Foto: freepic.diller - www.freepik.com

Jika tiada jodoh, buatlah apa sahaja ia tidak akan berlaku. Hal jodoh memang sukar untuk kita perkatakan dengan meyeluruh kerana ia bergantung juga kepada kesediaan dua hati untuk bersatu. Tuntut hati ini bukanlah mudah seperti yang kita bayangkan.

Dalam masyarakat kita adalah satu perkara normal sebelum berkahwin dijalinkan dahulu ikatan pertunangan. Adat orang kita, bila bertunang pun akan saling bertukar-tukar hadiah pemberian yang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Bagi lelaki, biasanya akan menghadiahkan sebentuk cincin, sebagai tanda wanita yang ingin dikahwininya ‘diikat’.

Tapi bagaimana pula jika ikatan pertunangan terputus di tengah jalan. Adakah kesemua pemberian termasuk cincin itu perlu dipulangkan semula?

KASHOORGA tertarik dengan penjelasan dihuraikan dengan cukup bernas oleh pendakwah terkemuka tanah air, Ustaz Azhar Idrus menerusi Instagram kendaliannya baru-baru ini.

Beliu menjelaskan adalah haram meminta semula hadiah dan pemberian yang telah diberikan kepada seseorang sama ada ia sebab putus tunang atau selainnya.

IKLAN

Tambahnya lagi, pengecualian diberikan jika ia melibatkan pemberian daripada seorang ayah kepada anaknya sahaja.

Perkara itu ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak halal bagi seseorang bahawa memberi ia satu pemberian kemudian dia mengambil kembali pemberiannya itu melainkan bapa pada pemberian yang telah ia berikan kepada anaknya.” (Riwayat Abu Daud & at-Tirmizi)

Ustaz Azhar Idrus turut berkongsi nukilan dan pandangan daripada Dr Wahbah Zuhaili tentang perkara membabitkan pemberian ketika pertunangan.

IKLAN

Ujar Dr Wahbah: “Dan pendapat ulama Mazhab Syafie dan Hambali sungguhnya tidak boleh bagi yang meminang meminta kembali dengan barang yang telah diberikannya sama ada barang tersebut masih ada atau sudah rosak kerana hadiah itu hukumnya seperti hibah. Dan tidak harus di sisi mereka bagi yang memberi bahawa meminta kembali pada pemberiannya itu kemudian dari diterimanya kecuali bapa pada barang yang diberikan kepada anaknya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami).

Jadi berdasarkan perbahasan tersebut, di sini maka pengharaman tentang mengambil semula pemberian hadiah yang diberikan sebelum ini ternyata jelas.

Akan tetapi berbeza pula jika kita bersama pihak satu lagi membuat syarat atau perjanjian ketika majlis pertunangan.

IKLAN

Jelas Ustaz Azhar Idrus, sekiranya terdapat syarat umpamanya pemebrian akan dipulangkan kembali jika pernikahan tidak jadi dan kedua-dua pihak pula bersetuju, maka harus hukumnya jika barang tadi dituntun semula.

“Begitupun, sebaiknya jika putus tunang, jangan diminta semula apa yang telah diberikan kerana tsabit bagi pemberian tersebut pahala di sisi ALLAH.

“Adapun, jika bapa memberi suatu harta kepada anaknya, maka harus bapa meminta kembali dan wajib anak memulangkan semula,” tambah beliau lagi.

Ketahuilah anda semua bahawa fasa pertunangan itu hadir dengan pelbagai ujian. Kedua-dua pasangan harus memainkan peranan sangat penting demi membina rumahtangga yang bahagia pada masa akan datang.

Sumber: Instagram uiaoriginal

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI