Kita sering mendengar ungkapan di sebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang isteri yang setia.

Ya, setia seorang isteri itu bukan saja di saat suaminya berdiri megah dengan kejayaan tetapi juga di saat adanya kekurangan. Isteri setia akan sentiasa mendokong perjuangan suami, memberikan kata-kata semangat agar suaminya mampu menahan apa saja ujian walau adakala ianya sangat perit.

Ternyata, perkongsian seorang suami, Fiziey yang mengalami lumpuh di bahagian pinggang ke bawah selepas terlibat dalam kemalangan teruk pada 2010 yang hampir meragut nyawanya, mampu terus bahagia selepas isterinya tidak pernah jemu membantu dan kekal setia di sebalik kekurangan dialaminya.

Bahkan di sebalik kecacatan dialami isteri bersedia menerima kekurangannya. Ketika keduanya mendirikan rumahtangga, dirinya sudah disahkan lumpuh, tiada pekerjaan dan isterinya, Yatt pula sudah berhenti kerja dan mereka bersama-sama balik ke kampung untuk meneruskan kehidupan.

IKLAN

Namun apa yang membuat hati ramai sebak, isterinya kekal setia menjaga suami dan rezeki mereka juga tidak putus-putus termasuk dalam bidang bisnes.

Dari video dikongsikan di akaun Tik Tok @Fiziey dirinya mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana menerima dirinya yang serba kekurangan.

Malah dapat dilihat, di sebalik tenaga tidak sekuat mana, isteri gigih mendukungnya naik ke atas kenderaan ATV sebelum keduanya keluar menikmati angin petang yang dekat dengan pantai.

IKLAN

Tulis Fiziey suatu ketika dahulu, dia pernah ada perasaan “jemu di hatinya” untuk meneruskan kehidupan kerana kekurangan dialaminya namun semua itu berjaya diharungi berkat doa dan usaha yang mampu menerima semua kekurangan dirinya.

Katanya, alhamdulillah saling melengkapi, saling menerima, saling memperbaiki dan juga saling setia. Tambahnya, mencari sebuah cinta itu bukan sekadar rasa sayang tapi pasangan yang sudi menemani sehingga menutup mata.

IKLAN

Bahkan untuk memudahkan pergerakannya di luar, isteri telah membelikannya sebuah ATV berharga RM6800 bagi membolehkan dirinya menikmati indahnya alam ciptaan Illahi.

Benarlah, setia itu mahal. Kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan hidup namun untuk bersama melengkapi di sebalik adanya kekurangan pasangan, rasa itu tiada dijual di pasaran. Ia tidak boleh dibeli walau banyak duit sekali pun kerana setia itu terletak di hati yang paling dalam.

@hafizi8689

Mencari sebuah cinta bukan sekadar rase sayang,tapi pasangan yang sudi menemani sehingga menutup mata #fyp #fypシ #kisahinspirasi #tiktokmalaysia #inspirasihidup #fypviral

♬ bunyi asal – 🤟𝓗𝓮𝔃𝓻𝔂 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵🤟 – 🤟𝓗𝓮𝔃𝓻𝔂 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵🤟