Bersahur itu sunnah. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bagi yang sudah berkeluarga atau si bujang yang tinggal bersama ibu ayah, bab sahur ini memang tiada masalah kerana kita akan dikejutkan oleh ibu ayah untuk bersama-sama bersahur. Yang sedikit bermasalah apabila tinggal jauh dari ahli keluarga kerana belajar atau tuntutan kerja di mana ramai yang agak susah terjaga di awal pagi.
Mengambil pendekatan berbeza, seorang lelaki bujang, Khoirul Anam menampal banner di tiang-tiang elektrik menyediakan khidmat kejut sahur khas untuk orang bujang tika Ramadhan ini. Berasal dari Magelang, Jawa Tengah, kejut sahur itu bukan saja untuk daerahnya tapi juga di seluruh Indonesia jika ada yang mahukan khidmatnya.
Ads
Sebaik memuat naik “sedekah panggilan” itu di instagramnya, anam_chenel, selain menggantung banner di daerah tempat tinggalnya ia mendapat perhatian netizen malah dia mendapat 11 pelanggan pada hari pertama puasa
.
“Ada 11 pelanggan tapi bila saya kejutkan yang bangun cuma tiga orang, selebihnya tidak mengangkat telefon. Saya buat tiga kali panggilan dan jika tidak mengangkatnya, saya beralih kepada orang lain,” katanya yang akan mula berjaga dari jam 2 pagi sehingga sahur. Katanya dia tidak risau jika pelanggan bujangnya tak bangun kerana dia sudah melaksanakan amanah diberi.
Ads
"Tak apa-apa kalau tak bangun, saya sudah jalankan amanah saya," katanya.
Ads
Kejut percuma kerana bimbang dirinya tak terjaga
Khoirul Anam mengakui dia tidak mengenakan sebarang cas kepada pelanggan kerana tidak mahu diuji Allah taala seandainya dia tertidur dan hal itu memberi masalah kepada pelanggan-pelanggannya.
“Lebih baik percuma begini. Kalau berbayar takut saya tidur. Kalau percumakan seronok dan tak rugi apa-apa,” katanya yang gembira kerana ramai memberikan sokongan atas usahanya ini. Lebih unik, dia turut menawarkan ganjaran berbuka puasa bersama bagi mereka yang menggunakan khidmatnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap hari beri makan 40 ekor kucing jalanan. ‘Ini caranya saya kongsi ganjaran pahala dengan penderma buah pinggang anak.’ Begitulah luahan seorang bapa yang amat menghargai penderma buah pinggang anaknya.
Disebabkan pihak hospital merahsiakan nama penderma atas permintaannya, jadi beginilah cara lelaki tua ini membalas jasa dan pengorbanan penderma itu kepada mereka sekeluarga.
“Inilah yang mampu saya lakukan untuk berkongsi ganjaran pahala dengan penderma buah pinggang yang tidak dikenali menderma buah pinggang kepada anak perempuan saya yang bongsu,” kata warga emas, Nasir Salaton, 69.
Setiap hari dia memberi makanan kepada kira-kira 40 ekor kucing jalanan sejak lima tahun yang lalu, dekat Slim River, Perak.
Menurut Nasir, dia kini hanya mempunyai dua anak iaitu anak sulung lelaki dan anak bongsu perempuan selepas anak perempuan yang kedua meninggal dunia.
Jelasnya, anak perempuannya, Nurul Faezah, 33, menderita sakit buah pinggang selama 15 tahun selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM).
Katanya, pada peringkat awal dia memberi kucing makan hanya sekitar kawasan tempat tinggal iaitu di Kampung Kurnia dan perumahan sahaja.
“Pada tahun 2020, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh pihak kerajaan, saya menerima panggilan telefon daripada pihak hospital.
“Pihak hospital memaklumkan ada seorang penderma ingin menderma buah pinggang kepada anak saya dan ketika itu memang saya rasa terkejut dan amat bersyukur dengan berita terbabit,” katanya lagi.
Selepas menjalani pembedahan di hospital berkenaan, anak perempuannya kembali pulih dan kehidupan seharian anaknya kembali normal.
Ekoran pihak hospital diminta merahsiakan nama penderma buah pinggang kepada anaknya sehingga hari ini, dia tidak mengetahui siapa insan misteri yang berhati mulia membantu anak perempuannya itu.
“Saya ingin berjumpa dengan penderma sekurang-kurangnya dapat mengucapkan terima kasih kepadanya yang sanggup berkorban menderma buah pinggang namun pihak hospital tetap memegang amanah yang diberikan kepada mereka agar merahsiakan nama penderma terbabit.
“Oleh itu, bagi membalas jasa dan pengorbanan penderma terbabit, saya memberi kucing makan sambil berdoa menghadiahkan atau memanjangkan ganjaran pahala ke atas apa yang saya lakukan kepada penderma terbabit,” katanya.
Tambahnya lagi, jika dahulu dia hanya memberi makanan kucing hanya sekitar kampung dan perumahan sahaja namun sejak dua tahun yang lalu beliau memberi kucing makan di sekitar pekan Slim River, Perak pula.
Katanya, beliau membelanjakan kira-kira RM50 sehari untuk membeli ikan dan ayam yang akan digaul bersama nasi setiap hari sebelum bergerak ke tempat tinggal kucing jalanan terbabit setiap pagi.
“Begitulah rutin pada waktu pagi saya setiap hari dengan menunggang motosikal untuk menjejaki tempat tinggal kucing jalanan sambil membawa makanan.
“Bunyi sahaja deruman dan hon motosikal atau suara saya, kucing jalanan akan datang menghampiri untuk menikmati makanan termasuklah anjing liar di kawasan pekan,” katanya.
Keadaan Nurul Faezah yang masih belum sembuh sepenuhnya menyebabkan dia tidak mampu bekerja dan tinggal bersama ibu bapanya di samping membantu mengurus kehidupan seharian.
Malah, masih menjalani rawatan susulan di salah sebuah hospital kerajaan secara berkala dan bergantung kepada keadaan kesihatan.
Oleh itu, Nurul Faezah yang akan memasak makanan kucing setiap hari sebelum ayahnya menunggang motosikal sambil membawa makanan kucing dari rumah kira-kira jam 7 pagi.
Nasir berkata, kucing atau anjing jalanan juga makhluk Tuhan dan perlukan makanan seperti manusia untuk terus bernafas di muka bumi walaupun hanya sementara.
Katanya, apa yang dilakukan diharapkan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat setempat agar perihatin kepada makhluk Tuhan.
“Hati saya berasa lebih tenang dan berharap pahala yang saya niatkan semasa memberi makan kucing sampai kepada penderma buah pinggang terbabit.
“Saya sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada penderma terbabit kerana memberi sinar baharu kepada anak perempuan saya dan jasa baiknya hanya Tuhan sahaja mampu membalasnya,” katanya.
Jadi tidak hairanlah, kelibat lelaki ini memberi kucing jalanan makan setiap hari sudah menjadi kebiasaan penduduk yang tinggal sekitar Slim River dan rata-rata mereka memuji usaha yang dilakukan oleh beliau itu.
Kashoorga : Tindakan Nasir patut dijadikan inspirasi dan contoh kerana tak semua yang ambil berat tentang kucing jalanan.
‘Kasihnya suami hingga syurga.’ Selepas 10 tahun jaga isteri koma, kini kesihatan sendiri diuji. Beruntungnya sang isteri apabila sang suami setia hingga ke hujung nyawa.
Menjaga isteri yang koma selama 10 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Allahuakbar, cemburunya dengan kesetiaan suami.
Ikuti perkongsian pendakwah, Ustazah Norhafizah Musa yang mohon orang ramai mendoakan suami kepada sahabatnya untuk kembali sembuh seperti sediakala.
Ustazah hendak minta tolong semua doakan ustaz Tholhah ( seperti dalam gambar ) agar diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. Kisah mereka suami, isteri ini sangat menyayat hati kami.
Ustazah Zharif iaitu isteri kepada Ustaz Tholhah telah Allah uji dengan koma selama 10 tahun 2 bulan. Masyaallah. ( ada yang maklumkan kerana menigitis , wallahua’lam).
Ustazah Zharif baru sahaja meninggal dunia beberapa hari lepas. Beliau junior ustazah semasa di Yarmouk University Jordan.
Dalam tempoh 10 tahun 2 bulan itu, suami, anak-anak dan keluarga menjaga dan menguruskan ustazah Zharif dengan penuh kasih sayang, sentiasa dijaga kerapian dan kebersihan. Qaddarallah.
Pada hujung-hujung kehidupan Ustazah Zharif, ustaz pula kesihatan semakin merosot. Sahabat-sahabat yang ziarah ada yang berkata, hampir tak kenal dengan ustaz yang sudah amat kurus, lemah longlai, berjalan pun terpaksa dipapah.
Ustazah Zharif telah selamat dikebumikan, adapun ustaz Tholhah telah dibawa ke hospital untuk meneruskan rawatan lanjut. Semoga Allah berikan kekuatan kepada tiga orang anak di rumah.
Sahabat-sahabat tolong sama-sama doakan Ustazah Zharif dikurniakan tempat terbaik di sisi-Nya dan doakan Ustaz Tholhah sembuh dan dapat kembali kepada anak-anak.
Ustazah amat mengagumi ketabahan mereka, kesetiaan dan kasih sayang suami kepada isteri dan segala nilai baik yamg ditonjolkan oleh keluarga ini. Masyallah. La quwwata illa billah.
Ustazah tak mampu hendak tolong bagaimana dah, kecuali memohon seramai mungkin mendoakan ustaz Tholhah kembali sembuh.
Amin.
‘Biar macam makcik, asal aurat terjaga.’ Mia Ahmad kuatkan hati, berpakaian kerana Allah. Benarlah berubah ke arah kebaikan bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi dirinya merupakan seorang selebriti pasti setiap apa yang dilakukan mendapat perhatian ramai.
Tidak dinafikan bertudung labuh, antara salah satu cara menutup aurat dengan sempurna. Pun begitu, ada yang memandang sinis dan melabelkan imej sedemikian tidak moden.
Itulah situasi yang dialami pelakon Mia Ahmad apabila dirinya mengambil keputusan untuk berubah.
“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden, ini jawapan saya. ‘Maaf, saya berpakaian kerana Allah.’
“Ada juga yang cakap saya tidak akan istiqamah, malah ada yang kata, suami saya tidak akan sokong.
‘Pun begitu, saya kuatkan hati kerana saya tahu, saya buat benda yang betul. Semuanya kerana ALLAH, ” ujar Mia lagi.
Malah, jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini, alasan utama yang membuatkan dia mengubah cara berpakaian adalah untuk menjadi yang lebih baik, bukan untuk nampak baik.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang sepanjang penghijrahan ini. Semoga Allah terus menjaga niat hati saya dan kita semua.
“Semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin,” ungkapnya.
Luahan hati pelakon drama Hati Perempuan itu dimuat naik menerusi perkongsiannya di laman Instagramnya.
Turut disertakan satu rakaman video yang memaparkan gambar Mia Ahmad berpakaian sopan dengan bertudung labuh.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata dan kini sedang menanti kehadiran zuriat yang ketiga.
Reaksi warganet terhadap perubahan Mia:
“Biar macam mak cik, asalkan aurat terjaga.”
“Alhamdulillah, kita berubah bukan kerana makhluk, kita berubah kerana Allah SWT. Kita mahu dapat reda ilahi. Semoga Mia terus istiqamah.”
“Sweet apa pakai tudung labuh. Cantik dan sopan.”
“Semoga kita sama-sama istiqamah setelah kita diuji. Tanda Allah sayang buat hamba terpilih.”
“Tudung labuh lagi cantik dan sopan. Betul, kita berpakaian kerana Allah.”
“Cantik tengok Mia macam ini. Abaikan kata-kata orang, yang menuju akhirat nanti kita. Tiada siapa yang tolong, kalau bukan diri kita sendiri.”
Kucing masuk syurga atau tidak? Ketahui penjelasan menurut Islam berdasarkan al-Quran dan pandangan ulama mengenai nasib haiwan di akhirat serta ganjaran berbuat baik kepada haiwan.