Sebagai umat Islam, kita perlu melazimi membaca kalam Allah. Namun begitu hakikatnya tidak semua yang mampu membaca al-Quran dnegan baik. Ada masih merangkak, tergagap-gagap membacanya. dan tidak lancar
Malah ada yang dalam kalangan golongan yang tidak lancar membaca al-Quran ini mengambil keputusan untuk tidak membacanya kerana bimbang berdosa memandangkan tidak mahir dengan tajwid dan bacaan yang betul.
Akan tetapi menurut pendakwah, Ustaz Hadi Talhah meski merangkak membaca al-Quran jangan sesekali putus asa. Ini kerana menurut beliau yang dipetik dari Sinar Harian ada hadis menyebut mereka yang merangkak dan masih berusaha membaca al-quran ini dikurniakan dua ganjaran.
Ganjaran bacal al-Quran dan ganjaran usaha untuk terus membaca kalamullah
Katanya ada disebut dalam hadis bahawa golongan yang tidak lancar membaca al-Quran itu akan memperoleh dua ganjaran berbanding mereka yang mahir. Ganjaran pertama adalah membaca al-Quran dan kedua pula mujahadah (usahanya untuk terus membaca kalamullah).
Ads
Daripada Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mahir membaca al-Quran dia akan bersama dengan malaikat Safarah (pembawa wahyu) yang mulia dan taat/ berbuat kebaikan. Manakala seorang yang membaca al-quran dalam keadaan tergagap-gagap (yakni tidak lancar) di mana ia menghadapi kesukaran dan kepayahan membacanya makan dia akan memperoleh dia ganjaran.”
(Hadis Riwayat Al Bukhari, Muslim, Abu Daun dan Ibnu Majah)
Ads
Jangan malu untuk baca al-Quran walau tak lancar
Paling penting adalah usaha seseorang itu untuk membacanya dan menyimpan rasa malunya demi belajar mendalami kalam Allah itu.
Ads
Terang beliau lagi, dalam halaqah tadarus al-Quran, lazimnya setiap kumpulan akan dibahagikan mengikut keupayaan ahli masing-masing. Mereka akan dibimbing oleh guru yang mahir.
Oleh itu tiada masalah seandainya mereka baca tergagap dan silap. Ada guru yang akan menegurnya. Namun jika individu itu membaca al-Quran tanpa dia belajar dan melakukan kesilapan maka dia berdosa.
Wanita dan kecantikan memang cukup sinonim. Dek kerana mahu kelihatan cantik wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah.
Ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
(Maksud Surah Yusuf Ayat 4)
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
Cara amalannya:
*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menyembelih haiwan korban pada hari-hari raya Adha (10 – 13 Zulhijjah) adalah satu ibadah kepada Allah SWT bagi sesiapa yang memiliki kemampuan melakukannya.
Bagi memastikan ibadah ini dilaksanakan dengan baik, di bawah ini disenaraikan beberapa kesilapan dan salah faham dalam ibadah korban untuk dielakkan.
Menjadikan daging sembelihan korban (udhiyah) sebagai upah kepada mereka yang terbabit menjalankan kerja-kerja korban seperti tukang sembelih, tukang lapah dan lainnya bererti menjual daging membeli tenaga kerja.
Larangan memberikan daging atau bahagian lain dari haiwan korban sebagai upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ، وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا، لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلاَلَهَا، وَلاَ يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku membahagikan kesemuanya; daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim).
Daging korban adalah milik pembuat korban, bukan milik masjid, surau dan seumpamanya. Pihak pengurusan masjid, surau atau pihak penganjur majlis ibadah korban dilarang bertindak sesuka hati mengagihkan daging korban kepada sesiapa sahaja tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu dari pemilik sebenar daging korban.
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلاَ يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَبَقِيَ فِي بَيْتِهِ مِنْهُ شَيْءٌ» فَلَمَّا كَانَ العَامُ المُقْبِلُ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، نَفْعَلُ كَمَا فَعَلْنَا عَامَ المَاضِي؟ قَالَ: كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا، فَإِنَّ ذَلِكَ العَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ، فَأَرَدْتُ أَنْ تُعِينُوا فِيهَا
Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa kalangan kamu yang menyembelih korban maka jangan sehingga tiga hari masih berbaki di rumahnya walaupun sedikit daging”. Apabila tahun berikutnya para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah apakah kami kena lakukan seperti tahun lepas (tidak boleh simpan daging lebih dari tiga hari)? Sabda Nabi: “Sila makan, jamu orang lain dan simpanlah. Sesungguhnya tahun lepas orang ramai dalam kesusahan (kekurangan makanan) maka aku ketika itu mahu kamu menolong mereka”. (Riwayat al-Bukhari)
Hadis di atas menunjukkan, orang yang melakukan korban berhak dalam menentukan daging korbannya sama ada mahu memakan, atau memberikan kepada sesiapa atau menyimpannya.
Ini biasanya terjadi ketika proses merebahkan haiwan, pisau yang digunakan dan meletakkan haiwan dalam ketakutan. Sifat ihsan atau simpati diwajibkan ke atas kita ketika menguruskan haiwan sembelihan terutamanya korban yang merupakan ibadah kepada ALLAH. Rasulullah s.a.w bersabda:
إنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ: فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدْ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
“Sesungguhnya Allah menulis (mewajibkan) ihsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh (dengan alasan yang sah), maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia merehatkan (menyenangkan) haiwan sembelihannya itu. (Hadis riwayat Muslim).
Berdasarkan hadis di atas, memastikan pisau benar-benar tajam, haiwan yang diuruskan dengan tenang merupakan sebahagian dari tuntutan ihsan.
Antara perbuatan yang menafikan sifat ihsan ialah mengasah pisau atau menyembelih binatang korban di hadapan binatang korban yang sedang menunggu giliran untuk disembelih.
Dalam riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, daripada Ibn ‘Abbas:
أَنَّ رَجُلًا أَضْجَعَ شَاةً يُرِيدُ أَنْ يَذْبَحَهَا وَهُوَ يَحُدُّ شَفْرَتَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أَتُرِيدُ أَنْ تُمِيتَهَا مَوْتَاتٍ؟ هَلْ حَدَدْتَ شَفْرَتَكَ قَبْلَ أَنْ تُضْجِعَهَا”
Bahawa seorang lelaki membaringkan biri-biri yang dia hendak menyembelihnya, di samping ketika itu dia menajamkan mata pisaunya. Maka Nabi s.a.w bersabda: “Apakah engkau mahu membunuhnya beberapa kali? Mengapa tidak engkau tajamkan mata pisaumu sebelum engkau membaringkannya?!!” (Hadis riwayat al-Hakim, dia menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).
Pensyariatan ibadah korban adalah ditujukan ke atas individu. Hukumnya adalah sunat yang dituntut bagi sesiapa yang memiliki kemampuan melakukannya. Mereka yang tidak berkemampuan, tidak perlu bimbang dengan hal ini.
Ibadah korban tidak terlaksana dari haiwan korban yang berupa harta kerajaan, institusi tertentu, badan-badan korporat atau tabung orang ramai dan seumpamanya, melainkan jika haiwan korban itu dari wang individu tertentu sama ada individu dari dalam kerajaan, syarikat atau seumpamanya. Adapun mengambil harta awam atau pihak lain yang tidak dikhususkan untuk ibadah korban, maka itu menyalahi pensyariatan korban.
Berkongsi melakukan korban seekor kambing atau satu bahagian (1/7) lembu atau unta dengan dua individu atau lebih. Ini kerana seekor kambing atau satu bahagian (1/7) lembu atau unta hanya boleh dijadikan korban untuk seorang individu sahaja.
Kadar ini telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w seperti yang termaktub dalam hadis:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ، وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ
Kami menyembelih korban bersama Rasulullah s.a.w pada tahun Perjanjian Hudaibiyyah. Seekor unta untuk tujuh (bahagian) dan seekor lembu untuk tujuh (bahagian). (Riwayat Muslim).
Korban merupakan ibadah kepada ALLAH, maka tidak boleh melakukan korban dengan menggunakan hasil dari wang yang haram seperti hasil riba, hasil judi, mengambil hak orang lain dan seumpamanya. Ini kerana Allah hanya menerima apa yang halal dan baik.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w “Allah itu baik, DIA tidak menerima melainkan yang baik” (Riwayat Muslim)
Sunnah penyembelih korban menyebut ketika sembelihan nama orang yang melakukan ibadah korban. Ini seperti menyebut: “Ya ALLAH terimalah daripada si fulan, dan si fulan…”. Ini pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w seperti hadis ‘Aishah r.ha:
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ يَطَأُ فِي سَوَادٍ، وَيَبْرُكُ فِي سَوَادٍ، وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ، فَأُتِيَ بِهِ لِيُضَحِّيَ بِهِ، فَقَالَ لَهَا: “يَا عَائِشَةُ، هَلُمِّي الْمُدْيَةَ”، ثُمَّ قَالَ: “اشْحَذِيهَا بِحَجَرٍ”، فَفَعَلَتْ: ثُمَّ أَخَذَهَا، وَأَخَذَ الْكَبْشَ فَأَضْجَعَهُ، ثُمَّ ذَبَحَهُ، ثُمَّ قَالَ: “بِاسْمِ اللهِ، اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ، وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ”، ثُمَّ ضَحَّى بِهِ
Daripada ‘Aishah, bahawa Rasulullah mengarahkan (untuk korban) seekor biri-biri bertanduk yang hitam kaki, perut dan sekitar matanya. Lalu kambing itu dibawa kepada baginda untuk dikorbankan. Sabda baginda: “Wahai ‘Aishah! Bawalah pisau”. Kemudian baginda bersabda: “Asahlah (agar tajam) ia dengan batu”. Lalu aku ( Aishah) melakukannya. Kemudian baginda mengambil pisau itu dan mengambil biri-biri tersebut lalu dibaringkan untuk disembelih. Kemudian baginda menyebut: “Dengan nama ALLAH, Ya ALLAH terimalah daripada Muhammad, kaum keluarga Muhammad dan Umat Muhammad”. Kemudian baginda mengorbankannya. (Riwayat Muslim, al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll)
Sebutan nama orang yang melakukan korban ketika sembelihan bukanlah syarat sah korban. Beranggapan tukang sembelih wajib menghafal semua nama peserta korban sebelum menyembelih haiwan korban sebagai syarat sah adalah tidak tepat. Sebenarnya, ia sesuatu yang sunnah untuk dilakukan.
Jika tukang sembelih menyebut nama orang yang melakukan korban seperti berkata: “Ya Allah, ini korban dari fulan bin fulan” maka itu suatu yang baik, namun tidak wajib. Dia juga boleh mengingati nama mereka atau membaca catatan nama. Jika hanya dia menyebut: “Ya Allah, terimalah korban dari mereka” juga memadai. Jika dia tidak menyebut nama, tetapi empunya haiwan yang dikorbankan telah berniat korban, maka sah korbannya.
Ketika ini manusia diduga dengan banyak perkara yang melekakan. Lihat saja selesai kerja atau tugas kita ralit melayan ‘handphone’. Malah ada yang usai solat terus mencapai gajet ini untuk melihat kandungan yang melekakan.
Kita duduk bersahaja tanpa membuat apa-apa sedangkan masa yang ada di dunia sangat berharga dan Allah memerintahkan kita agar mengisi masa kosong kita dengan amal soleh.
Perkara ini dijelaskan oleh Prof. Dr Ahmad Sanusi Azmi dari Fakulti Pengajian Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia dalam satu perkongsian beliau.
Ketika menghuraikan dua ayat terakhir dari Surah al-Sharh, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa Allah memerintahkan kita agar mengisi masa kosong kita dengan amal soleh.
Firman Allah:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ . وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) [7] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). [8] – Surah al-Sharh
Secara umumnya ayat ini membimbing kita agar melakukan amalan ketaatan setelah kita selesai melakukan sesuatu kebaikan. Sebagai contoh, setelah kita selesai menggandakan ibadah, maka jangan pula dibiarkan masa lapang kita menjadi kosong dari sebarang amalan. Malah kita digalakkan untuk meneruskannya dengan melakukan amal kebaikan yang lain pula.
Sheikh al-Tantawi menukilkan kata-kata Saidina Umar yang membenci melihat lelaki yang duduk bersahaja tanpa melakukan apa-apa amalan tidak kira amal untuk dunianya atau akhiratnya. Kata Umar: إنّى لَأَكْرَهُ لأَحَدِكُمْ أَنْ يَكُونَ خَالِياً، لاَ فِيْ عَمَلِ دُنْيَا وَلاَ دِيْن Aku membenci salah seorang dari kamu yang duduk bersahaja (dalam masa kosongnya). Tidak melakukan amalan samada amal untuk dunianya atau agamanya. (Tafsir al-Wasit)
Bahkan, perbuatan menangguh-nangguh amalan juga adalah sesuatu yang tidak disukai oleh salafussoleh terdahulu. Al-Khatib al-Baghdadi pernah menulis satu bab mengenai Zamm al-Taswif (Celaan Terhadap istilah : “Nanti Aku Buat”).
Beliau menukilkan kata-kata al-Hasan yang menyatakan:
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، إِيَّاكُمْ وَالتَّسْوِيفَ.. سَوْفَ أَفْعَلُ، سَوْفَ أَفْعَلُ
“Wahai anak muda, hendaklah kamu menjauhkan dirimu dari taswif. (Apakah itu taswif? Iaitu perkataan kamu yang menyatakan:) “Nanti aku buatlah” “Nanti aku buatlah”.
Oleh yang demikian, isi masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan jauhi sikap suka bertangguh-tangguh.
Hadir ke masjid pada saat-saat akhir dan terlepas khutbah Jumaat menyebabkan kita rugi ganjaran besar yang dijanjikan. Ketahui kepentingan hadir awal, adab mendengar khutbah, dan mengapa solat Jumaat bukan sekadar mengejar dua rakaat semata-mata.