pggg

Bermula 1 Julai lalu, kerajaan sudah membenarkan kebanyakan operasi seperti Taman Tema, Rekreasi dan juga panggung wayang.

Inilah masa untuk kita melakukan aktiviti riadah bersama keluarga masing-masing setelah hampir tiga bulan duduk di rumah kerana perintah PKP.

Paling menarik di Terengganu, sebuah panggung wayang milik Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square telah melaksanakan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki, wanita dan keluarga bermula kelmarin.

Terengganu Laksana Panggung Wayang ‘Patuh Syariat’ Pertama Di Malaysia, Asingkan Tempat Duduk Lelaki & Perempuan!

 

Pengurus LFS Kuala Terengganu, Mohd Zulmajdi Razali berkata, pelaksanaan peraturan baharu itu dikuatkuasakan mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.

IKLAN

Beliau berkata, pihaknya menerima arahan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memperkenal dan melaksanakan peraturan baharu itu kepada semua pelanggan yang berkunjung ke tempat berkenaan.

“Pelaksanaan peraturan baharu ini akan dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh syariah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: “Dulu Tak Tutup Aurat Penuh. Rasa Stress, Rimas, Panas, Tapi Lepas Kahwin….” – Beby Tora Tora Dedah Cerita Lama

Mohd Zulmajdi berkata, pihak pengurusan LFS bertanggungjawab untuk melakukan pengasingan lelaki dan wanita bukan mahram serta membuat pemantauan di dalam panggung wayang sekiranya berlaku keadaan atau situasi mencurigakan.

IKLAN

“Bagi panggung wayang yang keluasannya agak kecil, mereka yang berkeluarga boleh memilih untuk duduk di mana-mana tempat duduk yang disediakan manakala bagi dewan yang agak luas, kita telah bahagikan tempat duduk bahagian tengah panggung wayang untuk pasangan berkeluarga namun bergantung kepada keadaan semasa di mana terdapat juga pengunjung lelaki atau wanita ditempatkan di tempat duduk bahagian tengah sekiranya keadaan memerlukan asalkan menjaga batasan antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada peraturan itu tertakluk kepada bukan Islam beliau berkata, ia tertakluk kepada semua pelanggan termasuk bukan Islam.

Beliau berkata, memandangkan peraturan itu masih baharu diperkenalkan, pihaknya sedia melaksanakan sebarang penambahbaikan bagi membolehkan ia dipatuhi oleh semua pelanggan.

IKLAN

Terengganu Laksana Panggung Wayang ‘Patuh Syariat’ Pertama Di Malaysia, Asingkan Tempat Duduk Lelaki & Perempuan!

“Ini adalah peraturan baharu dan boleh dikatakan LFS Kuala Terengganu adalah panggung wayang pertama yang melaksanakan peraturan ini di Malaysia. Setahu saya belum ada lagi panggung wayang lain yang menguatkuasakan zon pengasingan sebegini.

“Jadi kita di peringkat pengurusan pun masih baharu dengan peraturan ini dan bersedia untuk memperbaiki sebarang kelemahan bagi memastikan kepuasan pengunjung yang datang ke sini,” katanya.

Artikel Berkaitan: Imam Pakai Baju Singkat & Nampak Aurat, Ini Hukumnya Yang Perlu Makmum Tahu

SUMBER: SINAR HARIAN

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI