sahabat-sahabat untuk sama-sama amalkan surah yasīn di awal pagi sebagai permulaan sebelum kita melakukan sesuatu.

Insyallah biiznillah jika niat kita baik, Allah akan bantu.

IKLAN

Hadis berkaitan kelebihan membaca Yasin

Memetik perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadis, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban. Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadith 2574]

  • Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ لِكُلِّ شيءٍ قَلْبًا ، وَإنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ ( يس ) ، مَنْ قَرَأَهَا فَكَأنَّما قَرَأَ القُرْآنَ عَشرَ مَرَّاتٍ

Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran”.  [Riwayat al-Tirmizi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 2812 dan riwayat al-Darimi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 3282]

Kashoorga: Semoga kita jadikan bacaan Yasin sebagai rutin dan bukan hanya di malam Jumaat sahaja. 

Sumber: Yusra Idham, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI