Oleh kerana penularan wabak koronavirus yang semakin seriøs ini, memang sangat bertepatan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung jaringan rantaian virus ini.
Jadi bagi mereka yang sudah merancang majlis perkahwinan terpaksa menunda kepada tarikh lain. Namun begitu ada yang hanya menjalankan acara wajib iaitu majlis akad nikah saja.
Viral baru-baru ini di mana pasangan ini yang menjalankan majlia akad nikah hanya di luar pagar saja.
Majlis pernikahan ini adalah dibenarkan dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti tidak boleh berjabat tangan dan hanya dihadiri oleh seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak pengantin lelaki dan perempuan.
Ads
Video ini dikongsi oleh pengguna Facebook, Norman Herbs memaparkan pasangan pengantin sedang melangsungkan ijab kabul di hadapan rumah tok kadi.
Apa yang menarik perhatian adalah, pasangan pengantin serta kesemua tetamu yang hadir ini dilihat berdiri di luar pagar rumah tersebut dengan menjaga jarak ‘Scoial Distancing’ antara 1 hingga 2 meter seperti yang telah ditetapkan.
Tanpa berjabat tangan, pengantin lelaki dengan gaya yang bersahaja telah melafazkan akad sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir.
Selepas selesai acara akad, tok kadi telah meminta pengantin lelaki untuk melafazkan taklik kepada wanita yang dinikahinya itu.
Perkongsian ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya puji dan setuju dengan cara yang dilakukan oleh pasangan ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang terhibur dengan gelagat spontan yang ditunjukkan oleh tok kadi berkenaan.
Netizen juga turut mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan keduanya kekal bahagia till jannah.
Ads
Nor Shafina Md ZukiAlhamdulillah selamat semua, moga bahagia hingga ke jannah
Ads
Fara Hanainilah di namakan jodoh ajal maut tu rahsia Allah.. Jangan pertikaikan kenapa tak tunda je.. Allah dah tetapkan segalanya… Jadi kita sebagai hamba hanya berdoa dan ikot sahaja.. Tahniah pasangan..
YusRaa Raani yg sebenarnya Alhamdulillah…trbaik bro
Ammar AmsyarNampak mcm sedih sbb nikah mcm tak sempurna tapi korg tahu ini lah sejarah yg akan mereka cerita kt anakncucu cicit. Pengalaman manis menikah jarak jauh. Sweeettt
Fara Hanainilah di namakan jodoh ajal maut tu rahsia Allah.. Jangan pertikaikan kenapa tak tunda je.. Allah dah tetapkan segalanya… Jadi kita sebagai hamba hanya berdoa dan ikot sahaja.. Tahniah pasangan..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Suami adalah pembimbing keluarga. Tanggungjawab suami terhadap isteri merangkumi banyak aspek terutama yang membabitkan emosi, tingkah laku dan perwatakan isteri. Menikahi seorang wanita bermakna tanggungjawab seorang suami itu telah bermula.
Melalui perkongsian Zureiny Zulkafly, wanita ini berkongsi tentang nukilan hatinya mengenai seorang suami.
Suami yang dicintai sepenuh hati oleh sang isteri bukan kerana manis mulut menabur janji; dia adalah lelaki yang tulus mencintai dan berkorban tanpa ragu.
Suami yang hebat di mata sang isteri bukan kerana kedudukan, kekayaan atau kekuasaan; dia adalah lelaki yang mampu menundukkan nafsunya terhadap godaan dunia.
Suami yang kuat di hati sang isteri bukan kerana tubuh sasa atau kekar ototnya; dia adalah lelaki yang upaya sabar ketika marahnya.
BAIK AKHLAK DAN BUDI BAHASA
Suami yang soleh di jiwa sang isteri bukan kerana tinggi ilmu dan pengetahuan agama atau amal ibadahnya; dia adalah lelaki yang paling baik akhlak dan budi bahasanya.
Suami yang terkaya di minda sang isteri bukan kerana limpahan harta atau wang ringgit; dia adalah lelaki yang paling banyak bersyukur dan mengucapkan terima kasih.
Suami yang didambakan sang isteri bukan kerana keelokan wajah dan kesempurnaan tubuhnya; dia adalah lelaki yang memberi rasa selamat dan selesa.
PEMBIMBING DAN PENDENGAR YANG SETIA
Suami yang dicontohi sang isteri bukan kerana kesempurnaan wataknya; dia adalah lelaki yang paling banyak memberi manfaat kepada keluarga dan orang di sekelilingnya.
Suami yang dihormati sang isteri bukan kerana paksaan atau ketakutan; dia adalah lelaki yang jujur tanpa prasangka, membimbing dan menjadi pendengar yang setia.
Suami yang sangat dirindui sang isteri adalah lelaki yang dihargai ketika masih ada dan dikenang setelah dia tiada. Saat bersama membuai bahagia. Saat terpisah mengukuhkan cinta.
Sumber kredit: FB: Zureiny Zulkafly
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lidah insan beriman tidak lekang dari menyebut nama Allah. Namun bagi kita Melayu yang tidak menguasai bahasa Arab, adakalanya kita gagal menggunakan pada tempat yang betul.
Khususnya penggunaan ungkapan “Masya-Allah” dan “Subhanallah”.
Contoh kesilapan itu adalah seperti berikut:-
“Masya-Allah, habis mati ternakan aku” “Subhanallah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Sepatutnya begini:-
“Subhanallah , habis mati ternakan aku.” “Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Apakah beza maksud dua ungkapan itu? “Subhanallah” bermaksud “Maha Suci Allah”. Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian malang yang menakjubkan kerana keburukan atau kenegatifannya dan kita berharap kejadian itu TIDAK berlaku lagi atau berulang.
Manakala Masya-Allah bermaksud “kejadian itu berlaku atas kehendak Allah”. Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian yang menakjubkan kerana kebagusannya dan kita berharap kejadian itu berlaku lagi atau berulang.
Jadi, apabila kita berkata dengan cara yang betul, “Subhanallah, habis mati ternakan aku” bermakna kita berharap peristiwa malang atau kejadian buruk itu tidak akan berlaku lagi.
Dan apabila kita berkata, “Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan” bermakna kita berharap peristiwa atau kejadian yang menakjubkan itu akan berlaku lagi atau berulang. Namun, kedua-dua ungkapan itu merupakan zikir kepada Allah. Wallahu a’lam. Sumber : Bahagian Dakwah Jakim.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap kali 17 Ramadan umat Islam di seluruh dunia pasti akan mengenangkan satu peristiwa yang amat penting dalam sirah Islam iaitu bermulanya penurunan al-Quran ke atas Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril.
Ayat yang mula-mula sekali diturunkan adalah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq. Ketika itu Rasulullah berada di Gua Hira’.
Sejak daripada peristiwa itu al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah sebelum lengkap sepenuhnya pada 10 Hijrah.
Secara umumnya al-Quran mempunyai 114 surah dan 6,666 ayat. Namun begitu pendapat yang paling masyhur tentang jumlah ayat al-Quran adalah lebih daripada 6,200 ayat cuma bilangannya secara tepat berbeza antara satu ulama dengan ulama yang lain.
Dari segi susunan pula al-Quran dimulai dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas. Surah yang terpanjang pula adalah surah al-Baqarah (287 ayat) dan terpendek surah al-Kauthar (tiga ayat).
PETUNJUK BUAT UMAT MANUSIA
Penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekali gus dan beransur-ansur. Bagaimanapun terdapat perselisihan pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali gus.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan fi Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn Abbas, Hakim dan al-Nasaie hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja.
Pertama, al-Quran diturunkan sekali gus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Dari Baitul Izzah, al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Jibril selama 23 tahun dan kemudian disampaikan kepada semua sahabat dan umat baginda.
Sesungguhnya terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan yang terdapat dalam al-Quran. Kitab suci itu adalah petunjuk bagi semua umat manusia daripada segala kesesatan. Al-Quran juga menjadi penyuluh daripada sebarang kegelapan.
Malah kitab suci itu juga adalah pelengkap kepada kitab-kitab terdahulu yang pernah diturunkan kepada para nabi dan rasul sebelum Rasulullah seperti Zabur, Taurat serta Injil.
Bagaimanapun agak malang apabila keaslian kitab-kitab tersebut seperti Injil dirosakkan serta dicemar oleh pindaan yang dilakukan oleh manusia berkepentingan hingga wujud beberapa versi.
Berbanding al-Quran, kitab suci itu tidak pernah diubah walaupun satu titik huruf kerana Allah telah memberi jaminan untuk memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9)
HEBATNYA AL-QURAN
Keaslian al-Quran tetap terpelihara dan kekal sehingga akhirat meskipun penurunannya telah berlaku sejak lebih 1,400 tahun yang lalu. Inilah hebatnya al-Quran. Al-Quran adalah kalam Allah yang tiada tandingannya.
Dalam membicarakan tentang al-Quran kurang lengkap jika kitab suci itu tidak dikaitkan dengan kedatangan Ramadan. Selain berpuasa, umat Islam juga dituntut untuk memperbanyakkan membaca al-Quran.
Bahkan ada di antara kita yang berusaha khatam 30 juz al-Quran dan itulah yang menjadi kebiasaan setiap kali kedatangan Ramadan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan.
Tidak kurang juga masjid atau surau yang melantik imam-imam hafiz jemputan untuk memimpin solat tarawih sepanjang bulan ini. Tujuannya adalah agar mereka mengalunkan bacaan al-Quran lengkap 30 juzuk dalam solat tersebut.
Semuanya ini bertujuan membudayakan al-Quran pada sepanjang bulan Ramadan. Sejajar dengan firman Allah yang bermaksud;
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Al-Baqarah: 185)
Hakikatnya, inilah suasana yang berlaku sepanjang bulan Ramadan. Bagaimanapun keadaan yang serupa tidak berlaku sebaik sahaja Ramadan pergi meninggalkan kita. Sepatutnya dalam bulan-bulan yang lain juga al-Quran perlu sentiasa dibaca dan tidak boleh ditinggalkan.
Malangnya budaya itu tidak berterusan selepas Ramadan melabuhkan tirainya. Al-Quran hanya dibuka setahun sekali iaitu apabila tibanya Ramadan manakala dalam 11 bulan yang lain, kitab suci itu hanya disimpan rapi dalam almari.
Justeru, marilah budaya ini diubah dengan menjadikan al-Quran sebagai teman paling rapat. Perubahan itu boleh dilakukan bermula Ramadan ini.
AL-QURAN AKAN TOLONG KITA
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa al-Quran mampu menolong kita sebaik sahaja meninggalkan alam yang fana ini. Pada masa itu tiada apa yang dapat membantu kita kecuali amal ibadat yang dilakukan sepanjang hidup kita di dunia ini termasuk membaca al-Quran.
Cuba kita lihat corak kehidupan Rasulullah dan para sahabat. Asas kehidupan baginda dan para sahabat adalah al-Quran. Kitab suci itu bukan setakat dibaca malah segala pengajaran dan perintah yang terdapat di dalamnya dilaksanakan dengan penuh taat.
Dalam khutbah terakhir Rasulullah dalam haji wida, baginda ada berpesan:
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.”
Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatan dariNya.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.