Seperti biasa, sambutan tahun baharu akan disertai azam yang baharu. Maka ramailah yang menanam azam dengan harapan untuk direalisasikan sepanjang tahun itu. Walau apa pun azam anda, marilah kita memastikan ia selari dengan semangat untuk memajukan diri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Melalui kajian oleh majalah TIME, usia paling bahagia adalah 33 tahun kerana ramai yang memiliki tujuan hidup yang lebih jelas. Namun untuk berjaya kita perlu berusaha sejak dari awal lagi.


Berikut 11 perkara yang perlu dilakukan sebelum usia beralih ke angka 30 tahun. Membuat persediaan awal itu lebih baik untuk masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

1. BERHENTI MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN
Percayalah bahawa mereka yang bahagia telah lama berhenti membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Mungkin segala kebaikan yang kita curahkan dan keikhlasan ketika bekerja akan Allah balas dengan rezeki yang murah pada masa akan datang.

2. KUMPUL DUIT & RANCANG KEWANGAN
Ketepikan sebahagian pendapatan untuk simpanan peribadi untuk kegunaan bila ‘sesak’ nanti. Simpanan amat penting bagi seseorang terutamanya jika berlaku kecemasan. Kumpullah duit dari usia muda supaya kita dapat membuat persiapan membina hidup sendiri.

Usia 33 Tahun Adalah Usia Yang Paling Bahagia Tapi Kenalah  Buat ‘Persiapan Awal’

3. BUANG KISAH LALU YANG NEGATIF
Jangan biarkan kisah silam menghantui hidup anda. Mulakan hidup baru. Buang diari yang penuh dengan keluhan dan curahan hati yang memalukan. Buang barang-barang yang mengingatkan anda tentang kisah silam yang negatif pada diri anda.

IKLAN

4. MENGEMBARA & LIBATKAN DIRI DALAM KERJA AMAL
Kata pepatah, jauh perjalann, luas pandangan. Ambil peluang untuk mengembara ke tempat orang. Banyak perkara yang kita boleh pelajari. Selain dapat menenangkan minda, bercuti juga dapat menjadikan kita orang yang mudah menyesuaikan diri. Jangan lupa ambil pelung untuk melibatkan diri dengan kerja amal atau ‘volunteering’. Ia dapat memberi peluang untuk refleksi diri dengan meningkatkan keinsafan diri.

5. JAGA KESIHATAN
Tidak selamanya kita akan muda. Oleh itu jadilah seorang dewasa yang sihat dan cergas dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Jaga kesihatan dan luangkan masa untuk beriadah agar tubuh kekal sihat dan bertenaga.

Usia 33 Tahun Adalah Usia Yang Paling Bahagia Tapi Kenalah  Buat ‘Persiapan Awal’

6. MULAKAN HOBI BERFAEDAH
Gunakan masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah. Jika sebelum ini kekangan masa menghalang anda untuk belajar kemahiran baru, nah inilah waktu yang sesuai untuk anda melakukannya. Usia bukanlah penghalang untuk belajar benda-benda baru.

IKLAN

7. BERHENTI JADI PLEASER
Tidak perlu ‘terlalu’ menjaga perasaan seseorang semata-mata kerana ‘kasihan’ atau ‘tak sampai hati’. Belajar untuk katakan tidak sekali-sekala, dan ketahuilah anda berhak untuk melakukannya. Cari ruang untuk dapatkan ‘me time’ kerana anda akan berasa lebih efisyen, cergas, dan berkeyakinan.

8. BEBAS DARI RAKAN ‘TOKSIK’
Di ambang usia 30an, jumlah kawan baik anda mungkin akan berkurangan kerana masa yang terhad, terutamanya mereka yang telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Oleh itu, buatlah pilihan bijak ketika memilih kawan dan elakkan persahabatan yang tiada nilainya buat kita. Pilihlah kawan terbaik untuk berikan nasihat buat kita, yang sentiasa ada waktu kita kesusahan.

Usia 33 Tahun Adalah Usia Yang Paling Bahagia Tapi Kenalah  Buat ‘Persiapan Awal’

IKLAN

9. BIJAK URUSKAN RUANG PERIBADI
Ruang peribadi tidak boleh bersepah lagi jika sudah bergelar dewasa, tidak kiralah sama ada anda seorang lelaki ataupun perempuan. Jadikan rumah sebagai ruang untuk mendapatkan kedamaian. Bagi yang dah berkahwin dan ada anak, jangan jadikan alasan untuk mempunyai rumah bersepah setiap masa.

10. TAHU POTENSI DIRI
Berikan ruang pada diri sendiri untuk belajar dari kesilapan. Belajar untuk katakan tidak pada tugasan yang tidak relevan atau yang melebihi kemampuan kita. Jangan sombong untuk minta pertolongan dan tunjuk ajar.

11. PENTINGKAN RESTU IBU BAPA
Tidak kira sudah berapa pun umur kita, sebagai anak, restu ibu bapa sangat penting bagi mencapai keberkatan dalam hidup. Doa ibu bapa adalah antara faktor seseorang dapat berjaya dan rasa sangat bahagia walau apapun kesusahan menimpa mereka.

Paling utama untuk berjaya, fokus pada apa yang ingin kita lakukan. Dengan cara itu baharulah kita dapat mencapai apa yang kita inginkan.

Sumber kredit: Siraplimau.com

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI