
Kata orang, bila kita buat baik Allah akan membalas dengan seribu kebaikan.Ternyata kebaikan Ustaz Ebit Lew yang sentiasa meluangkan masanya membantu masyarakat di dalam negara mahupun negara luar dibalas dengan seribu kebaikan apabila berkongsi dirinya dilantik sebagai Duta Muhibbah Palestine / Palestine Goodwill Ambassador.
Berita gembira bercampur terharu ini dikongsikan oleh Ustz Ebit Lew di page fbnya sebentar tadi.
Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestine / Palestine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang. Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestine, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.
Mereka menyambut dan melayan dengan sangat. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja. Kami berbincang untuk program-program di Palestin di masa akan datang.
Semuanya syahid. Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan semua yang telah berkorban.
Semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih kerajaan Palestine. Terima kasih kementerian Luar Palestine dan semua rakyat Palestine. Terasa bagai semua keluarga. Terima kasih doa semua rakyat Malaysia. Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra. Terima kasih Kedutaan Besar Malaysia Mesir. Terima kasih PM Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.
Menjunjung kasih HRH Crown Prince of Johor yang bersama misi ini dan selalu mendoakan.
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bukan Je Jatuh Tapi Kerusi Roda Turut Dicuri Di Mekah, Dugaan Gadis Ini Sebelum Boleh Berjalan Lepas 9 Tahun Lumpuh

Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tidak mengenali Personaliti Media Sosial ini yang mempunyai susuk tubuh kecil molek tetapi bersemangat cukup tinggi.
Bukan sahaja kerana terbabit dalam bidang pembuatan makanan membuat kek bulan yang viral dan halal, tetapi kegigihannya berniaga biarpun duduk di kerusi roda sejak 9 tahun lalu.
Ternyata kejayaannya bergelar usahawan mengusahakan pembuatan makanan yang jarang diterokai bumiputera lain ini berjaya membuatkan Haziqah Nurul Huda Harun 23 tahun dianguerahkan sebagai penerima Anugerah Inspirasi Kehormat CEO 2019 di Putrajaya.
Kalau dulu dia hanya mampu duduk dikerusi roda, tetapi kini gadis yang lebih dikenali dengan nama Yaya Moon Cake tidak lagi memerlukan khidmat kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana, sebaliknya kini selesa menggunakan tongkat.
Ternyata kisah keajaiban yang berlaku pada dirinya membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana dia boleh sembuh dari masalah kelumpuhan yang dialami selama 9 tahun ini.
Dalam perkongsian di laman sosial Facebook, Yaya Moon Cake memberitahu bagaimana dia boleh sembuh dalam tempoh hanya 24 jam dan kini berjalan menggunakan tongkat.
AKHIRI LUMPUH DRI PINGGUL KEBAWAH SETELAH 9 TAHUN DALAM TEMPOH 24 JAM SELEPAS JATUH DIMASJIDIL HARAM…
BENARR…JANGAN PERNAH BERBURUK SANGKA DENGAN PERANCANGANNYA DAN BERPUTUS ASA DENGAN SETIAP YG MERASA DIDUGA DENGAN SEBUAH DUGAAN… ALHAMDULILLAH.. PENUTUP TIRAI 2019 DENGAN PENUH RASA NIKMAT SYUKURR….YAYA KINI KEMBALI BERJALAN….
Kisah ini membuatkan ramai yang tidak percaya. Boleh bergerak sendiri walaupun perlahan-lahan. Syukur dikembalikan semula nikmat yang ditarik balik 9 tahun lalu saat berpijak di tanah Suci Mekah
alhamdulillah.. ramai yg x percaya termasuk doc bila yaya bagitahu kaki dah mula terasa apabila berpijak ditanah dan boleh mula bergerak sendiri walaupun perlahan2…
perasaan, hanya allah yg tahu betapa syukur dan gembiranya perasaan nih bila allah kembalikan nikmat yg ditarik 9 tahun lepas dri yaya dan kembalinya nikmat itu pula saat mula berpijak dibumi haram tanah suci mekah….
sebelum yaya teruskan cerita macam mana dan apa kejadian yg membuatkan yaya kembali berjalan, yaya ksitau skitt laa secara jujur setiap penyakit yg yaya hidapi sebelum ini dan beberapa dugaan yg allah persiapkan buat yaya sepanjang tahun 2019 sebelum allah kembalikan 3 nikmat rahmat buat yaya pada hujung tahun nih.. hehehe….
Sebelum ini berkerusi roda kerana disahkan lumpuh sebelah kiri dari pinggul ke bawah akibat kecuaian sewaktu proses pengambilan air tulang belakang
kalau sebelum nih, ramai yg tertanya2 kenapa yaya berkerusi roda n sbb knapa yaya disahkan lumpuh sebelah kiri dri pinggul kebawah adalah akibat dari kecuaian yg berlaku sewaktu tempoh proses pengambilan air tulang belakang dan juga infection of virus yg menyebabkan saraf kaki tidak berfungsi (tiada deria rasa dan tidak membesar seiring anggota badan yg lain) selain dri tuh I’m the one who also diagnosed a colon cancer in medium stage since 2012 till today… dah recover pda 2015 tpi mai balik 2019 nih nk jengguk kawan lama asernya okeh lain2 kita x cerita yerrr.. stop sinih jeee… bagi yaya lain2 penyakit tuh juga ujian buat yaya untuk berjaya dimasa hadapan.. haa gittewwww…nk wat gane.. bnyak ngat penyakittt.. kikiki…
n 2019 yaya panggil sebagai tahun kedua paling malang buat yaya sebenarnya… sbb yaya diuji dngn perangai manusia, kes saman, kes penipuan, n mcm2 lagi n ditambah pula dngn mcm2 penyakit smpai rambutku yg sepanjang bawah pinggul terpaksa dipotong pendek mcm lelaki sbb rmbut gugur bnyak kes makan ubat high dose.. uhuuhuhuhuuuu…. tpi tidak mengapa.. saya masih kuat dan lalui segala dugaan dengan penuh kesabaran…
Di sinilah bermula kisah ke ajaiban dari Allah SWT
oraittt nih point paling besttt.. apa kejadian yg berlaku sepanjang umrah dan sebab mcm mana yaya buleh berjalan…
baca betul2… nih cerita x tipu punyaa hokayyyy…
it’s about a miracle from allah swt…
Berdoa mahu mengelilingi Kaabah tanpa menggunakan kerusi roda & alhamdulillah doa itu termakbul
mcm biasa bagi mana2 jemaah yg nk mulakan ziarah umrah, mesti perlengkapkan diri dengan pelbagai segi sama juga sperti yaya yg yaya dah mulakan dri june 2019 untuk umrah disember 2019..hehehehehe… start dri june, hari2 yaya dah mula berlatih berdiri disebelah kaki kanan dan cuba berkuat sebelah badan sbb masatuh yaya niat sekiranya bukan jodoh aku untuk berjalan sempurna untuk mengelilingi kaabah mu ya allahh, maka berikan aku sebuah nikmat untuk aku masih boleh mengelilingi kaabah mu tanpa menggunakan wheelchair… n siyesss wehh doa tuh terkabul… tpi kjap agi yaya citer…. berbelit japgi kang.. Hahaha…
so bila smpai waktu 10 dis, alhamdulillah kami bertiga selamat diterbangkan melalui MAS ke medina dan menetap di dar al hijr untuk memulakan ibadah kami yg pertama di tanah arab yg bermula di masjid nabawi… on tht time, apa yg berlaku.. sjak mula2 smpai rasanya jemaah boleh perasan kot yg yaya ada 2 – 3 jam jee sehari dkt bilik.. lain2 waktu mmg hilanggg bergerak sendiri ke masjid smpai tertido dkt masjid masatuh wehhh.. makan minum tolak tepi kes syiokk sngatt.. smpai sayang nk balik bilikk… termasuklah buat keje giler, sorang2 masuk raudhah pdahal travel agency dah ngabo jngn pegi sorang2 bahaya laa gapo laaaa…
tpi ku kuatkan hati, yaya doa dkt allah masa 1st day tuh.. sekiranya ada jodoh aku untuk masuk ke raudhah masa tuh, pda zikir aku yg keseribu allah bukakkan pintu untuk aku masuk kesana…. tpi ajaiibbb gilee wehhh.. genab zikir ke 1000x, pintu terbukak n nk masuk sngat2 laa mudah n tiada ancaman sedemikian seperti yg diceritakan oleh lain2 jemaah… I’ll do spend my whole night in raudhah tanpa gangguan sdngkan yg lain2 ksitau diorang nk dudukk stengah jam pon x leh…. rezeki sngat2 ntok yaya wehh…
okehh.. so yaya pendekkan cerita dehh.. x kan nak cerita juge gapo yaya doa n lain2 routine kan.. kikiki….
then pada 15 disember maka bergerak laaa kami rombongan che kiah ke kota mekah untuk memulakan umrah kami yg bermula niat di Bir ali bersama 43 jemaah yg lain…
Sebaik tiba di hotel, tiba-tiba tergelincir di hadapan Masjidil Haram. Sakitnya sangat terasa dari kepala hingga ke seluruh tulang belakang
selepas hampir 5/6 jam perjalanan kami ke kota mekah, akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami Dar Al Tawhid yg betul2 berada dihadapan pintu perkarangan masjidil haram…
nk dijadikan cerita, setibanya kami di hotel dan bila cuba nk turun dri cenuram slide/ram gantian tangga tuu yaya tergelincir dngn wheelchair dihadapan masjidil haram, smpai terbalik wheelchair n jatuh terlentang masatuh… siyesss x logik.. sbb bkn pertama kali yaya berlasak n turun cenuram yg lebih cerunn sbelum nih n x dek jadik pape ponn.. n pestime yaya jatuh cenggituh sehingga kan kepala yaya dan keseluruh tulang belakang yaya sakit hamat kes terhentak kuat… but like always, kekal kepoyoan diriku bila dah jatuh lakon2 x sakit n teruskan jugee tawaf sendiri selepas 30 minit terjatuh tuu… masa jatuh tuu hati memang runsing sngat2… sbb yaya mula terfikir
Mula terfikir adakah kerana Allah tidak terima diri ini di Tanah Haram
“adakah allah tidak menerima aku berada ditanah haram mu untuk beribadah dan bersujud di kaabah mu?? adakah tiada Pengampununan bagi dosa2 aku smpai aku tidak diterima disini??”
this is my mindset on tht time….(sangkaan aku salah sama skali)
Tetap teruskan tawaf walaupun dalam kepayahan dan dibantu seorang teman. Kemudian diduga pula kerusi roda hilang
maka kuteruskan tawaf umrah sewaktu itu berseorangan tanpa orng bantu untuk tolak… kayuh dengan 2 kerat lengan dengan jaraknya x yah cakap, memang jauh yakmat sbb ntok laluan wheelchair terletak diatas n kebetulan diorang tengah baik pulih so kene pusing jauhh… allah saja yg tahu betapa nk pensan yaya masatuh… menangis2 yaya tawaf masatuh, tangisan sakit + terharu smpai lencun hinggus satu baju masatuh nsib orng x kenal.. malu kokram klu dok.. hehehehehe…
n alhamdulillah.. umrah kami selesai, n dlm keadaan lemah kepenatan yaya rehatkan diri dlu dihotel… n selesai rehat badan, dlm keadaan sakit lgi yaya masih kemasjid petang tu dngn niat nk cuba jgk sentuh kaabah on my 1st day… n nikmat allah, dikirimkan buat yaya seorang sahabat yg memang bnyak membantu… dipinjamkan bahu buat yaya untuk berjinjit sebelah kaki bagi sepanjang tawaf sunat usai solat isya smpai boleh cium kaabah dan lain2 perkara dngn mudah… dan sebelum tuh wheelchair yaya dah park siap2 di tempat letak wheelchair siap pak guard jaga n kmi kepil bersama kertas kononnya wheelchair ini bertuan dan bersama kertas tu kmi buh skali alamat hotel n num hp.. ehehehehe… so 4 jam selepas selesai segala ibadah, maka kawan yaya nih pon pegi laaa cari wheelchair sbb nk balik hotel balik kann…
Sebelum itu simpan kerusi roda di tempat sepatutnya, tetapi tiada rezeki kerusi roda berkenaan hilang
selepas hampir 40 min menunggu, idok jugeee member nih smpai depan mata dngn wheelchair merah yaya tuuu… dlm hati memang dah syak hilang masatuh n memang dah redha awal2 ckp clm hati “kalu bukan jodoh rezeki wheelchair tuu untuk yaya, maka tidak mengapa.. aku redhoooo”
n betolllll.. wheelchair ku hilang… 2 jam mencari x jumpe2… n dngn wheelchair masjid yaya dibawa pulang ke hotel n mulalahh proses keajaiban terhadap diri yaya…dlm tempoh 24jam yaya hanya berada di dlm bilik smbil layan demam n x boleh kemana2 sbb wheelchair hilang

Oleh kerana kerusi roda tiada dan sakit yang teramat sangat, jadi hanya layan ubat kemudian tidur. Tetapi tersedar bila dikejutkan dengan suara azan dan terasa kaki kebas. Cuba untuk gerakkan kaki
in 24 hours tuu jgakk sbb x dak wheelchair n badan masih lemah sbb over used so yaya jatuh 4 kali dlm tandas akibatkan tulang belakang n pungkoqq sume sakittt wehhhh…kes sakitt hamat, so yaya makan ubat n yaya tido…
terkejut sbb azan n bila kita kata rezeki allah, bangun2 jee dri tido yaya punya kaki terasa kebasssss yg amat dri pinggul kebawah.. sdngkan sbelum nih x pernah ada rasa apa2…masatuh menangisss jugakk laaa sorang2 kes terkejut n tahan sakit pada masa yg sama… n masatuh jgak yaya cuba kuatkan diri ntok cuba gerakkkan kaki…
Alhamdulillah, doa setelah 9 tahun dikabulkan pada saat 3 hari selepas ulang tahun kelahiran ke 23
alhamdulillahh ya allahhhh ….
doaku selama 9 tahun dikabulkan pada saat 3 hari selepas genab usiaku pada 23 tahun (beday 13 Disember) alhamdulillah…
sujud syukur yaya allah shaja yg tahu….
Segalanya nikmat pemberian dari Yang Maha Esa. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya untuk terus sihat dan kembali berjalan
sungguhh benar, segalanya nikmat pemberian hanya dari dia yg maha esa… tiada kesukaran yg diberikan terhadap kita dengan bersahaja.. pasti ada sinar yg menanti dengan setiap dugaan yg dihadirkan terhadap kita.. yg penting, sabar dan percaya terhadap dia yg satu…..bagi yaya, tanpa dugaan yg sebelum ini mungkin tiada pernah yaya mencapai kejayaan untuk bergelar usahawan berjaya pada usia muda… dan alhamdulillah dugaan yg diberikan berjaya yaya lalui dengan pelbagai pancarobanya ituhhh…
di kesempatan ini yaya juga ingin karangkan ribuan terima kasih buat mereka2 yg pernah mendoakan yaya untuk terus sihat dan kembali berjalan…n juga bagi mereka yg sentiasa bersama yaya dri waktu yaya sakit, dan shingga kini yaya dah boleh berjalan… saya sayang awak semua sngat2.. hehehehehe..
cuma bese laaa nk berjalan terus tuu x bolehh laaaa… mcm baby bru bertatih, so take time laaa nk fisio dlu bru boleh berlari mcm bese so now berkuat ngan tongkat dlu.. aci kann?? kikiki
Sedikit pesanan, jangan pernah bersangka buruk terhadap apa yang berlaku ke atas diri kita. Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik. Reda dan tawakal dalam setiap perkara, InsyaAllah pasti segala urusan dipermudahkan
sedikit pesanan yaya untuk korang sumee, jngn pernah bersangka buruk terhadap yg berlaku keatas diri kita… kerana hanya dia yg tahu mana yg terbaik untuk kita.. serahkan segala jiwa kita terhadapnya yg maha esa…redha dan tawakkal dlm setiap perkara.. insyallahh allah pasti permudahkan segala urusan kita.. aminnn…
okehhh.. itu sajaaa cerita pnjang lebar dri yaya..
hope korang mudah faham jalan ceritanya n semoga dijadikan sebagai inspirasi buat mereka2 diluar sana…. yg x pernah pi umrah, cuba laa.. manatau nk dikatakan rezeki.. hehehehehe…
sekian..
assalamualaikum n love uu semua.. hehehehehe….
n jngn lupa teruskan doa untuk yaya berjalan tnpa tongkat plak dehh..
#MekYaTokeyMooncake
#VyEmpireGroupSdnBhd
#VictoryYayaMooncakeNKuihBakul
#UsahawanMooncakeKuihBakul
Artikel Berkaitan: “Semoga Bertemu Jodoh Yang Betul-Betul Ikhlas” – Farah OKU
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bangun Awal Sebelum Subuh Buat Solat Sunat Dulu, Antara Perkongsian Menarik Neelofa Yang Sangat Berinsprasi

Ramai yang bersyukur mendengar perkhabaran pelakon dan pengacara Neelofa yang kini sudan berubah ke arah penampilan lebih baik.
Tidak mustahil bagi sesiapa saja insan yang dikehendaki olehNya berhak mnerima hidayah untuk kebaikan bersama.
Artikel Berkaitan: “Ya Allah Syukur Atas HidayahMu. Love U Bidadariku, ” – Ibu Sebak Neelofa Kini Tampil Berniqab, Doakan Kekal Istiqamah
Begitu juga Neelofa yang mana penampilan terkini beliau sangat memberi impak kepada pengikutnya.
Maklum saja sebelum ini pelbagai kontroversi telah dicetuskan oleh Neelofa dalam mengembangkan sayap dalam dunia seni.
Namun semuanya boleh berubah dan penghijrahan ini ke arah yang lebih baik.
“Ada kalanya orang yang paling bak di masa silam, akan jadi bank di masa depan” – Sayydina Umar Al Khatab
Dan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu datang dari diri kita sendiri.
Selagi pintu taubat masih ter buka seluasnya, kita layak untuk memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah yang maha Esa.
Sebelum itu dalam satu perkongsian di laman Instagram milik @belindacaa turut menghuraikan maksud di atas.
“Menghargai setiap proses hijrah seseorang adalah hal yang harus kita lakukan, merangkul, mendukung, membimbing, jika kita tidak dapat membantu membimbingnya minimal kita do’akan keistiqomahannya… tidakkah kita ingat perkataan Sayyidina Umar bin Khattab, “Adakalanya, orang yang paling buruk di masa silam, akan jadi baik di masa depan.”
“Jadi, orang yang paling baik belum tentu akan terus jadi baik dan orang yang buruk belum tentu akan terus jadi buruk, karena setiap orang memiliki pilihan yang sama antara jadi baik atau menunda kebaikan, tergantung yang manakah seseorang itu memilih.
“Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rizki) yang banyak.
“Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah karena Allah dan RosulNya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ketempat yang dituju) maka sungguh pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah maha pengampun, maha penyayang.” (QS. An Nisa’ : 100) والله اعلم بالصواب
Artikel Berkaitan: Air Mata Neelofa Tumpah Dengar Perkongsian Ilmu Prof Muhaya. Ini 3 Perkara Positif Yang Dikongsi!
Dan ini pula perkongsian bagaimana perubahan demi perubahan dilalui oleh usahawan berjaya ini.
Nice sharing from Neelofa:
– Setiap hari bangun awal sikit sebelum Subuh untuk buat solat-solat sunat. Lepas Subuh dia akan stay lebih kurang 2 jam untuk mengaji, baca kitab & dengar ceramah online.
– Neelofa ada buat eksperimen dekat diri sendiri, kenapa selama ni dia buat solat tahajud sampai menangis-nangis tapi tak terkabul doa, rupanya ada dua sebab yakni pemakanan dan pakaian dia.
– Pakaian dia kata agak susah nak follow guideline sebab terlibat dalam bidang industri fashion tapi slowly dia ubah, labuhkan tudung dan pakai stokin. Ramai orang lupa nak jaga aurat kaki, walhal Allah sedang murka. Sebab tu rezeki sempit, masih buat dosa setiap hari.
– Makanan pulak, makan dekat tempat yang betul-betul diyakini halal bukan syubhah. Kadang restoran ada tulis pork free tapi belum tentu halal, so jangan makan dekat situ.

– Sentiasa utamakan akhirat, slow-slow tinggalkan hiburan. Ada yang tanya dekat neelofa, dia tak takut ke one day peminat lari, dia tak femes lagi, dia kata dia tak menyesal sebab semua Allah yang control, kalau dia terpaksa tinggalkan industry dia sanggup sebab dia tahu kalau dia cari Allah, dunia akan ikut dia.
– Menarik sharing dia ni. Sebenarnya kita semua dah tahu amalan-amalan ni cuma tak istiqamah setiap hari, bila Allah datangkan orang-orang macamni untuk buka mata kita baru kita terbuka mata hati untuk buat balik.
– Macam tutup aurat tu, tak perlu drastik. Cuba buat dulu 40 hari pakai stokin tanpa gagal insyaAllah hari ke-41 korang akan rasa janggal bila keluar tak pakai stokin.
“Kesian kaki kita dekat akhirat nanti menangis sebab kita tak tutup dia bila keluar…”
Moga bermanfaat untuk semua!
Artikel Berkaitan: Patutlah Neelofa Sering ‘Dikejar’ Rezeki, Rupanya Ini Doa Yang Dia Sering Amalkan
Kredit Foto: Instagram Neelofa
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bersusah Di Awal Perkahwinan Termasuk Jadi Tukang Cuci Tandas, Akhirnya Lepas 5 Tahun Dapat Kerja Kerajaan

Tidak ramai gadis yang sangup menerima “kekurangan” pasangan khususnya mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak sebelum berkahwin. Ini kerana media sosial sering memaparkan nak hidup bahagia, nak cantik, nak kereta mewah dan sebagainya perlu ada banyak duit kerana duit mampu membeli segala-galanya. Bahkan pasangan perlu ada pekerjaan tetap kerana itu dikatakan satu jaminan kehidupan.
Namun Allah taala sudah mengatur perjalanan hambanya termasuk mengatur rezeki mereka yang berkahwin di mana Allah mencukupkan rezeki keluarga andai kita tidak pernah putus asa mencarinya.
Banyak kita lihat, ada antara pasangan yang mulanya hidup ala kadar dan tidak mewah rezekinya di awal perkahwinan kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya di masa depan.
Allah SWT berfirman di dalam surah An Nur ayat ke 32 yang bermaksud :-
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah An Nur : Ayat 32).
Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama @mizzatik, lelaki ini berkongsi susah senangnya selama lima tahun mencari rezeki selepas berkahwin dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuk berniaga tepi jalan, jadi pengawal keselamatan, sebagai penjaga setor dan lain lagi sebelum akhirnya mendapat kerja tetap di Jabatan Arkib Negara baru-baru ini.
Itulah kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Hanya memerlukan masa sebelum tiba masanya. Dan masa yang sama, ia rezeki dari anak-anaknya.
Dalam satu perkongsian dari akaun atas nama @mizzatik, lelaki ini mengakui dia berkahwin pada usia muda, 23 tahun. Kenal isteri pun hanya sebulan sebelum isteri kahwin.
“Masa tu tak fikir banyak, terus setuju. Dan ketika itu, saya belum ada kerja tetap dan kebetulan baru lepas kemalangan.
“Itulah kami mulakan dengan berniaga jual air tepi jalan selain selain sosej dan satay secara kecil-kecilan di awal-awal perkahwinan dulu. Lepas berhenti berniaga tepi jalan, dapat pula kerja sebagai sebagai penjaga setor pula.
“Tapi setahun saja kerja sebelum berhenti kerana ikut isteri menyambung pelajaran. Saat isteri belajar, saya tak duduk diam. Saya buat kerja sebagai tukang cuci tampung keperluan keluarga kerana tak ada kelulusan tinggi. Paling mencabar part sebagai tukang cuci bila perlu bersihkan tandas. Allahu tapi itulah kerja paling mulia iaitu menjaga kebersihan.

“Masa jadi tukang cuci, saya buat part time jadi pembantu technician. Bila isteri habis belajar, saya dapat kerja sebagai pengawal keselamatan pula.
“Dan Alhamdulillah, Allah dah tulis rezeki saya, isteri dan anak-anak. Saya dah lalui semua ujian dengan melakukan pelbagai pekerjaan biasa-biasa saja sebelum dapat kerja yang lebih baik dan tetap iaitu di di Jabatan Audit Negara bermula 1 Oktober lalu.
Katanya lagi, Allah mengatur rezeki kehidupan hambaNya dengan sebaik-baik. Pesannya juga jangan takut berkahwin muda walau pun ketika itu kita tak punya apa-apa kerana rezeki tak pernah salah alamat. Ia akan datang bila tiba masanya. Jangan risau jika pasangan kita tidak sesempurna yang kita lihat di media sosial tetapi itulah yang terbaik Allah aturkan untuk kita semua,” jelasnya yang kini berusia 27 tahun. Dan lebih penting lagi, sokongan isteri menjadi penguat semangatnya untuk mengharungi semua kehidupan susah sebelum ini sebelum sampai ke tahap sekarang,” katanya lagi. Sumber : Tik Tok @mizzatik
https://www.tiktok.com/@mizzatik/video/7020441745410297114?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI